JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, March 26, 2012

EKSPO SELANGKAH KE UiTM 2012

Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012
Pada hari Ahad lepas, sy sempat ke UiTM Shah Alam untuk menyibuk kan diri dengan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2012 dari semua katogeri pengajian untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke UiTM dan jugak karnival yang diadakan di kolej mawar. Memang meriah tapi terlalu ramai yang datang sampai nak parking pun tak ada tempat, hampir sejam sy berlegar dengan kesesakan untuk cari parking. Bila dapat parking anda terpaksa berjalan sejauh beberapa ratus meter, kemudian naik tangga mini batu caves dan kemudian memasuki dewan chanselor yang penuh sesak... Teringat waktu sy belajar disini dulu.. ahaksss. Masa dulu2 tak adanya apply online mahupun ada hari terbuka. Kena tulis surat sendiri dan kemudian isi dan pos balik... Sekarang semua U kita apply hanya dengan satu klik je...dan tunggu jawapannya. 
Bila cakap pasal belajar ni, sy rasa bila dah kerja ni, terasa macam nak belajar balik. Terasa macam nak rasa balik suasana belajar...tak perlu fikir apa2 kecuali belajar dan enjoy waktu kita berada disitu. Tapi masa tetap berlalu kan...Teringin macam mana sekalipun, kita tetap berada di mana kita sekarang dan apa yang kita ada sekarang....So, bagi adik2 yang akan memasuki dunia pengajian di mana2 IPTA mahupun IPTS, belajar sebaik mungkin dan enjoy dengan keadaan yang ada disana....

2 comments:

  1. Sesuai utk adik2 yg baru dpt result spm ni.

    bila dah kerja ridu nk belajar, bila tgh belajar xsabar nak habis. hee.

    ReplyDelete
  2. betol2. masa belajar dulu adalah waktu yg paling seronok...walau pon masa test & exam sering menyesakkan nafas dan sering buat hati gunda gulana serta tidak tenteram.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails