JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, January 30, 2012

KERETA OH KERETA

Emmm tengok jelah.
Pagi-pagi kereta dah buat perangai manja dia, tak boleh start. Sekarang ni dekat workshop, foreman tu cakap fuel pump yang rosak...uhukksss pening kepala pasal urusan kahwin adik belum habis, datang pulak masalah lain... Nak buat macam mana, bak kata Pendekar Mastor...semua ni cobaaaaannnn. Yang penting hati kena cool walaupun cuaca panas terik. 
Jadi sambil2 tunggu kereta tu siap, sy singgahlah kat kedai makan berdekatan...wahhh ada pengat pisang!! Bolehlah pekena pengat pisang semangkuk dan teh tarik secawan sambil menulis serangkap dua baris post pagi ni, kalau tak memang susah jugak nak cari masa menulis entry kecuali waktu malam.. sambil2 tu tgk pulak cerita tipah vavavooomm di tv3. Cakap pasal tv3 ni, semalam baru berlangsung AJL yang telah di menangi oleh hafiz melalui lagu awan nano. Tahniah kepada para pemenang walaupun sy rasa frust sikit...opsss sebenarnya frust banyak sebab lagu favoutite sy Sedetik Lebih tak menang apa2 pun kecuali anugerah khas nada dering mobile tu....bolehlah, ditambahkan pulak Anuar Zain tak nyanyi malam tu, tapi suara Jacklyn Victor boleh tahan jugak..... 

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails