JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, January 10, 2012

BERUBAH TERUBAH DIUBAH

Kami sokong azam anda..
Ahaksss.. Mak oiii tu dia berjela2 betul azam tahun baru. Bila sy dok tanya kawan sy apa azam dia, sy dok ingatkan dia akan bagi 2 atau 3 je azam baru dia, tapi boleh dia beritahu sy satu persatu azam sampai sy tak larat nak dengar dah...last2 sy ajak dia minum kat kedai mamak sambil mendengar azamnya yang belum habis.
Bila cakap pasal azam ni, pasti jika yang betul2 melakukannya dan berusaha ke arahnya akan nampak perubahan menjelang tahun baru seterusnya. Tak kurangnya jugak dimana lain yang diorang berazam, lain pulak yang jadi.. macam contohnya kita berazam nak tukar kereta, tahu2 saman banyak tak bayar, itu ini itu ini, kereta pulak kena tarik.. langsung pergi kerja naik komuter je sepanjang tahun tu.
Kadangkala, ada jugak azam yang terubah atau diubah secara tak sengaja atau bukan seperti yang diazamkan, macam contohnya lah...ada kawan sy tahun lepas berazam nak tambah anak dia yang ke 2... tapi sayangnya azam dia tak kesampaian, tapi masih ada juga penambahan ...bukan anak tapi isteri yang ke 2..hahaha..opsss terlebih sudah.
Walau apa pun azam kita, pastikan kita berusaha kearah apa yang kita azamkan...Pastikan azam itu menjadikan hidup kita lebih tenang dan gembira...seharusnya.

1 comment:

  1. azam sy xpernah berubah sbb xtercapai lg. hihi.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails