JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, January 31, 2012

BERDENGKURKAH ANDA?


Hari ni sy lencung sikit entry ke arah entry kesihatan , al maklumlah dulu cita2 nak jadi doktor tapi tak kesampaian. Lumrahnya bila kita tidur, kita memang layan habis..pasti kalau berdengkur pun kita tak dengar. Yang dengar orang yang berada di sekeliling kita. Ada orang anggap dengkuran tu perkara biasa tapi kadangkala dengkuran boleh membawa kepada penyakit yang serius. Ada yang berdengkur bila betul2 nyenyak, ada yang baru sesaat lelap dah berdengkur..ahakssss. Penatlah katakan. So tak payah sy ulas kenapa terjadinya dengkuran tu, nnt Abang Muscle santai akan ceritakan di entry akan datang.. Macam mana nak atasi dengkuran? Antaranya adalah:-

1) Sebelum tidur amalkan latihan bernafas panjang2 dan dalam2 untuk memastikan otot2 leher, kerongkong dan rahang dalam posisi yang baik semasa tidur.
2) Urut sendiri bahagian2 leher, hidung dan dada untuk mengurangkan ketegangan.
3) Kadangkala dengkuran boleh jugak terjadi daripada alahan, jadi pastikan bilik, cadar dan bantal2 anda bersih untuk mengelakkan alahan.
4) Elakkan dari kegemukkan. Gemuk menyebabkan banyak ruangan rongga pernafasan kita tersekat dan boleh menyebabkan dengkuran.

1 comment:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails