JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, January 27, 2012

BELON NAGA DI SACC MALL

Naga belon di Sacc Mall
Pejam celik pejam celik dah pun berlalu Tahun Baru Cina, tapi rasanya jalan2 raya masih lagi boleh dikira lengang jugak sebab ramai yang masih mengambil kesempatan bercuti kebetulan jugak dengan cuti sekolah. Bagi yang tak balik kampung macam sy, berjalan2 lah ke sana ke sini mencari apa2 yang patut sambil mencuci mata dengan macam2 acara yang di adakan di shopping complex termasuk antaranya di Sacc Mall, Shah Alam di mana ada terdapat belon naga yang besar di tengah2 ruang legarnya. Memang kreatif dan menarik sekali.. tapi naga ni tak boleh keluar api, kalau keluar habis semua belon2 tu meletup..ahaksss.
Kebetulan pulak pada masa cuti ni, mak sy datang 'beraya' ke KL.. sambil membincang2 kan tentang urusan perkahwinan adik sy yang akan di langsungkan pada bulan 3 nanti..tak lama lagi tu. Bincang tu bincang ni semuanya lancar. Tempah khemah, mak andam, kompang, pelamin, makan...semua ok. Bila masuk bab $$$, terus terkedu sekejap...banyak lagi tak cukup. Terus pening kepala tiba2...ahaksss.
Durian jual depan icity
Malamnya pulak, sy ajak mak berjalan2 ke ICity...tapi berjalan daripada luar jelah sebab pertamanya nak masuk ke situ...perghhh dia punya jam terlalu panjang dan terlalu ramai orang yang datang, jadi cara paling senang adalah menikmati keindahan warna2 icity tu daripada luar sambil menikmati hidangan buah durian... hahahaha...ye, sy ni mmg hantu durian. jadi bila nampak je ada orang jual durian kat depan icity tu, terus je singgah dan makan kat situ ( disediakan tempat makan ) Harga dia boleh tahan mahal tapi rasanya jugak boleh tahan sedap...lemak2 berkrim.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails