JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, September 18, 2011

BERCINTA DALAM BERCINTA

Kadangkala apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan, kadangkala ada saja dugaan dan rintangan datang menguji hati. Begitu jugak dalam percintaan, kadangkala kita di duga dengan cinta yang datang serentak dan  keliru dalam membuat pilihan. Kadangkala cinta yang ada bukan seperti yang di impikan dan cinta ke dua datang dalam kekeliruan itu. Kekeliruan dalam memilih cinta yang diimpikan, cinta yang realiti, cinta yang sejati dan cinta yang datang dan pergi. Ada yang cinta datang berkali-kali dan ada jugak cinta yang datang tanpa kita undang dan harapkan.
Ada sebuah kisah rakan sy. Bagi nama Daniel ( Bukan nama sebenar ) Asalnya dulu dia pernah bercinta dengan seseorang daripada kampungnya sehingga ke IPTA dan kemudian masing2 terpisah apabila temannya melanjutkan pelajaran ke US sementara Daniel mula bekerja di KL. Daripada kerap berhubung sehinggalah terputus hubungan kerana temannya itu telah bernikah dengan orang lain diUS. Oleh kerana patah hati, Daniel mengambil keputusan untuk mencari cinta baru namun gagal kerana hatinya masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya dan akhirnya cinta itu sampai jua dalam keadaan yang tidak diduga. Dia ditangkap khalwat ( tapi sebenarnya ada orang yang nak sabotaj dan aniayai kawan sy, tapi kita tutup kes tu... ) Singkatkan cerita, mereka berkahwin atas dasar untuk menutup cerita tersebut. Dalam 2 tahun kemudian, Daniel telah bertemu dengan seseorang yang benar2 memahami dan serasi seperti cinta pertamanya namun semua terbatas kerana hubungan yang sedia ada.... Bagaimana kesudahannya? Opssss.....

Thursday, September 8, 2011

MANA PULAK MENGHILANGNYA?

Hishhh...banyak sungguh sawang, habuk sana sini kat blog ni, almaklumlah dah lama sangat menghilangkan diri kerana sesuatu sebab teknikal yang membuatkan susah untuk sy menerangkannya disini, tapi cukuplah kalau sy katakan situasi seperti ditelan mati mak, diluah mati bapak...uhuksss.
Apa khabar semua? Kot kalau ada lagilah yang jenguk2 blog ni...rasanya macam dah tak ada yang jenguk kecuali beberapa orang yang setia menanti..hahaha. Minta ampun ye, bukan niat pun nak buat you all terkapai2, tapi memang situasi agak meruncing. Anyway, harap semuanya berjalan lancar selepas ini dan kita bisa ngomong lagi sambil bertukar2 idea dan cerita. Rindu tak payah cakaplah, memang rindu... Harap belum terlambat untuk sy mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf atas segala ketelanjuran kata samada sengaja mahupun tidak. Mungkin...atau lebih baiknya memang pasti banyak benar cerita2 rakan bloggers yang sy dah miss....
Till then, semuga anda semua suksess selalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails