JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, May 31, 2011

KEGAGALAN BERCINTA

Kalau cakap pasal novel cinta, memang ramai betul yang nak beli, lebih2 lagi kalau ceritanya yang menyayat hati, penuh perasaan dan menyentuh naluri kita. Sy bukanlah nak mengupas tentang novel mahupun cerpen cinta tetapi cuma nak menyentuh tentang percintaan yang gagal beberapa kali. Dimana silapnya atau adakah masih ada cinta untuk mereka yang gagal dan gagal dalam bercinta? 
Ramai yang memperkatakan cinta sejati datangnya daripada hati. Yuppp sy rasa tak dapat nak di sangkal lagi, tetapi berapa ramaikah yang mempunyai cinta sebegini? 10 daripada 10 orang? 8 daripada 10 orang? Susah benar ke nak mendapat cinta sejati atau masih ada ke cinta sejati diluar sana? Suatu kajian yang dibuat oleh sebuah majalah menunjukkan daripada 100 orang pelbagai usia ditanya apakah yang mereka pandang atau nilai dalam cinta, jawapannya...40 org menjawab harta, 30 orang menjawab rupaparas, 25 orang menjawab hatibudi dan 5 menjawab yang lain-lain.Mungkin kesemua kriteria tersebut mempunyai kepentingan tersendiri, tepuk dada tanya selera. Tetapi adakah kegagalan cinta berkali2 ada kaitnya dengan kriteria2 tersebut? Harta, rupa mehupun hatibudi? Anda punya pendapat?  

Wednesday, May 25, 2011

MENGHITUNG HARI-HARI BERLALU

Kajang Pak Malau kajang bertempat,
Kajang hamba mengkuang layu,
Memang dah lama blogging pun tak sempat,
Auditor datang menyoal bertalu-talu

Mungkin...opsss bukan mungkin tapi dah ramai bertanya mana pulak perginya sy selama ni. Sebenarnya sekarang ni tengah audit, jadi memang susah nak cari masa untuk online, bila malam tu dah keletihan dek dok menjawab soalan auditor yang bertahap PHD. Memang mencabar minda nak menjawabnya. Tapi bagi rakan bloggers yang sentiasa singgah bertanya khabar sy ucapkan terimakasih banyak2..tak perlulah sy sebut nama tapi anda tahu siapa anda. Mungkin kesibukan sy ni berlanjutan beberapa hari lagi, selagi audit belum habis. Nak jugak sy selit sebarang dua entry tapi takut pulak yang keluar tu entry tunggang langgang macam si tanggang yang dah kena panggang kerana kempunan ayam panggang, so sy batalkan niat suci murni sy tu. Di harap hari2 anda semua ceria dan walau dimana anda berada, janji santai.

Friday, May 6, 2011

JATUH BERTIMPA-TIMPA

Breakfast sy di Old Town
Baru hari tu sy 'repair' laptop sy sebab ada technical error, sekali lagi ianya datang balik...ergghhhhh. Dah lah seminggu sy tunggu laptop sy siap, takkan nak hantar balik ke pusat servis HP dan menunggu seminggu lagi? Tak boleh jadi, lalu sy pun cancel niat nak hantar laptop sy ke pusat servis HP walaupun masih dalam warranty sebab penantian tu satu penyiksaan, maka sy hantar aje ke kedai biasa dan hasilnya....walaaaaaaa. Tak ada apa2 pun yang berlaku. Lega rasanya dapat balik berblogging dan kali ni harap2nya no more sabotaj walaupun dari laptop sendiri ..ahaksss.
Pagi ni sy breakfast di old town white coffee berdekatan dengan CIMB Jalan Raja Laut. Biasalah mana tempat yang ada WIFI memang tulah tempat makan sy, lagipun signalnya lebih baik daripada pakai broadband sendiri yang entah apa-apa ...sekejap dapat sekejap putus, nak kata menangis memang dah kering airmata sy, nak kata dah tukar...macam2 jenis broadband sy tukar, cakaplah itu ini...hasilnya tetap sama..lambat.
Oh ya, minggu lepas sy ada janji nak buat conest kan...sebab laptop ada masalah, sy tunda ke minggu ini, so get ready dan harap2 tak ada apa2 yang berlaku kat laptop sy lagi...kalau tak sy blogging dari cyber cafe jelah....:-(

Wednesday, May 4, 2011

SENGAJA SABOTAJ?

Berpuluh2 email sy dapat bertanyakan di mana sy, kenapa dah lama tak ada cerita dan macam2 lagi...tq for the email. Ye sy tahu sy dah menghilang hampir 5,6 hari..Bukan sy bercuti, sy tidak kemana2, cuma laptop sy yang pergi bersantai ke pusat servis HP sebab ada masalah sikit dengan laptop sy tu, sebab masih under warranty, maka sy hantarlah ke pusat servis di jalan dungun dan kalau hantar sana, paling kurang seminggu barulah boleh siap..so dalam tempoh tu terpaksalah sy berpuasa blogging dan kebetulan pulak waktu weekend dan cuti hari pekerja, maka bak kata orang, jangan mengharap bunga yang kembang itu wangi jika tidak di beri baja yang cukup, errr macam tak kena je bunyi nya.
So hari ini dalam sejarah, laptop sy sudah kembali ke tangan sy dan bermulalah semula entry..ahakksss. Tapi datang pulak masalah lain. Bila dah dapat semula laptop ni, sy dah macam terkial2 pulak apa nak buat? Macam orang baru nak berblogging pulak, almaklumlah bg sy 5.6 hari tu macam lama rasanya. Kalau dulu alangkan 1 hari pun terasa kalau tak berblogging, inikan pula 5,6 hari...Memang terkezut rasanya hati sanubari naluri kalbu paru-paru jantung sy...Anyway, blogging tetap blogging. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails