JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, April 28, 2011

FATTY LIVER..BUT I'M NOT FAT

Pernah dengar ungkapan diatas? Yuppp selalu iklan tu keluar kat tv. Memang lawak lihat cara yang gemuk itu menjawab semua soalan dengan selamba..tapi pointnya memang masalah obesiti sudah menjadi2 di negara kita, so hari ni sy akan beri anda semua beberapa faktor atau sebab obesiti yang sy rumuskan daripada beberapa website antaranya ialah:
1) Pemakanan yang tidak sihat - Manis, berlemak, masin dan pelbagai lagi rasa memang sudah menjadi resam makanan di Malaysia seperti teh tarik, roti canai, nasi lemak dll yang mempunyai kandungan gula dan kabohidrat yang tinggi dan semua makanan tersebut menjadi rutin sarapan kita. Ada antara kita yang sudah peka meminta mengurangkan kuantiti gula dan sebagainya dalam makanan dan minuman tersebut.
2) Cara hidup yang tidak sihat - Tidak ramai rakyat kita yang mengamalkan senaman pada waktu petang dan masa yang sempat sebaliknya lebih banyak masa kepada dunia internet dan lepak di kedai mamak. Tiada proses metabolisme yang sesuai.
3) Pemakanan yang tidak mengikut waktu dan sukatan - Kadangkala ramai jugak makan tidak mengikut waktu terutama waktu lewat malam kerana ianya akan melambatkan proses penghadaman dan makanan yang tidak hadam itu akan terkumpul di bahagian tertentu menyebabkan obesiti.
Katakan TIDAK kepada obesiti.

KALI INI KU BERANIKAN DIRI

Tak berkait dengan dia, berkait dgn Google
Rasanya dulu pernah sy buat entry yang berkait dengan entry ini. Semalam sewaktu sy tengah lunch di sebuah restoran kopitiam, adalah seseorang yang mengambil order. Memang daripada jauh kita dah nampak dia ni lembut perangainya. So selepas semua pesanan sy dapat, maka sy pun macam biasalah makan dan minum sambil ber'wifi' tapi tiba-tiba orang ni datang balik ke sy dan memberikan sy sekeping kertas yang tertulis nama dan no handphone dia dengan tertulis sedikit nota bertulis " I nak berkenalan dengan you, just call this no". Ahakssss... Remember dulu masa di old town dulu sy pernah ditenung, kali ini ada pulak yang memberi no hp dengan nota sekali... Opsss lupa sy nak beritahu, orang tu adalah lelaki. So anda fikir apakah langkah sy selanjutnya? Lupakan saja atau call dia? Yuppp sy mengambil pendekatan berani untuk call dia pada petangnya.....Nak tahu apa yang sy dan dia bualkan? Boleh ke sy cakap sambung next entry...( ada yang kena baling periuk belanga dengan kak ct dan kuncu2nya nanti )
Lebihkuranglah ye....
"Hello." ini suara sy
"Hello..siapa ni?" suara dia
"Actually u ada bagi no kat I tadi, remember?" suara sy
"Oh yesss. sorry. So how are u? Apa nama u ye?" suara dia
"JSS ( Bukan nama sebenar). U?" suara sy
"Kam ( Tak tahu nama betul dia atau tidak) I tgh kerja ni, nanti malam kita jumpa boleh tak? I nak kenal u dengan lebih rapat, boleh ke?" suara dia
"Errrr malam sibuk sikit. Nanti kalau tak sibuk, I call you" suara sy
So itulah serba sedikit perbualan antara sy dan dia. Menarik? 

Tuesday, April 26, 2011

BAGAIMANA MENGENALI HATI SESEORANG?

Dapat anda nilai dari renungan Cik Google ni?
Kali ini sy tak nak buat entry tetapi sebaliknya sy nak mengajukan persoalan kepada anda tentang perasaan dan naluri kita sebagai manusia biasa. Perasaan tentang menilai individu, naluri tentang kejujuran dan hatibudi seseorang. Kita selalu dengar atau pernah mengalami pengalaman bagaimana kadangkala kita salah dalam menilai diri seseorang kerana luarannya malah kadangkala kita jugak salah dalam menilai dalaman mereka. Yang bersifat baik dan sopan santun tetapi mempunyai agenda yang tidak baik di belakangnya tetapi yang bersifat kasar ada kebaikan dalam hatinya. Kata orang putih, 'don't jugde the book by its cover'.. Kata orang melayu ' burung yang terbang lama2 hinggap ke sarang nya jugak'...ahaksss tak ada kaitan pun.
So, bagaimana untuk kita menilai seseorang, mengenali hatibudi seseorang dan yang penting apa yang kita nilai itu benar...setidak-tidaknya.

Sunday, April 24, 2011

BLOGGER OF THE YEAR AWARD


Diumumkan Blogger Of The Year Award jatuh kepada... apa macam kalau anda tersenarai dalam calun2 akhir untuk anugerah di atas? Mesti seronokkan.Well, DIGI sedang mengadakan award dalam pelbagai katogeri dan salah satu daripadanya adalah Blogger Of The Year Award dan ramai jugak blogger yang masuk untuk memeriahkan pertandingan itu termasuk Bro Ben, Yuyu Zulaikha dll. Sy? Belum layak dan masih jauh untuk mencapai katogeri layak. Nak menang contest2 yang rakan bloggers buat pun susah, inikan pulak contest yang besar2 macam Award di atas.Tapi bagi anda yang ingin menyertai pertandingan di atas, just klik saja pada banner tu dan ikut pada arahan yang diberikan serta syarat2 yang ada. Jika anda masuk, jangan lupa beritahu sy dan sy akan vote anda semestinya...ahaksss 25%.

PENGHUJUNG ROMBAKAN BLOG & CONTEST

Bersedia atau tidak, tembus saja didinding itu...Akhirnya dah sampai ke penghujung rombakan blog sy dan cuma tinggal satu lagi yang akan sy buat iaitu bloglisting. So get ready sebab sy akan buat bloglisting cum giveaway contest dan sy harap ramai yang akan join contest tu...tetapi bagi mereka yang sudah ada dalam bloglisting sy, anda tidak perlu join contest kerana anda automatik telah join but still terserah kepada anda untuk join bagi memeriahkan lagi suasana contest itu nanti...bak kata orang putih, the more the merrier. Contest itu akan bermula next week..InsyaAllah if tidak ada apa2 aral melintang dan ini adalah pertama kali sy mengadakan giveaway contest setelah dulu sy adakan Award for Motivation and Support 
Cakap pasal contest ni, masa dulu2, sy memang suka masuk teka silang kata punya contest walaupun tak pernah memang tetapi peraduan tu memang menguji minda dan mengajar kita untuk membaca kamus dengan lebih kerap sebab kebanyakan jawapan yang sy dapat semuanya daripada kamus dewan bahasa dan pustaka. Alkisahnya.....

Saturday, April 23, 2011

KISAH SILAM YANG KELAM

Hari ini dengan tidak semena2 sy telah disapa oleh seorang perempuan yang tidak sy kenali. Katanya kami pernah berkawan beberapa tahun yang lalu di sebuah agensi mencari jodoh  pekerjaan. Rasanya sepanjang hidup sy, tak pernah sy mendaftar di mana2 agensi pekerjaan sebaliknya sy hanya apply kerja melalui suratkhabar atau internet saja...Emm mungkin sy lupa kot. So untuk kepastian sy bertanyakan kepada dia tarikh dan nama agensi tersebut tiba2 perempuan tu menangis teresak2 dan menyatakan kenapa sy memutuskan hubungan dengan dia dulu. Wowwww!! Terkejut jugak sy apabila mendengar kata2 perempuan itu. Emm mungkin sy lupa kot.. Jadi sy pun bertanyakan nama dia dan kenapa sy boleh memutuskan hubungan dengan dia dan dia mengatakan kerana sy sudah mempunyai teman lain. Sy confident dia memang sudah salah orang lalu sy menerangkan kepadanya yang dia telah salah orang kerana sy masih lagi single dan belum pernah mempunyai apa2 perhubungan sebelum ini dengan sesiapa pun kecuali kak ct, siti radz, yana, miss dill, MLD, nur kaloi. siti zulaikha, ct marqonah, cik michiko, dayya dll...ahakssss Tiba2 muka dia menjadi merah seakan2 tidak mahu mempercayai penerangan sy dan menuduh sy penipu. Puas sy cuba menenangkan dia namun sia2 sebaliknya perempuan itu semakin mengganas dan memarahi sy seolah2 sy berlaku curang kepadanya. Tidak cukup dengan memarahi sy perempuan itu memukul2 kepala sy dengan handbag dia serta menampar2 belakang sy seolah2 melepaskan geram yang sekian lama. Entah macam mana sy terlihat seorang tua melambai2 kepada sy sambil tangannya menunjuk2kan jam ditangannya seolah2 menyuruh sy melihat jam ditangan sy....
Astagfirullah....baru pukul 2 pagi. Teruk betul mimpi tadi....

Thursday, April 21, 2011

KEMBALI KEPADA MISTERI LAMA

Kadangkala sukar untuk kita menjangkakan apa sebenarnya yang berlaku.  Berbalik kepada sambungan cerita sy pada entry yang lepas..sorry ye kalau ada yang menunggu, tak sempat masa nak menghabisnya almaklumlah sy buat entry semuanya secara spontan….ahaksss.
Selepas sy mendengar cerita daripada lelaki itu yang mengatakan dia merupakan satu2nya anak lelaki mak cik tu, sy bertanyakan kepada lelaki itu dimanakah ibunya dan lelaki itu menyatakan dia tidak tahu di mana ibunya sekarang kerana mereka sudah lama tidak berjumpa. Lelaki itu juga berkata yang ibunya mempunyai penyakit lupa dan kadangkala hilang ingatan sehinggakan lupa yang dia mempunyai  seorang anak lelaki. Sy tertanya sendirian, macam mana seorang mak cik yang mempunyai penyakit macam tu boleh pergi ke bank dengan membawa duit yang banyak? Pada hari itu sy bukan saja gagal berjumpa dengan mak cik itu tapi bertambah pening dengan kekeliruan tentang siapakah mak cik itu yang sebenarnya.
Selang beberapa minggu selepas itu, mak cik tersebut datang jugak ke bank dan sy terus menyambutnya sambil membawa dia ke meja sy. Setelah selesai semua urusan, sy bertanyakan kepada mak cik itu di mana dia tinggal selama ini dan mak cik itu berkata dia tinggal bersama cucu angkatnya. Sy bertanya lagi di mana cucu angkatnya dan mak cik itu berkata cucu angkatnya berada di luar bank, lalu sy terus bergegas keluar untuk melihat samada cucu angkatnya berada di luar tetapi hampa, tiada sesiapa pun yang berada di luar bank. Sy pun masuk kembali sambil memberitahu mak cik yang cucu angkatnya tidak kelihatan di luar tetapi dia berkeras jugak mengatakan ada. Sy mengalah tetapi risau dengan keadaan mak cik itu lalu sy meng’offer;kan diri untuk menghantar dia ke luar dan bila sampai di luar, mak cik ni seolah2 seperti bercakap dengan seseorang dan kemudian berjalan perlahan-lahan lalu hilang dari pandangan sy. Itu adalah kali terakhir sy berjumpa dengan mak cik itu kerana selepas itu dia tidak muncul2 lagi ke bank sehingga sy berhenti daripada bekerja di bank tersebut.
2 tahun kemudian ( selepas sy berhenti kerja daripada bank ) sy singgah di Segamat untuk melawat bapa saudara sy yang tinggal di sana dan sambil itu sy juga singgah melawat rakan sekerja sy di bank termasuklah rakan sy yang sama2 pergi berjumpa dengan anak lelaki mak cik tu dulu. Pelik bin ajaib bila rakan sy ini memberitahu yang mak cik tersebut masih lagi datang sekali sekala ke bank itu tapi kali ini dia memberitahu dia tinggal bersama2 dengan cucu angkat lelakinya pulak…dan anda tahu siapa nama cucu angkat lelaki mak cik itu?

TAHAN NGANTUK BERSAMA ABANG MUSCLE SANTAI

Hai semua. Masih remember me? AMS? Yessss u betul. Abang Muscle Santai. Sorry u all sebab kacau u all tengah2 malam gelap gelita sunyi sepi kelam samar ni. Malam2, ni Abang Muscle Santai bukan nak ajar u all buat fitness ye, nanti ada yang tak boleh bangun esoknya. Malam ni AMS nak bagi u all cara-cara macam mana nak tahan mengantuk. Yessss u betul, sebab bloggers ni selalu aktif waktu malam, macam burung hantu..burung apa? Burung hantu. Ok, AMS tak nak panjang2 kan celoteh, nanti kalah chef wan pulak...so cara2nya ialah
1) Elakkan minum kopi sebaliknya makan terus kopi tu supaya caffeine tu dapat masuk terus kedalam sistem anda dengan cepat. Dengan kepahitan kopi itu dapat meransangkan deria otak anda mengatakan bahwa kopi tu rasanya amat pahit dan anda kembali segar tanpa was-was.
2) Bukak semua lampu dalam rumah anda sebab bila suasana terang benderang anda akan menyangkakan bahwa suasana macam masih siang. Buka tv atau DVD seolah2 macam hari2 siang yang biasa dan anda akan relax menaip entry anda.
3) Cuba anda berkaraoke malam2. Sy pasti ramai jiran2 anda akan jugak turut berkaraoke dengan anda.
4) Cuba anda masak air berkali2. Bila air masak, anda buang air tu dan masak kembali. Dengan cara ini anda akan terus aktif segar sehingga ke esokkan paginya.
5) Cuba sambil menaip atau membuat kerja anda buat jugak soduko. Ini akan sentiasa menggerakkan minda anda dan anda akan fokus dengan apa yang anda lakukan.
6) Bela seekor burung kakak tua yang boleh bercakap " Jangan Tidur Lagi " bila setiap kali melihat anda seperti mahu tidur atau mengantuk.
So itu adalah di antara cara2 untuk u all menahan diri daripada mengantuk ye. Selamat mencuba.

Wednesday, April 20, 2011

SIAPAKAH MAK CIK TU SEBENARNYA?

Well…ingat lagi kepada entry wrong place wrong time? Kalau tak ingat, ulangtayang atau flashback beberapa entry sebelum ini..ahakssss. Ok? So, kita sambung ceriteranya..Oooo ada pulak yang bagi komen nak tahu nama sebenar ye…hisshhh..hishhh..hisshhh.
Selepas hari di mana mak cik ni bertanyakan nama penuh sy, mak cik ni dah tak datang ke bank dah. Mula2 tu sy tak adalah bertanya apa2, tapi selang bulan berganti bulan, sy mula hairan, kenapa mak cik tu dah tak datang ke bank. Sakit ke? Pindah ke? Atau dah menyampah kat sy ke..ahaksss. Nak tak nak, sebab sy rapat dengan mak cik ni, maka sy cari alamat mana mak cik ni tinggal, lalu sy pun pergilah ke rumah nya pada satu hari minggu. Sesampai dirumahnya sy lihat rumah dia rumah kampung dan usang. Puas sy beri salam tapi tak ada orang menyahut. Tiba-tiba datang sorang lelaki lalu bertanyakan kepada sy kenapa berada di situ, belum sempat sy jawab lelaki ni seperti menuduh sy yang merampas harta pusaka ibunya. Harta pusaka ibunya? Siapa ibu lelaki tu? Berlakulah sedikit pertelingkahan masa tu, tapi sy bernasib baik sebab sy datang berdua dengan rakan sepejabat sy, kalau tak susah jugak nak kawal. Selepas semua tenang dan sy pun bercerita ttg tujuan sy, lelaki tu mula menangis. Ahhh sudah, ni kenapa pulak menangis? Sambil teresak2 lelaki ini menerangkan yang orang yang sy cari itu adalah ibunya dan dialah satu2nya keluarga yang ibunya ada. Terkejut jugak sy. Mak cik tu cakap sebelum ni tidak mempunyai anak dan cuma mempunyai seorang cucu angkat perempuan. So dimana mak cik tu sekarang?......

NO PAINS NO GAINS

Kucing Kak ct
Beberapa hari kebelakangan ni, shift entry sy telah bertukar kepada malam pulak. Maksudnya semua entry sy di buat pada waktu malam kerana waktu siang sy terlalu sibuk dan tidak sempat nak online kecuali pada awal pagi, itu pun hanya untuk edit entry dan kemudian post. Jadi bila buat entry pada waktu malam ni, kuranglah ligatnya sy nak buat blogwalking seperti waktu siang, di tambah dengan line internet yang sememangnya tidak membantu langsung usaha murni sy ini. Walaupun begitu, no gain no pain kata orang putih, Kata orang melayu penantian itu satu penyiksaan..ahakss. Memang tiada kaitan. Bila cakap pasal no gain no pain ini sy teringat pasal satu kajian saintis terhadap kucing ( sy dengar cerita ni di radio IKIM FM ) Pada kajian tu, mula2 diletakkan 2 ekor kucing iaitu si A & B dalam sebuah sangkar besar dan atas sangkar ada sebuah aquarium kecil bersama seekor ikan di dalamnya. Jadi kedua2 kucing ini berebut2 untuk naik keatas dan bila tiba di atas, saintis itu menyiram kucing2 itu dengan air menyebabkan kucing2 itu bertempiaran lari kebawah. Kemudian saintis memasukkan seekor kucing C dan kemudian kucing C ini pulak bila cuba nak naik ke atas, kucing A dan B seperti menegah kucing C daripada berbuat demikian.Kemudian para saintis mengeluarkan kucing A dan B dan memasukkan kucing D. Macam biasa bila kucing D melihat ikan di atas, dia pun ingin naik ke atas, tetapi kucing C pulak seperti menegah kucing D daripada naik kerana melihatkan apa yang berlaku kepada kucing A dan B, tetapi kucing D tetap jugak naik dan atas sebab itu para saintis memberikan dia ikan ( tapi bukan ikan dalam aquarium tu ) Maksud kajian itu...errrr boleh sambung esok tak?

Tuesday, April 19, 2011

LUNCH DI LA CUCUR, KLCC

Promosi Tomei di KLCC
Semalam sy ke KLCC dan di ruang legar nya ada promosi TOMEI dengan produk berkilauannya. Daripada jauh dah nampak lip lap lip lap. Banyak jugak ruang2 yang sedang dalam ubahsuai termasuk bahagian yang dulunya restoran KFC dan Burger King. Diorang berpindah ke bahagian hujung berdekatan dengan Secret Recipe...nampak tersembunyi sikit. Katanya sebab sewa dah mahal, jadi kena pindah ke sudut yang lain. So petang semalam sy pun makanlah di sebuah restoran yang bernama La Cucur, bersebelahan dengan Secret Recipe. Sy order nasi tomato dengan ice lemon tea. Boleh tahanlah nasinya tapi sy suka ayam masak merah dia yang sedap sangat. Kalau kat KLCC ni, waktu makan tengahari memang susah dapat tempat..kedai ice cream depan La Cucur ni pun boleh penuh, apalagi kedai makan yang jual makanan...ahaksss. 
Nasi Tomato di La Cucur, KLCC
Dalam dok makan2 tu, perkara yang sama berlaku kepada sy lagi. Apa dia? Ada 2 orang perempuan minah saleh duduk di meja sy, walaupun bahagian meja yang tinggi sekeliling tu ada kosong. Sy tak kisah. Diorang tak makan, cuma minum saja. Tapi sepanjang sy makan tu, diorang dok tgk sy makan je..aduhsss. Sy ni kan cepat nervous, jadi kalau orang perhatikan je kita makan mulalah kuis sana kuis sini...ahaksss. So apa-apa pun, jika anda berkunjung ke KLCC, cubalah masakan di La Cucur. Yang lain sy belum rasa, tapi nampak macam sedaplah sebab tgk orang lain makan licin je semua :-) lapar kot

WRONG PLACE WRONG TIME

Mak cik google
Mungkin ada yang pernah dengar ungkapan wrong place at a wrong time at a wrong person.. Maknanya kita berada di tempat yang salah, waktu yang salah dengan orang yang salah...Kira macam semua tak kena. Ada kisah yang terjadi kepada sy beberapa tahun yang lepas sewaktu itu sy bekerja di Segamat. Banyak betul pengalaman sy kat Segamat ni..macam2 ada. So straight to the point...Kisahnya bermula begini.
Sewaktu tu sy bekerja sebagai salah seorang pegawai bank di Segamat. Biasalah kerja kat bank ni macam2 kerenah pelanggan dapat kita lihat. So suatu hari entah macam mana ada seorang mak cik dalam lingkungan umur 60an datang untuk membuka ASB dalam jumlah yang banyak, so kami pun membawa masuk mak cik ni ke dalam sambil sy dan rakan menguruskan dan mengisikan borang2 yang diperlukan kerana mak cik ni tak begitu tahu menahu pasal mengisi borang. Selepas semua siap dan menerangkan apa yang patut kepada mak cik ni, maka mak cik ni pun beredar tetapi sebelum dia beredar, mak cik ni bertanyakan nama sy. Setelah sy memberitahu nama sy kepada mak cik ni, dia pun beritahulah kepada sy yang dia tidak mempunyai anak tetapi mempunyai seorang cucu angkat perempuan di rumah. Emmm sy tertanya jugak apa kaitan menanyakan nama sy dengan cucu angkatnya dirumah? Sejak itu, setiap sebulan, mak cik tersebut akan datang ke bank menambahkan pelaburan ASB, tetapi dia hanya mahu berurusan dengan sy sahaja. Well, sy berkhidmat dengan bangga hati...:-) Setiap kali dia berurusan, tak habis2 memberitahu tentang cucu angkat perempuan dia tu... Pada satu hari, mak cik tu datang lagi tapi kali ni, sambil dia menambah pelaburan ASB nya, dia menanyakan nama penuh sy....!! Untuk apa ye? Ahaksssss...waktu lunch. TBC

Monday, April 18, 2011

ULASAN MOVIE - SENJAKALA

Sy rasa filem ni memang tak menggerunkan langsung, tak banyak adegan suspens dan semua cerita macam sudah dapat di ketahui apa cerita selanjutnya. Secara peribadi, cerita ini lebih teruk daripada Damping Malam. Sy rasa lebih menakutkan bila lihat cerita Alam Mistik di Astro daripada filem Senjakala walaupun dibarisi pelakun yang best2 seperti Liyana Jasmay, Ruminah Sidek, Zahiril Adzim dll.
Filem ini mengisahkan tentang saka yang diwarisi turun temurun dan entah macam mana sewaktu nenek Qhalisa ( Liyana Jasmay ) tidak dapat menurunkan sakanya kepada ibu Qhalisa kerana dia enggan menerimanya bapa kepada Armin ( Zahiril Adzim ) sanggup menerimanya kerana tidak tahan melihat penderitaan Nenek Qhalisa ( Ruminah Sidek ) Selepas itu saka itu diturunkan pulak kepada Armin dan kepulangan Qhalisa ke kampung itu menyebabkan saka itu mencari dia yang merupakan pemilik sebenar saka tersebut. Akhirnya setelah saka itu di turunkan kepada Qhalisa, maka beberapa ustaz cepat2 membuang saka itu sebelum Qhalisa bertukar menjadi ganas.
Jom Santai Sekejap - **

Thursday, April 14, 2011

SATU KETIKA SATU MASA

Let me cerita u all satu story. Hari tu masa sy pergi ke Puchong, waktu tu lewat petang, sy singgah makan dekat satu van yang menjual nasi campur dengan lauk2 dia yang memang sedap terutamanya lauk kari dia...Perghhh. Kari daging dia memang lembut habis. Kata yang menjual tu, kena rebus daging tu lama sikit baru empuk dan lembut. Patutlah tempat dia ni ramai orang yang singgah makan walaupun dia menjual dari van sahaja... Opss, itu semua hanya mukadimmah saja, bukan story yang sy nak cerita...
Masa sy tengah makan2 tu, adalah satu pasangan ni yang baru sampai dan lepas ambik lauk2, diorang duduklah kat meja...Nak tahu diorang duduk kat meja mana? Kat meja tempat sy makan! Sy bukan marah sebab sy ni cool orangnya. Sy bukan jealous sebab sy ni tak suka cemburu tak bertempat. Sy bukan sakit hati sebab sy ni suka kalau tengok couple2 yang loving...tetapi masalahnya ada 3 lagi meja kosong tetapi kenapa diorang duduk kat meja sy? Nak sy tanya, nampak kurang sopan, macam menghalau pulak tapi kalau tak sy tanya, nanti asyik tertanya2 pulak dalam fikiran sy kenapa diorang tak duduk kat meja yang kosong.....tiba2 diorang memulakan percakapan seperti begini bunyinya...
"You tahu sekarang ni orang sibuk pasal blogging?" si perempuan bertanya kepada silelaki.
"Ahhh..ada dengar jugak. Apa yang bestnya? You nak buat ke?" Lelaki tu tanya pulak kepada si perempuan.
"Entahlah..tapi I baca blog2 they all ni, quite interesting..macam release sikit stress kerja. Macam2 cerita ada." kata si perempuan tu.
"I tak sempatlah nak tengok tapi kawan I memang suka blogging. Seronok katanya. You nak buat ke?" tanya si lelaki tu pulak.
"I tak pandailah nak tulis. Mungkin I baca je kot, tapi kalau pandai mesti bestkan..ada jugak benda kita nak cerita.."...............
Tanpa disedari, tiba-tiba saja perbualan diorang terhenti seketika. Bukannya apa, sy tak boleh nak berhenti senyum bila diorang cakap pasal blogging....tapi sy buat derghhh je, pura2 hantar sms ( nak cover sikit )....

SEMUANYA MEMANG BENAR

Google bagi pic ni
Memang benar! Memang benar! Akhirnya sy mengaku..sy mengaku bahwa sejak kebelakangan ni sy kurang post entry sebab kesibukan melanda diri sy dengan kerja2 di office dan jugak kerja luar, sampai susah nak online walaupun seminit...ohh tidak sesaat pun susah. Terasa benar bila dah terbiasa menulis entry, tiba2 tak menulis..bak kata pepatah, burung yang terbang akhirnya hinggap jugak di sarang..Emm macam pernah dengar pepatah ni, tapi dimana ye. Walaubagaimanapun, ibarat jentayu yang patah sayap menongkat dagu, dengan semangat dan kudrat yang ada, sy teruskan jugak menggerakkan tangan ini untuk menaip walau sebaris ayat, walau sepatah perkataan kerana inilah realiti dunia blogging..........Well, apa macam? ada feel tak kat situ? Yeahh right. Sebenarnya ni tengah mood tunggang langgang dengan kerja, jadi entry pun macam biasalah.. ikut macam tuan dia jugak.. harap hari2 anda semua tidak sebegitu ye kerana sy tahu anda semua adalah yang terbaik dari yang terbaik. So teruskanlah hari anda dengan mood yang terbaik kerana hari2 yang mendatang akan menjanjikan yang terbaik untuk anda. Semuga anda menjadi lebih kaya dan berjaya! ( Ni pun macam pernah dengar tapi dimana ye? ) 
Sy sudahi entry ini dengan serangkap pantun 3 setengah kerat:
Sy sayang anda semua
Kerana anda semua sayang sy ( perasan ) 

TERIMAKASIH...HIDUPKU LEBIH TENANG

Apakah yang berlaku? Opsss lupa nak inform, entry ini adalah kesinambungan kepada entry sebelum ini, so kalau nak tahu hujung pangkal cerita ini, Undur setapak ke belakang ye..ahakssss.
Dalam suasana yang tenang dan menjalani hari-hari biasa sebagai IT dan jugak jururawat hospital, si bekas isteri ( sebab tak tahu nama, sy panggil bekas isteri jelah ehh) menerima satu kejutan apabila menerima kinjungan si bekas suami yang tiba-tiba muncul bersama dengan isterinya dan seorang anak. Boleh ke anda bayangkan apakah yang berlaku? Perang besar? Pergaduhan dan perbalahan? Pinggan mangkuk berterbangan? Nop…semua berjalan dengan tenang dan aman. Si bekas isteri melayan mereka macam mereka tu tetamu, masih macam tak ada apa2 yang berlaku. Jiran2 keliling dok stand by je kot2 kalau berlaku kekecohan termasuk sy sebab sy jiran paling dekat tapi paling tak rapat… So apakah yang berlaku selepas itu? Kita sambung next entry ye…..ahaksss. Sure kena ban lepas ni. Taklah, sy habiskan cerita ni….
Tujuan si bekas suami tu datang berjumpa dengan si bekas isterinya adalah sebenarnya mengajak dia kembali rujuk dan tinggal bersama2 dia di Kelantan. Mungkin dia tersedar dengan kesilapan yang telah dia lakukan. Begitu jugak dengan isteri ‘muda’nya jugak sanggup bermadu kerana sedar mungkin dia jugak ada kaitan dengan penceraian mereka….Tetapi si bekas isteri telah menolak ‘tawaran’ dari bekas suaminya itu kerana katanya hidupnya lebih tenang dan beliau ingin menumpukan kerjayanya…Alkisahnya

Tuesday, April 12, 2011

BIARKAN AKU BERSENDIRIAN

Kadangkala kita rasa kita kuat jika bersendirian. Kadangkala kita rasa kita tidak perlu meluahkan masalah kita kepada sesiapa. Kadangkala kita rasa berdua hanya menyusahkan saja. Betul ke? Sy rasa betul jika kena pada tempatnya….. 
Dulu semasa sy bekerja di Segamat, sy berjiran dengan sepasang suami isteri yang baru berkahwin. Dulunya rumah tu si suami yang duduk bersendirian, lepas kahwin, diorang duduk kat situ. Macam biasalah, sy hanya jumpa diorang hari minggu je, hari lain keluar pagi balik malam, so memang bayang2 pun susah nak nampak. Si isteri bekerja sebagai jururawat kat hospital Segamat manakala suaminya pulak kerja pemandu lori, so selalu outstation. Jaranglah mereka dapat bersama. Nak jadi cerita, setahun lepas tu mereka bercerai kerana si suami bukan setakat bawak lori, dengan orang2 pun dia bawak sekali. Suaminya kahwin lain di Thailand dan menetap di Kelantan, maka tinggallah si isteri tu dalam keadaan sugul dan sedih. Ada jugaklah saudara mara sahabat handai yang datang menenangkan dia dan menyuruh dia berpindah ke tempat lain untuk memulakan hidup baru, tapi dia enggan. Sejak daripada hari itu, sy lihat dia seperti biasa, menjalani kehidupan sebagai jururawat..macam tak ada apa2 yang berlaku. Selalu waktu balik kerja, sy pasti akan melihat dia sedang membersihkan laman rumah dia. Dia senyum, sy pun senyum…opsss, nampak sy cuba nak bagi semangat kat dia Tetapi kata orang, langit tidak selalu cerah, dalam bersendirian dia cuba mengumpul kekuatan dalam dan luaran mengharungi liku2 hidup sebagai seorang IT disitu, sesuatu yang tidak disangkanya berlaku......Errr next entry ye:-)

MAMACHIA 1ST GIVEAWAY

Ceritanya
Apa kata sy mulakan entry ini dengan serangkap pantun dulu2…
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati…..
Jadi apakah kaitannya pantun diatas dengan entry sy. Memang tiada kaitan. Pantun tu sebagai warm up untuk sy memulakan entry kali ni. Ahakksss…adalah sebenarnya. Kalau kita perhatikan orang dulu2, perkara penting yang menjadi ukuran persahabatan dan perhubungan adalah budi atau sikap dan sifat hati seseorang. Bagi mereka setiap budi yang yang dihulurkan amat susah untuk di bayar balik walaupun dengan segunung emas sekali pun kerana nilai budi itu terlalu tinggi. Orang akan sentiasa ingat hingga ke akhir hayat mereka hanya dengan satu pertolongan atau bantuan yang kita berikan. Percaya tak dengan hanya anda membantu memberi  beras segenggam kepada jiran anda yang memerlukan, mereka akan membalas lebih daripada seguni beras..Walaupun tidak ada perkataan semua budi itu harus dibalas tetapi memang itulah adat orang dulu2 yang harus kita sanjungi dan kagumi..
Pandang sekeliling kita sekarang?
Mungkin pantun dulu2 sudah berubah menjadi….
Pisang emas diangkat-angkat
Pisang dole pulak diatas peti
Hutang emas sendiri mau ingat
Hutang budi tergadai body…

Disebalik ceritanya 
Sebenarnya entry yang tak ada hujung pangkal di atas tu sy buat sempena dengan Giveaway contest oleh Mamachia di mana jika anda ingin join contest tu hanya klik saja banner di atas. Hadiah lumayan you!! Bukak2 saja blog dia nahhhhh!!! terpampang besar empunya blog..nampak mata So bagi anda yang nak join jangan lepaskan peluang anda ye. Mamachia...sorry ye sy tak tag sesiapa sebab sy tahu ramai yang akan join bila lihat entry ni ..ahakssss. Dan tidak lupa jugak sy nak ucapkan ribuan terimakasih kepada cik yana daripada pontian, walaupun bercuti sakan tetapi sanggup bersusah payah mencari-cari sy merata-rata ceruk rantau untuk sy join contest ini... 


Monday, April 11, 2011

MAHARAJA LAWAK DI PAKEJ MUSTIKA?

Hari jumaat lepas sy berkesempatan menonton Maharaja Lawak setelah sy miss pada episod pertama. Boleh tahan jugaklah ada yang kelakar dan ada yang tidak. Kalau yang lawak tu sy suka R2, Nabil, Sepah dan satu kumpulan lagi sy lupa apa namanya...tapi memang kelakar. Jozan tu sy rasa lawak jugak. Cuma yang sy rasa tak lawaknya bila AC Mizal mengumumkan bahwa minggu depan jika nak tengok Maharaja Lawak kena langgan astro pakej mustika. Mak datuk! Nak tengok Maharaja Lawak pun kena langgan pakej mustika? Memang buat duit betul diorang ni. Nasib baik lah Akademi Fantasia diorang tak masukkan dalam pakej tu....( walaupun sy dah lama tak ikuti AF ni....) Masa awal2 dulu siaran astro, semua dalam satu pakej, kemudian diorang dah buat macam2 pakej menyebabkan kita terpaksa buat pilihan nak rancangan mana yang kita selalu menonton, kalau tengok semua rancangan, lagi mahallah harga...tapi nak buat macam mana, macam sy katakan dulu, kawasan perumahan sy tu memang signal tak berapa elok walaupun pakai piring angkasalepas sebesar mana pun, terpaksa jugak langgan astro untuk gambar yang clear...uhukkksss. Lepas ni apalagi kejutan dari astro.

Sunday, April 10, 2011

HATI INI PERNAH DILUKAI

Hari ni baru sy dapat buat entry. Busy sedikit 2,3 hari kebelakangan ni. Tak berkempatan rasanya nak online apalagi nak buat entry mahupun blogwalking...so ada sedkit waktu ni, sy redah jugaklah ye. Bila redah, maka entrynya pun akan jadi tunggang langgang..bila tunggang langgang maka hanya orang yang benar2 faham saja yang tahu apa yang sy tulis...ahaksss...
Beberapa malam yang lepas waktu sy mendengar radio mengenai keluhan hati, sy tertarik dengan seorang pendengar yang meluahkan keluhannya mengenai hatinya telah dilukai. Teringat sy kepada lagu Ajai dan Kris Dayanti bertajuk Hati Ini Telah Di Lukai. Secara ringkasnya si gadis ini telah menjalinkan perhubungan dan mengenali dengan teman lelakinya hampir 10 tahun dan jangka waktu itu semuanya berjalan dengan indah dan tiada sengketa mahupun salah faham antara mereka. Semuanya lancar hinggakan mereka sudah pun merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun depan. Tetapi kesemua itu hancur hanya kerana adanya pihak ke 3.. bukan datang menggoda teman lelakinya, bukan daripada pihak keluarga yang tidak suka..tetapi datang daripada rakan gadis ini yang seakan cemburu dengan perhubungan mereka...dia menimbulkan cerita2 yang kurang senang dan akhirnya teman lelaki dia terpengaruh dan meninggalkan gadis ini. Sambil meluahkan luahan rasanya, gadis ini tidak dapat mengawal perasaan dan menangis kerana katanya dia terlalu sayangkan teman lelakinya.
Pernahkan anda di lukai sebegini? Atau adakah sesiapa yang rapat dengan anda pernah mengalaminya?

Friday, April 8, 2011

KATA ORANG BUKAN MUDAH UNTUK BERKATA-KATA

Salam santai. Lama benar sy tak buat entry kata orang… ahakss sebab orang sekarang dah tak berkata-kata, semua pakai sms je. Kita selalu pernah dengar perkataan kata-kata tidak semudah seperti yang di ucapkan. Setakat cakap itu ini, begitu begini tapi hakikatnya tidak satu pun yang betul, tidak satu pun yang dibuat seperti apa yang dicakap. Mulut kata cinta, hati kata sebaliknya. Mulut kata sayang mata memandang ke lain… Tapi ramai ke orang yang masih berpegang kepada apa yang mereka katakan? Setiap kata-kata mereka tu mereka kotakan?
Ingat pada entry sy beberapa hari yang lalu pasal seorang ayah yang memarahi anaknya kerana anaknya memukul cikgu dan kawan-kawannya? Well, hari ni sy lihat si ayah sedang sibuk berniaga macam biasa tanpa anaknya yang sy rasa kemungkinan besar dia sudah pun menghantar anaknya ke Sabah bersama Opahnya. Nampaknya dia memang buat seperti apa yang dia katakan tempohari…emmm mungkin dia berfikir itulah jalan terbaik untuk anaknya.
Mengapa berjanji jika kita tidak pandai menepatinya? Mengapa meng’ya’kannya jika hati berkata tidak? Sebenarnya semua ini datangnya daripada kejujuran hati kita. Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan menggoreskan atau menyinggung orang lain satu hari kelak….kata orang.

Wednesday, April 6, 2011

SENAMAN MUKA BERSAMA ABANG MUSCLE SANTAI

Apa khabar tuan2 dan puan sekelian? Ingat lagi Abang muscle santai? Yesss u betul. Dulu AMS ada buat senaman mengempiskan perut dalam masa 1 jam...you all dah kurus ke? tambah gemuk? kalau makin gemuk tu sebab makan nasi ye..jadi kurangkan nasi, lebihkan kopi ye ahaksss...terlebih sudah AMS berceloteh. Jadi hari ni senaman apa yang nak kita buat? Yesss u betul lagi. Senaman muka. Muka itu penting kerana bila kita bercakap, orang pandang muka dulu..kalau yang pandang lain tu, bukan orang ye. So, are you ready? 
1) Untuk menegangkan kulit muka kita yang berkedut2 tu, ambik gam cair tu yang anak2 kita bawak pergi sekolah tu dan tampal kat muka waktu malam ye, atas gam tu tampal pulak bedak sejuk dan taburkan rata-rata bagi sekata, selepas 30 minit, basuhkan dengan air biasa dan anda akan lihat kulit anda bukan saja putih malah tiada lagi tompok2 hitam malah tahi lalat anda pun boleh hilang....masa tu you all akan terkejut betapa berserinya muka tuan2 dan puan2 macam reaksi gambar di atas tu.
2) Untuk menampakkan senyuman yang manis, pagi2 masa mandi tu, tuan2 dan puan2 pergi ke cermin muka kat dalam bilik air dan buat aksi kononnya kain you all terlucut, jadi tuan2 dan puan2 akan menutup apa yang patut dengan senyuman yang manis...buat macam tu tiap2 hari, nnt automatik tuan2 dan puan2 akan sentiasa senyum tanpa segan silu lagi kerana tuan2 dan puan2 sudah pun malu pada paginya...
3) Jika di bahagian dahi tuan2 dan puan2 ada kerutan dan kedutan sebab bukan tua..tapi selalu sangat fikir apa nak buat dengan blog tuan2 dan puan2 yang sentiasa bersawang tak ada entry, mudah saja...ambil kedua2 belah tangan anda dan hujung kesemua jari tu anda tolak ke atas dahi anda dan biarkan disitu, maknanya muka anda sudah tertutupkan...oleh kerana anda kena buat begini selama 30 minit, apa kata sambil2 tu anda tidur je dengan tangan masih menutup muka. Bagus amalkan masa kat office...

Baiklah, Abang Muscle Santai rasa sampai sini dulu senaman muka hari ni, kita jumpa lagi di entry akan datang dengan serangkap pantun ye...Buah mangga isinya kuning, Yang warna merah buah ceri, buat apalah pening2, akan datang AMS datang lagi!! 

SEBUAH CINTA GEMURUH

Sebenarnya sy nak sambung cerita sy pada petang semalam tapi broadband sy dah expired, lupa nak top up sebab selalu asyik guna WIFI aje, tak sedar …terpaksalah sy habiskan cerita tu pagi ni....
Selepas kawan sy ni terkantoi dengan cleaner yang telah memerhatikan gelagat kawan sy ni bercakap sorang2 dengan cermin di toilet, maka semakin gemuruhlah dia ditambahkan dengan malu kerana diperhatikan. Tapi nak tak nak, dia terpaksa keluar jugak daripada toilet itu kerana kawan perempuannya sedang menunggu di meja makan…so perbualan diorang  lebihkurang macam nilah ( seperti yang diberitahu kawan sy kepada sy..mungkin ada sedikit perbezaan kerana sy tidak berapa ingat semuanya )
Selepas kawan sy ni duduk di meja, makanan telah pun terhidang dan mereka pun makan sambil kawan sy mencari masa yang sesuai. Dalam beberapa suap selepas tu kawan sy pun memulakan misi bicaranya.
“Errr Shikin ( nama kawan perempuan dia ) Sebenarnya I ada nak beritahu you something, tapi I harap you jangan marah ye” Kawan sy memulakan perbualan
“Marah? Buat apa I nak marah asalkan you jangan buat dan cakap yang bukan2 sudahlah” Shikin pun tertanya2 apakah yang ingin disampaikan oleh kawan sy tu…belum sempat kawan sy nak bercakap,
“You tahu tak si Razman tu hari ni asyik buat kelakar je, cerita itulah cerita inilah…his very funny person kan?” tanya Shikin kepada kawan sy. Razman tu office mate Shikin kalau you all nak tahu..ahaksss.
“Errr ye ke..ahhh ahhh memang kelakar. Tengok muka pun dah tahu. You suka kat dia ke?” tiba-tiba itu pulak yang di tanya oleh kawan sy kepada Shikin.
“Apa you merepek ni, I kalau boleh nak single lagi ok. Tak naklah couple2 ni, nanti kena ada commitment sana commitment sini..Susah I nak buat apa yang I suka..mesti you fahamkan sebab you yang paling rapat dengan I. Errr tadi you ada nak cakap something pada I, apa dia?”
“Err..errr…Sebenarnya I …Sebenarnya..Macam mana I nak cakap ehh? Errr I ni kan suka kat you… I mean I really2 sukakan you…” terkeluar jugak apa yang kawan sy ingin sampaikan kepada Shikin.
“Is  a joke right? You pun nak jadi kelakar macam Razman…hahahaha, very funny.” Shikin ketawa terdekah-dekah sambil kawan sy ni pulak meng’ya’ kan saja kata2 Shikin tu dan dia jugak join ketawa tapi dengan mata yang berair... Malam itu kawan sy makan tanpa rasa gemuruh, sama jugak seperti malam2 yang lain…kerana apa yang ingin disampaikannya tidak kesampaian….
Apa terjadi kepada mereka sekarang? Shikin sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan. Kawan sy masih lagi membujang tapi baru saja mula berdating dengan seseorang. Dia dah 3 kali putus cinta…errr sy tak pastilah cinta atau apa tapi katanya dah 3 kali break off. Razman? Sy tak pasti dimana dia berada kerana dia telah berhenti kerja. So itulah ceritanya……

Tuesday, April 5, 2011

JIKA GEMURUH MENYELUBUNGI KITA

Sekarang sy berada di CIMB Jalan Raja Laut, ada urusan perbankan sekejap. So sementara ada masa menunggu giliran, kita sambung cerita entry sebelum ini ye...ahakkkss. Sorry kepada yang menunggu..
Al kisahnya bila kawan sy ni disebabkan terlalu gemuruh, dia terus minta diri untuk ke toilet dengan alasan untuk membasuh muka. Sesampai saja dia ke toilet, dia terus membasuh mukanya sambil melihat dirinya di cermin...
"Apalah kau ni..Takkan benda2 macam ni pun nak nervous. Kau kena kuat. Kalau tak cakap hari ni, bila lagi? Takkan selama2nya macam ni. Come on Daniel ( Nama kawan sy lah ni ) You can do it. Jangan jadi penakut. Nanti lama-lama kau sendiri yang rugi"
"Aduhhsss..kenapa gemuruh sangat ni. Dada dup dap dup dap laju betul..Cool Daniel. Cool Daniel. Apa nak jadi, jadilah...dia terima ke, dia tak terima ke, yang penting kau dah cakap...Alaaaaa macam mana kalau dia tak terima, mana aku nak letak muka...? Hissshhhh tak pe..tak pe...yang penting nekad. yang penting aku dah cakap apa yang aku rasa...you boleh buat" sambil Daniel menampar perlahan-lahan ke mukanya tanda sudah bersedia...tiba-tiba.
"Dah ke encik? Kalau Encik dah habis cakap, sy nak cuci tandas ni" rupa2nya ada sorang pencuci tandas sedang duduk di tepi sudut bilik air sambil menunggu kawan sy ni tengah bercakap dengan cermin...lagilah menaikkan kegemuruhan dia...Adakah dia berjaya? Emmm opsss sambung lagi ehh?

GEMURUHNYA CINTA

Bagi mereka yang pertama kali bercinta pasti akan merasa gemuruh jika ianya berlaku...mungkin ada jugak yang tak gemuruh langsung. Bagi yang terasa gumuruh ada saja yang terasa tidak kena mahupun merasa gusar gundah gulana kerana berharap apa saja yang anda lakukan adalah betul dan tidak menimbulkan kekalutan pada pasangan anda walaupun sebenarnya anda dan dia sudah pun bertahun berhubungan tapi hanya sekadar kawan…kata orang sekadar di pinggiran. Ahakkss.
Sy ada satu kisah yang ingin sy kongsi mengenai kegumuruhan kawan sy yang baru dalam nak confess cintanya kepada kawan perempuan yang telah dia kenali hampir 6 tahun...
Satu hari kawan sy ni telah set satu dinner dengan kawan perempuannya ni dengan tujuan untuk memberitahu yang dia sebenarnya ada menaruh hati kepada kawannya itu. So malam tu, mereka pun pergilah dinner ke satu tempat yang eksklusif jugak…kira tak adalah hirup pikuk kereta mahupun orang, jadi senang dia nak cakap…Cuma masalahnya dia terlalu gemuruh kerana tidak tahu apakah reaksi yang akan dia terima..So bila saja mereka duduk di meja makan yang telah kawan sy ni booked, kawan perempuan dia terus bertanya kenapa muka kawan sy ni macam pucat je, so kawan sy ni nak cover, dia cakap baru bangun tidur dan kawan sy pun minta diri untuk ke tandas dengan alasan untuk menbasuh muka tetapi sebenarnya adalah untuk menghilangkan gemuruhnya itu… Apakah yang terjadi? Bolehkah kawan sy ni mengatasi gemuruhnya atau adakah segala yang di rancang tidak menjadi? Next entry ye…

MAKAN MALAM DI HM SRI BAGAN

Restoran HM Sri Bagan sentiasa penuh dgn pengunjung
Masa berada di Bagan Lalang tu, sy sempat makan malam di HM Sri Bagan seperti yang sy ceritakan di entry sy sebelum ni. Memang makanan dia fresh dan restorannya pun kira atas pantai, waktu malam memang nampak air laut tengah pasang. Tempat tu memang kena booked daripada awal, sekurang2nya pada petangnya untuk mendapat tempat..kalau tak, mungkin kena tunggu sampai pukul 11 malam barulah dapat tempat...iaitu waktu semua orang balik..ahakksss. Sorry, tak sempat nak ambil gambar makanan sebab bila makanan sampai je, semua dah busy ambil lauk, tapi lauk malam itu kita orang order antaranya ialah udang galah masam manis, ikan siakap masak stim, kangkung belacan, sotong goreng tepung, ikan pari bakar dan air tembikai...memang sedap. Jika anda kesana, anda patut cuba. Sebenarnya sepanjang2 pantai tu memang banyak restoran makanan seafood dan secara puratanya sy boleh katakan, semua restoran tu penuh dengan pelanggan yang inginkan makanan laut yang segar....

Monday, April 4, 2011

BERCUTI DI PANTAI BAGAN LALANG

Beberapa hari ni no entry daripada sy sebab laptop tertinggal di rumah dan sy pun  sedang bercuti di pantai Bagan Lalang, Sepang. Konvoi 3 kereta dengan saudara mara terdekat ke sana. Memang best dan menyeronokkan, pendek kata, berkelah, mandi, makan, berkelah, mandi, makan, berkelah, mandi dan makan…itu jelah yang kitaorang buat. Kami menginap di Resort Camar Laut yang berdekatan dengan pantai Bagan Lalang, itu pun kira bernasib baik, hanya itu saja yang tinggal, chalet dan resort lain fully booked. Cuaca pun ok, tiada hujan cuma agak panas sikit dan muka sy pun dah sedikit sun burn walaupun berkilo2 lotion sy letak..ahaksss.
Chalet Camar Laut Bagan Lalang
Kat situ pada waktu malam ada pertandingan karaoke dan kalau dilihat sepanjang pantai tu memang ada banyak khemah yang di buat, kira ramai jugak yang overnight sambil berbeque kat tepi pantai. Don’t worry sebab pengawal pantai memang 24 jam sentiasa mengawal di situ. Petangnya anda boleh bersiar2 dengan menggunakan basikal bermotor tu…tapi rate mahal sikitlah, RM12 untuk setengah jam. Air pasang mula jam 3 petang rasanya, jadi belah pagi tu kira boleh main pasir jelah, buat istana cinta ke, penyu ke, ikan duyung ke…sebab air pantai surut adalah 400m jauhnya daripada tepi pantai…tu sayup2 je nampak air laut. Ada jugak orang yang mengambil kesempatan bermain layang2 sebab angin tepi pantai memang sentiasa melambai2 walaupun cuaca panas…memang panas teramat.
Basikal bermotor ronda Bagan Lalang
Waktu malam, kami makan di restoran terapung HM Sri Bagan. Nak makan pun kena booking sebab kalau tak, memang sampai pukul 11 pun belum tentu ada tempat sebab semua tempat dah kena booked ikut time…so kalau anda book pukul 9, kena datang pukul 9 sebab pukul 10 dan ada orang lain book pulak…punyalah ramai orang makan kat situ.
Kami bertolak balik dalam pukul 6 petang setelah berkelah sekali lagi di pantai selepas check out . On the way balik, kita orang singgah pulun durian …emm kat mana sy pun tak perasan tapi dekat2 dengan Sepang F1 tu. Isi memang kuning2 merah gitu, memang puas makan. Walaupun acara makan tidak habis disitu, kami semua decide untuk makan malam terus di Restoran Satay Kajang Samuri di R & R Dengkil…so, itulah serba sedikit kemana menghilangnya sy 2,3 hari ni..ahakkssss. kisahnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails