JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, March 31, 2011

TIDAK SEMUA MASALAH ITU MUDAH

Pagi tadi sewaktu sy sedang seronok ketawa sendirian membaca komen2 daripada rakan bloggers..errr sambil bersarapan, tiba2 ada seorang lelaki memimpin anak dia dan menyuruh anak dia duduk di meja berhadapan dengan meja sy sambil mengarahkannya untuk membaca dan membuat homework..rasanya anak dia ni dalam darjah 1 @ 2, sementara lelaki ini pergi ke seberang jalan ke satu van yang menjual kuih2. Dia ni peniaga rasanya. Dalam dok berniaga tu, daripada jauh dia menjerit menyuruh anaknya baca...( ini baru dinamakan Pengajian Jarak Jauh :-) )
Pendek cerita, dalam 10 minit kemudian, dia datang balik ke meja depan sy sambil memberi lecture kepada anak dia lebih kurang beginilah percakapannya...opsss sebelum tu, sy sebenarnya tak naklah dengar tapi terpaksa jugak sebab lelaki ni cakap kuat sangat.
"Riyan ni nak jadi apa? Pergi sekolah gaduh dengan kawan..dengan cikgu Riyan pukul. Nak jadi samseng ke? Nak papa hantar pergi Sabah tak? Duduk dengan Opah. Kat sana Riyan nak jadi samseng, jadilah. Papa tak kisah. Riyan tahu tak papa berniaga susah2 nak bagi Riyan senang. Kecik2 Riyan dah gaduh dengan budak, dah pandai pukul cikgu, dah pandai nak ponteng..Jangan nak tunjuk muka nangis. Papa tahu Riyan berlakun je..selama ni Riyan berlakun je depan papa. Cuba cakap Riyan nak jadi apa?".....cukup setakat tu. Sebenarnya panjang lagi.
Sy tak nak persoalkan apa2 disini, sebab sy tak tahu hujung pangkalnya siapa yang benar dan siapa yang salah, cuma sy mengeluh seketika...this is life. Setiap manusia ada masalah masing2...tidak semua dapat menghadapi masalah2 mereka dengan mudah.

MENGAPA DAN KENAPA?

Entry pagi ni berdasarkan kepada blogcomment yang sy buat beberapa hari lalu. Beberapa pertanyaan berlegar2 di kepala sy al malklumlah kira sy ni baru berblogging jadi bila melawat dan bw banyak2 blog ni, macam2 rupa, cara dan kreativiti yang sy jumpa…interesting. Okay, antara pertanyaan yang berlegar2 di kepala sy adalah:
1)      Antara blog yang banyak komen dengan blog yang banyak orang chat di shoutmix, mana generate paling tinggi traffic?
2)      Blog yang ramai follower tapi tiada shoutmix dengan blog yang sedikit follower tapi ada shoutmix, mana lebih menguntungkan?
3)      Antara blog yang buat entry seminggu sekali dengan blog yang buat entry 3 kali sehari, mana lebih mendapat perhatian?
Sebenarnya banyak lagi persoalan bermain di kepala sy. Ini bukanlah melibatkan tentang kenapa kita berblogging tetapi lebih kepada sudut komersial kenapa kita berblogging terutamanya dari segi traffic, memperkenalkan blog kita, berkongsi dengan rakan bloggers yang setia sebagai pengomen dan sebagainya… So, apa pendapat anda?

Wednesday, March 30, 2011

KEMPIS BERSAMA ABANG MUSCLE SANTAI

Hai tuan2, puan2, datuk2 dan datin2....kali ni sy opsss abang muscle santai akan memberikan anda semua tunjuk ajar ye bagaimana nak kempiskan perut dalam masa 1 jam je...ye tuan2 dan puan2, hanya dalam masa 1 jam saja dah nampak perubahannya. Ramai yang dah cuba kaedah ni, sampai sekarang ni diorang semua dah tak boleh nak makan dah...kurus kering. Jadi apa kita tunggu lagi, biar abang muscle santai tunjuk cara yang tak betul betul ye...dah ready? maaf ye kalau boleh abang muscle santai nak pakai video cam terus tapi sebab badan abang muscle santai dah ada 10 pack ( orang bina badan cuma ada 6 pack je ) jadi takut pulak puan2 dan datin2 terperanjat....ok, kita start sekarang ye:
kawan abg muscle
1) Kebiasaannya orang buat sit up ye, tapi abang muscle santai rasa sit up tak effective sangat, kita buat sit down. Buat kat padang rumput lagi baik. Satu badan berbaring meniarap sambil muka ke bawah, kemudian cuba buat break dance macam ular menari tu...haaaa..betul, ini akan mengempiskan semua bahagian termasuk muka sekali ye.
2) Setengah jam selepas makan. Ambik kedua-dua tangan dan tekan kedua2 perut sambil tahan nafas ( Tidak sesuai untuk perempuan mengandung ye ) dan kemudian cari ruang2 dalam perut yang terasa kosong sambil tekan. Cara ini dapat mengeluarkan angin2 toksik yang mengembungkan perut ye.
3) Cara terakhir yang mudah ialah pada waktu pagi semasa bangun pagi, pastikan anda menggeliat sekuat2nya ye..kalau boleh biar tangan kaki tu terkeluar daripada kawasan katil. Bagi mereka yang sudah berkahwin, pastikan pasangan anda sudah bangun ye. Abang muscle santai panggil ni strecthing. Ianya dapat menegangkan semua otot2 yang kendur semasa tidur...
So, sehingga kita berjumpa lagi, abang muscle santai nak bagi pantun ye...errr tak pelah. lain kali jelah.    

HARI NI SY KE KLCC

Uncle Lim di Subang Parade

Hari ni sy akan ke KLCC. Ada kerja kat sana, jadi tak dapatlah nak menyinggah lama sikit kat blog rakan2 pada pagi ni, tetapi sy tetap akan singgah pada malamnya nanti. Rasanya dah lama jugak sy tak ke KLCC, nak tengok jugak apa promosi yang ada kat ruang legarnya. Dah lama jugak sy tak pekena Burger King kat KLCC tu…selalunya kalau sy pergi belah pagi, sy akan ber’wifi’ di situ dulu sambil breakfast. Cakap pasal makan, beberapa hari lepas, sy ada singgah di restoran Uncle Lim kat Subang Parade, Subang Jaya sebab nak jumpa kawan kat sana…sy cuba bubur ikan..opsss fish porridge, glamour sikit bunyi dia. Memang sedap bubur dia tu…kawan sy siap order satu lagi tapi chicken porridge pulaklah. Harga tu macam biasalah, standard kat shopping complex..nak2 kat area Subang Jaya, tapi worthless. Kalau dulu, semua kopitiam pakai nama Pak...Pak Li, Pak Long, Pak Hailam, Pak Ngah...lepas tu sekarang ni pakai nama Uncle pulak, Uncle Lim, Uncle Bob...opsss yang ni jual ayam crispy.

Tuesday, March 29, 2011

TERIMAKASIH SEMUA

1,000 follower. Pelbagai perasaan bercampur-campur. Sebak, gembira, teruja dan macam2.. Walaupun ianya hanyalah follower tetapi tanpa follower siapalah Jom Santai Sekejap. Jutaan terimakasih kepada mereka yang sentiasa memberi motivasi dan semangat untuk sy berkarya dan berblogging, tidak perlulah sy nak tulis satu2 nama diorang kat sini tapi sy pasti anda tahu siapa anda, baik secara langsung mahupun tidak. Sy pastinya tidak akan berhenti berblogging…akan tetap berblogging dan berblogging selagi anda singgah di sini.
So, sempena dengan ini jugak, dulu sy ada mention nak buat rombakan sedikit dalam blog ini dan sy sudah pun hampir2 menamatkan misi tersebut dan mungkin selepas ini anda akan lihat sedikit kelainan daripada blog ini.

So sekali lagi, terimakasih semua……uhukkssss.

ODAHONE GA | BERSAMAMU HIDUP INI INDAH SEMUANYA

Ceritanya
OdahOne GA
Kadangkala, tatkala kita baru terasa kebahagiaan, masa tulah harapan kita berkecai. Kadangkala, tatkala kita baru mula menjumpai sesuatu atau seseorang yang kita impikan, masa itulah ianya pergi buat selama-lamanya.
Sewaktu sy di tingkatan 3 ,sy punya seorang sahabat. Bermula dengan persahabatan biasa sehinggalah menjadi akrab dan rapat. Setiap masalah dikongsi bersama, setiap suka duka tidak pernah sy rasa keseorangan kerana adanya dia membantu dan memberi motivasi. Cakap apa saja, sikit atau banyak, kami akan sentiasa berkorban antara satu sama lain untuk menggembirakan pihak yang lain. Satu ketika, sewaktu sy baru pulang daripada kuliah. Room mate sy tercungap-cungap memberitahu sy yang sahabat sy telah di bawa pulang ke kampungnya di Kelantan kerana sakit. Sy terpinga. Betul ke dia sakit? Sakit apa? Nak melawat sy tak tahu tuju, jadi sy pasrah sehinggalah pada pada perhimpunan sekolah berikutnya, cikgu mengumumkan berita yang membuatkan airmata sy berderai ketika itu. Tidak sy sangka, sahabat sy telah pergi buat selama2 nya. Semuga rohmu sentiasa di cucuri rahmat.
Walaupun masa bersama terlalu singkat, tetapi bersamamu hidup ini indah semuanya..... 
Disebalik ceritanya
GiveAway Contest ni dibuat oleh Odahone kita. Hadiah dia pun boleh tahan hebat dan sy pasti ramai yang ingin menyertainya. Klik saja banner GA di atas. Sy rasa tak perlulah sy tag sesiapa kerana sy pasti ramai yang berminat untuk menyertainya..kan..kan..kan. So thanks Odahone...

Monday, March 28, 2011

SKRIP 8808

Malam tu aku keseorangan. Malam tu aku tiada berteman. Malam itu malam Jumaat. Malam itu kawasan rumah aku blackout. Malam itu semua jiran aku balik kampung. Malam itu pak guard yang selalu meronda cuti. Malam itu prepaid handphone aku tak ada credit. Malam itu bunyi anjing menyalak menjadi2.Malam itu kedai 7 eleven pun kehabisan lilin. Malam itu cukup sepi. Malam itu cukup sunyi. Malam itu cukup menakutkan. Apakah yang terjadi pada ku pada malam itu?
Sebenarnya pada malam itu...pada malam itu aku...aku tiada dirumahku. Jadi tidak ada apa2 yang berlaku, tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan..bukan..bukan. Ada yang lebih penting daripada itu.
Malam itu sewaktu dalam perjalanan balik kerumah, ada sesuatu yang me'numpang' sekali dalam keretaku. Maksud aku, benar2 me'numpang'. Tiba-tiba saja aku terasa kereta aku berat semacam...Macam sedang menaiki bukit. Tak berani aku nak pandang cermin pandang belakang, aku hanya memandu seberapa cepat yang boleh untuk sampai ke kawasan yang lebih terang tapi sepanjang jalan tiada satu kawasan pun yang terang walau sebatang lampu sekali pun. Aku cuba membaca ayat kursi kerana ustaz aku cakap syaitan cukup takut dengan ayat kursi, tapi malangnya aku tak tahu baca. Setakat Al Fatihah tu, aku masih gagah lagi.Semakin lama semakin meremang bulu roma aku. Bau harum dalam kereta semakin membuatkan aku teruja  menggigil satu badan. Dalam aku memandu tu, tiba-tiba di depan aku berdiri satu lembaga....
"Sudah-sudahlah tu Man. Aku tahulah kau baru beli kereta tapi takkanlah sampai nak tidur dalam kereta. Esok2 kan boleh drive lagi...hissss entah apa nak jadilah kau ni malam2 buta kat dalam kereta tu..."

KEMPUNAN TERUS

Hari ni sy lunch kat Mc Donald je sebab dah tak tahu nak makan apa...fikir punya fikir punya fikir punya fikir, last2 tak nampak jugak apa yang nak di makan, jadi sy lambunglah dadu mc donald dan taaraaaaaa...memang kot mana pun akan keluar gambar mc donald jugak...

Emmm tapi bukanlah pasal tu sy nak cerita, tapi cuma masa makan tadi, oleh kerana duduk kat tepi tingkap, so bolehlah nampak pemandangan keindahan kesibukan orang lalu lalang dengan kesesakan kereta...memang tak indah. Dalam dok sy baru nak ngap gigitan pertama, adalah orang yang makan jugak kat dalam Mc Donald ni tapi duduk adalah dalam 3 baris belakang sy melakukan sesuatu yang terus menutup selera sy nak makan... Tentu anda pernah lihat orang yang meL_D_H tak kira tempat dan masa. Asal diorang nak meL_D_H, diorang buatlah. So orang ni, sy tak tahu apa masalahnya, mungkin dia tak suka rasa burger tu ke, atau apa ke..tiba-tiba dia L_D_H kat bawah meja makan dia...sebelah tingkap...Aduhssss. Sy terus minum coke dan chowww.

Emmm yang tengah makan, sorry ye..

BERCINTAKAH ANDA?

Kadangkala kita keliru samada selama ini kita hanya berkawan atau bercinta. Dalam hati terasa seperti kita sudah berjumpa dengan seseorang yang kita impikan tetapi kenyataannya, tiada apa yang indah berlaku selain daripada berkongsi suka duka kehidupan seharian tanpa sebarang petunjuk apakah kita sedang bercinta atau hanya sekadar berkawan. Lama kelamaan, kita akan mula merasa bosan sebelum waktunya menyebabkan kita akan kehilangan kedua-duanya…sebagai kawan mahupun sebagai kekasih. Hari ini sy bagi clue bagaimana nak tahu samada pasangan kita menganggap kita hanya sebagai kawan rapat atau sebagai kekasih…ahakksss:
1)      Jika setiap perbualan hanya anda yang memulakan atau mencari topic untuk dibincangkan, maka secara nyatanya dia kurang berminat dengan anda tetapi lebih berminat dengan cerita anda. Dia mungkin boleh menjadi pendengar yang setia tetapi bukan pasangan anda.
2)      Setiap kali sms, perkara yang sama akan dia tanyakan..Dah makan? Dah mandi? Dah tidur? Dah start kerja? Dah balik kerja? Ini semua adalah soalan2 bagi mereka yang sudah ketandusan idea dan tidak tahu langkah seterusnya bagi meneruskan perhubungan selain daripada tunggu dan lihat.
3)      Bila anda keluar makan, cuba lihat dia selalu melihat ke mana? Jika dia melihat orang lain makan ke, tengok makanan orang lain ke, sedang mengelamun sorang2 ke…emmm, anda tahu apa nak buatkan.
4)      Jika anda dan dia ada ‘date’ tengok wayang kali pertama..tengok cerita apa yang dia rekomen kan..walau apapun ceritanya, sebaik2nya dia akan tanya dulu cerita apa yang anda suka. Jika minat anda dan dia berbeza, seharusnya dia akan mengalah dulu..tapi kali pertama dah dia nak tengok cerita yang dia suka..anda suruh je dia tengok sorang2.
Next entry, kita tengok tips jika perkara2 diatas berlaku, apakah yang perlu anda lakukan pulak..

Friday, March 25, 2011

PERLUKAH KITA?

Ehsan Google
Semalam masa sy dok menonton siaran astro gala tv, tiba2 diorang dok menyiarkan cerita pasal miera liyana yang popular dengan cerita Kamilia Katrina yang kontroversi dengan pakaiannya yang menjojolkan mata mereka yang melihatnya. Dalam temu bual tu Miera mengatakan pakaian nya tu terus dipakai daripada pereka pakaiannya… dan dia dah pun memohon maaf secara terbuka bila di wawancara opssss kenapa pulak sy buat entry ni? Jarang sy buat entry pasal dunia hiburan ni…..kita ubah tajuk ye.
Rata-rata sy rasa kita boleh bahagikan cara pemakaian di Malaysia ni secara ringkas kepada 3 iaitu mereka yang memakai pakaian bertudung, mereka yang memakai pakaian yang biasa dan tidak menjolok mata dan mereka yang memakai pakaian yang menjolok mata. Kita ketepikan katogeri pertama dan kedua kerana bagi sy ianya tidak menimbulkan isu yang besar dari segi pemakaian je ye…kot? Persoalannya apakah keistimewaannya disebalik pakaian yang menjolok mata ini? Adakah kerana pakaiannya atau adakah kerana terdedahnya bahagian2 tertentu hasil seni pakaian itu atau ada sebab2 lain yang logic kenapa kita perlu memakai pakaian sebegitu? Function? Tema sesuatu Gala? Soalan ni sy tak boleh tanya kak ct, harus berdas2 dia keluar semua ayat2 power dia…. Berbaloi ke kita memakainya…sekurang2nya bila kita di dunia ni? Tepuk dada tanya selera…..
P/S : Sy baru tengok wawancara dengan Miera di Galaksi pulak, Miera cakap cuma nampak sikit je.. SIKIT JE?

CUCU PERTAMA SAYA

Ahmad Google
Tepat pukul 8.30 malam, akhirnya sy menerima cucu yang pertama. Gembira rasanya tidak terkira. Maklumlah cucu pertama. Cucu lelaki pulak tu. Nama pun masih belum diberikan lagi, terpulanglah kepada ibubapa dia untuk menamakan anaknya tu, janji nama yang ada makna dan erti dalam Islam. Bila cucu sy tu besar, sy taklah kesunyian. Oleh kerana anak2 sy semuanya sudah pun bekerja, maka tinggallah sy dan isteri di rumah. Tiap2 hari sy dok dengar cakap isteri, isteri pulak dokdengar cakap sy. Balik2 cerita yang sama, bila anak2 nak jenguk, bila anak2 nak singgah, bila boleh makan sama2 dengan anak2. Jadi bila ada cucu ni, hilanglah sikit rasa kebosanan sy, tapi terpulang jugak kepada ibubapanya sebab zaman sekarang ni, ibubapa yang bekerja memang sibuk dengan tugas masing2, jadi bayi yang baru berumur 2 bulan terus je di hantar ke pusat jagaan kanak2 atau taska. Nak hantar ke rumah datuk nenek nya takut menyusahkan katanya. Betul jugak bila ada antara mereka ini yang sudah tidak larat untuk menjaga apalagi bagi mereka yang berpenyakit darah tinggi atau kencing manis yang memerlukan rehat yang secukupnya. Walau apa pun, dengan adanya cucu disisi, terubat sedikit kesunyian dan kesepian daripada jerit tawa anak2 yang sudah lama tidak kedengaran.
Itulah dia karangan daripada sy yang bertajuk Jika Saya Mendapat Cucu. Ahakssss….Salam santai

Thursday, March 24, 2011

BERAKHIRNYA BLOGCOMMENT 2

Secara rasminya berakhirlah blogcomment 2 yang sy mulakan daripada pagi Rabu dan berakhir pada malam ini iaitu selama 2 hari dan sy telah dapat mengomen sebanyak 589 komen kepada lebih kurang 550 blog kerana ada beberapa blog yang sy komen lebih daripada sekali...tak sengaja :-)
Banyak cerita dan entry yang sy baca dan ada jugak blog yg susah sy nak komen sebab entrynya pasal wanita, pasal tudung dan macam2 yang sy kurang arif...tetapi tetap sy terjah. Banyak jugak blog2 yang menarik perhatian sy kerana kreativiti dan ceritanya yang menarik, rasa macam nak buat review blog aje tetapi fikir2 balik...tak perlulah.
So blog pertama sy komen adalah blog Cik Athirah Zaki yang merupakan orang pertama yang memberi komen pada entry blogcomment dan pada masa itu, dia sedang menunggu keputusan SPM. So blog dia jugak adalah blog terakhir yang sy komen iaitu komen yang ke 589 iaitu pada malam ini...setelah beliau mendapat keputusannya dan sy tumpang berbangga kerana Cik Athirah kita telah mendapat keputusan 9A 1B. Sekalung tahniah.
To all bloggers yang support, terimakasih banyak2 ye...So, now back to normal again...blogwalking dan post entry.

EARTH HOUR 26 MARCH 8.30 MALAM

Sy tak ingat samada 2 atau 3 tahun lepas dimana sewaktu sy on the way ke Klang waktu malam untuk makan malam, sepanjang jalan ke sana, suasana sekeliling gelap gelita kecuali lampu jalan. Hampir semua rumah2 di apartment, rumah2 teres, kedai, bangunan2 pejabat kedai makan, semua menyahut kempen kesedaran Earth Hour yang mana pada masa itu, satu dunia melakukan pada waktu yang sama dan menghasilkan rekod apabila berjuta2 US dolar dapat dikurangkan dengan hanya sejam tidak menggunakan electricity. Bayangkan..!!
So pada 26 March ini, bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, bermulalah lagi kempen Earth Hour 2011. Mungkin kita tak dapat nak menutup kesemuanya tapi sekurang-kurangnya lampu rumah pun sudah cukup… Waktu malam tersebut, sy sempat berhenti di tepi jalan dan berdiri sekejap melihat kegelapan malam dan terang bulan. Rasa senyap sunyi je keadaan sekeliling walaupun baru pukul 9 malam….Sama-samalah menyahutnya. Anda mampu mengubahnya.

ACUCITE - ACUCITE

Semalam kan..kan..kan, sy adalah buat kerja luar di Shah Alam dan pada tengaharinya sy pun makanlah di sebuah restoran tak ada bintang. Masa tengah dok makan2 tu sy terpandanglah seorang gadis muda sedang menyuapkan seorang pak cik makan kerana pak cik ni sy rasa mungkin macam kurang larat atau sudah tua untuk menyuap diri sendiri…sepanjang makan tu nampak mereka cukup mesra dan sigadis tu menyuap dengan penuh kesabaran…Bukan sy busybody ye..ahaksss, tapi masa tu cuma ada sy dan diorang je kat dalam restoran tu, jadi nak pandang sapa lagi kan..kan..kan. 
So di pendekkan cerita, adalah dalam 10 minit kemudian, ada seorang mak cik datang dan berbual sesuatu kepada pak cik dan gadis itu., kemudian memimpin pak cik itu keluar. Ehhh apa kaitan pakcik dengan gadis tu? Gadis tu terus ke kaunter dan membayar harga makanan dan berlalu pergi menaiki kereta Savvy Hitam. Tokey restoran tu daripada jauh perasan yang sy macam tertanya2 apa kaitan mereka tu lalu daripada jauh dia berkata…
“Budak tu bini muda dia. Memang macam tu selalu, bila time makan, dia akan datang dan bini tua dia akan hantar laki dia kat sini” sambil sy tersenyum.
“Errrrrr…….” Sy batalkan niat nak tanya lebih2…nanti baru orang kata busybody. Biarlah scenario tu menjadi persoalan bagi sy dan anda yang membacanya.

Tuesday, March 22, 2011

BLOGWALKING TO BLOGCOMMENT 2

Sy akan buat sekali lagi seperti mana yang pernah sy buat beberapa bulan yang lepas dimana sy akan komen sebanyak mungkin dalam blog yang akan sy singgah dalam masa 2 hari. Kalau dulu sy berjaya komen 400 blog dalam masa 2 hari, rasanya pada kali ini dengan keadaan line yang kurang elok, kemungkinan besar bilangannya lebih kurang sama atau kurang daripada 400 tetapi siapa tahukan...So, macam biasalah. Bila sy tumpukan kepada blogcomment nanti, pastinya entry sy akan terkedek-kedek lah atau entah2 langsung tak ada entry:-)
Macam mana sekalipun, tujuan asal hanyalah untuk merapatkan siratulrahim sesama bloggers disamping dapat berkenalan kerana bila nak memberi komen kena tahu isinya dan bila tahu isinya sedikit sebanyak kita tahu siapa empunya blog tersebut...secara tak langsung. So, here we go...opsss, sy pakai terjah je tak kira blog siapa pun, janji komen. Komen jangan tak komen....Jom komen.

AIR PUNYA PASAL

Rata2 orang akan berkata lebih baik tiada eletrik daripada tiada air.  Hari ini merupakan Hari Air Sedunia. Macam2 kempen telah dijalankan bagi menyedarkan kita akan kepentingan air. Bukanlah sy nak membebel pasal kepentingan dan kesedaran kita mengenai air, cuma nak cerita pasal air sebenarnya….
Masa sy belajar di sekolah berasrama penuh dulu, ada ketika dimana bekalan air terputus kerana pihak jabatan taliair sedang membaik pulih paip besar yang memakan masa sehingga 3 hari, maka kami pelajar2 terpaksa berjalan kaki sejauh setengah kilometer membawa baldi masing2 mengambil air dari sebuah paip di kawasan kem askar berdekatan. Jadi semua baldi yang berisi air tu akan di letakkan di tepi katil masing2 kerana kalau letak kat bilir air,memang confirm akan hilang punya. Dalam perjalanan nak ke kem askar tu, sy dan rakan2 terpaksa melalui beberapa buah rumah dan salah sebuah rumah tu ada membela anjing. Entah macam mana, satu hari sewaktu kami on the way balik ke asrama dengan baldi yang penuh berisi air, kami dapati pintu grill rumah yang ada bela anjing tu terbuka…. Dalam hati kami berkata “ Ahhh sudah, mana anjing tu?” dalam kami dok memerhatikan sekeliling, rupanya anjing tu berada dalam 30-40 meter di belakang kami. Mungkin tuan rumah tu tak sedar pintu grill rumah diorang terbukak…Kata orang, kalau kita action ambik batu, anjing akan lari..so kami pun action lah ambik batu tapi anjing tu tak berganjak…apa lagi, 1,2,3….kitaorang pun lari lintang pukang sambil dikejar anjing tu… Last2 bila sampai kat pagar sekolah..anjing tu hilang, air baldi kitaorang pun hilang..

Monday, March 21, 2011

ADIK-ADIKKU MUSIM KE 2

Para peserta - Ehsan Google

Dalam sy dok menukar2 siaran untuk melihat cerita yang best2 kat tv, tiba2 sy ter’tonton’ siaran langsung rancangan pertandingan akhir adik-adikku yang merupakan rancangan pidato berkonsepkan keislaman. Sy sempat melihat persembahan daripada 4 orang yang terakhir tetapi bukan sy nak cakap, memang terpukau, cukup terpaku dan terpegun… Satu masa anda boleh ketawa, satu masa anda boleh rasa bersemangat dan satu masa anda boleh menangis. Ramai penonton sy lihat persembahan adik Syafiqah Fasiha dan jugak adik Amirul Munir ( 2 peserta terakhir ) menangis dengan kata-kata dan persembahan mereka. Rata2 mereka semua berumur 9 hingga 11 tahun tetapi boleh mengaji, menyanyi, bernasyid, berlakun dan berpidato dengan lancarnya macam orang dewasa. Ada seramai 16 orang peserta akhir, rasa rugi jugak tak dapat melihat kesemuanya. Tatkala sy menaip entry ni pun, masih belum di umumkan siapa pemenangnya…
Opsss sekarang sedang di umumkan siapa pemenangnya....isitu Amirul Munir dan tempat kedua Syafiqah Fasiha. Kedua2nya sy lihat persembahan mereka.

TERINGAT BALL PEN DULU2

Tak jumpa pen tu kat google

Ball pen dulu2 tak macam sekarang yang terlalu banyak design, jenis dan warna. Seingat sy, masa dulu yang paling famous adalah kilometrico yang boleh tulis berjuta-juta batu kilometer tu..ahaksss. Nak mahal sikit ball pen pilot kot. Ball pen kegemaran sy pada masa dulu2 ialah ball pen stabilo yang warnanya belang hitam kuning. Mata ball pen  dia tu panjang adalah dalam 0.5cm…Sekarang ni memang susah nak jumpa dan kalau ada pun bukan dari jenis yang sama. Sekarang ni sy lebih menggunakan kepada ball pen pilot G-1 ukuran 0.7 dan G-2 ukuran 1.0. Dulu2 mana ada ukuran…Bila nak beli, pilihan kita cuma warna je…nak pen warna merah, biru atau hitam. Sekarang nak beli pen pun pening kepala sebab terlalu banyak pilihan, itu belum lagi test sana test sini….

JUALAN PAKAIAN KANAK2 DI SACC MALL

Jualan di SACC Mall

Sekarang ni kat mana2 sy pergi mesti ada jualan. Hari tu di Parkson Subang Parade, hari ni pulak jualan barangan untuk kanak-kanak di ruang legar SACC Mall, Shah Alam. Jualan daripada 50% sehinggalah 80% pun ada. Masa sy pergi tu dah lewat petang, jadi mungkin ramai yang sudah balik almaklumlah esok sudah mula bekerja dan anak-anak ada yang sudah mula bersekolah, lagipun area Shah Alam ni, waktu perniagaan diorang tak sama macam di PJ mahupun Subang Jaya, rata2 perniagaan ditutup awal sedikit antara pukul 8 sehinggalah pukul 9 malam kecuali restoran2 makanan.
Bila cakap makanan ni, semalam keluar berita pasal harga ayam naik mendadak sehingga ada yang mencecah RM8.30 kg!! Antara alasan yang diberikan adalah kerana harga transport naik..tu dah mesti diorang cakap sebab harga minyak naiklah, kemudian sebab banjir di johor dan yang paling sy nak ketawa bila diorang cakap sebab tsunami di jepun.. Emmm  macam mana harga ayam di Malaysia boleh naik sebab tsunami yang berlaku di Jepun? Kita import ayam daripada Jepun ke? Atau kita eksport ayam ke Jepun? Entahlah…tepuk dada tanya selera…harga kawalan ayam hanya sekitar RM5.50 kg…Lepas ni kena kurang makan ayamlah nampaknya. Jangan lepas ni KFC pulak naik harga sudahlah…
p/s : Kak CT kata kat TESCO pun ada jualan jugak..:-)

Sunday, March 20, 2011

JUALAN PARKSON GRAND SEHINGGA 80%

Jualan di Parkson Grand
Semalam waktu berjalan2 di Subang Parade, di ruang legar nya kelihatan ramai orang mengerumuni bahagian situ, sy ingatkan ada artis ke atau celebrity mana yang datang buat show tapi rupa2nya Parkson sedang mengadakan jualan sehingga 80%. Patutlah ramai yang datang...Kita sedia maklum, kalau cakap pasal Parkson ni, harga barangannya mesti mahal sebab barangan yang dijual di Parkson mostly semuanya yang berjenama, jadi bila ada sales sebegini, memang ramai yang berpusu2 untuk membeli belah...lebih2 lagi di penghujung cuti sekolah. Ada jugak pertunjukan badut..emmm tak tahulah sy badut Subag Parade atau badut Mc Donald sebab rupa sama je..:-) Tapi bukan saja Parkson Grand saja yang mengadakan jualan,sy rasa kedai2 accessories dan pakaian serta tudung jugak mengadakan jualan. Ada jugak kedai eletrik mengadakan jualan gudang... bagu mereka yang nak beli tv lebih besar ke, peti sejuk ke...nilah masanya.(wah..macam promoter Subang Parade pulak..) apa-apa pun, selamat membeli belah.

RENJIS-RENJIS DIPILIS

Selamat Pengantin Baru
Kata orang, cuti2 sekolah lah masa yang sesuai untuk buat apa2 saja program seperti majlis perkahwinan, cuti-cuti malaysia, balik kampung ke, ziarah menziarah ke...sebab apa, bagi mereka yang sudah berkeluarga, masa tulah dapat bercuti sekali dengan anak-anak, kalau tak mana ada masa lagi kan kecuali public holiday..
So sy pun tidak ketinggalan jugak pergi ke majlis perkahwinan saudara dan jugak sahabat handai dan rata2 kali ni ramai yang menggunakan warna theme mereka ungu atau bahasa lembutnya purple..ahaksss. Ramai betul yang datang..bukannya apa, sebab masing-masing nak mengelakkan daripada hujan, jadi semua datang waktu yang sama iaitu waktu makan...tengaharilah.
So bagi mereka rakan bloggers yang menjadi pasangan suami isteri dan melangsungkan perkahwinan pada cuti sekolah ini, Jom Santai Sekejap mengucapakan Selamat Pengantin Baru semuga berkekalan abadi sehingga ke anak cucu....Renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar!!

Thursday, March 17, 2011

KAHWIN DULU KAHWIN SEKARANG

Hari ni sy cuti, tak masuk office. Ada hal sedikit yang sy kena uruskan, bermakna tak sempatlah sy nak post entry mahupun blogwalking. Esok pulak sy akan ke Penang untuk menghadiri majlis perkahwinan di sana, terpaksalah tinggalkan laptop kat rumah, manalah tahu dalam sibuk2 kat majlis tu ada accident yang tak diingini ( laptop hilanglah tu ) jadi daripada terjadi perkara macam tu, baik sy tinggalkan saja di rumah, jadi malam-malam ni, kita selit2lah apa yang patut..:-)
Bila cakap pasal perkahwinan ni pasti tak lari daripada koleksi kenangan perkahwinan seperti video, gambar2, kad2 jemputan dan apa saja bentuk yang akan disimpan sebagai tanda memperingati hari yang amat bermakna bagi pasangan tersebut. Waktu dulu2 sebelum adanya digital kamera, sebelum adanya handphone, sebelum adanya DVD dan sebagainya...waktu itu, detik2 indah perkahwinan hanya akan di rakamkan dalam bentuk video yang macam kotak tu...entah apa sy nak panggil pun lupa, tapi yang dalam dia tu ada macam filem... ahaksss dan gambar2 yang akan disimpan didalam album. Waktu tu seingat sy, belum ada teknik2 edit yang canggih seperti memasukkan lagu mahupun frame2 yang cantik dalam video tetapi sekarang semua itu boleh dibuat hanya melalui komputer saja....

Wednesday, March 16, 2011

SEHINGGA MENJILAT JARI

Kadang-kadang kalau lunch asyik makan nasi campur pun, boleh jadi muak jugak, nak2 kalau lauk yang di jual tu asyik lauk sama je…pernah sy pergi satu restoran tu, penuh dengan lauk ayam dan ikan je, lauk ayam sampai 6 jenis..lauk ikan 4 jenis..tapi diorang masak lain-lain jenislah, ayam masak sambal, ayam goreng, ayam masak kicap, ayam masak lemak…pendekkata ayam dgn ikan. Takkan kita nak ambil ayam sampai dua kan…mestilah ambik satu jenis je, tapi macam tulah resepinya tiap2 hari. Tu yang kadang-kadang kena tukar selera pergi Mc Donald ke, KFC ke, Old Town ke…..
Bila cakap pasal KFC ni, dulu masa mula2 KFC di perkenalkan, memang jarang orang nak makan sebab masa tu harga KFC di kira macam mahal lah  sampaikan cikgu sy ada beri teka teki, kenapa ayam KFC iklan dia tulis ‘sehingga menjilat jari’? Dia cakap sebab harga ayam KFC mahal, sebab tu makan kena habis sampai menjilat jari… tapi sekarang? Rata2 semua dah pernah merasa KFC..entah2 yang gian KFC pun ada kot.

GEMURUH JIWAKU

Masa awal2 bersekolah menengah dulu…sy ni memang jenis cepat gemuruh. Maksudnya sy jenis pelajar yang takut untuk berdepan dengan orang ramai, sebab tu jika ada apa-apa pertandingan yang melibatkan kita terpaksa berdepan dengan orang ramai seperti pidato ke, bahas ke, berbalas pantun atau ucapan apa sekali pun, sy akan duduk ke belakang sekali menyorok daripada di calunkan atau mencalunkan diri untuk masuk pertandingan.......(intronya)
So, terjadilah pada satu hari, masa tu sy form 4 ( kira 3 tahun sy dapat melarikan diri tu daripada menjadi tumpuan ..ahakss ) adalah seorang kawan sy ni yg memang suka sakat sy mencalunkan sy menjadi Presiden Homeroom. Emmm homeroom tu macam beberapa pelajar di letakkan dalam satu kumpulan di bawah pengawasan seorang guru. Dia ni seorang pemidato sekolah, so bila dia calunkan sy, dia pun beritahulah kenapa dia pilih sy dan kenapa sy layak….Makk oiii, siapa yang tak percaya kalau pemidato cakap, nak jadi cerita..sy menang tanpa bertanding!! Pasal pidato dia punya pasal…. Jadinya, lepas sy dipilih, semua Presiden Homeroom yang dilantik ( adalah dalam 10 orang ) di minta untuk memberikan sedikit ucapan di pentas….hahahahaha. Tak payahlah sy ceritakan cerita selanjutnya, but ianya satu kenangan yang tak dapat sy lupakan sehingga kini.. 

CINTA YANG DICARI AKAN PERGI

"Cinta yang dicari akan pergi" Anda pernah dengar ungkapan sebegitu? Kalau ada di antara yang pernah menonton filem cuti-cuti cinta pasti akan teringat kata-kata yang diluahkan Farid Kamil ( Rudy ) kepada Nora Danish ( Eva). Mencari cinta seperti jugak kita mencari siapa diri kita yang sebenarnya. Kalau boleh, kita mahukan seseorang yang dapat memenuhi kriteria atau ciri2 yang menjadi idaman dan impian kita. Impian dan kenyataan adalah satu perkara yang berbeza, impian boleh menjadi kenyataan tetapi kenyataan tidak boleh menjadi impian. Dari mana datangnya cinta? Kata orang dari mata turun ke hati...tapi dapatkah mata menyentuh hati pasangan anda? Mungkin boleh kalau anda kenyit banyak kali ke...atau anda tenung dengan renungan manja ke...tapi sebenarnya hanya hati yang dapat membaca hati seseorang. Tapi mampukah hati anda membaca hati seseorang sedangkan mata anda sentiasa menentang...Mata anda suka, hati anda was-was. Mungkin benar jugaklah kata-kata itu... Bukan mudah mencari cinta. Ada jugak orang berkata, cinta yang ada sebenarnya bukan untuk kita tetapi hanya untuk dipelihara sesama insan. Cinta yang ada untuk kita adalah cintakan yang Maha Esa....

Tuesday, March 15, 2011

RESAM ORANG BERBLOGGING

Bila cakap pasal blogging ni, salah satu benda yang tak dapat kita nafikan atau kita buang tabiat tu ialah kita akan selalu mengambil gambar tidak kiralah melalui digital camera atau pun handphone sekalipun dan tidak kira jugak di mana dan bila gambar itu di ambil, asal sempat dan asal suka, prapppp ambik gambar. Tengok elok je…prapppp ambik gambar ( lain macam bunyi camera ni )
So alkisahnya pada satu hari ni, macam biasalah waktu lunch hour, sy pergi makan tapi sebab hari ni sy ada kerja luar, so sy makan dekat salah satu kedai makan di PJ. Sy makan nasi campur. Oleh kerana lauk kat situ ada pelbagai jenis, so sy ambil lah lauk ulam sayur, sambal belacan, ikan mayong masak asam pedas dan daging kawah. Biasalah kalau makan tempat lain mesti sy akan ambil gambar sebab mana tahu kalau sedap boleh rekomen dalam blog…prapppp, sy pun ambil gambar nasi campur yang masih belum di sentuh….tiba-tiba adalah suara sapa entah daripada belakang sy boleh cakap…
“Nak makan pun ambik gambar…”
Emmm sy buat donno ajelah sebab memang dah terbiasa. Anda pernah mengalaminya?

JADUAL WAKTU PADAT

Ehsan Google

Sekarang ni cuti sekolah, jalan tak adalah sesesak biasa, tak adalah kelam kabut potong sana potong sini takut lambat masuk office. Semuanya smooth …lancar dan tenang. Cakap pasal sekolah ni, bila kita tengok murid2 sekarang ni, bila diorang bawak beg sekolah, terutama murid darjah 1 hingga 3, ada yang kadangkala beg sekolah diorang tu lebih berat daripada berat diorang..hahaha, nampak macam tulah. Masa sy sekolah dulu2, rasanya buku2 teks tidak sebanyak sekarang. Ada setengah murid2 tu sy tengok lebih busy daripada kita yang bekerja..manakan tidak, pagi ke sekolah, lepas sekolah pergi ke sekolah agama kemudian petangnya ada latihan ko-ku ataupun aktiviti sekolah yang lain mahupun tuition, pendek kata, sungguh padat jadual waktu diorang…itu yang kadang2 jangan tak tahu, kanak-kanak pun boleh stress disebabkan jadual mereka yang padat. Nak buat macam mana arus perubahan zaman. Teringat sy masa kecik2 dulu, masih sempat main dengan kawan2 panjat pokok jambu lepas waktu sekolah. Pergi sekolah pun jalan kaki dan ada yang naik basikal. Masa tu sy rasa keadaan macam selamat, tapi sekarang, nak suruh anak jalan kaki sorang2 pergi sekolah...emmm alang kita sendiri nak jalan sorang2 pun belum tentu selamat...

PAGI-PAGI LAYAN PERASAAN

Pagi-pagi ni, rata-rata kalau bukak suratkhabar, mesti masih pasal tsunami yang melanda Negara Jepun baru2 ini. Lepas satu – satu perkara terbaru yang terjadi daripada kerosakan teruk, loji nuclear terbakar, gempa susulan yang akan berlaku dan macam2 lagi yang pasti akan menarik perhatian seluruh dunia umumnya. Pasukan SMART Malaysia jugak sudah dalam persiapan menghantar pasukan mereka bagi misi membantu mangsa2 dan juga meringankan beban Jepun dalam menangani bencana tsunami ini. Bila fikir2 balik, secara kasarnya negara jepun masih beruntung kerana setidak2nya mereka masih dapat ‘bersedia’ menghadapi tsunami walaupun hakikatnya tiada siapa boleh yang menghalang bencana alam walau semaju mana pun negara tersebut. Bagaimana dengan tsunami yang melanda Sumatera beberapa tahun yang lepas? Tanpa peralatan yang canggih untuk mengesan tsunami, tanpa persediaan penduduknya untuk mengetahui apa yang sebenarnya akan mereka hadapi…semuanya di terima bulat2, redha dengan apa yang akan mereka terima….Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adakah kita mengetahui apakah hikmahnya disebalik kejadian2 itu? Wallahualam….  Semuga kita sentiasa hidup dalam aman damai hendaknya.

Monday, March 14, 2011

DUDUK REWANG-REWANG


Alaaaaa...hujan lebat pulak. Macam mana nak balik ni? kereta parking jauh pulak tu...sebelum sempat sampai kereta, tentu dah sempat mandi 4,5 round kena hujan. Payung pulak tak bawak...atau lebih detail, payung ada dalam kereta :-) Takkan nak redah je, nanti kalau demam, sure mak kat kampung tahu...Instinct dia kuat. Jangan lah nak menipu atau pura2 berlakun tak sihat ke, tak ok ke, tak ada masalah ke....dia confirm tahu punya. Naluri ibu kan

Emmm tadi kak ct ada cakap durian kat kampung dan mula menunjukkan tanda2 yang positif. Boleh balik kampung terus...opsss bandar JB. Lama jugak tak balik ke sana, hari tu mak dan adik beradik yang datang ke KL sebab ada kenduri kahwin anak saudara di Shah Alam, so kira last sekali balik masa Raya hari tulah...lama tu...
Semalam adalah sy call mak sy....opssss entry kali ni agak ke arah personel sikit..:-), so yang jawab tu adik sy, beritahulah mak tak ada, pergi merewang kat rumah jiran yang ada buat kenduri kahwin. Terkejut jugak sy sebab mak sy tu memang jarang join rewang2 ni, tapi mungkin sejak arwah ayah sy tak ada, mungkin dengan join aktiviti seperti ini dapat menyibukkan diri dia...uhukksss terharunya.

KENANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Musim cuti sekolah datang lagi...dan seiring dan sejalan dengan cuti sekolah adalah jemputan kenduri kahwin, tapi malangnya semua jemputan yang sy dapat tempatnya jauh2..ada yang kat penang, ada yang kat kelantan, ada yang kat terengganu. Nasib baik kenduri kawan yang tak berapa rapat, kalau tak memang kena jugak ikut rombongan cik kiah pekasam. Bila cakap pasal kenduri kahwin ni, macam2 juadah dan kepelbagaian cara mereka mengadakan kenduri tu. Ada yang hidang nasi minyak, nasi tomato,nasi briani, nasi putih, nasi lemak pun ada. Lauk tu tak payah cakaplah, ada yang buat style nasi campur, ada lauk ayam masak merah, daging kurma atau briani, rendang daging, acar dan macam2 lagi...( makin banyak sy tulis, makin lapar betul dibuatnya ).
So macam mana dengan anda? Banyak ke jemputan kenduri yang anda dapat...jangan pulak tak diundang anda saja2 masuk. Apa kenangan yang tak dapat anda lupakan bila menghadiri majlis perkahwinan tak kira lah perkahwinan sesiapa saja....
Pernah satu ketika dulu, sewaktu majlis kenduri kahwin kawan sy, masa tu pasukan pencak silat yang sepatutnya mengadakan upacara silat pengantin tidak dapat datang kerana jam teruk, so masa tu pengantin dah pun duduk, so mc dah cakap sesiapa yang ingin menunjukkan bakat, tampil menunjukkan silat mereka. Masa tu sy dan kawan2 semua memang dok berkumpul sebelah pengantin, tiba2 sorang kawan sy menolak sy terus ke tengah...wahhh, takkan nak mengundur, masuk video tu ..nak tak nak, dengan aksi selamba seperti Hikayat Merong Mahawangsa...sy bersilat dan bersilat dan bersilat.. silat campur kungfu..jadi SIFU. ahakssss, dan mendapat tepukan gemuruh daripada mereka...entah bunga apa pun sy tak tahu.

TAHNIAH DATUK LEE CHONG WEI!!

Hari isnin ke hari ni? Waduhhhss…rasa macam hari sabtu pulak, malas betul rasa nak bangun..apa tidaknya, mata kelat sebab tengok Lee Chong Wei berentap dengan musuh tradisi Lin Dan dalam final badminton All England. Memang dua orang tu fight habis2 dan akhirnya Lee Chong Wei menang straight set 21-17,21-17. Sebelum tu sy dah frust sikit sebab beregu kita kalah dalam final. Anyway, congrate jugaklah walaupun sy rasa diorang boleh menang.
Cakap pasal sukan ni, tak sah kalau lutut kita tak cedera. Hampir setiap sukan yang lasak seperti bolasepak, badminton, takraw, volleyball dan lain2 memerlukan kekuatan lutut dan kebiasaannya lutut jugak terdedah kepada kecederaan yang serius jika tidak di jaga. Kata orang, kalau tengok lutut kendur je tu maknanya memang banyak aktiviti yang dia lakukan menggunakan lutut… so, kena ambik pelbagai vitamin atau supplementary untuk mengembalikan kecergasan lutut dan ada jugak orang yang mengamalkan urutan tradisional. 

Sunday, March 13, 2011

GURUH DILANGIT, AIR TEMPAYAN DIBUANG

Cuaca gelap di Shah Alam
Kalau anda tengok daripada gambar yang sy ambil semasa sy berada di Plaza Shah Alam ni, memang sekali tengok confirm akan hujan dengan lebatnya..kan..kan..kan. Masakan tidak, gelap segelapnya dan bunyi guruh kuat teramat sampai rasanya tak ada sapa yang berani nak keluar daripada bangunan kot2 dia keluar,ada jugak yang ikut sekali:-) Tapi seperti kata pepatah, dengar guruh dilangit, air tempayan di buang...memang hujan tak turun pun, cuma adalah bertitik2 je tapi tak adalah sampai lebat mahupun renyai....
Rasanya macam itulah jugak dengan kehidupan kita yang penuh dengan pelbagai tipu helah masa kini, sehingga kadangkala kita akan membuang sesuatu atau seseorang atau apa saja semata2 kerana mengharapkan sesuatu yang lebih berharga atau bermakna sedangkan ianya belum pasti akan terjadi. So, happy weekend dan enjoy your weekend sebelum sambung bertugas atau study keesokkannya.....

Friday, March 11, 2011

PEJAMKAN MATAMU SEKETIKA

Kata orang, bila kita terasa amat2 rindu pada seseorang dan orang itu tiada disisi, maka pejamkan mata buat seketika dalam keadaan sekeliling yang tenang dan anda pasti akan tersenyum sendirian.... Peetttttttt!! Bukan suruh buat sekarang, balik nanti ye :-)
Bila kita rindu, pasti ada pelbagai cara yang kita buat untuk menghilangkan rasa rindu, untuk mengurangkan keresahan dan ketidak tentuan hati dan perasaan sehingga kadangkala kita akan membuat sesuatu yang di luar jangkaan atau menyebabkan kita diserang angau tahap rendah seperti...mungkin sambil memandu tersenyum sendirian ke, mengadap pc tangan menaip tapi entah apa2 yang keluar, bunyi door bell pun di sangka message handphone, orang tak panggil pun kita menyahut, makan nasi pun siap cubit2 manja kat peha ayam masak kicap dan macam2 lagi situasi yang pasti akan membuatkan kita terfikir...teruk sangat ke tahap rindu kita tu?
Well, sebenarnya tidak. Saat2 inilah merupakan saat2 yang bagi kita merupakan saat2 yang terindah. Lebih indah jika apa yang anda idamkan dan impikan pada satu ketika dahulu menjadi kenyataan. Sebuah perhubungan yang harmoni, saling menyayangi, memahami dan bahagia.....Semuga kita akan kekal begitu se adanya.

JALAN PUNYA JALAN PUNYA JALAN

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Bila mula hari Isnin, rasa macam lambat betul hari Jumaat, bila tiba hari Jumaat, rasa macam cepat pulak masa berlalu… Jadi cepat atau lambat, masa tetap berjalan pergi, cuma persoalannya adakah kita telah menggunakan masa yang berlalu itu sebaik mungkin…sebanyak mungkin. Kalau belum, selagi kita ada masa, selagi kita diberi peluang…gunakanlah. Nanti bila dah jadi pelupa, dah nyanyuk…masa bukan lagi jadi perkara penting. Cakap pasal lupa ni, semalam sewaktu sy hendak membayar parking kereta sy, adalah seorang wanita cina menyapa sy.
“Encik…kat mana Bank Islam?”
“Oooo you kena pergi hujung jalan ini, kemudian you masuk kiri dan jalan terus sampai hujung. Itu Bank Islam betul2 hujung jalan” Sy menjawab dengan sopan santunnya.
“Ok…terimakasih ye”
“Auntie mahu pergi Bank ke?” Mulalah sy jadi terlebih peramah.
“Bukan…sy sudah lupa kat mana sy parking kereta, cuma sy ingat sy parking dekat Bank Islam” wanita cina itu memberikan jawapan sambil tersengeh2 kat sy.
Daripada situ ke Bank Islam jaraknya adalah dalam 400 metre. Jauh tu dia berjalan sampai tersasar. Ini mesti kes dia jalan dan berjalan dan berjalan dan berjalan dan akhirnya tersesat sampai lupa jalan balik…

Thursday, March 10, 2011

TIBA-TIBA JE TERFIKIR

Check time sekarang. Yuppp dah pukul 4.05pm. Time untuk minum petang. Rasanya nasi ayam dengan limau ais tadi dah dalam proses metabolisma, so boleh diganti balik dengan goreng pisang + milo panas, dengan keadaan langit gelap nak hujan kat luar...perghhh sesuai sangat time mengisi perut. Sambil2 blogwalking tadi, macam-macam makanan rakan bloggers kita makan, ada yang makan nasi campur, ada yang tidur...opsss dia jawab sebelum tidur, ada yang makan mee goreng, ada yang makan kfc, ada yang makan roti dan macam2 lagi juadah. Sekali fikir, kita masih lagi mampu menikmati makanan di kala ini dan yang lebih baik lagi, kita mampu memilih apa yang kita nak makan...bukan di setengah2 negara yang hanya makan apa yang ada, itupun jika ADA, kalau tidak, ikat perutlah. So, moral of the story here is bayarlah zakat demi kepentingan kepada golongan yang benar2 memerlukan... opsss biskut bertemu marie, goreng pisang dah sampai :-)

AKU INGIN KAMU, KAMU INGIN DIA

Ahakkksss…sorry sekejap ye tiba2 tukar lagu blog ni pada sentimental yang amat sangat, bukan apa, tengah2 nak cari lagu baru sebagai pengganti lagu ashiteru tu, terbuai pulak dengar lagu ni..so letak untuk seketika ye :-)
So, lagu ini mengenai aku ingin kamu, kamu ingin dia…dia ingin aku. Cinta 3 segi yang pasti akan membuatkan sesiapa saja akan terluka tidak kira pilihan mana yang kita buat. Kadangkala, bila menyentuh mengenai perasaan ,pasti susah untuk kita menafikannya atau menidakkannya kerana ianya datang tanpa diundang..lebih2 lagi kepada seseorang yang kita sendiri tidak pasti adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti mana kita….pedih dan perit jugak bila kebenaran bukan berpihak kepada kita. Benarlah kata orang, sayangilah kepada orang yang menyayangi kita, tetapi cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah ianya datang dengan sendiri….cinta bukan setakat memiliki orangnya tetapi hati dan untuk memiliki hati bukan semudah itu. Berdepan dengan kebenaran jugak kadangkala bukan mudah sehingga ada yang sanggup berkorban hati dan perasaan hanya semata-mata untuk menyayangi seseorang walaupun daripada jauh...

ULASAN MOVIE - THE TOURIST

Dah lama rasanya tak buat ulasan pasal filem ni. So semalam sy sempat menonton DVD 2 cerita sekali gus. Satu cerita Sini Ada Hantu dan satu lagi The Tourist lakunan Johnny Depp dan Angelina Jolie. Jalan ceritanya sederhana, tak banyak action dan tak banyak komedi, tetapi sy suka lakunan mereka berdua yang bersahaja dan kadangkala adegan romantik mereka cukup melucukan...Tengok muka Johnny Depp pun dah rasa macam nak ketawa sebab dia berlakun sebagai pelancung yang nerd gitu.
Mengisahkan tentang Angelina Jolie, seorang polis yang menyamar sebagai kekasih kepada Alexander yang telah menggelapkan duit mafia sebanyak berpuluh juta dan kemudian di arah untuk memerangkap kekasihnya itu. Tiba2 dia terjumpa dengan seorang pelancung bernama Frank ( Johnny Depp) menyebabkan semua polis dan mafia menyangka dia adalah Alexander dan berlakulah adegan kejar mengejar antara mereka. Akhirnya Angelina ter'jatuh' cinta dengan Frank ni kerana dia banyak membantu Angelina dan akhirnya ....

STRESS PUNCA GEMUK?

Patutlah berat tak turun2 walaupun dah jogging 4 kali pusing keliling rumah, rupanya selagi kita dalam keadaan stress, maka sekuat mana kita bersenam dan berjogging, berat bukan makin berkurang tetapi makin bertambah kerana keadaan stress akan membuatkan badan mengeluarkan hormon2 stress dan menggantikan hormon yang hilang disebabkan proses metabolisme bila kita bersenam. Bila kita perhatikan, ada betulnya jugak kerana sewaktu sy menonton program ‘The Biggest Loser’, bila seseorang itu mempunyai masalah, bila ditimbang, beratnya kekal atau semakin bertambah. So, bagi anda yang rasa-rasa dalam perancangan untuk mengurangkan berat badan walau diet sekalipun, pastikan anda tidak terlalu stress dan kalau stress sekalipun, cuba cari jalan penyelesaian atau mengurangkan stress tersebut supaya program yang anda buat tu lebih berkesan dan mendapat hasil memuaskan…kata kau.

Wednesday, March 9, 2011

BILA HUJAN JE, NAK BALIK CEPAT

Asal petang aje hujan, asal hujan aje petang...tulah bila nak balik je, semua berpusu-pusu berebut-rebut nak balik untuk mengelakkan jam disebabkan hujan. Kadangkala, bukan sebab hujan yang jadi jam, bila ada tercuit sana sikit, sini sikit...yang tengok tu yang buat jam, tapi nak buat macam mana, rasanya susah nak cari pemandu yang buat selamba je kalau sebelah dia ada accident walau sikit macam mana pun, mesti nak tengok jugak..
Cakap pasal jam ni, teringat sy pernah tersangkut kat lebuhraya plus nak balik ke Johor Bahru waktu raya puasa beberapa tahun lepas. Jam yang amat sangat sehinggakan biasa boleh sampai dalam 4 ke 5 jam, tapi hari tu dekat 10 jam sebab puncanya ada accident di Seremban...perggghh. Nasib baik kat sana, kalau daripada Johor lagi..tak ke sampai rumah lepas raya :-) 
Bila fikir2 balik, betapa banyaknya bilangan kenderaan pada masa kini dan macam manalah pada masa akan datang? Bagaimana nak mengelak daripada jam jika berlaku sesuatu....sure semakin panjang dan lama untuk sampai ke destinasi...

ADAKAH SAYA DIPUKAU?

Sy baru balik lunch tadi kat Old Town White Coffee. Saja je nak cakap makan kat situ, tapi bukan itu yang sy nak cerita. Waktu sy sampai dan baru order makanan, tiba2 ada sorang India berbadan besar menyapa sy. Mula2 tu sy dok tengok belakang dan kemudian dok renung lama2 muka dia kot kawan lama yang sy kenal, tapi memang sah, sy tak kenal dia. So dia cakaplah...
"Hi friend. I think you have a good heart and future!" ...memang pun kalau dia tak cakap pun memang sy macam tu...ahakksss :-).. so dia pun minta kebenaran nak duduk sebelah sy. Ahhh sudah, apa sy nak cakap..so sy buat alasan sy tengah tunggu kawan tapi dia cakap sementara makanan dan kawan belum sampai, dia nak bual2 dengan sy sekejap. So dia pun keluarkan sekeping kertas dan menerangkan itu ini.pasal saya tanpa sy beritahu apa2...peliknya, semuanya betul. Macam bila sy mula kerja, umur sy, tahun bila sy ada masalah kewangan, tahun bila sy mula berjaya....
Pendek cerita, dia beri sy satu kertas kosong dan suruh sy gumpalkan dan genggam dalam tangan sy. Kemudian dia tanya 5 soalan personel termasuk nama sy... Semua soalan dia tu sy jawab dengan tenang walaupun sebenarnya semua jawapan sy tipu je ( salahlah tu) ...lastnya, dia suruh sy bukak gumpalan kertas kat genggaman sy dan sekali lagi semua jawapan yang sy jawab ada tertulis kat kertas tu walaupun jawapan yang sy bagi salah!! Perghhh memang tinggi tahap telepati dia ni.
So, sebelum dia pergi tu, dia berilah sy 2 biji batu dan suruh sy simpan sebagai good luck charm dan meminta sy donate dia untuk membantu anak2 yang miskin...so, untuk yang itu, sy pun donatelah RM10.00 tapi batu-batu tu sy bagi balik kat dia sebab sy kata sy muslim, is prohibited.
On the way balik tu, sy check juga wallet sy, kot-kot tiba2 je hilang but so far semua clear...:-) legaaaaa!

DULU-DULU PUNYA CERITA

Sekarang ni kalau cakap pasal handphone, mesti setiap sorang tak kira yang dah bekerja, yang belajar dan budak2 pun ada handphone. Tak kiralah yang canggih macam Iphone tu ke atau yang hanya boleh hantar sms dan call je, still kita katogerikan sebagai handphone, kira semua mampu untuk memiliki handphone kerana ianya merupakan satu aset penting. 
Kalau masa mula2 dulu handphone diperkenalkan, siapa yang ada handphone mesti orang tu orang loaded...orang kaya sebab handphone masa tu mahal dan tak banyak jenis. Daripada yang seberat2 phone atur sehinggalah secanggih phone motorola, sony ericson dan nokia yang besar macam botol air tu. Ringtone masa tu pun ada 2,3 jenis je tapi kalau berdering, semua pakat tengok....:-)
So, apa handphone pertama anda? Sy punya? Handphone pertama yang sy beli adalah jenis panasonic 200 yang ada aerial terpacak macam statelite tu macam walkie talkie...nak simpan dalam poket seluar nanti orang confuse pulak apa benda besar2 kat dalam poket seluar tu...so, memanjanglah kena pegang. Masa tu kira handphone tu murah daripada jenis lain yang saiznya kecil sedikit dan bagusnya handphone tu, baling ke dinding pun tak rosak!!.... Kemudian sedikit demi sedikit pertukaran berlaku daripada nokia 8210 yang kecil sedikit tapi berat...sehinggaah sekarang. Apa cerita handphone anda?

JANGAN PANDANG DEPAN

Pernah tak berlaku kepada anda di mana sewaktu anda beratur panjang2 untuk mengeluarkan wang anda di ATM machine dan bila tiba giliran anda, perkhidmatan tergendala atau mesin tu out of service? Perghhh… punyalah terasa macam2. Kadangkala kita menyalahkan orang yang terdahulu daripada kita padahal tak ada kaitan pun dengan diorang, dah mesin tu nak out of service, tak tentu masa dan siapa, tapi sebab tak tahu nak marah kat sapa, orang yang terdahululah yang kena…:-)
So nak jadi cerita, memang semalam berlaku kepada sy. Sy ni memang tak suka guna mesin ATM bank lain, sebab pernah dua kali berlaku dimana bila sy mengeluarkan wang, duitnya tak keluar tapi bila tengok baki dah pun ditolak…so sejak tu sy guna je ATM bank yang sama. Jadinya bila kena giliran sy dimana mesin tu out of service, sy pun pergi ke salah sebuah stesen minyak dan daripada jauh bila sy tgk tiada orang beratur, sy dah agak mesti mesin kat situ pun tergendala. Tekaan sy tepat… Tak pelah, dah tak ada rezeki, esok sajalah sy keluarkan duit. So sy pun singgah kat salah sebuah TESCO Shah Alam untuk membeli sedikit barang…perkara yang sama jugak berlaku. Bila sy beratur nak membayar, dalam 2 orang lagi di hadapan sy, kaunter kat situ tutup sebab pekerja diorang tukar shift..so kena tukar ke kaunter lain…aduhssss. Hari ni bukan hari beratur sy…kalau beratur mesti ada je yang out of service… 

Tuesday, March 8, 2011

CERITA DISEBALIK CERITA

"Keliling kampung orang dok cakap pasal kau Munah. Kau tak dengar ke?" Mak Tom memulakan perbualan petang itu sambil tangannya cepat2 mencapai goreng pisang yang baru dihidangkan oleh Munah.
"Ada jugak sy dengar Mak Tom, tapi sy buat derrggkk je. Orang putih kata apa tu, buat donno je" Munah membalas sambil tersenyum sinis.
"Takkan kau buat apa kau cakap tu...derrggkk. Lantaklah bunyinya. Buat tak tahu je Munah. Ini pasal maruah kau jugak. Si Bedah dengan si Jenab tu, dok asyik menjaja nama kau kat warung Mak Cik Limah tu..takkan kau tak ambik kisah?" Hairan jugak Mak Tom bila Munah hanya membiarkan perkara tu lepas macam tu aje.
"Sy bukan apa Mak Tom, orang kata, biar orang lain mengata, pahala dapat kat kita nanti" 
"Engkau ni...aku bukan cakap dosa pahala...Mentang-mentang laki kau tu Ustaz Amirul." Mak Tom semakin laju mengunyah goreng pisang. Dah 5 keping di 'baham'nya.
"Sy nak cakap apa lagi Mak Tom. Biarkan jelah diorang. Mulut diorang, mana boleh sy tutup macam mulut tempayan...betul kan Mak Tom?" sambil Munah cepat2 mengambil goreng pisang yang tinggal 2 keping, takut sendiri tak merasa.
"Haaaa...lantaklah kau Munah, aku cuma nak beritahu je. Lepas ni mesti jiran sebelah kau pun akan cakap benda sama pasal apa yang aku cakap ni." Mak Tom dah mula putus asa dengan sikap Munah.
"Jiran sy si Zaitun tu...?" Munah bertanya...
"Hahhh siapa lagi?" Mak Tom mula mengangkat kakinya..itupun setelah dilihatnya Munah tidak menambah goreng pisang yang ada.
"Dia tahu daripada siapa cerita2 tu...?" tanya Munah sebab setahunya Zaitun jarang keluar daripaa rumah.
"Siapa lagi? Daripada Jenab dengan Bedah tulah..."
"Jenab dengan Bedah pulak, siapa yang cakap kat diorang?" tanya Munah lagi seperti mula berminat.
"Siapa lagi kalau bukan aku ni hahhh.." dengan nada tenang Mak Tom beredar.

CERITA WANITA LAGI

Cerita wanita lagi? Ahakksss taklah semua. Sy nak kongsi satu cerita yang berlaku kat satu hypermarket beberapa tahun yang lepas, tapi oleh kerana ada kaitan sikit dengan hari wanita ni, maka sy ceritalah....
Masa tu sy tengah nak membeli deodorant sy lah. Biasalah, bila nak beli deodorant ni kenalah pilih2, lepas tu ambik bau sana, ambik bau sini, tengok bau mana yang sedap...dekat belakang sy ni, ada sorang lelaki yang daripada tadi asyik mundar mandir...kesana kesini melihat barangan yang dia nak beli. Dalam hati sy berkata mungkin dia tak pasti barangan apa yang dia nak beli. Jadi memang elok sangatlah, dia tengah nak memilih dan mencari barang dia, sy pun tgh mencari deodorant yang sesuai...adalah dalam beberapa minit, seorang budak kecik datang dan bertanyakan kepada lelaki tu
"Ayah, apasal lama sangat? Mak tengah tunggu kat kaunter tu?" kira anak dialah tu. 
"Panggil mak kejap. Ayah dah lupalah yang mana satu nak beli?" lalu budak tu pun bergegaslah pergi memanggil mak dia....Sorrylah, sy naik seronok nak tahu cerita selanjutnya, so sy buat pura2 belum jumpa deodorant sy padahal sy dah pilih dah mana nak beli...:-)
kemudian si isteri tu pun datanglah dengan trolley dia. Kira tak jadi membayarlah tu sambil muka dia kelat semacam....
"Abang...kan dah cakap tadi k***x yang non wing warna biru tu" si isteri 'bergurau' dengan suaminya sambil mengambil barang tersebut.
"Abang lupa jenama dia sebab semua kat sini banyak yang warna biru...." jawab suami dia sambil sy jugak beredar daripada situ sebab tak tahan nak ketawa...
Sebenarnya bukan sy nak cerita pasal kekeliruan yang berlaku tu, tapi wanita selalu pakar dalam membeli dan memilih tidak kira barangan lelaki mahupun perempuan, tapi ramaikah lelaki yang seumpama si suami tadi sanggup tercari2 kesana sini semata2 untuk mencari barangan wanita?   

I WILL SURVIVE - KHAS UNTUK WANITA


First I was afraid, I was petrified
Kept thinking I could never live
without you by my side,But I spent so many nights
thinking how you did me wrong
I grew strong,I learned how to carry on
and so you're back,from outer space
I just walked in to find you here
with that sad look upon your face
I should have changed my stupid lock
I should have made you leave your key
If I had known for just one second
you'd be back to bother me

Go on now go walk out the door
just turn around now, 'cause you're not welcome anymore
weren't you the one who tried to hurt me with goodbye
you think I'd crumble, you think I'd lay down and die
Oh no, not I
I will survive, as long as i know how to love
I know I will stay alive, I've got all my life to live
I've got all my love to give, and I'll survive
I will survive

It took all the strength I had
not to fall apart, kept trying hard to mend
the pieces of my broken heart, and I spent oh so many nights
just feeling sorry for myself, I used to cry
Now I hold my head up high
and you see me, somebody new
I'm not that chained up little person
still in love with you,and so you felt like dropping in
and just expect me to be free, now I'm saving all my loving
for someone who's loving me


Entah kenapa kalau cakap pasal wanita, sy akan teringat lagu ni. Walaupun liriknya lebih menceritakan tentang seseorang yang sentiasa bangun dan menghadapi apa saja situasi dan rintangan di hadapannya, tapi secara generalnya boleh jugak mencerminkan tentang kecekalan dan ketabahan wanita menghadapi liku2 hidup dunia tidak kira siapa mereka dan dimana mereka berada....

WANITA! WANITA! WANITA!

Tangan kanan yang menghayun buaian dapat menggegar dunia. Itulah satu kata-kata yang menggambarkan kecekalan dan kekuatan wanita dari satu aspek kehidupan. Kenapa pulak sy nak cakap pasal wanita hari ni? Bukannya apa, sebab untuk sama-sama meraikan Hari Wanita Sedunia yang jugak merupakan kali ke 100 ianya disambut. Mungkin tanpa kita sedari, wanita zaman kini sudah mengorak langkah seiring dengan kemajuan dan perubahan dunia. Tak payahlah sy pergi jauh, tengok saja dunia blogging yang cukup meriah dgn pelbagai kreativiti dan keunikan tersendiri daripada bloggers wanita. Tak payahlah bagi contoh-contoh kerana sy rasa anda semua boleh lihat sendiri dengan banyak blog2 yang sudah memasuki majalah2, dokumentari2, wawancara dan jugak suratkhabar dan kebanyakkannya wanita…. Bukannya nak ‘up’ kan wanita ye. Walau apa pun, Jom Santai Sekejap ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua bloggers wanita dan juga wanita2 yang berada disamping bloggers lelaki…..

Monday, March 7, 2011

JUALAN DI SACC MALL SHAH ALAM

Jualan di ruang legar SACC Mall
Bila cakap pasal Shah Alam ni, tak kiralah di Kompleks PKNS ke, Alam Sentral ke, Plaza Shah Alam ke, Anggerik Mall ke dan jugak SACC Mall ke..mesti selalu ada jualan terutama baju kurung pelbagai jenis dan juga tudung & shawl. Memang asyik ada jualan je. Macam berjangkit2...Yang terbaru kat SACC Mall yang ada jualan baju kurung, blouse, pants, daripada 30% hingga 50% dan memang cantik-cantik...opssss siapalah sy nak cakap cantik pasal baju perempuan. Emm sedap mata memandanglah :-) 
Kalau cakap pasal SACC Mall ni, sy paling suka dengan bau rendang tok yang dijual di bahagian ground floor berhadapan dengan Giant. Memang menyelerakan, cuma harga dia kadang2 tu mahallah jugak. Pernah sy beli RM10, isinya alahai...Kat Kompleks PKNS jugak sekali sekala ada jugak yang menjual rendang tok ni, kadang2 tu sebulan sekali...so apalagi, terjahlah minggu ni. Ada berani?

ADEGAN WAKTU MAKAN

Masa sy dok makan tadi…adalah satu pasangan ni bersama dengan seorang anaknya yang dalam lingkungan umur 1 tahun lebih tengah makan. Mula2 tu oklah, sebab makanan belum sampai lagi. Lepas makanan sampai, anak dia ni tak nak makan. Puas di pujuk oleh ibubapa dia, tak nak jugak makan. Kemudian si bapa ni bagilah satu injection kat peha budak ni menyebabkan budak tu menangis sekuat tidak dan mulalah adegan marah memarah antara si bapa dengan si ibu…ok, stop kat sini.

Topiknya sekarang situasi ini sy rasa selalu benar berlaku di mana-mana tidak kira masa dan tempat. Kadangkala apa yang kita lihat tak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin anak dia memang selalu nakal, almaklumlah masih kecil lagi. Mungkin kedua ibubapa mempunyai tekanan dan masalah rumahtangga menyebabkan anak menjadi mangsa jika berlaku sedikit kesilapan…tapi yang menjadi persoalan, adalah masa dan tempat. Kenapa perlu berlaku di tempat khalayak ramai dan waktu orang makan? Mungkin kalau ada orang yang masih dapat mengawal perasaan dan kemarahan akan memendam dan kemudian me’nyettle’kannya di rumah atau tempat yang sedikit terasing daripada orang ramai….Kesabaran amat diperlukan disini.

RESTORAN RASA CINTA SAYANG SEK 7 SHAH ALAM

Nasi lemak sy order lauk paru goreng kunyit
Akhirnya sy berjaya jugak singgah breakfast di Restoran Rasa Cinta Sayang yang terletak berdepan dengan pintu masuk UiTM Seksyen 7 Shah Alam. Tempat ni dulu di rekomen oleh My Little Diary. Beberapa kali sy cuba nak cari tapi asyik tak terjumpa aje dan akhirnya bertemu jugak. Nasi lemaknya boleh tahan tapi yang sy suka ialah lauk pauknya yang pelbagai jenis. Ada udang masak sambal, paru goreng kunyit, sambal sotong, rendang ayam, ayam masak sambal dan lain-lain.  Tempatnya pun kedalam sikit dan tidak berapa sibuk dengan kereta yang lalu lalang. Sy tak tahulah pekerja diorang ni minat rock atau tidak, tapi pagi2 diorang dok bukak lagu rock yang metal punya ….perghhh. Sy nak menaip entry ni pun terketar2 sebab penangan lagu rock tu.
Kat kawasan situ, sy lihat, memang banyak tempat2 makan, rasanya adalah dalam 10 atau lebih. Mungkin berdekatan dengan UiTM dan jugak apartment2 bagu student yang duduk luar hostel serta bersebelahan dengan I-City. Bagi yang minat shawl dan pelbagai jenis tudung, depan tu ada macam2 kedai tudung seperti Ariani, Ferida, dll…rasanya adalah dalam 5,6 kedai tudung yang ekskusif. Kira macam one stop centre jugaklah kawasan tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails