JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, February 28, 2011

PANJANGNYA...

Beratur panjang di pej pos KLCC
Nasib baik kat KL tadi tak hujan, kalau tak tak tahulah pukul berapa sy boleh sampai rumah...walaupun cuaca nampak gelap seketika. Macam biasalah, sy kalau ke KLCC mesti tengok ruang legar diorang samada ada promosi daripada mana-mana produk dan kali ini Estee Lauder yang mengadakan promosi produk diorang. Tak sempat sy nak ambil gambar...sorry ye. Selalu memang ambik punya. Dalam sy dok mundar mandir kat KLCC tanpa arah tujuan, sy terlihat satu barisan panjang yang jarang2 kelihatan. Bila tengok2, rupanya orang beratur untuk urusan di pejabat pos. Panjang betul. Urusan bayar saman ke? Jarang betul sy lihat orang beratur begitu panjang di pejabat pos... Mula-mula tu ingatkan nak jugak sy bayar bil2 yang masih belum berbayar, bila tgk punyalah panjang...Cancel semua urusan. Dulu paling panjang pernah sy beratur adalah bila nak menonton cerita Titanic.. Walaupun tengok 2 kali, kedua2nya masih kena beratur panjang...

A SHOULDER TO CRY ON

Jap lagi nak ke KLCC. So sebelum tu, nak tinggalkan sikit jejak bertapak kat blog ni dulu, manalah tahu tak sempat nak jenguk sampai ke malam nanti…kan..kan..kan :-)
Anda pernah dengar lagu bertajuk di atas? Lagu ni kalau member kita dok frust ke, dok baru putus cinta ke, atau yang bercinta pun boleh atau kawan2 yang rapat..mesti ayat atas sentiasa menjadi motivasi dan pembakar semangat yang kita mempunyai seseorang yang dapat memahami situasi kita disamping dapat meluahkan apa yang kita rasa…
Bukan senang untuk mencari kawan yang sebegitu yang sanggup berkongsi suka duka, kebanyakkan hanya manis di mulut tapi bila ada masalah sikit, mulalah pelbagai alasan diberikan dan sedikit demi sedikit mula menjarakkannya dirinya daripada kita. Sebab itu kadangkala timbul istilah “ Can’t trust anybody even your best friend”..Kerana apa? Kerana kawan ketawa senang dicari tapi kawan menangis? Macam sedikit lirik lagu di atas…” When the whole world’s gone, you won’t be alone coz I’ll be there”

UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

Kata orang, mimpi tu mainan tidur. Kadangkala mimpi itu datang dengan cerita yang indah, kadangkala datang dengan cerita yang mengerikan dan menyeramkan dan tak kurang jugak yang datang dengan cerita yang entah apa-apa sampai kita tak faham hujung pangkal mimpi itu. Ada mimpi yang kita dapat ingat dengan jelas dan ada mimpi yang kabur. Ada jugak mimpi sekadar mimpi dan ada jugak mimpi yang menjadi kenyataan. Macam mana mimpi boleh terjadi? Sebab tak basuh kaki ke?
Emm apa yang diorang mimpikan ni ehh?
Dalam kehidupan kita ni, ianya berkait dengan alam sedar seperti perjalanan seharian dan alam luar sedar iaitu semasa kita tidur. Bila saja kita tidur, semua pancaindera kita jugak akan berehat kecuali minda kita yang masih belum shut down dan kadangkala terlalu banyak perkara-perkara yang berlalu dalam seharian seperti stress, kegembiraan, kedukaan dan sebagainya akan membawa kita kepada mimpi samada mimpi baik atau buruk kerana kadangkala mimpi itu datang dalam bentuk yang berlawanan… Ada jugak yang akan berkhayal dulu dengan imiginasi yang mereka inginkan dengan harapan ianya akan disambung dengan mimpi pulak. Ni kira orang yang banyak beranganlah ni.
Kadangkala mimpi boleh memberikan kita motivasi tersendiri dan kadangkala mimpi boleh memberikan kita keresahan. Apa2 pun cerita yang hadir dalam mimpi kita, ianya hanyalah sebuah mimpi walau seindah mana mimpi itu sekali pun…tapi kadangkala, keindahan itu tak dapat kita kecapi di dunia yang nyata tapi sekurang-kurangnya, ianya menjadi reality dalam mimpi kita. 
So to all bloggers, sweet dream where you are, where ever you sleep.

P/S : Masa kecik2, selalunya, bila mak kejut sy bangun tidur untuk mandi dan bersiap2 ke sekolah, sy selalu bermimpi yang sy dah siap, rupanya2 masih belum bangun lagi….ke tu sebab memang malas bangun?
Ada rakan2 sy mengatakan yang kadangkala mimpi ini jugak merupakan mainan syaitan bergantung kepada isi dan masa mimpi itu sendiri..

BILA POKOK BERBUAH PULA

Salah satu pokok lada yang sy tanam
Pokok2 bunga sy dah pun mencapai usia tuanya menyebabkan sy terpaksa menyemai balik pokok2 bunga..so untuk 2,3 bulan ni memang tak adalah pokok yang mengeluarkan bunga, tetapi sebelum sy semai balik pokok2 bunga, sy adalah tanam pokok2 yang berbuah …ahaksss. Masa tu memang tak tahu sy nak tanam apa, so sy fikir, tanam ajelah pokok lada, tomato, tembikai dan sejenisnya…mana tahu dapat hasilnya, tak payahlah beli sayuran yang dah mahal…so diam tak diam, sampailah masanya pokok2 lada sy dulu yang berbuah…satu pokok tu adalah dalam 30 batang lada..Perghhh siap boleh jual pulak kat market. Pokok tomato dengan tembikai masih belum lagi menunggu masa. Harap2 menjadi...:-)

Sunday, February 27, 2011

2 COLUMN @ 3 COLUMN ?

3 column blog - Google bagi sample
Sambil kita berwalking2 ke blog orang lain tu, mulalah mata kita ni gatal nak tukar template blog sendiri sebab tgk orang punya cantik. Sekali sekala terfikirlah nak tukar kepada 3 column tapi ada jugak yang sy lihat 3 column blog nampak kelam kabut, tapi ada jugak yang nampak teratur dan cantik. Setakat ni sy masih lagi stick kepada 2 column tetapi disebabkan agenda2 yang sudah banyak dalam blog, maka macam 2 column tak dapat nak tampung...apa pendapat anda yang sudah pastinya bijaksana dan mahir dalam perkara ini? Sy ni budak baru belajar dalam bidang blog...:-) 
Weekend ni panas pulak. Rasa macam kemalasan nak keluar sana sini disebabkan cuaca, tetapi bila nak ke malam tu, hujan lebat dentum sana sini...masa tu dah ready pulak nak berehat..Kalau nak jalan pun kena tempat yang ada air cond macam kat hypermarket ke, supermarket ke, central market ke, fish market ke...pendekata, belakangnya ada market...


Friday, February 25, 2011

MEREMANG BULU ROMAKU

Bila cakap pasal aktiviti paranormal mahupun misteri alam mistik, pasti akan dikaitkan dengan roh dan alam ghaib. Anda pernah mengalaminya? Masa sy study di UiTM dulu, sy rasa beberapa kali sy kena kekejangan semasa tidur. Ada orang kata kita kena tindih… Sebenarnya sy nak berkongsi satu kisah yang pernah berlaku kepada sy dan rakan2 semasa kami bersekolah asrama dulu…..
Masa tu sy baru form one. Dapat pulak hostel yang paling hujung bersebelahan dengan hutan, jadi tempat pun dah mengerikan. Bila tidur, mesti satu katil 2 orang sebab semua takut dengan bunyi2 anjing yang menyalak dari dalam hutan tersebut. Entah macam mana, pada satu malam, sy dan 2 orang rakan sy susah nak tidur, jadi kami pun mengambil keputusan untuk duduk di katil sy sambil bermain permainan ( yang tulis nama/negeri/buah/benda tu…) untuk mendapatkan mood ngantuk… Katil sy adalah bahagian bawah dan bersebelahan dengan tingkap. So, pendek cerita, kami bermain sampailah kepukul 12.30 malam dan tiba-tiba daripada tingkap sy ternampak bayang2 seperti perempuan memakai kain labuh berjalan perlahan2 melintasi betul2 berhadapan dengan tingkap sy. Sy dan rakan2 sy tak payah cakaplah, menggigil satu badan. Tak berani kami nak bersuara mahupun bergerak takut ‘benda’ tu sedar yang kami berada disitu. Tak mungkin warden kerana cara berpakaian dan berjalan memang seperti perempuan. Tak mungkin jugak pelajar senior mahupun pelajar lain sebab memang lepas pukul 12 tengah malam,semua pelajar tidak dibenarkan keluar daripada dorm masing2. Tiba2 makhluk tu bergerak ke bahagian pintu dorm kami. Nasib baik semua pintu memang kena kunci daripada dalam, jadi tiada siapa yang boleh masuk..tapi sayup2 kami boleh dengar pintu dorm kami seperti di tolak2. Cemas jugak sy kalau2 pintu tu boleh terbukak…Sekali sekala kedengaran seperti satu suara dengusan …lama kelamaan kelibat makhluk tu pun hilang tapi ketakutan sy dan rakan2 sy memang masih ada…meremang bulu roma sampaikan nak ke bilik air pun kami pergi bertiga dan gilir2 buang air kecik sambil 2 orang akan berdiri jaga depan pintu bilik air yang tak bertutup…
Akhirnya kerana ketakutan bercampur kengantukan, kami tidur jugak. Yang kelakarya, kami bukan tidur atas katil tapi bawah katil…bertiga pulak tu!!

CERITA CITA CINTA

Hari ni sy ada urusan kat luar dan rasanya waktu pagi tak dapatlah nak melawat rakan bloggers tapi sy pasti akan membalas segala kunjungan anda di petang hari. InsyaAllah. Pada entry yang lepas yang bertajuk Jogging atau Sitting, sy lupa nak mention yang kat situ ada tempat burung2 merpati berkumpul, adalah dalam 40 - 50 ekor. Selalunya ada saja individu yang akan membawa samada roti atau keropok mahupun nasi yang berlebihan dan ditaburkan di kawasan itu dan entah dari mana burung2 merpati ini akan datang kesitu. Ramai jugak budak2 yang mengacah2 dan mengganggu burung2 tu nak makan…
Bila cakap pasal budak2 ni, selalunya masa nilah kita sudah ada cita-cita. Nak jadi itu, nak jadi ini.. Macam2 profession yang terkeluar pada masa ni,sampai ke Perdana Menteri pun ada…well, daya imiginasi semasa budak2 adalah lahir daripada apa yang berlaku disekitar mereka pada masa itu. Tapi selalunya jarang2 cita2 yang kita idamkan semasa kecil menjadi kenyataan. Masa sy kecik dulu, sy bercita2 nak jadi doctor, tapi bila besar ni lain pulak jadinya. So apa cita2 anda? Samakah dengan apa yang anda cita2kan sekarang?

Thursday, February 24, 2011

JIKA CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Ingat pada entry Tanda2 Awal Anda Jatuh Cinta yang lalu? Well, jika tanda2 itu ada anda rasai dan lebih menggembirakan bila anda tidak bertepuk sebelah tangan, maka tak perlulah anda berbuat apa2 selain daripada melihat perjalanan seterusnya. TETAPI andaikata, anda hanya bertepuk sebelah tangan di mana perasaan itu hanya anda yang rasa, maka, ianya hendaklah di’rawat’ dengan segera agar anda tidak akan kecewa dikemudian hari….so, bagaimana ye cara nak menghilangkan perasaan macam tu? Sy ada bertanyakan perkara ini kepada seorang doktor yang pakar dalam hal2 sebegini. Nama dia doktor JSS. Antara tip2nya adalah:

1) Jika anda terasa kesunyian sangat-sangat akibat teringat kepada sidia, maka pergilah ke shopping kompleks ke, hypermarket ke dan kemudian anda hanya perlu tanya kepada sesiapa yang anda terserempak sambil bertanya " Ni kat mana ni?"
2) Jika anda terasa rindu untuk mendapat sms dari sidia. Mudah aje. Beli satu lagi prepaid dan handphone. Kemudian just sms saja ke nombor anda dengan kata-kata penuh dengan madah pujangga dan SEND. Lihat, sekarang anda sudah boleh berkomunikasi dan buat semua ni sampai anda rasa boring.
3) Jangan dengar lagu2 yang berirama sentimental..Baik anda dengar lagu Nasyid..."sepohon kayu daunnya rimbun..." kerana lagu slow2 tu akan mengingatkan anda kepada sidia.
4) Kalau anda rimas dan susah sangat untuk tidur kerana asyik teringatkan dia, pergi ke bilik air dan duduk kat situ selama 3 jam sambil membasuh baju anda.
5) Beli seberapa banyak bantal peluk kerana anda memerlukannya. Bila anda terasa macam nak marah atau geram dan tak tahu macam mana nak lepaskan geram, tumbuk aje bantal peluk itu sehingga lunyai dan lumat.
6) Buang segala gambar dan apa-apa pemberian dari sidia (jika ada) dan tanamkan kat belakang rumah atau mana-mana saja. 
7) Hari minggu jika anda rasa bosan, anda ketuk rumah jiran2 anda dan tanya kat diorang samada diorang perlukan pertolongan seperti menyapu rumah atau membasuh kereta ke...bantu membantu dapat menghilangkan rasa stress.

Begitulah serba sedikit yang dapat doktor JSS berikan....Jatuh cinta, jatuh hati. Jumpa lagi dilain kali. 

JIKALAU AKU DOREMON


Cuba anda bayangkan tajuk diatas dengan diri anda? Kenapa sy bertanya begitu, sebab sy tengah buntu apa sy nak buat kalau sy jadi doremon!! Kenapa doremon? Sebab ini semua adalah Cik Nurul Atika kita punya idea dan dia bukan keseorangan, tapi dibantu oleh Nobitanya iaitu fda yang meng’tag’ sy. Cik Nurul ni nak tahu samada kita kuat merepek atau tidak, sebab tu dia buat contest macam ni dan jugak sempena follower dia yang melebihi 100.
Sebelum itu izinkan sy berpantun dulu sebagai pemanas entry.

Pergi ke pantai mencari remis,
remis dijual bersama sepat,
hari ini hari khamis,
esok pulak hari jumaat.

Hidangan nasi bersama ketupat,
dimakan bersama sambal tumis,
hari esok hari jumaat,
hari ni pulak hari khamis.

Orite…back to the story. Jikalau sy menjadi doremon, maka sy akan mengeluarkan satu mesin yang akan membuat sy lupa apa yang sebenarnya sy nak tulis pada entry kali ini.
“MESIN JADI PELUPA!!!!!!”
Yes…yes…yes. Aku dah lupa apa aku nak buat enty ni…aku lupa! Aku lupa! Aku lupa!

ENTRY TUNGGANG LANGGANG

Beberapa hari ni, rasanya kalau anda tengok entry sy tunggang langgang….ataupun agaknya selama ni memang entry sy tunggang langgang bukanlah sebab apa2, tapi kerana kesibukan kerja sy. Kira sekarang ni hari sibuk sy, sebelum ni hari senang lenang sy…ahakksss. Tapi dalam sibuk2 ni pun, sempat jugak curi seminit dua untuk menge’post’ entry ni. Tak bolehlah curi banyak sangat masa nanti orang kata tak berkat pulak rezeki kita dapat…emmm kenapa tiba2 rasa macam bersalah pulak?
Bila cakap pasal rezeki ni, teringat sy tentang cerita dalam buletin utama TV3 semalam mengenai bagaimana penoreh2 getah kini terpaksa menoreh pada waktu malam sehingga awal pagi untuk mendapatkan susu getah kerana jika menoreh pada waktu pagi, hasil susu getah kurang berbanding malam akibat cuaca yang panas…sy bukan nak cakap pasal masa, tapi nak cakap pasal penoreh getah yang rata2ya sudah berumur. Sy terfikir pada masa akan datang yang mana generasi kini yang asyik memikirkan tentang kemajuan, pembangunan, kerjaya lebih lumayan dan besar…siapa yang akan menjadi pelapis untuk menjalankan kerja2 mereka atau yang terlibat dalam bidang pertanian terutamanya? Anda?

KENAPA? KENAPA? KENAPA?

Kenapa kita tidak seserasi dulu? Kenapa kita tidak sebahagia dulu? Kenapa kita tidak semesra dulu? Mana perginya setiap kasihsayang yang diberikan tanpa mengira waktu satu masa dulu? Hilangkan segala naluri cinta itu?
Apakah bercinta sewaktu berkasih, bercinta sewaktu bertunang dan bercinta selepas berkahwin sama? Apakah reaksi mata pasangan anda seseri dulu sewaktu mula2 melafazkan kata2 cinta kepada anda? Atau hanya kata2nya saja yang sama tapi mata mula menunduk kebawah atau memandang ke arah lain?
Susah untuk kita menentukan sejauh mana kuat dan kukuhnya cinta pasangan kita kerana hati manusia. Kenapa dengan hati manusia? Kerana hati manusia sukar untuk di tafsirkan isihatinya yang sebenar. Perwatakan luaran dengan apa yang terpendam di hati kadangkala berbeza. Bak kata pepatah, sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah. Tapi hati manusia seperti pantai ke? Takkan begitu rapuh? Takkan senang untuk berubah….Emmm mungkin lelaki kebanyakkannya? Atau sama saja lelaki dan perempuan?
Sering kita dengar pasangan yang bercinta suka sama suka akhirnya berpisah. Pasangan yang bercinta sakan waktu di college tapi berpisah bila grad. Pasangan yang bahagia tanpa pergaduhan tiba2 berperang besar setelah mendapat anak. Kenapa ye? Kenapa? Kenapa? Why? Jawapan mudahnya ialah tiada lagi persefahaman…..Atau hati kita yang berubah?

p/s : Sewaktu sy menulis entry ni, fda ada hantar kat shoutmix pasal ayat pengasih dari Al quran dan tips menjaga husband...emmm mungkin ini salah satu caranya.

Wednesday, February 23, 2011

LATIHAN ANGKAT BERAT

Tak sanggup eden tgk

Hari ni memang hari busy sy. Tak sempat nak menjenguk blog kesayangan walaupun sesaat ( kecuali sekarang ) dan tak sempat nak mengacau blog2 rakan walaupun seminit ( kecuali sekarang ) Bila cakap pasal busy ni, teringat sy pada kerja sy sebelum sekarang, kerja di syarikat International di mana bila nak tutup accounts kena link dengan syarikatnya di UK dan US. Maknanya, kalau nak close accounts kena serentak, bila cakap serentak..kalau kat US tu petang, kat sini tengah malam..so, kenalah stay back sampai pukul 2, 3 pagi nak closing…Perghh masak betul. Nasib baik sebulan sekali. Kalau tiap2 hari kena close, tak ke dah jadi burung hantu…Tapi lama kelamaan, tak larat sy nak stay macam tu, tu yang berpindah ke kerja sekarang.
Bercakap pulak pasal pindah memindah ni, sy rasa sejak daripada sy mula2 bekerja sampai sekarang, adalah dalam 6 kali sy mengambil bahagian dalam angkat mengangkat barang2 untuk pindah office. Memang nasib sy tak baik, setiap kali dapat kerja baru, office tu baru nak pindah…atau diorang ni memang sengaja ambik orang untuk angkat barang kot…sebab tu badan sy banyak muscle..maksud sy muscle di bahagian perut..anda boleh nampak six pack kalau kat body builder, sy hanya ada 2 je..betul2 kat bahagian pusat siap boleh lipat-lipat lagi.

JOM BLOGWALKING CONTEST


Blogwalking ni dah jadi macam satu kemestian dalam berblogging. Kadang2 tu kalau tak buat, rasa macam serba tak kena aje. Walau dapat 5,6 blog pun jadilah asalkan dapat blogwalking. Kadangkala bukan tak nak buat blogwalking, bila nak buat je, macam-macam benda pulak yang kacau..
Time tulah line internet boleh slow motion, time tulah tiba-tiba laptop habis battery, time tulah kena pergi sana pergi sini...pendek kata, ada aje yang tak kena masa nak buat blogwalking.
Sy pernah terbaca dalam beberapa blog pasal auto blogwalking. Sesuatu yang mungkin tiada salah dari segi perundangan blogwalking tapi salah dari segi tatasusila dan keikhlasan kita untuk berblogwalking sebab ianya satu penipuan yang ketara...Macam mana caranya sy tak berapa pasti tapi ianya melibatkan satu program yang membolehkan kita buat blogwalking tanpa pergi ke satu-satu blog...katanya.
Kesimpulannya, walaupun blogwalking ni adalah salah satu cara menaikkan traffic tapi disebalik itu ianya adalah satu cara untuk berkomunikasi dengan rakan2 bloggers...takkan memanjang kita nak sebut hi..hi..kemudian bye..bye? 
Entry ni ada kaitannya dengan  contest abg teror yang handsome dan macho tu ( rasa-rasanya separuh hadiah dah dalam genggaman ) dan bagi anda yang rasa nak join contest sambil menaikkan traffic anda, boleh join contest ni dengan klik banner di atas...( confirm dapat hadiah kali ni....) 

KITA SANTAI DULU

Salam santai di pagi hari. Permulaan entry pagi ni sy just ikut gerak hati untuk menaip apa saja yang terlintas. Sekali sekala, kita buat yang santai habis pun ok jugak.
Lately ni, bila sy buat blogwalking, sudah banyak rakan bloggers yang mengadakan macam-macam contest, bloglist, GA dan lain-lain yang memeriahkan lagi dunia blogging kita, sehinggakan kadangkala tu tak sempat nak buat entry sendiri kerana jadual ‘tag’ yang penuh. Sy ada menyenaraikan beberapa blog yang mengadakan contest dan seumpamanya di ruangan kiri blog ini atas tajuk Contest Blog. So, siapa yang kaki contest tu bolehlah tengok contest mana yang anda rasa berminat nak join…Sy kalau ada hadiah makan baru sy join :-)
Cakap pasal makan ni, beberapa hari lepas ada satu kejadian lucu berlaku sewaktu sy makan di food court salah sebuah Carrefour. Adalah beberapa orang perempuan duduk makan setentang dengan meja sy. So ada yang makan nasi campur, ada yang makan sup dan ada jugak yang just makan buah aje seperti tembikai dan jagung. Masa tu sy dah pun habis makan, Cuma tunggu masa je nak bagi makanan turun ke perut, so santai sekejap. So diorang ni doklah berbual-bual dan sy entah macam mana terpandanglah pada seorang perempuan yang tengah makan jagung ni….jarang orang lunch makan buah seperti jagung.. so dalam dia dok makan sambil berbual tu, tiba-tiba sebatang gigi dia boleh tercabut dan jatuh atas meja makan diorang!! Apa lagi, member dia ketawa berdekah-dekah…bukan setakat member dia, sy pun ketawa tak boleh tahan…  Bukan jadi Halimah Jonggang…tapi Halimah Gongak..aduhhsss, sampai sekarang bila sy teringat balik, tak boleh berhenti ketawa…

Tuesday, February 22, 2011

CONTEST CAMPAIGN TAK NAK BUANG BAYI

Ceritanya
Kelu sekejap sy untuk membuat entry kali ni. Bukan sebab sy kekeringan idea..( hampir kekeringan idea sebenarnya ) Bukan sebab sy ngantuk almaklum baru lepas lunch, tapi sebab entry kali ni ialah entry mengenai isu pembuangan bayi. Bukan kepakaran sy nak mengutara selatankan isu ni tapi tak tahu macam mana nak sy luahkannya dalam bentuk ayat. Kadangkala segunung ayat pun tidak mampu menutup kesedihan dan keperitan yang di alami oleh anak-anak yang tidak pernah meminta apa2 selain daripada kasihsayang. Sy pun bukan orang yang mahir dalam aspek agama untuk menentukan salah silap seseorang, tapi secara logiknya, apalah salah anak-anak yang dibuang itu? Sepatutnya kita sebagai orang yang berfikiran dewasa haruslah menjaga anak-anak yang di amanahkan dengan penuh kasihsayang serta tanggungjawab. Kenapa perlu dibuang di sana sini? Pandai kah mereka menjerit meminta tolong? Dapatkah mereka melangkah setapak dua untuk melihat kemana harus mereka tuju? Pekakah mereka dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan seribu ancaman walau seekor nyamuk sekali pun?Adakah dengan mencampakkan bayi-bayi yang malang ini ke tong sampah atau kaki2 lima dapat memberikan mereka kehidupan seperti kita mencampakkan benih pokok yang boleh tumbuh di mana saja? Tepuk dada tanya selera……
Mungkin sudah banyak program-program kesedaran yang di lakukan oleh pelbagai pihak bagi menyedarkan kita tidak kira melalui media masa mahupun eletronik, tapi hasilnya tetap mengecewakan.. Cuba fikirkan sejenak jika ini berlaku kepada kita?  Pastinya anda akan meraung2 meminta supaya untuk diselamatkan tapi siapakah kita untuk meminta? Siapakah kita untuk melutut dan merayu? Siapakah kita untuk menangis meminta simpati….kerana apa? Kerana pada masa itu, kita hanyalah seorang bayi/anak yang tidak mampu berbuat apa-apa.....
Disebalik ceritanya
Disebalik keinsafan dan kesedaran daripada entry di atas, ianya sebenarnya datang daripada contest yang dibuat oleh saudara Shah kita. Anda jugak boleh join contest tersebut dengan klik banner di atas. Sorry ye Shah sebab sy tak letak satu lagi banner sebab tak sanggup rasa nak melihatnya. Untuk saudari Scha Ara yang comel, terimakasih kerana meng'tag' sy dan membuat sy sedih seketika, tapi I really appreciate it.

PETUA HINDARI JERAWAT

Katakan TIDAK kepada jerawat!! Masa dulu2, sy pantang nampak jerawat. Asal nampak aje, nak picit. Asal nampak aje, nak picit. Kalau jerawat tu tumbuh kat dagu ke, kat tepi2 telinga ke, masih boleh maaf lagilah, tapi kalau dia saja-saja nak bersantai kat tengah2 hidung, kat pipi sy yang licin, kat dahi sy yang luas tu...perggh. Bila jumpa orang je..mulalah tengok mata diorang, kat mana diorang pandang...confirm dia akan tengok jerawat kita dulu!! So bagi anda yang ada masalah jerawat tu, sy listkan beberapa petua yang sy ambil daripada beberapa website serta cara sy sendiri untuk menghindari jerawat. Antaranya:
1) Kalau boleh kurangkan merokok. Lagi baik, jangan merokok.
2) Sapukan sebelum tidur bedak sejuk dengan air gamat. Bukan minyak gamat ye, nanti lain pulak jadinya. Setengah2 hanya mengamalkan memakai bedak sejuk pun sudah memadai. Kenapa, sebab dapat menghindari minyak yang merupakan punca utama jerawat.
3) Sapu muka dengan air yang direndam dengan kerak nasi semalaman dan kemudian bilas air bersih.
4) Buah tomato selain elok kulit, juga elok untuk mencegah jerawat. Hanya tumbuk dan ambil patinya dan lumurkan ke bahagian muka dan tunggu selama 5 minit atau separa kering dan kemudian bilas dengan air bersih.
5) Rebus segenggam biji kani ( manjakani ) yang boleh dibeli di kedai. Masak dalam periuk tanah sehingga menggelegak pekat. Kemudian apabila sudah suam, sapukan pada muka anda dan tunggu sehingga kering. Bilas dengan air. Bukan saja bekas jerawat boleh hilang, malah kulit muka anda jugak terasa tegang.
6) Asah kulit kayu manis dan campur dengan madu lebah dan sapukan sebelum tidur. Esoknya bilas dengan air
7) Tumbuk beberapa helai daun sireh muda dan tampalkan kat muka anda yang berjerawat tu. Setelah kering, bilas dengan air dan amalkan 3 kali seminggu.
8) Kisar timun dan tapis airnya. Airnya boleh minum buat awet muda tetapi untuk jerawat, ambil hampasnya dan tampal kat muka anda. Biar selama 10 - 30 minit dan kemudian bilas dengan air.

Itulah di antara petua-petua yang boleh anda amalkan untuk menghindari jerawat. Selamat mencuba.

TANDA AWAL ANDA JATUH CINTA

Jatuh cinta? Ahhh tak mungkin aku jatuh cinta…Betul ke aku jatuh cinta? Persoalan2 begini selalu bermain di minda anda. Macam mana anda nak tahu tanda2 awal yang anda sudah terjatuh cinta? Banyak sebenarnya tanda2 nya tapi kita ambil sebahagiannya saja…Mari kita lihat siapa yang kena!! Antara tanda2 awalnya adalah seperti:
1)Anda merasa seperti bertenaga dan aktif, seperti sesuatu yang baru dalam diri anda
2)Anda kerap tersenyum sendirian. Berangan jangan cakaplah..memang sentiasa berangan
3)Anda sentiasa ingin melihat dan berjumpa dengan dia. Kalau tak dapat jumpa, anda akan rasa resah dan gelabah macam tak tahu nak buat apa.
4)Tak ada nafsu nak makan. Kalau makan mesti nak cepat habis. Situasi ini kadangkala tak boleh pakai sebab ada orang nafsu makan dia kuat :-)
5)Susah nak tidur. Bila nak tidur asyik teringat..asyik terbayang.
6)Kalau anda dulu sorang rockers ke, brutal ke...tiba2 anda suka pada lagu yang sentimental rock, heavy metal tapi yang irama perlahan...kalau dulu minat scorpian, tiba2 boleh minat ana rafali.
7)Semua tentang dia anda nak tahu. Facebook ke, blog ke, no handphone ke, tinggal kat mana ke, minyak wangi apa ke...anda akan terasa bangga kalau dapat tahu latar belakang dia lebih daripada orang lain
8)Anda mula rasa sedikit cemburu kalau nampak dia bercakap dengan orang lain. Waktu ini oleh kerana belum ada sesiapa yang tahu perasaan anda, maka selalunya anda akan bercakap dengan bantal, kucing, anak patung @ teddy bear sebagai meluahkan apa yang anda rasa.
Cukuplah tu ye...tapi ini semua hanyalah tanda2 awal. Maksudnya masih boleh di 'rawat' jika anda rasa anda tidak mahu meneruskan perasaan itu. Cara merawatnya akan sy buat pada entry akan datang...ahaksss.....


Monday, February 21, 2011

MALAS BETUL NAK KE KULIAH

Petang ni ada kuliah. Kelas MA ( Management Accounting ).. malas betul rasa nak pergi bukan sebab subject nya tapi sebab cuaca yang panas terik. Nak menapak sikit punya jauh..Nak tumpang motor member, daripada pagi tadi tak balik2 lagi. Nak tak nak, aku kena pergi jugaklah sebab Suzana confirm datang kelas. Cakap pasal Suzana ni, mana saja yang dia ada, aku akan join kelas dia. So far aku dapat catch up 3 kelas termasuk MA petang ni...Cik Suzana ni bukanlah student, tapi lecturer yang ajar subject accounting dan seangkatan dengannya... ahakkss. Sejak daripada semester 1 lagi aku dah jatuh cinta dengan cik Suzana ni.. macam cerita Syurga Cinta lakunan Heliza, Awal dan si Haziq tu..."lemah lembut, sopan santun..." memang semua yang dia ajar semua masuk dalam telinga...tapi mulut aku pulak yang asyik terbukak aje bila lihat dia, tapi bukan aku sorang yang ternganga mulut ye...hampir semua student lelaki macam tu sampai si ct payong ( macam pernah ku dengar nama ini ) student perempuan tercantik dalam kelas aku pun tak boleh cakap apa. So, panas pun panaslah, cik Suzana punya pasal, redah ajelah. Lagipun subject accounting ni co subject, kalau gagal nak kena repeat next semester...( baik tak alasan tu sebab nak ke kelas ) So I have to chow dulu...nanti lecturer tunggu pulak...
"Report dah siap?!!" kedengaran satu suara daripada belakang aku. Opsss memang kena chow sekarang tapi bukan ke kelas, nak kena buat report kejap. Tengah syok teringat masa zaman UiTM dulu, boss pulak kacau. 

MANA PERGI SEMUA ORANG?

Mc Donald kosong? opss ada seseorang tersembunyi.Sy ke tu?
Siapa yang tak suka makan fast food. Translate dalam bahasa melayu makanan pantas atau cepat. Cepat siap, cepat bayar dan cepat makan. Semua mudah dan sebab itulah menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. Sebut saja Mc Donald, KFC, Burger King, A & W, Pizza Hut...memang selalunya ramai orang yang akan makan disana dan sentiasa penuh tidak kira masa. Pagi, tengahari mahupun malam. 
Entah macam mana, satu hari tu, bila sy pergi ke salah sebuah Mc Donald, memang tak ada orang langsung! Terpinga-pinga jugak sy kerana tak pernah lihat situasi begini pada hari-hari lain. Kena boikot ke Mc Donald? Ke ada kedai makan lain buat FREE promotion menyebabkan semua makan kat sana dan tinggallah patung Mc Donald kat depan pintu masuk tu duduk sorang2..:-) Ada berita terbaru dalam paper ke yang sy tak tahu? Muskyil betul...tapi sy buat macam biasa aje sebab tujuan sy makan kat Mc Donald sebab ada FREE wifi... FREE jugak tu :-).........

P/S : Hanya untuk makluman saja. Selepas saja sy makan dan siap blogwalking, barulah sy sedar pada masa tu adalah adalah sehari sebelum Tahun Baru Cina :-)

TANDA ANDA BUKAN PERASAN

Ada orang menyampah bila kita perasan. Ada orang kata perasan satu nikmat tersendiri. Tapi ada jugak ketikanya sebenarnya anda tidak perasan. Macammana nak tahu samada anda tidak perasan atau tidak? Ahakkksss, bagi mereka yang bujang, yang berpacaran tapi duduk renggang-renggang ataupun yang dah berkahwin duduk jauh-jauh..ini tips mudah untuk mengetahui samada anda perasan atau tidak…
1)   Bila anda sedang minum kat mana-mana, tiba-tiba anda terpandang seseorang yang anda suka lihat, dan orang itu terlihat anda. Jika selepas itu anda dan dia terpandang antara satu sama lain serentak beberapa kali, maka memang dia ingin melihat anda. Tapi kalau anda aje yang dok pandang dia tapi dia tak pernah pandang anda, faham2 jelah…
2)     Bila pertama kali anda dikenalkan dengan seseorang oleh kawan anda dan kemudian dia asyik bertanyakan tentang diri anda secara peribadi, maka memang dia ingin mengenali anda dengan lebih dekat. Tapi kalau dia tak tanya, tapi anda yang dok bercerita pasal diri anda daripada pagi sampai malam pun tak henti2…maka anda bukan saja perasan, tapi anda terlebih sudah.
3)     Bila anda membayar barang2 yang anda beli di kaunter, jika juruwang tersebut bertanyakan itu ini pasal barang yang anda beli walaupun dia tahu kegunaan barangan tersebut, maka dia sebenarnya nak tahu tentang anda, tapi jika anda saja yang tanya kegunaan barangan tersebut walaupun anda sendiri tahu, maka selepas anda membayar aje, counter tersebut akan close.
4)     Bila dalam kuliah anda asyik menguap tak sudah2, kemudian ada seseorang yang sentiasa tersenyum setiap kali anda menguap. Itu tandanya cara anda menguap tu membuatkan dia senang hati dan senyuman tu seperti tanda ingin berkenalan dengan anda tapi jika setiap kali anda menguap, ada orang melihat anda seperti hendak makan anda…faham2 jelah jugak ye.
5)     Bila anda sedang berjogging di taman dan tiba2 anda terlihat seseorang yang anda suka juga sedang berjogging..esok dan hari seterusnya dia datang pada waktu yang sama, maka dia jugak sebenarnya berharap anda akan datang jugak…tapi jika anda datang seminggu sekali sedangkan dia sebenarnya memang datang tiap2 hari…Memang anda perasan.
Apa2 pun perasaan perasan tu lebih baik daripada anda mempunyai perasaan tapi sering saja di kecewakan..Ahakkkss. So selamat berperasan.

Saturday, February 19, 2011

JOGGING ATAU SITTING?

Nampak tak cuaca yang cukup cantik untuk jog?

Cuaca hari ini cukup cantik. Mendung-mendung suam. Elok jugak rasanya kalau hari ni buat senaman ringan2.  Lagipun dah lama benar sy tak berjogging atau bermain futsal dengan budak-budak sekolah kat taman kawasan perumahan rumah sy ni. So, apa lagi, capai kunci kereta dan terus ke salah satu taman yang berdekatan dengan rumah sy dan sesampainya di sana, adalah beeberapa orang budak2 futsal sedang berlatih sepak sana sepak sini. Tengok orang berjogging…opsss berjalan-jalan ramai jugak. So sy rasa berjogging lebih baik. Kasut sukan memang dah sentiasa stand by kat belakang bonet kereta sy. So sy ambik kasut sukan sy lalu sy bawak dan duduk di satu kerusi sambil melihat cuaca seakan-akan mula hendak panas balik, emmm baik buat warm up dululah..Karang lari tengah2 panas, hitam pulak kulit sy ni…so dalam dok sy buat warm up..ada satu bau yang cukup enak menusuk masuk ke rongga hidung sy. Goreng pisang!! Perghhh mengancam sungguh bau dia. Tengok punya tengok, kat seberang jalan ada orang jual goreng pisang…apa lagi, sy teruslah pergi ke sana dan beli…perghh memang crispy dan sedap betul goreng pisang tu…
Akhirnya petang tu sy hanya melihat orang berjogging sambil duduk di kerusi dan menikmati goreng pisang serta air kelapa muda.

KATA ORANG PERBEZAAN YANG MENYATUKAN

Kita selalu dengar bidalan seperti bagai pinang di belah dua atau duduk sama rendah, berdiri sama tinggi yang bermaksud pasangan yang serasi, tapi semua bidalan itu hanya di gunakan pada ucapan majlis perkahwinan mahupun pertunangan saja. Hakikat sebenar, kebanyakan daripada pasangan mempunyai sifat yang berlawanan antara pasangan masing2. Antara yang diperkatakan seperti kalau sorang baran, pasangannya tenang. Sorang gemuk, pasangannya kurus. Sorang cantik, pasangannya tak handsome. Sorang bekerjaya, pasangannya kerja kuli je. Sorang mata keranjang, pasangannya setia. Sorang kuat bercakap, pasangannya pendiam dan macam2 lagi sifat dan sikap kontra bagi pasangan yang dah berkahwin mahupun belum. Kalau ikut kepada logiknya, pasti pasangan ini tidak akan kekal lama, tidak akan serasi, tidak akan saling memahami tapi hakikatnya dapat bertahan lama walaupun mempunyai sifat yang berbeza. Ada pasangan asyik bergaduh aje tapi anak tetap bertambah tiap tahun. Ada pasangan lain nampak bahagia ketawa sana sini, tup2 esoknya berpisah. Adakalanya perbezaan itulah yang melengkapkan kekosongan yang diperlukan dalam satu2 perhubungan…Betul ke? Kata oranglah….

Friday, February 18, 2011

LUAHAN MELALUI GAMBAR

Gambar dalam satu2 blog kadangkala memainkan peranan dalam mencantik dan membuatkan pengunjung teruja. Begitu jugak sy. Kadangkala sy cemburu jugak bila ada rakan bloggers dapat menghasilkan gambar2 yang bermutu tinggi dalam blog diorang. Sy tak pastilah samada mereka mengambil melalui camera digital dan bersamaan dengannya atau hanya melalui handphone saja, tapi yang pasti gambarnya cantik.
Kadangkala, tanpa perlu menaip panjang, dengan hanya meletak beberapa gambar saja sudah cukup dapat meluahkan apa yang ingin penulis katakan. Ada beberapa blog yang sy suka singgah bukan kerana entrynya sebab diorang jarang update entry tapi sebab gambarnya. Bila sekali diorang update entry, tu dia..gambar sampai 10 keping ( opsss dalam blog panggil keping jugak ke?)
Teringat sy masa sekolah rendah dulu. Subjek lukisanlah yang paling sy lemah sekali sebab sy tak pandai melukis, setakat nak colour sana colour sini bolehlah, tapi kalau nak melukis..mintak maaf. Sebab tu kalau keluar peperiksaan yang kita boleh buat pilihan, sy lebih suka ambik yang ada menggunakan bahan atau corak.

P/S: Handphone bercamera apa yang anda rasa paling cantik gambarnya?

RUANGAN CONTEST BLOG

Seperti yang dinyatakan dalam entry sy yang lepas, jika sy tersinggah di mana-mana blog yang mengadakan contest ke, GA ke atau apa-apa saja yang seangkatannya dengannya, maka sy akan masukkan dalam ruang khas sebelah kiri blog Jom Santai Sekejap bertajuk Contest Blog. So bagi mereka yang berminat untuk masuk contest atau kaki contest, just klik saja kat situ kalau nak join atau mengikut minat anda contest mana yang rasa nak sertai, tanpa perlu mencari-cari. Walau bagaimana pun, blog2 tersebut hanya akan berada disitu selagi tarikh contest tersebut belum tamat, jika sudah tamat, maka sy akan keluarkan daripada senarai dan mungkin sy cuma letakkan dalam 5 hingga 10 blog je sebab kalau tak penuh nanti dalam blog ni. So, selamat mencuba ye…emmm kalau menang, jangan lupa ye…25%.

AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!


Ceritanya
Kalau sebut pasal Atok ni, pasti kita akan teringat kepada datuk2 dan nenek2 kita serta segala petua2 dan pantang larangnya. Pelbagai cara dan petua yang ada dan kadangkala berkesan dalam menyelesaikan masalah2 yang kita hadapi dalam dunia yang serba canggih dan moden ini. Kata orang, tiada dulu tiadalah sekarang. Generasi berganti generasi tapi kita harus ingat daripada mana kita berasal. Kadangkala, kita sendiri lupa siapa nama datuk kita, siapa nama nenek kita. Belum lagi sepupu sepapat sepipit kita yang mungkin ramai. Bila ada kenduri kendara, bila ada saudara yang dok bercerita si anu dan si polan, kita hanya mengangguk saja tapi dalam hati langsung tak tahu siapa yang mereka ceritakan. Walau dimana bumi dipijak, disitu langit ku junjung. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...Biar masa terus beredar, biar usia bertukar ganti, namun berbanggalah dengan siapa diri kamu dan dari mana asalmu.
Di sebalik cerita
Entry ni sebenarnya khas untuk blog peTUA KITA semua yang mengadakan entry khas agar blog anda ter masuk dalam blog list. Bukan senang sebenarnya nak masuk dalam blog list sesebuah blog. Katanya nak dalam 50 blog saja, setakat yang ni yang sy nampak, baru ada 25 blog..So anda boleh mencuba.

KASHAF IMANI

Minggu lepas sy tengok cerita Ungunya Cinta lakunan Leez dan Sharnaaz, thumb up untuk cerita tu dan jugak cerita semalam iaitu Kashaf Imani . Sejak dua menjak ni, cerita pada tiap2 hari Khamis jam 9 malam di Astro ni makin mengancam pulak. Ceritanya memang romantik tapi penuh dengan adegan realiti kehidupan. Gejala sosial, percintaan, kematian, dan hubungan kekeluargaan dan sy suka lakunan Beto Kusyairy dan Sharifah Amani yang memang mantap.
Cerita mengisahkan bagaimana Imani ( Sharifah) mencintai Kashaf ( Beto ) dalam diam dan mengambil apa saja yang digunakan oleh Kashaf seperti pemetik api yang dibuangnya, kertas gula2..semua disimpan dalam tin biskut. Imani jugak mempunyai keistimewaan boleh melihat roh-roh yang memerlukan pertolongan, hinggalah satu ketika Kashaf di tikam dan rohnya datang meminta pertolongan Imani untuk menjelaskan betapa dia sayangkan ibunya…Kisah cukup menyayat hati bila cinta mula berputik namun perpisahan jua akhirnya…Lakunan Wan Sharmila jugak sy cukup2 tabik kerana berkesan membawa watak seorang adik yang tidak mengenang jasa dan sentiasa bertelagah dengan abangnya, Kashaf hingga terjebak dengan seorang pengedar dadah yang jugak telah mengupah orang untuk membunuh abangnya….Kashaf Imani, seindah tajuk cerita nya.

MAAFKAN AKU DIANA

Diana daripada kacamata google

Hari semakin mendung, tanda2 hujan akan turun sebentar lagi. Aku masih menunggu seseorang sambil menghirup secawan kopi yang kupesan tadi. Dari jauh, sudah ku nampak lambaian Diana dengan senyumannya seumpama bidadari,
“Sorry, I lambat sikit. U marah ke?” tanya Diana lembut sambil membetulkan kedudukan kerusi menyusuri rapat bersebelahanku.
“Tak adalah. I baru je sampai. Makan pun belum order lagi. U nak makan dan minum apa? Nanti I orderkan” aku bertanya sambil memanggil pelayan restoran dan Diana telah memesan secawan teh dan roti bakar sambil aku juga memesan roti bakar.
“Kenapa u nak jumpa I petang2 ni. Kan malam lagi elok, boleh dinner terus.” Diana kehairanan. Memang patut pun dia hairan kerana jarang benar aku berjumpa dengan dia selepas waktu kerja, selalunya kami berjumpa waktu malam.
“Sebenarnya, I ada benda nak cakap, tapi I tak tahu daripada mana I nak mulakan” Aku membuka bicara.
“Macam serius je.U ni janganlah buat I suspens. Ada apa? Cakaplah…” Diana seperti tidak sabar bercampur sedikit persoalan bermain di fikirannya.
“U tahukan kita dah berkawan lama. I tak tahulah u, tapi I rasa I senang sangat bila bersama dengan u dan kalau boleh I ingin kita berkawan dengan lebih rapat” Aku meluahkan terus isi hatiku agar Diana tidak lagi tertanya-tanya
“Kitakan memang berkawan rapat…”
“Tak..mak..mak,,maksud I, I nak jadikan u sebagai teman wanita I”
“Teman wanita?Merepek lah u ni. I tak rasa kita boleh jadi pasangan kekasih. Mustahil. Kan lebih baik kita berkawan macam ni..I lebih selesa dengan keadaan kita sekarang” penjelasan Diana buat aku terpaku seketika.
“Tapi kenapa Di. U dah ada teman lelaki ke?” Aku pulak yang tertanya-tanya.
“Tak..bukan macam tu. U takkan faham. Kita dah berkawan lama dan I tak nak hubungan kita musnah kerana perkara sebegini. Walau apa pun perasaan u terhadap I, biarlah ianya hanya dalam hati u dan tidak menjejaskan hubungan yang sedia ada” Diana menjelaskan lagi tapi membuatkan aku lebih pening. Petang itu perbualan kami tidak serancak dulu. Tidak semesra dulu. Dan pertemuan petang itu adalah yang terakhir antara aku dan Diana. Selepas itu Diana sentiasa mengelak dan mengelak daripada bertemu denganku sehinggalah satu ketika, rakan baik Diana memberitahu aku Diana telah meninggal dunia kerana penyakit barah otak beberapa hari sebelum itu. Barulah aku sedar kenapa dan mengapa Diana berbuat begitu….dia lebih memerlukan seorang kawan daripada seorang kekasih.

Thursday, February 17, 2011

SALAHKAH AKU?

Kadangkala kita tahu kita tersalah cakap,
Kadangkala kita tahu kita tersalah pandang,
Kadangkala kita tahu kita tersalah pilih,
Kadangkala kita tahu kita tersalah dengar,
Kadangkala kita tahu kita tersalah rancang,
Kadangkala kita tahu kita tersalah kerja,
Kadangkala kita tahu kita tersalah cinta….
Itu semua sebahagian  daripada perbuatan2 ‘tersalah’ yang pernah dan mungkin akan kita lakukan suatu masa nanti. Ada tersalah yang sudah menjadi sikap kita dan ada tersalah yang memang tidak kita sengajakan. Kalau dikumpulkan semua perbuatan2 ‘ tersalah’ tu sepanjang kehidupan kita…rasanya tak terkira. Baru yang tersalah tu, belum lagi yang benar2 salah. Kadangkala, ada jugak perbuatan yang pada asalnya tersalah, lama kelamaan menjadi satu sifat kepada seseorang sehingga ianya menjadi satu kesilapan. Bila kesilapan di lakukan berulang kali, sudah pasti ianya menjadi satu kesalahan…
Jadi anda pasti tertanya2 kenapa sy menulis entry sebegini? Mengapa sy begitu emosi dengan perkataan tersalah ni? Jawapannya cukup mudah….kerana sy tersalah buat entry. Lain sy nak buat, lain pulak yang tertaip.

Wednesday, February 16, 2011

OHH TIDAK!!

Emm handsomenya
Masa sy buat entry ni, sy tengah dok kat old town white coffee. Setengah jam sy dok pusing sana pusing sini, tengok orang sana tengok orang sini tapi masih belum dapat idea nak tulis ttg apa. So sy pun tgk lah orang sekeliling sy dan perhatikan gelagat diorang, mana tahu  idea datang masa tgk diorang…tiba2, sy terlihat sorang ni dok asyik melihat sy. Rupa2nya masa sy dok tengok gelagat orang lain, dia dok tengok gelagat sy..haru betul. Nak tak nak untuk cover malu, sy senyum kat dia, dia senyum balik kat sy. Senyuman dia melirik manja gitu, sampai seram bulu roma tengkuk sy sebab yang senyum kat sy tu lelaki. Ahaakkksss. Kecut perut sy sampai sy dah tak boleh tgk sapa2 dan jalan terbaik ialah sy terus menaip entry ni kerana pertamanya sy dah dapat idea, keduanya nak lari daripada asyik di tenung oleh si dia….Masa sy menaip ni, dia masih lagi merenung sy sambil kedua2 tangan dia menongkat dagu dia…(boleh anda bayangkan..eeeeeee )
Cakap pasal cerita ni, sy teringat sewaktu sy di JB dulu. Masa tu sy bersama sorang best friend sy sedang berjalan menuju ke KOMTAR daripada Kotaraya. Biasalah, masa tu belum ada kenderaan sendiri, so kami berjalan kaki. So, dalam perjalanan, kami ikut satu jalan short cut, belakang kedai yang agak gelap sikit tapi berbaloi daripada terpaksa berjalan ikut jalan besar. Masa kami dah nak dekat sampai ke penghujung jalan, tiba-tiba ada suara kedengaran..
“Berdua je bang? Tak nak borak2 ke dengan kita?” Suara memang manja Cuma kami tak nampak sangat muka sebab kelam sikit kat situ, tapi sy dan kawan sy tak hirau sangat sebab dah tahu kat situ kawasan ehemmm..
“Sombong betul abang ni…” kali ini barulah kami nampak sikit muka dia. Perghhh memang cantik betul. Badan dia pun dah macam perempuan, masa tu sy tak pasti dah ada botox atau tidak, cuma suara dia susah sikit nak adjust, sebab tu kami kenal.... Tapi sy dan kawan tetap meneruskan perjalanan…agak2 dah jauh sikit terdengar lagi suara daripada belakang..
“Alaaa…ingat handsome sangatlah tu. Sombong nak mam###... Ramai lagilah yang nak kat aku!!”
Free2 je sy dan kawan sy kena maki tapi rasanya berbaloi kot… Sejak itu, sy dan kawan sy tak pernah lalu kat jalan situ lagi….
Emmm orang yang tenung sy ni pun dah nak beredar….Lega!

HOT DOG GOLDEN MUSHROOM

Lama benar sy tak buat entry pasal resepi. So kali ni seperti yang sy katakan pada entry sebelum ni sy ada plan nak buat hot dog atau sandwich untuk dinner, so sy mengambil keputusan nak buat hot dog. Resepi Golden Mushroom Hot dog Ala Santai. Bahan2 nya adalah:
Roti hot dog 4 – 6 roti
8 keping filamen ketam dicincang halus
Sayur salad dicincang halus
1/2 tin tuna
2 batang sausage di potong 2 @ 3 memanjang dan di goreng sederhana masak
5 sudu mayonis
Sedikit planta disapu pada roti
Sedikit bawang putih digoreng
Sedikit bawang merah digoreng
2 bungkus golden mushroom di goreng
Cara membuatnya. Masukkan filamen ketam, sayur salad, tuna dan mayonis dalam satu bekas dan kacau sehingga rata dan simpan dalam peti ais. Sementara itu, goreng bawang putih, bawang merah dan golden mushroom dengan sedikit garam sehingga kekuningan dan asingkan. Goreng jugak sausage dan asingkan. Kemudian panaskan roti hot dog yang disapu planta. Keluarkan inti yang disimpan dalam peti ais tadi dan campurkan semua bahan tadi mengikut sukatan kesukaan anda. Siap untuk di makan panas2.


RESTORAN WONG SOLO SEKSYEN 7 SHAH ALAM

Lauk yang sy order. Semua sedap :-)

Salam santai dan rasanya pagi-pagi ni nak jugak sy sambil bercuti, menonton cerita2 menarik di Astro sempena Maulidur Rasul tetapi hampa. Balik2 cerita sama, balik2 cerita sama. Nanti cerita yang sama akan ditayang lagi 2 @ 3 bulan kemudian dan seterusnya, tapi nak buat macam mana, area rumah sy tu memang susah dah dapat line, so terpaksa subscribe Astro…So sebab boring tak ada rancangan menarik di Astro, sy pun keluarlah tengaharinya memandangkan cuaca pun agak2 mendung dan sy lunch di sebuah restoran Wong Solo..kalau tak silap sy lah. Agak menarik kerana dalamnya ada tempat makan berduduk dan jugak yang berkerusi. Nasib baik waktu sy datang dalam pukul 12 tu tak ramai orang, dalam setengah jam lepas tu, penuh…no entry. Sy order lauk terung balado, crispy fried chicken, empal sari dan sayur asam. Memang sedap…tak rugi sy makan disitu. Patutlah tempat tu penuh.
Dalam perjalanan balik, sy singgah sekejap di Plaza Shah Alam, nak beli barang2 yang dah habis stock dan jugak plannya, malam nanti nak buat sandwich atau hot dog berisikan golden mushroom. So, on the way nak keluar daripada Giant Plaza Shah Alam, tiba2 ada seseorang menyapa sy….
“Ni Abang jom santai kan?”
Ooooo rupanya junior sy masa kat sekolah menengah dulu, di MRSM. Masa sy form 5, dia baru form 2. Boleh lagi dia cam muka sy walaupun sy sudah naik berkilo2 banyaknya. Masa sy bersekolah menengah dulu, sy teramatlah kurus. So bersembanglah serba sedikit dan biasalah, topic utama ialah kerjaya dan kahwin :-)

Monday, February 14, 2011

RESPECT AZNIL HJ NAWAWI

Semasa sessi autograph
Entah macam mana dalam kata keletihan weekend ni, boleh pulak sy pergi bersantai ke kompleks PKNS dan SACC Mall Shah Alam. Saja je keluar nak cari makan-makan. Sy makan di tingkat 1 kedai makan Sri Geylang. Kat situ mee rebus dia memang hampir2 nak sama dengan mee rebus yang di jual di johor. Selain daripada tu ada jugak nasi lemak, soto dan jugak laksa. Di ruang legar PKNS tu pulak ada persembahan nyanyian opsss nasyid daripada UNIC. Kemudian di teruskan dengan ceramah mengenai perjuangan di Palestin. Memang menyedihkan dan menginsafkan dengan tayang videonya yang menyayat hati, tetapi kehadiran penonton dan pendengar ceramah tu pun memang menyedihkan jugak….
Selepas makan di PKNS, sy pun bertandang ke shopping complex sebelah iaitu SACC Mall. Daripada jauh lagi sy dah terdengar jeritan dan hilai ketawa daripada ruang legarnya. Rupa2nya ada ujibakat bagi rancangan Astro Tom-tom Bak. Sudah pastinya jeritan ketawa tu adalah dek telatah Pak Nil kita yang mengusik adik2 yang sedang diuji bakat. Ramai yang datang untuk uji bakat dan ada di antaranya memang berbakat. So sampailah satu ketika ada sorang adik ni naik ke pentas dan dia akan menunjukkan bakat menyanyi. So bila dia start nyanyi je..pergghh memang power dengan suara nyaring sampai semua audience bertepuk tangan…
Ramaikan yang dtg tgk ceramah:-)
tiba2 sampai rangkap ke dua, adik ni terkucil sedikit menyebakkan lepas tu nyanyian dia sumbang dan dia mula menangis di atas pentas. Pak Nil dengan pantas mengambil tisu dan mengelap tangisan adik ni sambil memujuk dan berbisik sesuatu. Pada mulanya sy ingatkan Pak Nil akan menyuruh adik ni beredar seperti adik2 yang lain yang tidak begitu berbakat tetapi sy silap. Rupa2nya dia menyuruh adik ni menyanyi sekali lagi sambil memberikan kata2 semangat dan anda tahu apa berlaku? Adik ni tidak menghampakan dan menyanyi dengan begitu baik sehingga semua audience berdiri dan bertepuk tangan. Suara dia memang power dan tinggi….!! Itulah kelebihan Aznil Hj Nawawi. Dalam memberikan jenaka spontan masih dapat memberikan motivasi dan semangat kepada adik2 yang menyertai rancangan itu. Sy memang respect Pak Nil …bukan masa audition tu, tetapi sejak dari dulu lagi.

Sunday, February 13, 2011

DAH NYATA, TAK PERLULAH SAMBUT

Hangat di per’entry’kan tentang 14 atau 15hb Februari yang akan menjelang esok dan lusa. Satu hari valentine dan satu hari Maulidur Rasul…Sy rasa macam soalan straight forward je tu. Tak perlu nak dipertikaikan kerana dah nyata umat Islam tak dibenarkan menyambut hari kekasih, bagi mereka yang berugama lain terserah pada diorang. Bukankah lebih baik bagi mereka yang bercinta untuk mengingati tarikh bila mula2 mereka bertemu, atau bila mereka mula2 melafazkan kata cinta, atau bila mereka mula2 berdating…sy rasa itu lebih mendatangkan kenangan terindah daripada kita menyambut hari valentine. Kadangkala tu, ada jugak pasangan yang dah berkahwin lebih mengingati hari valentine daripada tarikh mereka bertunang atau berkahwin..Kadangkala sukar jugak nak salahkan diorang sebab perkara ni dah diorang ‘amal’kan dan di dedahkan sejak zaman remaja…Terlalu banyak yang di dapati mengenai sambutan hari kekasih tu. Misalnya cerita2 di televisyen pastinya banyak mengenai hari valentine atau berkaitan dengannya. Walau apa pun, tepuk dada tanya selera. Terus terang, sy pun dulu pernah menyambut hari valentine ni, tapi bila dah tahu hukum hakamnya, not anymore.

Saturday, February 12, 2011

BARU TERASA LETIH

Minggu ni rasa keletihan sikit nak keluar bersantai. Mungkin sebab cuti tahun baru cina minggu lepas sakan keluar sana sini, maka keletihannya baru terasa…Cuaca pun agak mendung sedikit, kalau tidur sampai ke petang ni memang asyik. Teringat masa zaman sekolah dulu, bila bulan puasa je, tu dia…tidur tak ingat dunia, sampai ke petang..makruh tu jangan cakaplah. Member dah cakap banyak kali tapi sy buat2 terlupa je…aku lupa! Aku lupa! Aku lupa! Bila orang lain nak bukak puasa nampak letih je, kita nampak segar bugar je, almaklumlah, tenaga semua simpan.
Nak buat blogwalking waktu petang ni, memang susah. Bukan susah nak blogwalking, tapi susah sebab line internet terlalu slow. Nak bukak satu2 blog tu makan masa, last2 bila sejam habiskan masa kat laptop, cuma dapat blogwalikng 3 atau 4 blog je…kan buat penat tu. Masa buat promosi, macam2 diorang cakap…lajulah, boleh download macam2 lah, tiada gangguan lah, tapi bila dah beli dan pakai… emmm sama saja. Orang kuning ke, orang merah ke, orang biru ke, orang oren ke…semua sy dah try. Cuma orang hitam je belum…So apa rancangan anda weekend ni?

Friday, February 11, 2011

AKU MENANG CONTEST!!!

Akhirnya berjaya jugak sy mendapat hadiah contest setelah lama sy berusaha dan berusaha sehingga tak tidur malam memikirkan idea terbaik untuk memenangi contest tersebut.....Itu adalah kata-kata bagi mereka yang pernah memenangi hadiah contest, tapi bukan sy :-)....
Sy ada mendapat email daripada rakan bloggers bertanyakan tak nak buat contest ke sebab award dah buat? Ahaksss…teringin jugak nak buat tapi belum tiba masanya kot sebab nak buat contest ni kena banyak masa di perlukan untuk memikir, membaca, menilai dan menentukan. Ye ke? Tengok orang lain buat macam kacang je.. Apa2 pun, memang belum terlintas nak buat contest lagi.
Cakap pasal contest ni, memang banyak blog yang menganjurkan contest, macam-macam contest ada. Pilih aje mana yang anda nak join. Tu belum lagi masuk bro Ben punya gegar 1000 blog. Ada jugak belum sempat kita nak siapkan assignment contest tu, dah kena tag lagi. Penuh dalam blog kita pasal entry contest je sampai entry sendiri tak tertaip :-) 
Bila cakap pasal contest ni, dulu-dulu, sy rajin jugak hantar peraduan teka silangkata tak kisah daripada akhbar mana, ada yang teka bolalah dan macam-macam lagi peraduan. Tapi lama kelamaan, sy dah mula tawar hati nak masuk peraduan.. Bukan sebab tak pernah menang, tapi sebab penat nak kumpul sampai seminggu. Nak kena beli paper tiap-tiap hari, nak kumpul soalan. Walaubagaimanapun, ada satu peraduan yang sy pernah menang iaitu mencipta lagu kooperasi, dapat tempat ke 3 daripada 1500 penyertaan. Bangga sekejap..chee wahhh.
Mungkin lepas ni, sambil sy blogwalking, jika terjumpa mereka-mereka yang buat contest, sy akan letakkan link diorang di blog ini supaya anda senang nak join contest tu, tak payah cari-cari kan..kan..kan...kan

KUSANGKA TENANG HINGGA KEPETANG

Hari ni kat office tak berapa tenang. Bukan sebab orangnya. Bukan sebab kerjanya, tapi sebab bising kerana pekerja2 tengah baiki ceiling2 yang pecah pasal kes office kena masuk pencuri tempohari sebelum Hari Raya Cina seperti yang sy ceritakan. Nak tak nak, kena dengar jelah segala kebisingan, nak bukak lagu kat pc pun tak boleh menandingi kebisingan mereka membuat kerja :-) Takkan nak ambil kapas, sumbat kat dalam telinga macam cerita P Ramlee dalam Masam-masam manis. Bila cakap pasal cerita P Ramlee ni, part yang sy paling suka bila dia dok sumpah seranah dengan bahasa terabur yang dikatakan bahasa jerman tu...very funny. 
Suasana sekeliling office pun sudah mulai sibuk kerana kedai-kedai sudah mula beroperasi. Almaklumlah, kebanyakannya kedai-kedai di kuasai oleh orang cina, so diorang cuti, kedai pun cutilah, biasanya cuti sampai hari Chap Goh Mei...macam tulah lebih kurang. Jadi, sementara sy tengah layan lagu 'rock keras' daripada pekerja-pekerja ni, harap suasana anda samada tengah kerja ke, tengah masak ke, tengah study ke, tengah tidur ke, tengah berjalan-jalan ke, tengah menaip entry ke, tengah blogwalking ke...akan lebih tenang daripada sy di sini.

RESTORAN KAYU KOPITIAM SEKSYEN 7

Hari ni sy breakfast di Restoran Kayu Kopitiam, Seksyen 7 Shah Alam. Sebab apa panggil restoran kayu, sebab semua meja dan kerusi kat sini daripada kayu..ala-ala perabut lama gitu. Pada asalnya sy nak cari Restoran Rasa Cinta Sayang yang di rekomen oleh My Little Diary tapi pusing punya pusing, tak jumpa jugak..last-last jumpa Restoran Kayu ni dan teruslah bersarapan disini. Makan apa? Emm sebab malas nak pilih2, so sy order macam menu semalam jugak iaitu nasi lemak ayam goreng dengan teh tarik. Rasanya, ahaksss, macam sama aje dengan Restoran Pelita Nasi Kandar :-) Kawasan sini memang banyak restoran2 lain seperti Pak Li Kopitiam, Selera Tradisi, Restoran Vicchuda, Restoran Hakim dan lain-lain...Masa tengah makan ni, diorang pasang pulak lagu bollywood Chaiya-chaiya dalam filem Dil Se lakunan Shah Rukh Khan, Monisha Koraila dan Preety Zinta.....sah2 peminat SRK. Lagu favourite tu!! Ok, sy makan dulu.

Thursday, February 10, 2011

UNGUNYA CINTA

Mantap dalam Ungunya CInta
Selepas dinner tadi sy sempatlah menonton cerita Ungunya Cinta lakunan Leez Rosli (Ungu) dan Sharnaz Ahmad serta Sharifah Shahira. Memang tangkap leleh pada akhir cerita ni walaupun pada awalnya sy ingatkan ceritanya happy ending kerana jalan ceritanya berbentuk romantic komedi tapi rupa2nya memang ada tersimpan seribu kelukaan dalam setiap perasaan ceria dan sayang pada ceritanya ini.
Secara kasarnya, ceritanya mengisahkan Sharnaz dulunya merupakan seorang yang samseng telah menjadi lembut kerana berkawan dengan Leez yang sedikit ala-ala tomboy atau berperwatakan selamba dan sepanjang perhubungan tu banyak konflik dan adegan2 lucu serta humors dan akhirnya menimbulkan bibit cinta antara mereka,  membuatkan anda sentiasa ingin melihat apakah yang akan berlaku selanjutnya. Semasa Leez ingin memberitahu yang dia dapat memasuki pertandingan akhir  nyanyian kepada Sharnaz, dia ternampak Sharnaz sedang bercakap dengan seorang perempuan membuatkan Leez kecewa dan …..emmm mungkin anda boleh lihat ceritanya di Astro atau maybe di you tube kalau ada :-)

BERAPA BERAT BLOG ANDA?

Semasa sy buat blogwalking, sy ada singgah blog ibu arifa dan entrynya mengenai minumum kapasiti yang perlu ada pada setiap blog agar tidak mengganggu masa untuk 'membuka' blog kita iaitu sekurang2nya 100 KB. So sy checklah sy punya blog...Aduhhsss, hampir 397 KB. Kira dah overloaded tu, walaupun masih boleh di maafkan tetapi kadangkala ianya mempengaruhi jugak terutamanya dari segi masa. Salah satu daripada cara untuk mengurangkan masalah ini adalah dengan mengurangkan gadget2 yang ada. Walaupun dengan adanya gadget dapat mengindah dan mencantikkan blog kita, tetapi ianya juga mempengaruhi kestabilan dan kecepatan blog kita..So, sy rasa maybe satu hari nanti kena buat post morterm untuk mengurangkan mana2 gadget yang tidak perlu... Manalah tahu, bila dah sarat nanti, nak bukak blog sendiri pun kena tunggu berjam-jam, ditambahkan lagi denga line internet yang cukup-cukup menyedihkan.
Oh ya, jika anda nak check kapisiti blog anda, anda bolehlah klik di SINI. Just letak saja nama penuh blog anda dan program itu akan menilai sebanyak mana kapisiti blog anda. Harap2, blog anda tidaklah seteruk sy :-)

PELITA NASI KANDAR PLAZA SHAH ALAM

Nasi lemak yang sy order bersama teh tarik
Hari ni sy breakfast nasi lemak dan teh tarik di Restoran Pelita Nasi Kandar yang terletak di Plaza Shah Alam. Jarang sebenarnya sy makan disini cuma hari ni tersinggah di sini sambil boleh gunakan kemudahan WIFInya. Pada mulanya sy nak order roti bakar je tapi bila tertengok orang kat depan sy makan nasi lemak punyalah menyelerakan so sy pun terpengaruhlah dengan aksi dia tu, maka daripada sy nak cakap roti bakar tersebutlah nasi lemak....nasib baik tak cakap kombinasi dua makanan tu jadilah nasi bakar..:-) Suasana pagi di Shah Alam ni memang aman, tak sama macam di PJ mahupun KL yang pasti pada masa ni sudah penuh dengan bunyi2 kereta hon sana hon sini serta kesibukan orang mundar mandir samada untuk pergi breakfast mahupun ke tempat kerja...
Kat sini kalau belah pagi tak berapa happening sangat tetapi kalau tengahari atau malam, baru nampak sentiasa penuh dengan pengunjungnya kerana masakan nasi kandarnya. Bila cakap pasal nasi kandar ni,mesti kita tahu tentang kuah karinya yang di campur2 pada nasi. Itulah yang menyebabkan kesedapan nasi kandar ni. Tentang nasi lemak yang sy order tu, biasalah. Kalau cakap pasal nasi lemak ni, sambalnya mestilah orang melayu yang sedap buat, kalau mamak ni mestilah karinya...Tapi teh tarik dia memang kaw-kaw.

CONTEST PICTURE HITAM PUTIH PALING COOL

Ceritanya
Bila cakap pasal hitam putih ni sy mesti teringat tv dulu2 yang warnanya hitam putih. Sy berkesempatan untuk menonton rancangan-rancangan tv dalam warna hitam putih dan mungkin ada jugak di antara anda yang pernah mengalami zaman tu dan mungkin jugak tidak. Masa tu era tv berwarna baru nak bermula dan untuk memiliki tv warna adalah sangat mahal. Sy masih ingat, untuk tidak merasa ketara sangat, ada screen berwarna yang dijual dan diletakkan di depan cermin tv agar gambar kelihatan berwarna warni, macam screen protector di monitor pc kita cuma ianya berwarna warni agar gambar hitam putih tv menjadi berwarna...Tv pun masa tu bukan nipis macam sekarang, siap ada penutup sekali macam curtain kat panggung wayang... peti suara kiri kanan, pemutar siaran yang macam talipon pusing tu siap bunyi ketik2 lagi..suara pun adjust pakai pusing button macam pemutar dapur gas, mana ada pakai remote. Sebab tu orang dulu tak ada gaduh2 nak tengok siaran mana sebab malas nak pergi kat tv nak pusing2 channel dan lagipun dulu mana ada banyak siaran. TV1 dan TV2...Masa tu sy tinggal kat JB, so dapatlah jugak 2 rancangan  daripada Singapura. Cerita2 P Ramlee pun hampir kesemunya dalam bentuk hitam putih kecuali cerita Hang Tuah yang telah di edit.
Disebalik ceritanya
Entry ni adalah khas untuk contest yang dianjurkan oleh Cik Siti Fatimah kita  yang cute dan lebih mencutekan lagi keadaan ini, sy telah di tag oleh 2 orang iaitu Cik Siti Radzlianda dan Cik Norul, 2 sahabat yang tak pernah penat dalam mengejar cita-cita dan impian mereka. Jika sy mendapat hadiahnya yang bernilai RM100, maka sy akan bahagikan hadiah itu kepada Cik Siti dan Cik Norul kita. Sempena dengan contest ini jugak, sy telah menge'tag' mereka dibawah ini kerana sewaktu sy blogwalking, sy dapati blog diorang masih mempunyai follower yang sedikit, so mungkin dengan tag dan menyertai contest ini akan menambahkan bilangan follower blog diorang. So untuk diorang, all the best.

( P/S : Bila di lihat sekali imbas pada syarat2 contest tu, tak ada dinyatakan kita perlu meletakkan gambar hitam putih, jadi sebab tulah sy tidak meletakkannya :-) )

Wednesday, February 9, 2011

AKU PERNAH JADI MANGSA

Saya pernah jadi mangsa. Bukan mangsa ragut. Bukan mangsa tipah tertipu. Bukan mangsa bangsa, tapi mangsa banjir. Sy dulu pernah bekerja di daerah Segamat, Johor. Yuppp yang teruk kena banjir beberapa hari lalu. Rumah sewa sy selamat tak kena banjir walaupun sy duduk kat kampung jawa, kawasan black area kalau hujan lebat, tapi sy masih menjadi mangsa banjir. Kenapa? I tell u why…This is my truth story. I never story2 to anyone else yet. Kenapa? I tell u why… ehhh berapa banyak dah nak cakap.
Masa tu belum ada handphone bercamera :-)
Once upon a time in Segamat, Hujan very lebat. That time waktu malam. People2 around kampung jawa already wake2 ( berjaga-jaga) So sy pun macam tu jugak. Who knows that night, sy tidur atas katil, pagi esok tidur atas tilam je, katil dah hilang!! So wait punya wait, tak jugak banjir…rupa2 yang banjir adalah kampung seberang jalan. Water already up paras lutut. So we all…opss sy sorang je, I all pun pergilah helping-helping dengan niat utama untuk membantu jiran tetangga dan niat kedua menolong anak-anak jiran yang takut2 nak seberang jalan sebab air banjir very deep. Dalam kesibukan kami memindahkan barang2 dari rumah jiran2 tu, cuaca mula hujan lebat again menyebabkan air up very fast hinggakan kawasan rumah yang kami berada tu, air up paras bahu..!! Mak datuk…sy tak pandai berenang. Adalah adalah dalam 20 orang kat situ yang terperangkap tak dapat nak across over ke kawasan cetek sebab air dah naik dan deras pulak tu…So long-long daripada kami dok kat depan rumah terus kepada kami kat atas atap rumah…Wahhhh sikit punya takut. After half an hour later, barulah ada bot penyelamat datang….The end.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails