JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, January 31, 2011

KENAPA TAK BOSAN-BOSAN

Sambil sy menaip entry ni, sambil sy menonton cerita P Ramlee 3 Abdul. Kenapa cerita2 P Ramlee ni ( terutama cerita komedinya ) memang tak bosan bila melihatnya berkali-kali? Tiap kali melihat ceritanya sy akan ketawa, esok kalau tengok cerita yang sama sy akan ketawa, lusa kalau sy tengok cerita tu lagi, sy akan ketawa jugak...padahal cerita yang sama. Susah nak cari pelakun yang setanding dengan P Ramlee mahupun cerita2nya yang mempunyai komedi yang bermutu dan bermesej. Cerita seperti Labu Labi, Seniman Bujang Lapuk, Pendekar Bujang Lapuk, Do Re Mi, Ali Baba Bujang Lapuk, Bujang Lapuk, Anak Bapa, Keluarga 69 dan macam-macam lagi. Begitu jugak cerita-cerita seriusnya seperti Ibu Mertuaku, Ibu, Sarjan Hassan, Penarik Beca, Antara 2 Darjat, Anakku Sazali dan lain-lain. Kalau cerita komedi, sy paling suka cerita Seniman Bujang Lapuk yang mana banyak adegan lucu dan komedi terutama part diorang buat ujibakat dan masa si Samsudin tengah baiki motosikal yang buat bising2 tengah malam. Apa cerita kegemaran anda?

BANJIR DATANG LAGI

Ehsan Google
Otw balik ke pejabat tadi, sy sempatlah mendengar radio Sinar.fm pasal banjir. Jalan nak ke Muar dan Segamat di naiki air dan tiada jalan boleh masuk ke Segamat...tu kampung sy tu. Memang Segamat ni kalau cakap pasal hujan, mesti banjir. Kalau cakap pasal banjir, mesti tak ada jalan boleh masuk ke Segamat. Harunya. Dan korban banjir pun dah ragut 2 orang dah disitu. Sekali - sekala bila kita dengar banjir ni, mesti terbayangkan pasal budak-budak main air, pasal boleh tengok2 air kat depan rumah, boleh mandi sambil terjun2 dalam air...tetapi itu kalau yang tenang, banjir yang tak bahaya, ada ke banjir yang tak bahaya? Ada sebenarnya iaitu roti banjir :-) Bagaimana kalau kita tak nampak di sebalik banjir depan kita tu ada parit besar, ada lubang, ada binatang berbisa...kan bahaya tu. Walau apa pun, sy harap PBT kawasan yang di landa banjir telah mengambil langkah2 dalam menangani masalah2 banjir ini... opsss rasanya entry kali ni macam skema pulak bunyinya...bukannya apa, prihatin dengan mereka yang terlibat. 

REPORT DAH, TIME TO PACK.

Pertamanya...terimakasihlah pada bloggers yang perihatin dan memberi komen pasal office sy kena rompak. Ni baru je lepas balik buat polis report. Rasanya memang kerja orang yang desperatelah sebab tak professional langsung sampai kopak atap zink, ceiling board yang dua lapis pun habis pecah. Hujan ehh? Rasanya tak adalah bocor sebab zink tu diorang cabut, so boleh pasang balik, yang teruk ceiling board yang pecah jatuh bertaburan atas meja dan lantai. Sekarang ni tengah pasang balik zink kat atas...tapi rasanya kalau pencuri tu bijak, diorang tak datang balik dan sebab memang tak ada orang pun simpan duit kat dalam office, unless lepas ni diorang aim komputer pulak...ohhh tidak, sy kena bawak balik cpu sy ni...macam-macam ada.
So far, tak ada apa langsung pun yang diorang dapat ambik sebab diorang cuma nak ambik cash, kecuali membuat semua barang-barang office rosak dan bersepah.

OFFICE KENA ROMPAK!!

Keadaan macam kena gempa bumi
Hari ni ingatkan datang office sy nak relax sikit sebab kebanyakan orang dah mula bercuti. Biasalah sy orang yang awal bukak office. Sesampainya kat pintu kaca, hati dah rasa tak sedap. Pintu atap depan pintu office terbukak. Sy intai2 kat dalam semua barang dah bersepah. Sah!! Office sy kena rampok.. opss rompak. Habis semua barang bersepah. Diorang bukan masuk ikut pintu depan tapi masuk ikut atap. Pandai betul :-) Habis semua barang2 bersepah. Diorang aim for cash sebab komputer2 semua elok, so it must be somebody desparate for cash..maklumlah nak raya ni. Hissshh, hilang sekejap rasa nak relax tadi, kenalah pulak nak mengemas.. Tapi beberapa bilik teruklah bersepah sebab ceiling2 semua jatuh kena terjah. Nasib baik dia tak cabut wayar2 komputer ke, ambik internet punya modem ke, kalau tak, tak dapatlah sy nak post entry ni. Terimakasih ye sebab tak ambik modem internet..ahakksss

Sunday, January 30, 2011

BAHAGIAKAH ANDA SELAMA INI?

Bagi pasangan yang bercinta atau sudah mendirikan rumahtangga pasti akan mengalami saat-saat terindah dalam perhubungan mereka, tidak kurang jugak saat-saat berlakunya perselisihan faham, rajuk merajuk, lari berlari, diam mendiam, jelling menjeling, pukul memukul manja, gaduh bergaduh dan macam-macam lagi. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bagaimana jika semua itu berlaku berulang kali? Ada orang berkata, jika kita tidak dapat mengubah sifat dan sikap pasangan kita, maka kitalah yang terpaksa berubah mengikut keadaan. Well, berubah untuk kebaikan boleh diterima akal tapi kalau sebaliknya. Kata orang, berkorban apa saja.
Andaikata satu hari nanti,
Setiap kata-kata anda tidak lagi semanis dulu. Cakap-cakap anda hanya untuk didengar tapi bukan untuk difaham, kata-kata cinta dan sayang hanya buat syarat...
Setiap renungan terhadap anda hanya kerana terpaksa, tiada lagi renungan menggoda, tiada lagi renungan memikat, tiada lagi renungan tajam, semuanya kelam dan tawar….
Setiap sentuhan hanya kerana tersentuh dan tidak sengaja, tiada lagi belaian manja, tiada lagi usapan mesra, tiada lagi bergandingan tangan….
Setiap tarikh hanya kerana anda yang mengingatkan. Ulangtahun seperti tiada dalam kamus, harijadi seperti disambut 10 tahun sekali…..
Tapi,
Anda masih tetap bersama kerana adanya ikatan antara anda dan pasangan anda. Anda masih bersama kerana anda yakin kasihsayang anda berdua masih wujud…dan anda yakin semua itu hanyalah dugaan dan cubaan dalam perhubungan anda. Benarkah? 

PERLU KE POST ENTRY BILA CUTI?

Kenapa kita post entry? Supaya orang dapat membaca entry kita. Bila cakap pasal membaca entry ni, bukan setiap masa entry kita dapat di baca oleh orang lain, bergantung kepada kesesuaian masa dan sampainya url kita kepada bloggers lain. Persoalannya, perlu ke kita post entry pada waktu cuti nanti? Kita tanya pendapat beberapa orang yang sempat di wawancara secara eksklusif:
White Mummy – “ I cuti ni plan nak bercuti ke Korea. Nak tengok konsert 2PM. Tapi blog I tetap jalan sebab I dah buat auto post untuk seminggu”
En Burn – “ Blog? Apa tu blog? Blog rumah ke? Sy tinggal kat blok A, wangsa maju” Opsss salah orang.
Mek Jah – “ Mak cik memang tak tak boleh tinggal blogging. Paling tidak mak cik buat apa tu yang walking-walking…haaa blogwalking. Yang tu mak cik selalu buat. Kalau tak, susah mak cik nak berniaga online ni. Mungkin tahun depan, nama mak cik masuk paper pulak untuk blogger berpendapatan RM1 juta”
Lisa Surihana – “ I sebenarnya tak post entry pun, tapi orang asyik dok datang jugak to my blog.. susah I nak post entry ni, tak ada masa..”
Marriana - “ Of coz I tak menulis ma. I balik kampung kat Muar sambut Raya Cina”
Angelina Juli – “ I bercuti dengan Brad Putt. Bila lagi nak bersama dengan husband dan anak-anak I. Asyik sibuk berblogging aje. Tapi I dah suruh my staff buatkan entry untuk I. Adalah lebih kurang 20 orang pekerja I yang buat entry cukup sampai tahun 2012”
Sudin - " Aku siang-siang lagi dah buat entry yang laptop aku rosak, kena hantar pergi service..jadi kira kalau tak buat entry pun orang tahu dah aku tak ada laptop nak buat entry, padahal laptop aku ok...malas nak  buat entry...cuti nak jalan2"

Begitulah jawapan-jawapan bagi wawancara yang akan dibuat nanti. Anda bagaimana? Perlu ke menulis  entry pada hari cuti nanti?

Friday, January 28, 2011

AKU LUPA! AKU LUPA! AKU LUPA!

Bila baca tajuk diatas bagi yang menonton rancangan Astro Raja Lawak mesti akan teringat salah seorang pesertanya bernama Nadzmi yang menggunakan trademark aku lupa. Tapi sy bukanlah nak menceritakan ttg Raja Lawak, Cuma nak berkongsi kisah-kisah benar sy yang berlaku pada satu masa dahulu. Antaranya adalah:
Kisah Pertama
Masa tu kira sy baru sebulan menjejaki kaki ke sekolah berasrama penuh, jadi memang kena rajinlah kesurau sembahyang berjemaah, kalau tak, sure senior akan kenakan kitaorang. Satu hari tu, entah macam mana saya sakit perut, jadi sy lambat sikit nak ke surau. Bergegas sy pakai baju, pakai kain, pakai songkok dan terus ke surau. Sampai je disurau, sy lihat semua dah start sembahyang, lalu sy pun terus masuk saf dan angkat takbir. Selepas ruku’ dan berdiri untuk sujud, bila sy dengar imam membaca “Allah….” Sy pun teruslah ikut sujud..tapi sy hairan kenapa orang lain tak sujud, rupa2nya tengah rakaat ke 2 sembahyang subuh, Imam tengah baca doa qunut…..!!
Aku lupa!Aku lupa!Aku lupa
Kisah Kedua
Masa sekolah rendah dan menengah, sy memang aktif bersukan terutama dalam lumba lari. Bukanlah sy juara, tapi setakat tempat ke 2 dan 3 tu biasa bagi sy :-) So bila ada acara lari, semua acara sy masuk. Masa sy darjah 6, sy ambil bahagian acara lari 100m, 200m, 800m dan lompat tinggi. So hari tu selepas sy lari dan mendapat tempat ke2 dalam acara lari 100m, lepas tu sy kena ambil bahagian dalam acara 800m pulak.  Tiba-tiba announcement berbunyi “ jomsantaisekejap daripada rumah hijau lorong no 4” wah..kelam kabut sy terus ke lorong no 4 untuk ready lari. Bila pengadil menembak pistol mainannya tu, sy pun berlari macam biasa seperti Usain Bolt berkulit cerah, nafas kena tahan, maintain dan pandang ke depan selaku seorang juara. Sesampainya jarak 200m sebelum garisan penamat, sy terus mengumpul tenaga dan berlari sekuat hati  meninggalkan peserta lain yang seperti merelakan sy dan seperti tidak mahu mengejar. Sambil berlari pantas ke garisan penamat sy mengangkat tangan kegembiraan kerana menjadi juara…tapi orang lain bersorak-sorak boo booo boo….rupa-rupanya masa tu acara 1500m, sy dok ingat acara 800m..sy lupa sy ada ambil bahagian dalam acara 1500m… Sy dengan segan silu meneruskan larian dan akhirnya mendapat tempat ke 3.
Aku lupa! Aku lupa! Aku lupa!
Kisah ketiga
Waktu ni sy dah bekerja. Satu hari selepas habis meeting di Shah Alam, tiba-tiba boss sy call dan menyuruh sy berjumpa dengan seseorang di Petaling Jaya untuk mengambil dokumen penting kerana despatch hari tu cuti. Selesai sy berjumpa dengan orang itu, boss sy call lagi ( macam tahu2 je sy baru lepas jumpa orang tu) dan menyuruh sy menggantikan dia untuk meeting di Damansara. Oleh kerana letih dan lapar teramat sangat, lagipun ada masa sejam lagi sebelum meeting, maka sy oun singgahlah ke salah sebuah food court di Damansara. Lepas order dan ambil makanan, sy pun cari tempat duduk, rata2 dah penuh dan kesemuanya perempuan. Sy terfikir, kat Damansara ni ramai pekerja perempuan ke? Tak kisahlah, lalu sy duduk tempat yang orang baru beredar masa tu…Tiba-tiba sy terdengar ada seorang perempuan sedang berbisik dengan rakan sebelahnya..”Dia ni tak pergi sembahyang Jumaat ke?” Ya rabbi…hari tu hari Jumaat rupanya
Aku lupa! Aku lupa! Aku lupa!
Anda pernah terlupa? 

KENAPA EHH MACAM NI?

Tengok kiri tengok kanan, ramai orang. Tapi kenapa senyap aje macam duduk dalam gua. Tangan tak bergerak, mata tak berkelip, tapi nafas sebatu terasa..ahakksss. Jangan tak tahu, inilah keadaannya bila mood kerja dah tak ada. Bukannya apa, mood nak bercuti dah kembali walaupun cuti Tahun Baru Cina minggu depan, tapi mood cuti tu dah datang…orang lain yang raya, kita pulak yang seronok. Tapi rasanya sama jugaklah macam raya kita, kaum lain pun seronok bercuti jugak.
Semalam waktu sy pergi ke KLCC, orang tidak seramai biasa. Kalau tak waktu tengahari ke, petang ke, mesti orang berpusu-pusu lalulalang samada nak pergi makan ke, pergi kerja ke atau shopping ke, tapi mesti sibuk. Mungkin ada yang sudah prepare nak bercuti agaknya. Teringat sy waktu bekerja si salah sebuah company yang mempunyai 50% melayu dan 50% cina satu ketika dulu. Adalah dalam 7,8 tahun lepas…bila cuti Raya Aidil Fitri je, cuti seminggu..company bagi sebab ramai melayu cuti. Bila cuti Tahun Baru Cina pun company cuti seminggu…sebab ramai orang cina cuti jugak. Bestnya cuti sakan..Sekarang ni dah tak adalah macam tu…nak cuti panjang, kenalah isi form cuti. Anda bagaimana? Lama ke cuti nanti?

Thursday, January 27, 2011

LAIN YANG BUAT, LAIN YANG DAPAT

Satu ketika dulu, sy pernah kurus sekurusnya, macam lempeng...jalan ikut arah angin je. Masa tu, sy makan sampai 3 pinggan pun berat tak naik2..( sy makan baca bismillah ye..ahakksss) Sorang kawan sy pulak, badannya terlalu besar, walaupun dia makan semua minta separuh..nasi separuh, ikan separuh, daging separuh...cuma pinggan je tak separuh, tapi berat badannya bukan makin turun, malah makin naik.. kontra dengan sy. Sekarang ni kawan sy tu masih macam tu jugak malah semakin bertambah. Dia pernah apply nak masuk The Biggest Loser - Asia tapi gagal. Ok, cukup pasal kawan sy tu. So lama juga sy cuba macam2, memang tak naik-naik juga berat sy. Lepas 3 tahun, berat sy mula ada perubahan dan dalam masa sebulan saja sy dah naik 5kg. Tentu anda kata sy akan gembira kan..Sebenarnya tidak. Sy teramat kecewa. Kerana apa? Kerana berat tu hanya menuju kepada perut sy...bayangkan orang kurus dengan perutnya yang buncit? yeahhh right. Ketawalah tu. Itu cerita dulu...sekarang ni berat sy dah consider normal, tapi lagi sedikit nak melencung kepada over weight pulak...:-) Anda ada pengalaman begitu?

Wednesday, January 26, 2011

BERBLOG PUN KENA ADA LESEN?

Mungkinkah?
Biar betul? Biar betul-betul? Tersedak sy masa makan malam tadi bila terdengar berita yang bloggers pun akan dikenakan lesen dimana kerajaan sedang merangka untuk meluaskan skop Akta Mesin Cetak yang akan dibentangkan di sidang Parlimen bulan Mac nanti dimana sekiranya diluluskan, maka mereka2 yang mempunyai blog, facebook dan portal online akan dikenakan lesen. Tulis blog pun? Macam tak percaya sy dengan apa yang sy dengar.
Mungkinkah ini semua ada kaitan dengan berita di akhbar baru-baru ini yang menyatakan menulis blog mendapat pendapatan 1 juta? Yang benar-benar untung bukannya ramai sangat, yang ramai para bloggers yang baru nak naik, yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blogging, yang baru aje nak tahu macam mana nak dapat pendapatan sampingan melalui blog... tidak mustahil akan datang setiap pendapatan melalui blog jugak akan dikenakan cukai pendapatan, Mungkinkah? Sy harap ianya tidak sampai kesitu.
Ada jugak sy baca di sebuah website semua ini mungkin disebabkan kebebasan bersuara yang disalah guna.. political isu? Kalau benar, bagi sy buatlah langkah2 yang lebih realisitik dan sesuai, bukan dengan mengenakan lesen kerana ini akan membabitkan ramai orang yang tidak terlibat langsung.

SIAPA NAJWA LATIF?


Sebenarnya ini bukan entry contest atau apa-apa, tapi sy buat entry ni sebab kagum dengan bakat yang dia ada. Semasa sy tengah buat blogwalking, tiba2 sy ter’singgah’ ke blog Najwa ni dan dia ada membuat beberapa video dalam youtube, so sy pun tgk lah video dia dan terus ‘jatuh cinta’ dengan nyanyian dia yang bersahaja dan merdu tu. Macam yuna ke? Well main gitar ye, tapi suara tidak. Masing2 ada kelebihan masing2.
Nama sebenar Imratul Najwa Abdul Latif, berumur 16 tahun dan bersekolah di Temenggong Ibrahim Girl School, Batu Pahat. 1st video dia kat youtube adalah pada 17/08/2010..kira baru lagi tu. Bukan setakat talented, tapi PMR pun dapat 7A. Pandai bermain gitar ( ada 5 biji ), drum dan piano. Emm sy pun pandai main tu semua, cuma belum buat video je sebab tahu suara tak sedap…ahaksss. Sy dapat rasakan yang Najwa Latif will be popular satu masa nanti berdasarkan kepada feedback yang diterima dalam youtube nya. Banyak lagu yang sedap dia nyanyi seperti Bila Cinta, Pray, Carta Hati ( lagu sendiri ) dll. Kalau anda nak dengar, just pergi je kat youtube dan taip Najwa Latif..berderet video dia ada. So, wish u the best of luck Najwa.
(p/s : Opsss kalau anda nak dengar lagu dia tu, kena pergi kat youtube kot sebab nanti bertembung dengan lagu dalam blog ni) 

BILA RASA INI RASA MU

Ni telepati cara pandang :-)
Ahakkks. Belum taip entry dah ketawa. Bukan apa, pernah tak anda mendengar ungkapan cubit peha kiri, peha kanan terasa...yupp perumpamaan yang bermaksud kalau rakan atau saudara kita menimpa kesusahan, maka kita jugak akan terasa kesusahan yang di alaminya..tapi versi kali ni lain sikit. Bila di kaitkan dengan pasangan berkasih, tafsirannya berubah menjadi apa yang pasangannya rasa atau fikirkan, maka dia pun terasa dan berfikir begitu jugak... macam telepati. Masa tu jugak tiba-tiba akan keluar ayat suratan atau kebetulan yang pasti semakin mengukuhkan penggunaan ayat telepati tadi :-) Tapi rasanya kebiasaannya macam tulah. Kata orang, bila kita dah rapat dengan seseorang, maka kadangkala kita dapat merasai apa yang pasangan atau orang lain rasakan...samada perasaan sedih atau gembira. Selalunya yang sedihlah atau perkara2 yang tak baik macam sakit ke, terjatuh ke, terluka ke...macam2 tulah. Betul ke? Ada telepati tu berlaku bila kita cuba membaca isihati seseorang dengan saling merenung antara satu sama lain tanpa memejamkan mata ( Errr make sure tiada yang sakit mata semasa merenung ye, kalau tak berjangkit nanti ) So, anda pernah mengalaminya? Kadangkala, telepati tu bukan saja berlalu secara fizikal, tetapi akan membawa sampai ke mimpi...ahaakkss. Nak ketawa lagi. Story me.

RESEPI HOTDOG ALA-ALA SUBWAY

Kalau anda rasa macam malas nak masak, malas nak makan makanan yang heavy2, cuba resepi ni yang sy buat ala-ala subway. Mudah dan senang je, Sy buat tak sampai 20 minit. Tapi kenalah ada bahan-bahannya dulu ye. Bahan-bahannya adalah:
Sebungkus roti hot dog – ada 5 @ 6
(a) 1 tin tuna ( guna setengah saja isinya )
(b) 5 @ 6 keping filamen ketam dicincang halus
(c) Beberapa helai salad hijau dan purple – di hiris halus
(d) 4 sudu besar mayonese
(e) Sedikit timun dicincang. Ambil bahagian kulit je. Rasa macam crispy nanti.
Bahan (a) sampai (d) di gaul sehingga sebati dan simpan dalam peti sejuk sementara kita pergi ke proses seterusnya.
(f)Sedikit cendawan butang dipotong nipis
(g) 3 batang sausage di potong 2 memanjang
Bahang (f) dan(g) di goreng dengan sedikit minyak dengan menaburkan sedikit garam dan serbuk lada hitam
Kemudian sapukan roti yang dipotong dua dengan majerin dan juga sedikit bawang putih yang dicincang halus dan di panaskan dalam pan. Agak2 dah garing sedikit bahagian dalam tu, masukkan sausage dan cendawan dan juga isinya yang kita simpan dalam peti sejuk tadi. Dah siap. 

ANTARA 'NGANGKUNG' DAN 'DAMPING MALAM'

Semalam oleh kerana sy balik awal ke rumah, sempatlah sy tengok cerita ‘Ngangkung’ dan ‘Damping Malam’ di Astro kerana kedua-dua cerita ni sy tak sempat nak lihat di panggung..Bukan setakat tak sempat, memang dah lama sangat sy tak ke panggung, banyak sy lihat cerita melalui DVD. Sebenarnya sy menjangkakan dapat melihat sebuah cerita komedi dan sebuah cerita seram tetapi hampa, Cuma cerita ‘Ngangkung’ saja yang bagi sy ada kombinasi komedi, seram dan pengajaran. Walaupun komedinya tidak banyak tetapi bila datang part komedinya tu, memang sy gelak habis terutama part permulaan bila masa hantu  perempuan tu dok meraba2 dada si Angah Raja Lawak kerana dada Angah tu bergoyang2.. Bagi sy cerita ‘Damping Malam’ hanya banyak unsur suspens tapi semuanya seperti sudah dijangka daripada awal dan tak banyak unsur2 seram, entah kenapa sy rasa cerita ‘Ngangkung’ lagi seram daripada ‘Damping Malam’. Bagaimanapun, ada rakan sy berkata bahwa cerita Khurafat arahan Shamsul Yusof memang menyeramkan. Anda dah menonton cerita tu ke? Dalam banyak2 cerita yang pernah anda lihat, cerita apakah yang anda rasa cerita paling seram... maksud sy cerita melayulah....  Jangan bandingkan cerita daripada Indonesia, Thailand, Korea atau Jepun yang memang terkenal dengan cerita seram diorang...

Tuesday, January 25, 2011

SUKA TINGGI TAPI GAYAT

Ruang Legar Summit
Daripada kecik sampai ke besar, kalau nampak aje bangunan tinggi2, sy mesti tengok macam orang jakun. Macam tak pernah tengok atau terpegun dengan ketinggian bangunan tersebut, lebih2 lagi kalau selalu masuk KL, mesti seronok tengok bangunan tinggi walaupun sy sebenarnya gayat. Kalau naik lif yang transparent, memang sy takkan berdiri kat sebelah cermin, mesti sy akan dok kat butang lif tu :-) Kalau masuk Fear Factor, memang daripada awal lagi dah terkeluar...Seperti yang sy katakan pada entry yang lepas, sy nak tunjukkan gambar ruang legar di Summit yang dah seperti sebuah perkampungan dulu2. Macam mana jakunnya sy dengan bangunan tinggi2, sy jugak jakun emm bukan kot, lebih kepada seronok bila melihat ruang legar satu2 shopping kompleks di buat sesuatu. Biasannya bila musim perayaan dan jika ada pertandingan2. Bagaimana dengan anda? Apakah perkara yang anda terasa jakun atau teruja sangat dalam hidup anda?

Monday, January 24, 2011

JOM MAKAN DI OLD SEREMBAN STATION KOPITIAM

Lama benar sy tak buat entry jom makan-makan. Maknanya apa murid2 sekelian? Ye maknanya dah lama jugak sy tak makan luar :-) Dulu bolehlah buat entry ni sebab masa tu bulan puasa, so kebarangkalian untuk berbuka di restoran2 atau kedai2 makan tu besar, sebab tu boleh buat entry jom makan-makan. Kali ni sy sempat makan di Old Seremban Station Kopitiam. Bukan makan di Seremban ye, nama je Seremban Kopitiam. Makanan dia memang ala-kopitiam terutama roti bakar atau roti kiap dan white coffee. Hari tu sy order lamb stew with rice dan air honey lemon. Memang sedap betul lebih-lebih lagi lamb stew dia lembut selembut kapas opss nanti tak makan pulak tapi memang lembutlah. Selain daripada tu, banyak lagi menu dia yang sedap2. Ingat tak sy ada buat entry pasal ruang legar di Summit USJ, sy lupa nak letakkan gambar ruang legar yang memang sebijik macam ruang pementasan opera cina, nanti entry akan datang sy akan letak gambar.

TAMBAH PENDAPATAN DALAM BLOG

Sy nak share sikit bagaimana anda boleh menambah pendapatan anda selain daripada cara PayPerClick Nuffnang iaitu dengan join affiliate program. Maksudnya anda menjadi agen kepada program yang menjalankan perniagaan mereka melalui internet mahupun tidak. Sebagai contohlah ye, anda mendaftar dan menjadi agen OneDropPerfume ( bagi promosi free je kat OneDropPerfume ) dan kemudian anda meletakkan banner mereka di blog anda. Jika ada sesiapa yang melakukan urusan pembelian barangan mereka melalui blog anda, maka anda mendapat komisen 20% sehingga 75% daripada jualan tersebut. Cara ini berlainan dengan iklan Nuff kerana iklan Nuff dibayar mengikut klik tapi cara ini mengikut jualan sebenar, susah tapi sekali dapat memang berbaloi...ahaksss.
Sebab itu bagi mereka yang dah otai-otai, kita akan perhatikan di blog mereka ada banner2 perniagaan yang di letakkan di sudut2 tertentu.
Apa yang perlu anda lakukan? Pergi kat Google dan just taip affiliate di Malaysia, dari situ banyak program2 affiliate yang ada dan anda jangan tamak, just join 2 atau 3 je pun dah cukup ( Tapi kalau boleh cari yang harga jualan dia mahal sikit :-) )Daftar dan kemudian copy banner dan letakkan dalam blog anda. Itu aje. Mudahkan?

BLOGGING BUANG MASA?

Bila di tanya 100 orang yang TIDAK MEMPUNYAI BLOG dan TIDAK BERBLOGGING, mereka akan menjawab blogging hanya membuang masa. Jika ditanya 100 orang yang MEMPUNYAI BLOG dan BERBLOGGING, mereka akan berkata blogging mengisi masa lapang. So yang mana benar? Sebenarnya kedua-duanya betul kerana kedua-duanya mempunyai situasi yang berbeza. Bagi mereka yang tidak mempunyai blog pasti akan merasakan bahwa dengan menulis, meluahkan dan bercerita akan hanya membuang masa tanpa ada tujuan, lebih baik mereka berjalan-jalan atau melakukan aktiviti lain yang pada mereka lebih baik daripada berblogging. Bagi yang ada blog, berblogging merupakan salah satu cara untuk bercerita apa saja disamping dapat menambah pengetahuan serta informasi dan dengan entry-entry daripada bloggers lain. Anda jugak berblogging untuk mendapat pendapatan sampingan, malah ada yang menjadikan blogging ini sebagai sumber pendapatan utama mereka kerana ada diantara mereka sudah mendapat pendapatan mencecah RM12,000 sebulan. Banyakkan? 
Walau apa pun, setiap blog yang dihasilkan mempunyai keistimewaan dan tujuan masing-masing kerana blog adalah satu yang cukup universal. Anda yang menulis, anda yang menentukan hala tuju blog anda. Betul ke?

OH MAT ROMEO

Pasti anda sudah biasa dengar gelaran romeo ataupun kasanova. Orang yang biasa mempergunakan kekacakannya untuk me’nackle’ wanita-wanita, apalagi jika dia mempunyai harta dan kerjaya, lagilah semakin menjadi ke’romeo’an nya. Biasanya salah satu sifatnya adalah dia tidak boleh nampak wanita cantik, mesti nak tackle. Ok, stop kat sini, biar sy cerita satu cerita pasal romeo ni.
Masa sy belajar di UiTM dulu, ada sorang ni kami gelar dia mat romeo sebab dia memang terkenal dengan sifat sentiasa menukar girlfriend, minggu ni nampak dia dengan orang lain,minggu depan dah nampak dia jalan dengan orang lain. Memang dia handsome dan berharta, siap bawak kereta sport ke kolej lagi, jadi memanglah siapa yang tak tangkap suka. Dia ni satu kursus dengan sy jadi sebab tulah sy boleh mengenali dia. Pendek cerita, sampai satu ketika, ada berlaku pertelingkahan antara teman-teman wanitanya...tapi yang gaduh teman-teman wanitanya saja, si mat romeo ni tak ada kat situ… kira gaduh free je namanya tu.So sampailah ke final semester memang itulah perangai dia. Tak ada perubahan. Lepas grad, dia terus kerja dengan bapa dia yang mempunyai syarikat sendiri. So ingatkan adalah perubahan selepas kerja, rupanya tidak jugak…lagilah menjadi-jadi. Kadang-kadang tu dengan artis pun dia tackle jugak!! Last sekali yang sy dapat tahu pasal dia pada 2 @ 3 tahun lepas bila sy dapat tahu dia akan melangsungkan perkahwinan….untuk kali ke 3! Ahakkks… susah kalau dah perangai dia macam tu..tapi yang hairannya, bapa dia tak pulak macam tu, maintain dan very loving couple...so istilah bapak borek anak rintik tidak boleh digunakanlah disini :-)

Friday, January 21, 2011

CERITA BEST PUNYA

Tak tahulah samada sabotaj atau memang line teruk tapi sejak 2,3 hari kebelakangan ni, memang line internet teruk betul…bukan setakat nak buat entry, nak buat blogwalking pun boleh lawat 2,3 blog je, lepas tu dia hang macam tu je. Rasa macam nak hempas je tapi tak nampak pulak barang sekeliling yang patut di hempas kecuali diri sendiri. Anyway, nak tak nak, kenalah sy draft dulu entry kat dalam words dan bila line ok, terus je copy dan paste dan terus post, tapi rasa tak seronoklah sebab sy lebih thrill menaip spontan…..
Lepas pagi-pagi menerjah KLCC, petangnya pulak sy menerjah Summit USJ dan meninjau2 persiapan diorang menyambut Tahun Baru Cina…nampaknya belum banyak yang siap, ruang legar dia punya decoration dah macam zaman-zaman opera cina siap dengan air fountain sekali..ada gunung dengan rumah. Maybe ada pertunjukan opera cina kot nanti.. Teringat sy masa kerja di Segamat dulu. Kawan serumah saya beria-ria ajak sy tengok wayang, katanya cerita memang best giler..sy cakap tak laratlah, tapi bila dia kata dia belanja..serta merta jadi rajin. Lepas drive ke Bandar segamat, dia pun parking satu tempat dan mengajak sy berjalan, punyalah haru dia ajak sy tengok opera cina … yang hairannya, dia boleh ternganga tengok opera tu…wakaka.

BREAKFAST DI BURGER KING KLCC

Ruang legar KLCC
Ahaakkss..inilah namanya entry terjah ataupun entry terliur ataupun entry tak ada idea. Bukannya apa, sekali sekala nak jugak buat entry pasal makan ni..yelah mana tahu dok2 taip pasal makan ni tiba-tiba terkeluar idea lain pulak. Sebenarnya pagi ni sy ada appointment kat sekitar KLCC dan oleh kerana untuk mengelakkan jam, maka selalunya sy datang awal, so singgahlah tempat yang selalu sy singgah iaitu Burger King sebab ada WIFI :-) Di ruang legar KLCC jugak sedang rancak bagi persiapan Tahun Baru Cina...biasalah, warna merah mesti tak lari punya..Hari jumaat ni biasalah,ada setengah office yang bekerja setengah hari atau diorang panggil hari santai...sebab rehatnya panjang dan minda pun dan tak ada kat tempat kerja sebab teringat pasal weekend...Anyway, till next entry. Keep in touch.

KALAU DAH NAMA CUTI

Mydin USJ - Ehsan Google
Kalau dah namanya cuti, maka cuti jugaklah daripada memegang laptop. Hari ni memang tak sempat nak menjengah laptop sy sebab sy berada di luar berjalan sambil bersantai, tapi bukanlah sy join perarakan di Batu Caves ye...Sy sempat singgah di Mydin USJ sambil meninjau2 tempat makan. Kat situ pun dah macam-macam sales dibuat sempena Tahun Baru Cina yang akan menjelma tidak lama lagi. So hari ni sy makan mee rebus johor. Cakap pasal mee rebus johor ni sy teringat mee rebus lan janggut dan mee rebus wahid yang memang famous kat jb. Memang susah nak cari mee rebus yang sama dijual di KL ni tapi adalah satu dua tempat yang rasanya boleh tahanlah tapi masih tak sama dengan mee rebus diorang. Rasanya orangramai pun mengambil kesempatan untuk membeli belah sambil berjalan-jalan sempena cuti Hari Thaipusam. Anda bagaimana? Sy pasti ada yang sibuk mengemas rumah, ada yang busy buat assigmnent dan report, ada yang sibuk memasak, ada yang menonton rancangan tv dan macam-macam lagi.

Wednesday, January 19, 2011

PERNAHKAH ANDA TERFIKIR?

On the way balik ke rumah tadi, sy singgah sekejap di sebuah pasar segar untuk membeli barang2 basah dan kemudian sy terlihat sorang anak sedang memimpin ibunya ke pasar segar tersebut.  Sebelum masuk ke pasar segar tu si anak menyuruh ibunya menunggu diluar sementara dia masuk untuk membeli barang2 , tetapi si ibu seperti ingin mengikut anaknya masuk ke dalam. Anaknya bertegas dan memarahi ibunya ( walau dengan nada perlahan ) menyuruh si ibu menunggu di luar kerana jika si ibu masuk pasti akan menyusahkannya…..Ok stop disini.
Apakah realitinya disini? Seorang anak yang sedikit kurang ajar kerana memarahi ibunya tapi masih menjaganya dan si ibu yang sedikit degil kerana masih mahu masuk ke pasar segar walaupun telah di tegah oleh anaknya kerana takut ibunya akan menimbulkan kesusahan. Kata orang, ibu dapat menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Kadangkala bila kita melihat seorang ibu tua yang sedang keseorangan membuatkan kita terfikir, apakah yang akan terjadi kepada kita pada hari tua kita nanti… pernah anda terfikir?
So esok adalah Hari Thaipusam. Selamat bercuti kepada mereka yang bekerja di Selangor, N Sembilan,KL, Putrajaya dan Johor dan selamat menyambut Hari Thaipusam.

DIA DATANG BALIK DAH...

Terus terang, lepas makan tadi memang banyak idea keluar nak tulis..itulah, inilah. Setengah jam lepas duduk kat meja, mulalah perasaan melayang-layang datang. Mata mulalah kuyu semacam, kalau ambik gambar masa tu memang macam orang jepun...emmm tak pun korea pun boleh. Tiba-tiba, boleh hilang semua idea tu. Puas perah, picit, tekan, urut kepala tapi hampehhh. Hilang terus idea tu...tapi azam tahun 2011 opsss. Tersasul pulak. So redah jugak terus taip secara spontan kerana memang selalu sy akan menaip spontan kebanyakan entry, mana tahu idea lain pulak datang... Sementara sy menaip ni, sy tengah dengar lagu Hidupku kan damaikan hati mu, nyanyian daripada Cafeine. Cari jugak kat fullmusik tapi tak ada dalam stock, ingatkan nak tukar lagu thema blog, kalau nak guna widget lain takut nanti effect masa nak bukak website, dia jadi slow motion...orang dah tidur baru blog kita dapat bukak kesemuanya. 
Hari ni sy sempat go through semua jom santai member punya blog plus dengan member yang rajin blogwalking daripada pagi tadi...macam balas membalas bw pulak. Ada cerita suka, ada cerita duka, ada cerita kelakar pun ada...recpect you all kerana mempunyai ideas yang superb untuk blog anda...Tapi tak payahlah sy ceritakan, diorang punya website tu ada di sebelah kiri blog ni...klik aje. Anyway, Esok cuti dan bagi mereka yang menyambutnya, Selamat Hari Thaipusam. 

BELAJAR DAN KERJAYA

Beberapa hari lepas, sy dapat call daripada rakan lama sy yang sama2 study kat UiTM Shah Alam dulu. Dia ambik course Accountancy. So dalam borak2 tu dia beritahulah sekarang dia tengah buat free lance sejak berhenti dulu disebabkan company dia tutup. Sejak tu dia cakap memang susah untuk mendapatkan kerja walaupun dalam paper berlambak kerja kosong. Daripada 300 application dia applied, cuma 2 je yang jawab. Itupun jawab permohonan dia tak berjaya, bukannya dapat gi interview ke atau sekurang-kurangnya dalam perhatian ke.. So sebab putus harapan, dia kerja through online je dengan buat printing work, kira jauh menyimpang daripada kursus yang dia belajar.
So isunya kadangkala, apa yang kita belajar tidak semestinya kerjaya yang akan kita dapat kelak sealiran dengan ijazah yang kita genggam. Mungkin semasa belajar kita sudah merangka dan membuat perancangan tentang kerjaya kita, tapi dalam masa yang sama kita harus jugak membuat plan contingency andaikata apa yang kita rancang tidak menjadi. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan.
Ada jugak orang berkata, kerja sekarang tak boleh memilih, apply je mana-mana yang kosong, janji dapat. Lepas tu barulah fikir the next step. Ada jugak betulnya, tapi bagaimana selepas tu kita sudah mula sukakan kerja tu?
Ada jugak para ibubapa yang sudah mula memilihkan kerjaya atau cita-cita untuk anak-anaknya daripada kecik, contohnya jadi doktor, lawyer, akauntan, akitek, pakar IT dan macam-macam lagi, tapi apabila anak-anak diorang mendapat keputusan yang kurang memberansangkan dalam peperiksaan sekolah, mulalah berkata macam mana nak jadi doktor kalau result macam ni? Macam mana nak jadi pilot kalau result cukup makan je..? Ada pakar kanak2 mengatakan, sewaktu zaman sekolah rendah, biarkan anak-anak kita belajar dengan seronok tanpa membebankan mereka dengan keinginan dan perancangan kita. Biar kesedaran itu timbul dengan sendirinya bila mereka tahu apa itu cita-cita mereka yang sebenarnya. Itu kata pakarlah. Anda? 

RUPA ATAU HARTA?

kaya?
Yang manakah anda akan pilih? Rupa atau harta? Kita tolak isu sifat dan sikap atau yang lain, katakanlah mereka berdua mempunyai sifat dan sikat yang sama, cuma yang sorang tu ada rupa tapi tidak berharta, manakala sorang lagi mempunyai harta tetapi rupanya memang kuranglah. So, pilihan anda?
Saya ada terbaca satu forum yang ada kaitnya dengan tajuk di atas dan diorang ada buat analisa iaitu 60% wanita  dunia akan memilih rupa dan harta, manakala lelaki pulak 45%...selebihnya adalah dari segi bentuk  fizikal, kerjaya, attitude dan sifat. So dari situ kita tahu bahwa rupa dan harta adalah 2 aspek penting dalam persepsi awal sesuatu perhubungan tapi bagaimana pulak jika seseorang itu hanya mempunyai salah satu daripada kriteria di atas?
Ada orang cakap harta tidak menjamin kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah datangnya daripada hati dan harta boleh dicari kerana rezeki ada di mana-mana.
Ada orang kata, paras rupa hanya akan lebih menyukarkan perhubungan kerana orang akan sentiasa memandang pasangan kita dan sudah pasti ada yang lebih berani akan cuba untuk mencari jalan memikat pasangan kita.
rupa?

Ada pulak orang kata harta dapat memberikan kehidupan yang serba mewah tanpa perlu memikirkan tentang pinjaman atau hutang, tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu.
Ada pulak orang kata rupa dapat memberikan ketenangan dan kebanggaan pada diri sendiri kerana bukan senang untuk mendapatkan pasangan yang mempunyai rupa.
Jadi apa pilihan anda?

(p/s: Dari sudut agama pulak, Allah tidak memandang rupa  atau harta tetapi melihat kepada hati dan amalan anda )

Tuesday, January 18, 2011

SURAT UNTUK ISTERI

Isteriku Katijah
Surat Jah selamat Abang terima dari Mak Cik Saodah dan sekali-kali tidak mengganggu situasi Abang malah Abang menghargai atas kehadiran surat itu.
Biarlah Abang berterus terang. Rasanya tidak guna untuk Abang berselindung lagi atau berlakun hanya untuk memuaskan hati semua orang sedangkan hati Abang pedih, dan lebih sakit bila Jah juga turut merasakannya. Memang benar…selama ini Abang amat-amat membenci Jah kerana Jahlah Abang terpaksa berpisah dengan Mona. Hati Abang tak pernah tenteram setiap kali memandang Jah. Perasaan marah, geram dan dendam meluat-luat setiap kali memandang Jah.
Tapi Jah, itu dulu.
Di saat Abang menulis surat ini, Abang tidak dapat menahan airmata ini daripada membasahi surat ini.. Setiap kenangan dengan Jah masih Abang ingat, masakan Abang boleh lupa, tapi mungkin silap Abang kerana tidak mengetahui yang Jah sudah menyintai Abang sejak daripada kita masih kecil. Abang ingatkan Jah hanya menganggap Abang sebagai Abang Jah saja, jadi Abang pun beranggapan begitu juga terhadap Jah.
Jah tahu kenapa Abang menjauhkan diri daripada Jah? Kerana Abang sudah mula menyayangi Jah..ya Jah, perasaan yang Abang rasa tak mungkin ada pada Abang kini semakin lama semakin menyakitkan hati..semakin menikam dan menusuk sanubari Abang. Mana mungkin Abang dapat menyayangi Jah? Orang yang selama ini telah Abang lemparkan dengan kata-kata nista, orang yang selama ini telah Abang benci sehingga jijik untuk melihat walau hanya bayang sekalipun, orang yang selama ini tak pernah Abang sentuh kerana perasaan dendam yang mendalam, orang yang selama ini tidak Abang peduli walau jarak kita hanya sejari dekatnya, orang yang selama ini hanya menangis, merintih, menunduk dan menyepi dek perbuatan Abang….!! Masih layakkah Abang di hati Jah? Masih layakkah Abang dipanggil suami? Masihkah ada ruang untuk Abang?
Mungkin kata-kata kemaafan tidak cukup untuk menghapuskan segala dosa2 Abang. Mungkin perubahan sikap Abang tidak mampu untuk menghilangkan segala parut apalagi luka-luka yang telah Abang lakukan.
Izinkanlah Abang berpegang dengan apa yang Abang rasa sekarang dan andaikata di akhir cerita kita terjadi perpisahan, Abang redha Jah kerana sekurang-kurangnya Abang tahu kita pernah hidup bersama. Abang sentiasa berdoa agar Jah menemui cahaya kebahagiaan satu hari nanti.

Salam sayang,
Abang.

SURAT UNTUK SUAMI

Abang,
Terlebih dahulu Jah minta maaf kalau surat ini akan mengganggu jiwa dan fikiran Abang. Jah sedar bang, Jah bukan pilihan Abang daripada dulu lagi tapi pilihan keluarga kita. Jah juga sedar Jah tidak secantik Mona, kekasih Abang dulu, tapi Jah nak Abang faham, Jah sanggup berkorban apa saja untuk Abang, Jah sanggup lakukan apa saja demi kebahagiaan rumahtangga kita. Jah sayangkan Abang. Bagi Jah, seluruh hidup Jah hanya untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin untuk Abang. Mungkin Jah ada melakukan kesilapan dan kesalahan yang mengguris perasaan Abang sehingga Abang menjauhkan diri daripada Jah tapi itu semua bukan sengaja Jah lakukan. Jah insan biasa bang. Manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Apa salah Jah bang? Tolong beritahu Jah supaya Jah dapat memperbaiki kesilapan itu.
Abang,
Jah faham kalau selama ini Abang terpaksa berlakun hanya kerana tidak mahu mengecewakan keluarga Abang dan keluarga Jah yang sudah lama rapat sejak kita kasih kecil. Tapi tahukah Abang yang sebenarnya Jah sudah menyintai Abang sejak daripada bangku sekolah lagi. Mungkin Abang tak perasan sebab masa tu Abang cukup popular di sekolah, jadi siapalah Jah dimata Abang. Jah masih ingat masa kita darjah 5, Abang, Mamat, Jah dan Hani kita sama2 mandi sungai kat belakang rumah. Abang dengan Mamat tanpa segan terjun sungai tak pakai seluar. Jah dengan Hani yang malu. Abang sengeh je. Jah masih ingat masa Abang naik basikal lalu depan rumah Jah. Masa tu Jah baru 1st time cuba baju kebaya yang ikut pinggang Jah, bila Abang nampak Jah, terus masuk longkang. Abang ingat ke semua kenangan tu?
Abang, 
Jah memohon maaf sekali lagi jika Jah terkasar bahasa, tersinggung perbuatan, terguris jiwa...Bagi Jah, hanya Abang saja yang dapat membahagiakan Jah dan Jah akan sentiasa menyayangi Abang sehingga selama-lamanya.
Pecah kaca pecah gelas, Abang dah baca harap balas

Salam sayang
Isterimu Katijah.

BAYANGKAN KEINDAHAN MALAM

Bayangkan…….
Anda sedang berkhemah di dalam hutan bersama kawan2 anda. Dah ok ke mood bayangkan tu. Kalau belum cuba lagi sampai anda dapat bayangkan. Orite, kita teruskan. Pada malamnya, anda akan membuat unggun api dan semua rakan2 anda akan duduk mengelilingi unggun api sambil menyanyi, bermain gitar atau membakar ikan ke, ayam ke, sotong ke..buat bbq. Ok, dah dapat feel tu?
Bayangkan…..
Malam itu, suasana nya sungguh sepi, tiada kedengaran suara hirup pikuk kenderaan, tiada kedengaran kebisingan tv mahupun radio, tiada kedengaran jiran sebelah rumah berbual atau bergaduh..yang ada cuma suara-suara aliran sungai, bunyi2 cengkerik mendendangkan lagu malam. Unggun api semakin lama semakin malap, semakin suram namun cahaya bulan sudah cukup untuk menerangi setiap pelusuk malam bumi. Rakan-rakan anda sudah mula dibuai mimpi2 indah, mungkin kerana keletihan atau mungkin kerana terlena dengan keindahan hutan. Anda merenung bulan. Anda melihat bintang yang berkerlipan dan berkedipan seolah2 menemani anda. Sekali sekala angin malam menyapa dan menghembus singgah di persisiran pipi anda. Sekali sekala anda rasa seperti bulan sedang memerhatikan anda. Sekali sekali anda rasa awan seperti menari-nari mengiringi rentak angin. Sekali sekala anda rasa anda berada di satu dunia yang lain, dunia yang penuh dengan ketenangan.. bulan dan bintang bagi anda seperti berada di depan anda sedangkan hakikatnya jauh beribu batu. Suara2 hutan cukup tenang, cukup melentukkan mata dan telinga anda……tiba-tiba
“Man..sudah-sudahlah tu Man. Jom masuk rumah tidur. Luar banyak nyamuk. Esok-esok jelah sambung camping. Masa sekolah dulu2 tak nak masuk pengakap, ni dah tua bangka baru nak main camping2…”

DICABAR MENCABAR TERCABAR

Salam santai. Saja je sy lambat sikit posting entry kali ni sebab nak bagi masa untuk mempromosikan blog rakan-rakan sy...Lagipun rasanya ada jugak yang masih sibuk dengan kuliah dan kerja masing-masing. Ada hari kita free sangat sampai kadang2 dalam satu hari sampai berentry-entry kita post, ada yang kita sibuk sangat sampai nak jenguk lap top pun tak sempat,apa lagi nak post atau bw...So, tgk keadaan dan masa lah. Apa-apa pun, jangan sampai lupa langsung sudah lah. Macam sketsa Raja Lawak si Nazmi tu pasal isu lupa. Minggu ni kita akan menyambut perayaan Thaipusam, sure ada jugak yang mengambil kesempatan untuk bercuti pada hari khamis...senang terus cuti 4 hari ( bagi negeri yang cuti menyambut thaipusam lah )
Pagi-pagi lagi tadi bila sy dengar isu 'dicabar' dalam radio Sinar.fm...Sy nak tergelak pasal kes bapak cabar anak dia supaya kahwin dan anak dia sahut cabaran itu dan mencabar bapak dia pulak supaya semua urusan perkahwinan bapak dia yang uruskan, dia cuma datang dan bernikah je. Diorang sekarang dah pun 9 tahun mendirikan rumahtangga dan mempunyai 2 orang anak. Ada jugak kes yang macam tu ye.. Tapi kalau boleh cabar mencabar benda yang membawa kebaikanlah..jangan cabar benda yang bukan2....

Monday, January 17, 2011

JOM SANTAI SEKEJAP SPECIAL AWARD

Inilah kali pertama sy beri award dan award ini sy berikan kepada 20 bloggers tidak kira samada mereka follower ataupun tidak tetapi memberikan sy impact tidak kira melalui penulisan mereka, motivasi dan kata2 nasihat, komen, blogwalking, ideas apa saja samada secara langsung mahupun tidak dan memberi semangat untuk sy terus berblogging yang sudah masuk hampir 6 bulan lamanya. So, to that 20 bloggers yang akan sy senaraikan dibawah, Anda cuma perlu buat satu saja sebab buat apa penat2kan diri untuk jawab soalan banyak2..Lagipun blog sy santai je, so kita buat cara santai . Lagipun takkan dekat blog sendiri nak memperkenalkan diri sendiri pulak...kan..kan..kan. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
Copy dan paste award di atas bersama link blog ini dan kemudian buat satu entry bertajuk Jom Santai Sekejap dan anda bebas untuk buat apa saja entry anda..sajak ke, puisi ke, luahan rasa ke, resepi ke, cerita pasal pasangan ke, apa saja janji santai.
Sekarang biar sy yang buat entry pasal award ni mengenai impact mereka terhadap dunia blogging sy. Tanpa mengikut angka turutan kerana tiada yang pertama dan terakhir, 20 bloggers tersebut adalah:

Blog Cendoi Manis merupakan orang yang pertama memberi komen pada blog sy. Merupakan seorang cikgu dan dah mengajar hampir 6 tahun. Blog dia banyak mengisarkan tentang kehidupan seharian.
Blog Zealous Zirconia merupakan orang yang paling banyak buat blogwalking disamping Rush D. Jugak merupakan seorang cikgu di Ipoh seingat sy lah dan harjadi dia baru je lepas bulan December. Happy Belated Birthday. Blog mengisahkan kehidupan seharian dan pengalaman beliau.
Blog RuSh D juga merupakan orang yang banyak buat blogwalking di blog sy dan sekali sekala memberikan komen yang bernas pada entry sy.  Banyak informasi dari segi algriculture tidak kira perniagaan, pertanian mahupun perikanan daripada blog beliau.
Blog ~~~dayya~~~ merupakan antara orang terawal me’link’kan blog sy dan merupakan seorang student. Blog dia mempunyai keunikan dari segi entry dan bahasanya hingga kadangkala bila membaca blog beliau seperti membaca novel.
Blog Dari Dapur Zurena merupakan satu-satunya blog dengan pelbagai resepi istimewa yang sy ikuti dan banyak idea-idea baru masakan dapat sy kongsi bersama dengan beliau. Resepi tu semua adalah resepi masakan keluarga dan gambar2 masakan semuanya mengancam selera anda.
Blog LETUSSHARE-CTPAYONG merupakan orang yang paling banyak memberi komen sejak sy berblogging. Setiap komen kak ct disusuli dengan pendapat dan nasihat yang cukup memberi kesan hingga kadangkala terasa seperti seorang kakak pada sy. Blog beliau penuh dengan ungkapan, entry berunsur nasihat dan pendapat.
Blog eNdLeSs LuV oF mINe!!! Anda seperti mengenali dia sebagai kawan biarpun hanya dengan blogging. Blog fda ni lebih menyerlah dengan luahan kasihsayang dan pengalaman serta kehidupan, jugak seorang cikgu dengan Mr Busyuknya dan fayd.
Blog Love unexpressed is a crime against the heart Bagi sy keunikan blog ini adalah dari segi expressi dan cerita yang disampaikan..bersahaja tapi penuh makna. Very matured and talented compare with her age setiap kali cerita, penuh dengan gambar2 menarik.
Blog rumah kayu oren Sekampung dengan kampung arwah ayah sy. Seorang student dan sy suka entry dia yang unik, simple dan cukup menarik untuk dibaca walalupun sekadar celoteh beliau.  Start blogging pada December 2009, lama tu…
Blog livefromabiggirl Masih baru berblogging iaitu pada 1 December 2010 tapi banyak memberi komen dan kadangkala mengikuti entry sy. Mempunyai blog berkisarkan cerita beliau yang penuh informasi dan kreatif.
Blog L.O.V.E.L.O.C.K merupakan blog pertama meletakkan banner Jom Santai Sekejap di blog beliau. Mempunyai entry yang simple dan bersahaja serta penuh dengan luahan rasa. Beliau yang start blogging pada Aug 2010 berasal dr Sg Patani.
Blog My Heart Speech Sy suka baca entry beliau walaupun dalam English tapi luahan dan ceritanya is fresh dan something genuine. Baru berusia 17 but very talented in writing stories in her way of style.
Blog Perjalanan Ini Bila datang mood komen entry dia, memang  nama dia aje yang timbul. Thanks Azwa. Kadangkala rajin jugak bw bila dia ada masa, maklumlah student di UiTM. Blog beliau banyak mengisarkan tentang perjalanan hidup samada di UiTM mahupun kehidupan sendiri.
Blog BeLiEvE tO UnBeLiEVAbLe Jika kena harinya, shoutmix tu boleh penuh dengan chatting dari Norul ni. Bila tak busy dengan kerjanya, pasti komen dia penuh. Mempunyai blog yang simple dan teratur serta entry kehidupan dan pengalaman seharian.
Blog My Little Diary Jugak rajin memberi komen dan bw. Sy rasa sejak awal pembabitan sy dalam blogging, beliau banyak memberi komen. Blog dia pulak mempunyai entry pelbagai katogeri seperti lawak, informasi, hiburan dan lain-lain.
Blog The Sweet Escape of Lynn Yusof merupakan blog pertama yang sy singgah semasa mula2 sy berblogging. Kira macam mentorlah secara tak langsung. Blog dia banyak menceritakan tentang kehidupan seharian, tempat2 makan yang dia pergi serta acccesories wanita.
Blog 1000 ideas merupakan follower sy yang ke 500. Lucky number.
Blog Red Mummy sy sure redmummy mana nak terima award ni, but kena masukkan juga nama dia sebab blog redmummy merupakan blog pertama sy bukak sebelum sy buat blog.
Blog Mia Farrow's banyak menghasilkan entry dari perspektif lain walaupun usia masih muda. Banyak jugak bw kat blog sy bila dia ada masa, almaklumlah kadang2 busy dengan kuliah mahupun kerja part timenya.
Blog Bermula Ceritaku Banyak memberikan komen dan ideas dalam hal masakan. Blog ummiarissa ini banyak menceritakan tentang resepi dan kekeluargaan. Sy memang minat baca telatah anak-anak dia.
Blog ZoMbI KeMBaLi Presiden Zombi Kg Pisang.ahakks. Banyak juga bw kat blog sy bila kena masanya. Beliau yang minat bola dan berasal dari Melaka/N Sembilan mempunyai blog mencerita-cerita luahan rasa dia yang memang setahap Presiden

So that's it. Walau apa-apa pun, it's just an appreciation award dan sy berterimakasih kepada mereka-mereka yang selama ni seiring sepanjang sy berblogging tidak kira yang dapat award mahupun tidak. Salam santai and keep in touch 
  

Friday, January 14, 2011

TENGAH PLAN NAK BUAT AWARD


Rasanya minggu ni susah sikitlah nak buat entry sebab sy plan nak buat award sempena berakhirnya tahun 2010 ni dan sepanjang 5 bulan lebih sy berblogging ni sy belum pernah bagi orang award, terima adalah..Nanti orang cakap terima aje, memberi tak ada ke? Tak elok jugakan, jadi ni tengah mengerah otak untuk mereka award. Walau apapun, menerima atau memberi award ni hanyalah sekadar untuk memeriahkan lagi dunia blogging kita dan bukanlah bertujuan untuk menunjuk atau meminggirkan sesiapa..kan..kan..kan.

So apa agenda anda pulak weekend ni? Ada agenda tertentu ke? Sy ingat nak masak lokan goreng..idea daripada kak zurena tapi kenalah cari lokan dulu, rasanya susah sikit nak dapat lokan yang fresh2 kat hypermarket tapi cuba dululah. Sekarang ni tak boleh nak cakap, kadangkala barang-barang basah ni ada yang fresh, tapi bila pergi hari lain tak fresh pulak walaupun stock baru..So, kena pandai pilihlah. Apa-apa pun, happy weekend ye.

SEHARI AKU DI UiTM

Hari ini hari jumaat. Jam baru pukul 7 pagi. Biasalah...memang tu time aku bangun pagi. Aku tengok sekeliling, semua rakan sebilik aku masih lagi tertiarap memeluk kekasih masing2. maksud aku bantal masing2. Biasalah, aku kira yang paling awal bangun. Aku terus keluar dan mencapai tuala berjalur2 warna warni yang selalu jual kat pasar malam dan terus ke bilik air yang kebetulan berada di depan bilik aku. Kolej Perindu 4 ni memang bersebelahan dengan jalan, jadi kalau aku ber'kemban' memang selalu student kat Kolej Cempaka/Kenanga boleh nampak ( kalau pakai teropong ), jadi setakat sweet sana sweet sini tu..biasalah. Aku mandi tak lama. Orang putih punya style, lagipun nak kejar masa. Biasalah..top student, memang kita kejar masa. Pakai baju, deodorance, ambik buku, sikat ala kadar aku terus berjalan ke kelas opss tidak, aku ke kantin dulu, mana boleh tak breakfast. Biasalah...pasal makan aku tak boleh lupa. Hari ni menu dia roti dengan scramble egg. Aku minta lebih orang kantin tak bagi, katanya tak baik untuk kesihatan tapi aku lihat badan dia berganda2 daripada aku, mungkin dia yang bedal mana yang lebih2 tu. Lepas tu aku bergegas ke kuliah melalui kolej Cempaka/Kenanga. Biasalah, tak ada kenderaan, kena berjalanlah..lagipun aweks aku duduk kat hostel Cempaka/Kenanga..maksud aku bakal aweks lah sebab aku belum jumpa lagi tapi mesti ada yang sangkut dengan aku sebab aku selalu jalan kat situ..Biasalah, kena promosikan diri. Sampai di kuliah, aku lihat hanya student perempuan aje yang ada. Biasalah, student lelaki akulah yang paling rajin...rajin datang awal bukan rajin belajar..Tup-tup 10 minit lepas tu, lecturer datang dan beritahu hari ni kelas cancel sebab ada hal. Frust aku. Biasalah, top student kalau kelas cancel mesti mengeluh, kalau yang malas dia akan bersorak...Jadi aku kena pretend mengeluh..aaarrrrrrrr... Jadi nak buat apa, aku pergi librarylah sebab kelas aku dekat je dengan library...tapi daripada jauh aku tengok ada notis beritahu library tutup. Apa aku nak buat? Kelas seterusnya pada pukul 2 petang. Nak tak nak, aku terpaksa berjalan balik semula ke bilik aku. Sekali lagi aku berjalan melalui hostel Cempaka/Kenanga...sesampainya di bilik, aku lihat keadaan serupa sebagaimana semasa aku pergi ke kelas tadi, rakan sebilik semuanya masih tidur............
Opssss...kejap lagi nak ke KL, ada meeting. Lupa nak beritahu, ni cerita masa aku belajar kat UiTM Shah Alam dulu..ahaksss

PRAPPPPP!!

“Praaaapppp” Tiba-tiba satu bunyi kedengaran seakan datang dari belakang rumah.
“Bang! Bunyi apa tu bang?” tanya Senah mengejutkan suaminya sambil memerhatikan sekeliling.
“Bunyi apa? Sy tak dengar bunyi apa pun? Sy baru je nak terlena, awk dah kacau..tak ada apalah yang. Awk tidur jelah” jawab Aman yang jelas masih mengantuk.
“Sy memang dengar tadi tu bang..Macam daripada belakang rumah kita je bang?”Senah masih keresahan kerana suaminya seperti tidak percaya dengan kata-katanya.
Selang beberapa minit kemudian, sekali lagi bunyi itu kedengaran.
“Yang…! Bangun yang. Sy dengar bunyi tu…” kali ini Aman pulak yang mendengar bunyi itu.
“Abang ni, tadi sy dengar abang tak percaya…ni sy tengah tidur, abang kacak sy pulak. Kalau nak kacau pun pagi esoklah Bang” mata Senah layu sambil menepis2 tangan Aman yang tak berhenti mengejutnya.
“Abang tak tipulah yang..Kali ni memang abang dengar. Bangunlah yang..Abang nak pergi tengok sekejap kat belakang” Aman seperti ingin tahu darimana bunyi itu berasal.
“Tak payahlah bang. Senah takut sorang-sorang. Jom kita tidur tengah-tengah. Dah pukul 1 pagi dah ni..” Senah seperti keberatan untuk tinggal keseorangan.
“Okaylah..” Aman bersetuju dengan cadangan Senah sambil menarik selimut dan mengesot punggungnya ketengah dan kemudian…..
“Praaappppppp!!!” Satu lagi bunyi tapi kali ni lebih kuat.
“Arghhhhhhhh” jeritan Aman dan Senah serentak memecah kesunyian malam itu.
Malam itu Senah dan Aman terpaksa tidur di kerusi ruang tamu kerana katil mereka tidak dapat digunakan lagi.

Thursday, January 13, 2011

FACEBOOK TAK JADI TUTUP! GARA-GARA SIAPA?

Baru beberapa hari lepas, pengasas Facebook menyatakan bahwa ruangan website popular Facebook akan ditutup, timbul pulak spekulasi yang ianya akan tidak jadi di tutup gara-gara seseorang. Siapa dia ye? Katanya semua ini timbul apabila pengasas-pengasas laman web terkenal berchatting sesama diorang dan dari situlah bermulanya perbalahan dan akhirnya Mark Zuckerberg tak jadi nak menutup Facebook. Antara perbualan mereka adalah seperti di bawah:
Masa sy baca kat blog eikieyn di http://eikieyn.blogspot.com, nak tergelak sy...Thanks eikieyn ye sebab benarkan sy copy this part. Anyway, tak bolehlah nak gelak banyak2, nanti marah pulak dr Rozmey, sorry ye doc..Dulu sy pernah satu tempat belajar dengan dr Rozmey ni, sebenarnya dia punya style rambut daripada sekolah menengah, masuk U sampai sekarang memang tak berubah...macam tulah style dia.

BELEK-BELEK, OHH TIDAK!!

Hari ni waktu dok tengah nak buat touch up kat muka...tiba-tiba..arrgghhh oh todak...opsss silap skrip ohh tidak!! Bukan jerawat ye, muka sy licin. Bukan jeragat ye, muka sy putih, tapi tahi lalat. Bila masa pulak lalat singgah kat muka sy ni tiba2 aje ada, betul2 kat bahagian leher sebelah kanan...Emmm bila cakap pasal tahi lalat ni, ada orang cakap yang kedudukan tahi lalat ni ada kaitan dengan sikap dan sifat seseorang. Kita ketepikan soal benar atau salah...semestinya salah sebab tak elok percaya benda2 macam ni. Kita main pondok2 ye pasal kedudukan tahilalat ni ye...Ok. Jika ada bertahi lalat, check betul2 kiri atau kanan, tahi lalat yang boleh ubah tu tak kira ye...Yang ni sy ambil daripada beberapa website, kalau salah, diorang yang salah bukan sy :-) Yang ada tahilalat kat bahagian2 tertentu, balik rumah baru check ye, jangan lepas ni pergi toilet pulak..
1.Di kepala sebelah kanan – terkabul cita-citanya

2. Di kepala sebelah kiri – sering menemui kesusahan
3. Ubun-ubun – kurang jujur
4. Pusar – cerdas,tangkas dan tekun
5. Di Kening kanan – cergas dan cekap
6. Di kening kiri – cergas dan sopan santun
7. Sudut mata kanan luar – baik budi, ramai yang cinta
8. Sudut mata kanan dalam – disayangi suami atau isteri
9. Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
10. Biji mata kiri – pembohong tapi baik hati
11. Di alis kanan – baik hati, suka menolong
12. Di alis kiri – ramai yang suka
13. Di pipi kanan – ramai teman
14. Di tengah-tengah pipi kanan – ramai yang suka
15. Di tengah-tengah pipi kiri – ramai kawan
16. Pada hidung – banyak rezeki
17. Pada batang hidung – banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
18. Bibir atas kanan – banyak rezeki dan pandai
19. Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
20. Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yang suka
21. Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
22. Hujung mulut kanan – kecil rezeki, tak mudah kalah
23. Hujung mulut kiri – suka berpoya-poya
24. Dagu bawah kanan – jujur dan baik hati
25. Dagu bawah kiri – bijaksana, berbudi luhur
26. Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita opsss EMMM DENGAR TU JUJUR, CERDAS ..YG SATU LAGI TGH FIKIR.... 
27. Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
28. Leher ditengah – tercapai apa yang dicita
29. Di bahu kanan – cermat dlm mengambil keputusan dan banyak tanggungan
30. Di bahu kiri – suka kerja keras, banyak tangungjawab
31. Di dada kanan – dapat mengatasi masalah
32. Di dada kiri – berani, jujur dan sabar
33. Tetek kanan – baik hati, pendiam dan simpan rahsia
34. Tetek kiri – ramai kawan, setia pada suami atau isteri
35. Di punggung kanan – pendiam, simpan rahsia
36. Di punggung kiri – lambat, kurang agresif
37. Di perut bawah kanan – banyak rezeki, suka memberi maaf
38. Di perut bawah kiri – baik hati, tenang hidupnya
39. Pinggang kanan – sayang pada isteri atau suami
40. Pinggang kiri – disayangi oleh isteri atau suami
41. Di jari telapak tangan kanan – banyak rezeki tapi boros
42. Di jari telapak tangan kiri – banyak rezeki, menyimpan
43. Lengan kanan – setia dan taat pada atasan
44. Lengan kiri – menepati janji dan suka kerja
45. Siku tangan kanan – kuat hendak memiliki kekayaan
46. Siku tangan kiri – baik hati, suka menolong
47. Ketiak kanan – menyimpan rahsia
48. Ketiak kiri – jujur, banyak yang cinta
49. Pergelangan tangan kanan – boros, suka bersukaria
50. Pergelangan tangan kiri – dapat berpangkat
51. Pangkal peha kanan – kemahuan kuat
52. Pangkal peha kiri – suka kerja apa saja
53. Kemaluan kanan atau kiri – baik, suka senggama (bersetubuh)
54. Di kepala kemaluan – bakal beristeri dua
55. Betis kanan – suka berpoya, boros
56. Betis kiri – tidak suka menganggur
57. Tumit kanan – jujur, banyak kawan
58. Tumit kiri – baik budi
59. Di telapak kaki kanan – tidak mudah mengeluh
60. Di telapak kaki kiri – baik budi pekertinya
61. Lutut kanan – bersifat tidak peduli, tidak mahu berusaha
62. Lutut kiri – kurang berusaha

So, selamat membelek2 tahilalat anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails