Friday, December 30, 2011

KATA ORANG DALAM CINTA PERLU BERKORBAN

Banyak benar ayat2 seperti pengorbanan perlu dalam percintaan, berkorban apa saja demi cinta dan macam2 lagi yang sebunyi dengannya. Ramai doktor2 falsafah cinta membincangkan apakah sebenarnya bentuk pengorbanan yang dimaksudkan...pengorbanan apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. pengorbanan apa yang patut dan tidak patut...Kita lupakan cinta orang barat sebab yang diorang ni kita katogerikan cinta yang terkorban..ahakssss.
Pengorbanan dalam cinta terlalu subjektif dan salah satunya bila berkaitan dengan sakit. Ada orang akan berlaku jujur dengan memberitahu yang dia sakit dan memberi pilihan pada pasangannya untuk meneruskan hubungan atau tidak. Ada orang yang akan membuat pasangannya benci pada dia dan berpisah semata2 tak nak pasangannya tahu dia sakit. Ada orang yang memendam kesakitannya hanya untuk melihat pasangannya gembira.... Teringat sy pada cerita Sekali Lagi lakunan Lisa Surihani dan Shaheizy Sam dimana Shaheizy terpaksa membuatkan isterinya benci demi untuk menyembunyikan kesakitan kerana takut pada masa akan datang sakitnya itu akan membuatkan isterinya menderita... Pada setengah orang, memang patut apa yang dia lakukan demi untuk tidak melukakan dan melihat org yang tersayang semakin menderita..tapi ada jugak yang berpendapat, jika kita saling sayang, setiap suka dan duka harus dikongsi bersama walaupun ianya akan membuat diri kita sendiri menderita...tepuk dada tanya selera.

3 comments:

  1. Lately macam banyak pulak entry tentang hati perasaan...

    ReplyDelete
  2. siti radz - ye ke? tak sengaja kot...entry dia pun lebih kurang jugak..banyak berkait dgn perasaan..

    ReplyDelete
  3. ada pape ke bile berkait dgn perasaan?hmmmm...

    :)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails