JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, April 14, 2011

SATU KETIKA SATU MASA

Let me cerita u all satu story. Hari tu masa sy pergi ke Puchong, waktu tu lewat petang, sy singgah makan dekat satu van yang menjual nasi campur dengan lauk2 dia yang memang sedap terutamanya lauk kari dia...Perghhh. Kari daging dia memang lembut habis. Kata yang menjual tu, kena rebus daging tu lama sikit baru empuk dan lembut. Patutlah tempat dia ni ramai orang yang singgah makan walaupun dia menjual dari van sahaja... Opss, itu semua hanya mukadimmah saja, bukan story yang sy nak cerita...
Masa sy tengah makan2 tu, adalah satu pasangan ni yang baru sampai dan lepas ambik lauk2, diorang duduklah kat meja...Nak tahu diorang duduk kat meja mana? Kat meja tempat sy makan! Sy bukan marah sebab sy ni cool orangnya. Sy bukan jealous sebab sy ni tak suka cemburu tak bertempat. Sy bukan sakit hati sebab sy ni suka kalau tengok couple2 yang loving...tetapi masalahnya ada 3 lagi meja kosong tetapi kenapa diorang duduk kat meja sy? Nak sy tanya, nampak kurang sopan, macam menghalau pulak tapi kalau tak sy tanya, nanti asyik tertanya2 pulak dalam fikiran sy kenapa diorang tak duduk kat meja yang kosong.....tiba2 diorang memulakan percakapan seperti begini bunyinya...
"You tahu sekarang ni orang sibuk pasal blogging?" si perempuan bertanya kepada silelaki.
"Ahhh..ada dengar jugak. Apa yang bestnya? You nak buat ke?" Lelaki tu tanya pulak kepada si perempuan.
"Entahlah..tapi I baca blog2 they all ni, quite interesting..macam release sikit stress kerja. Macam2 cerita ada." kata si perempuan tu.
"I tak sempatlah nak tengok tapi kawan I memang suka blogging. Seronok katanya. You nak buat ke?" tanya si lelaki tu pulak.
"I tak pandailah nak tulis. Mungkin I baca je kot, tapi kalau pandai mesti bestkan..ada jugak benda kita nak cerita.."...............
Tanpa disedari, tiba-tiba saja perbualan diorang terhenti seketika. Bukannya apa, sy tak boleh nak berhenti senyum bila diorang cakap pasal blogging....tapi sy buat derghhh je, pura2 hantar sms ( nak cover sikit )....

7 comments:

  1. Senyum jap saya baca entry awak ni. Sebab saya pernah kena benda yg sama. Orang dok citer pasal blog, tapi saya pura2 konon tak tau. Hehehehe...

    ReplyDelete
  2. hihi. tak pasal2 tercuri dengar. ape la. mcm tak de port lain nak duduk

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  3. Hmmmmm.... Tapi mmg betul pun bila ada blog kita boleh release tension sbb boleh luah isi ati kita. Pastu dapat kenal kwn2 di alam maya...

    ReplyDelete
  4. ha ha ha couple tu macam boleh bau jer dorang duduk satu meja dengan blogger kan kan...

    ReplyDelete
  5. dia tak tahu yang di depannya tercegat "otai" JSS yang punya peminat ramai.

    hurmmm...dah kenapa JSS kembang kuncup idung dia...terhidu gas beracun kah??? atau....

    jangan tanya nabil...mesti dapat jawapan sewel.

    ReplyDelete
  6. kenape perbualan die terhenti ? saye agak lost disitu.. huhu..
    hmm.. diorg silap meja nie... nk beborak pasal blogger dgn otai plak kan.. haha.. :)

    ReplyDelete
  7. Siti Radz - hahaha. Memang kadangkala walaupun mereka tak cakap pasal kita tapi macam terasa je.

    Miss Dill - tu yang sy hairan, macam sengaja je nak bagi dengar kat kita pulak

    ctmarqonah - yuppp. setuju sangat2 tu. Memang blog salah satu cara kita dapat meluahkan apa yang kita rasa...

    Lady ^ Tina - diorang tu sengaja nak bagi dengar kot...tapi sy yang tak boleh tahan dengar.

    kak ct - hahahaha..memang tengah kembang segalanya ni kak ct...terimakasih kak ct, dah lama tak dapt kembang macam ni.

    Yana - diorang terhenti sebab tgk sy senyum sorang2 tak pasal2...diorang macam hairan kenapa sy senyum padahal sy tak bercakap dengan sesiapa..tu yang diorang macam terasa sy tgh senyumkan kat diorang

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails