JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, April 20, 2011

NO PAINS NO GAINS

Kucing Kak ct
Beberapa hari kebelakangan ni, shift entry sy telah bertukar kepada malam pulak. Maksudnya semua entry sy di buat pada waktu malam kerana waktu siang sy terlalu sibuk dan tidak sempat nak online kecuali pada awal pagi, itu pun hanya untuk edit entry dan kemudian post. Jadi bila buat entry pada waktu malam ni, kuranglah ligatnya sy nak buat blogwalking seperti waktu siang, di tambah dengan line internet yang sememangnya tidak membantu langsung usaha murni sy ini. Walaupun begitu, no gain no pain kata orang putih, Kata orang melayu penantian itu satu penyiksaan..ahakss. Memang tiada kaitan. Bila cakap pasal no gain no pain ini sy teringat pasal satu kajian saintis terhadap kucing ( sy dengar cerita ni di radio IKIM FM ) Pada kajian tu, mula2 diletakkan 2 ekor kucing iaitu si A & B dalam sebuah sangkar besar dan atas sangkar ada sebuah aquarium kecil bersama seekor ikan di dalamnya. Jadi kedua2 kucing ini berebut2 untuk naik keatas dan bila tiba di atas, saintis itu menyiram kucing2 itu dengan air menyebabkan kucing2 itu bertempiaran lari kebawah. Kemudian saintis memasukkan seekor kucing C dan kemudian kucing C ini pulak bila cuba nak naik ke atas, kucing A dan B seperti menegah kucing C daripada berbuat demikian.Kemudian para saintis mengeluarkan kucing A dan B dan memasukkan kucing D. Macam biasa bila kucing D melihat ikan di atas, dia pun ingin naik ke atas, tetapi kucing C pulak seperti menegah kucing D daripada naik kerana melihatkan apa yang berlaku kepada kucing A dan B, tetapi kucing D tetap jugak naik dan atas sebab itu para saintis memberikan dia ikan ( tapi bukan ikan dalam aquarium tu ) Maksud kajian itu...errrr boleh sambung esok tak?

4 comments:

  1. alaaa....suke gantung2 citer
    kaloi malas nak tunggu laa
    eeiii

    hahah oke no pains no gains

    ReplyDelete
  2. Dia dah buat dah. Sambung dan terus sambung. Citer nenek tu pun tak abis sambung lagi wahai Encik Santai....

    ReplyDelete
  3. Maksudnyaaa.... Lebihkan usaha, sabar hadapi apa jua rintangan, pasti membuahkan hasil.... Errrrrr betul x JSS???? Heheheh....

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails