Tuesday, April 12, 2011

MAMACHIA 1ST GIVEAWAY

Ceritanya
Apa kata sy mulakan entry ini dengan serangkap pantun dulu2…
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati…..
Jadi apakah kaitannya pantun diatas dengan entry sy. Memang tiada kaitan. Pantun tu sebagai warm up untuk sy memulakan entry kali ni. Ahakksss…adalah sebenarnya. Kalau kita perhatikan orang dulu2, perkara penting yang menjadi ukuran persahabatan dan perhubungan adalah budi atau sikap dan sifat hati seseorang. Bagi mereka setiap budi yang yang dihulurkan amat susah untuk di bayar balik walaupun dengan segunung emas sekali pun kerana nilai budi itu terlalu tinggi. Orang akan sentiasa ingat hingga ke akhir hayat mereka hanya dengan satu pertolongan atau bantuan yang kita berikan. Percaya tak dengan hanya anda membantu memberi  beras segenggam kepada jiran anda yang memerlukan, mereka akan membalas lebih daripada seguni beras..Walaupun tidak ada perkataan semua budi itu harus dibalas tetapi memang itulah adat orang dulu2 yang harus kita sanjungi dan kagumi..
Pandang sekeliling kita sekarang?
Mungkin pantun dulu2 sudah berubah menjadi….
Pisang emas diangkat-angkat
Pisang dole pulak diatas peti
Hutang emas sendiri mau ingat
Hutang budi tergadai body…

Disebalik ceritanya 
Sebenarnya entry yang tak ada hujung pangkal di atas tu sy buat sempena dengan Giveaway contest oleh Mamachia di mana jika anda ingin join contest tu hanya klik saja banner di atas. Hadiah lumayan you!! Bukak2 saja blog dia nahhhhh!!! terpampang besar empunya blog..nampak mata So bagi anda yang nak join jangan lepaskan peluang anda ye. Mamachia...sorry ye sy tak tag sesiapa sebab sy tahu ramai yang akan join bila lihat entry ni ..ahakssss. Dan tidak lupa jugak sy nak ucapkan ribuan terimakasih kepada cik yana daripada pontian, walaupun bercuti sakan tetapi sanggup bersusah payah mencari-cari sy merata-rata ceruk rantau untuk sy join contest ini... 


2 comments:

  1. salam..mama suka entry ini..makasih join iya..semoga berjaya.

    ReplyDelete
  2. haha.. xpyh lah dr pontian tu.. hehe.. maluu :)
    mmg ngh bercuti sakan nie ha.. lagi2 broadband kene bar.. baru je bayar nie.. adeh !

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails