Monday, April 11, 2011

MAHARAJA LAWAK DI PAKEJ MUSTIKA?

Hari jumaat lepas sy berkesempatan menonton Maharaja Lawak setelah sy miss pada episod pertama. Boleh tahan jugaklah ada yang kelakar dan ada yang tidak. Kalau yang lawak tu sy suka R2, Nabil, Sepah dan satu kumpulan lagi sy lupa apa namanya...tapi memang kelakar. Jozan tu sy rasa lawak jugak. Cuma yang sy rasa tak lawaknya bila AC Mizal mengumumkan bahwa minggu depan jika nak tengok Maharaja Lawak kena langgan astro pakej mustika. Mak datuk! Nak tengok Maharaja Lawak pun kena langgan pakej mustika? Memang buat duit betul diorang ni. Nasib baik lah Akademi Fantasia diorang tak masukkan dalam pakej tu....( walaupun sy dah lama tak ikuti AF ni....) Masa awal2 dulu siaran astro, semua dalam satu pakej, kemudian diorang dah buat macam2 pakej menyebabkan kita terpaksa buat pilihan nak rancangan mana yang kita selalu menonton, kalau tengok semua rancangan, lagi mahallah harga...tapi nak buat macam mana, macam sy katakan dulu, kawasan perumahan sy tu memang signal tak berapa elok walaupun pakai piring angkasalepas sebesar mana pun, terpaksa jugak langgan astro untuk gambar yang clear...uhukkksss. Lepas ni apalagi kejutan dari astro.

11 comments:

  1. astro nak duit poket lebih tu. Sebab tu dipindahkan dekat channel mustika ;)..huhu kami lak dah lamo tak tgk tv. baca berita dekat internet jer..lagi pun anak2 tak berminat dengan tv. La ni, kartun untuk anak2 semua download dr internet jer..huhu

    ReplyDelete
  2. dyorang ni mmg takde keje len kowt
    ayik duk naikkan price ngan tmbah chnnel
    lame2 terhapus gak astro ni t

    ReplyDelete
  3. begitu la org berbisnes ada je taktik nk suruh org beli itu ini. kita yg tak sedar ni beli la jgk. takut nnt lama2 org dh bosan terus x laku astro.

    ReplyDelete
  4. salam,

    saya pun minat jugak tgk maharaja lawak ni... minat dgn R2, balas, sepah, man...
    AF ni dah lama saya tinggalkan,
    tapi sbb org dlm rumah suke tgk AF,
    saya kadang2 join sama... tgk 3-4 org nyanyi,
    pastu saya nyanyi sendiri, masuk tido.. lagi best.. hehe
    marketing strategik astro mmg bagus...!! :)

    ReplyDelete
  5. First week, x tengok. 2nd week, tengok halfway. Lepas ni takyah tengok dah

    ReplyDelete
  6. mmg dasyat la astro ni kn...lau pakej murah..xpela juga.....apapun maharaja lawak mmg best..sbb lawak dorang lg sempoi & relaks :)

    ReplyDelete
  7. rasenye pasni pun saye kene pasang astro. reception tak bape elok kat sini. adoi

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  8. tu lah.. saye geram betol lah... boleh plak die tukar pergi WARNA.. ish ! mmg saje lah astro nie.. huh.

    ReplyDelete
  9. kerana duet...maharaja duet...

    macam2 bil ada...

    ReplyDelete
  10. knapalah dia masuk kat mustika~~hummmm..

    ReplyDelete
  11. A'ah... Taw xpe.... Watpe nk subscribe Pakej Mustika sebab nanti dorang dok tayang jgk dekat Prima... Huhuhu.... Luv JOZAN!!!!!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails