JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, April 21, 2011

KEMBALI KEPADA MISTERI LAMA

Kadangkala sukar untuk kita menjangkakan apa sebenarnya yang berlaku.  Berbalik kepada sambungan cerita sy pada entry yang lepas..sorry ye kalau ada yang menunggu, tak sempat masa nak menghabisnya almaklumlah sy buat entry semuanya secara spontan….ahaksss.
Selepas sy mendengar cerita daripada lelaki itu yang mengatakan dia merupakan satu2nya anak lelaki mak cik tu, sy bertanyakan kepada lelaki itu dimanakah ibunya dan lelaki itu menyatakan dia tidak tahu di mana ibunya sekarang kerana mereka sudah lama tidak berjumpa. Lelaki itu juga berkata yang ibunya mempunyai penyakit lupa dan kadangkala hilang ingatan sehinggakan lupa yang dia mempunyai  seorang anak lelaki. Sy tertanya sendirian, macam mana seorang mak cik yang mempunyai penyakit macam tu boleh pergi ke bank dengan membawa duit yang banyak? Pada hari itu sy bukan saja gagal berjumpa dengan mak cik itu tapi bertambah pening dengan kekeliruan tentang siapakah mak cik itu yang sebenarnya.
Selang beberapa minggu selepas itu, mak cik tersebut datang jugak ke bank dan sy terus menyambutnya sambil membawa dia ke meja sy. Setelah selesai semua urusan, sy bertanyakan kepada mak cik itu di mana dia tinggal selama ini dan mak cik itu berkata dia tinggal bersama cucu angkatnya. Sy bertanya lagi di mana cucu angkatnya dan mak cik itu berkata cucu angkatnya berada di luar bank, lalu sy terus bergegas keluar untuk melihat samada cucu angkatnya berada di luar tetapi hampa, tiada sesiapa pun yang berada di luar bank. Sy pun masuk kembali sambil memberitahu mak cik yang cucu angkatnya tidak kelihatan di luar tetapi dia berkeras jugak mengatakan ada. Sy mengalah tetapi risau dengan keadaan mak cik itu lalu sy meng’offer;kan diri untuk menghantar dia ke luar dan bila sampai di luar, mak cik ni seolah2 seperti bercakap dengan seseorang dan kemudian berjalan perlahan-lahan lalu hilang dari pandangan sy. Itu adalah kali terakhir sy berjumpa dengan mak cik itu kerana selepas itu dia tidak muncul2 lagi ke bank sehingga sy berhenti daripada bekerja di bank tersebut.
2 tahun kemudian ( selepas sy berhenti kerja daripada bank ) sy singgah di Segamat untuk melawat bapa saudara sy yang tinggal di sana dan sambil itu sy juga singgah melawat rakan sekerja sy di bank termasuklah rakan sy yang sama2 pergi berjumpa dengan anak lelaki mak cik tu dulu. Pelik bin ajaib bila rakan sy ini memberitahu yang mak cik tersebut masih lagi datang sekali sekala ke bank itu tapi kali ini dia memberitahu dia tinggal bersama2 dengan cucu angkat lelakinya pulak…dan anda tahu siapa nama cucu angkat lelaki mak cik itu?

11 comments:

  1. Encek JSS.... Seram pn ada cite encek ni... Jgn mkacik tu ckp nama cucu angkt lelaki die 2 nama encek JSS sudah la... TBC lgi ea??? Hmmmmm... xpe.. sabar menunggu...

    ReplyDelete
  2. cucu angkat dia you yang dah benti kerja 2 tahun?
    peh, suspens!

    ReplyDelete
  3. Saya nak teka! Saya nak teka! Sure nama cucu angkat lelaki dia tu Jom Bin Santai Bin Sekejap kan?

    Boleh saya tau nama sebenar awak? Yang kat dalam IC. Nak jadikan bapak angkat. Hehehehe...

    ReplyDelete
  4. er..siapakah cucu angkat makcik tuh? takkan u!

    Aduhai.terlepas entry lepas..nk kena godek ni.
    dah lama tak dtg sini.
    minta ampun!

    ReplyDelete
  5. adoiiiii...bila nak abes sinetron neh.

    ReplyDelete
  6. ha ! mesti makcik tu ckp name awk kan JSS..

    ReplyDelete
  7. ctmarqonah - cerita ti dah habis. Mmg nama sy yang mak cik tu sebut..:-)

    zey - yuppp itulah yang mak cik tu sebut kepada pekerja2 bank kat situ. suspens ehh

    MLD - tulah pasal. sehingga sekarang sy tak tahu apakah misterinya mak cik itu

    Sitti Radz - Tepat sekali tekaan awk sampai ke nama datuk pun ada. Nama ikut dalam I/C mmg sama macam apa yang awk cakapkan tu :-)

    Achahani - Memang nama sy yang mak cik tu sebut. Pelik kan?

    kak ct - dah habis dan kak ct...takkan tak boleh teka? kalau betul 50 sen 50 sen 50 sen

    Miss Dill - yupppp tak ada orang lain dalam cerita ni.

    Yana - yess cik yana. Mak cik tu mmg sebut nama sy. Musykil sy memikirkannya

    ReplyDelete
  8. ceh... mmg x patut... main2 ye!

    ReplyDelete
  9. Hmmmmm... Dh abes rupanya... Heheheh...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails