JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, April 8, 2011

KATA ORANG BUKAN MUDAH UNTUK BERKATA-KATA

Salam santai. Lama benar sy tak buat entry kata orang… ahakss sebab orang sekarang dah tak berkata-kata, semua pakai sms je. Kita selalu pernah dengar perkataan kata-kata tidak semudah seperti yang di ucapkan. Setakat cakap itu ini, begitu begini tapi hakikatnya tidak satu pun yang betul, tidak satu pun yang dibuat seperti apa yang dicakap. Mulut kata cinta, hati kata sebaliknya. Mulut kata sayang mata memandang ke lain… Tapi ramai ke orang yang masih berpegang kepada apa yang mereka katakan? Setiap kata-kata mereka tu mereka kotakan?
Ingat pada entry sy beberapa hari yang lalu pasal seorang ayah yang memarahi anaknya kerana anaknya memukul cikgu dan kawan-kawannya? Well, hari ni sy lihat si ayah sedang sibuk berniaga macam biasa tanpa anaknya yang sy rasa kemungkinan besar dia sudah pun menghantar anaknya ke Sabah bersama Opahnya. Nampaknya dia memang buat seperti apa yang dia katakan tempohari…emmm mungkin dia berfikir itulah jalan terbaik untuk anaknya.
Mengapa berjanji jika kita tidak pandai menepatinya? Mengapa meng’ya’kannya jika hati berkata tidak? Sebenarnya semua ini datangnya daripada kejujuran hati kita. Berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang mungkin akan menggoreskan atau menyinggung orang lain satu hari kelak….kata orang.

7 comments:

  1. kata2 itu ibarat doa. Kalau kita sebut 44 kali, benda tu jadi betul. =)

    ReplyDelete
  2. salam,

    hati manusia lain2
    hari ni ckp camgini,
    bsk dah jdk lain
    hari ni marah bukan main,
    bsk tercari2 pulak pada yg kena marah
    hari ni buat janji
    bsk lupa pada janji

    ReplyDelete
  3. yess betul tu. mengapa berjanji kalau tidak dapat mengotakan? dalam hal ni sy lebih suka orang tu bercakap benar dari cakap putar belit :). pahit mana pun benda yang disampaikan atleast tak la berpanjangan :)

    sy lebih suka bercakap terus dengan anak-anak dari berselindung dari hal sebenar. huhu pointnyer satu jer..jgn menipu ;)

    ReplyDelete
  4. orang yang bercakap benar ini selalu dituduh kasar dan kurang ajar walau waktu berkata-kata rasanya lembut gigi dari lidah. dan orang sekeliling pun macam tidak berapa nak 'favourite' pada kita.

    kakct tidak garang tapi serius masa kerja. siap ada rotan tepi meja (utk libas tangan2 gatal megapai) gheheheeee.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...
    sihat..???
    lama sggh sy tk menjengah blog nie...
    winduuuu....ahahhahah

    ReplyDelete
  6. sebenarnya berkata-kata tersangat mudah, tapi untuk menunaikan kata2 tersebut tidak semudah yg disangka.

    ReplyDelete
  7. kadang2 kite ni bercakap tanpa berfikir. termasuk juge saye. sepatutnye berfikir dulu baru bercakap. entahlah

    Miss Dill^^

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails