Sunday, April 10, 2011

HATI INI PERNAH DILUKAI

Hari ni baru sy dapat buat entry. Busy sedikit 2,3 hari kebelakangan ni. Tak berkempatan rasanya nak online apalagi nak buat entry mahupun blogwalking...so ada sedkit waktu ni, sy redah jugaklah ye. Bila redah, maka entrynya pun akan jadi tunggang langgang..bila tunggang langgang maka hanya orang yang benar2 faham saja yang tahu apa yang sy tulis...ahaksss...
Beberapa malam yang lepas waktu sy mendengar radio mengenai keluhan hati, sy tertarik dengan seorang pendengar yang meluahkan keluhannya mengenai hatinya telah dilukai. Teringat sy kepada lagu Ajai dan Kris Dayanti bertajuk Hati Ini Telah Di Lukai. Secara ringkasnya si gadis ini telah menjalinkan perhubungan dan mengenali dengan teman lelakinya hampir 10 tahun dan jangka waktu itu semuanya berjalan dengan indah dan tiada sengketa mahupun salah faham antara mereka. Semuanya lancar hinggakan mereka sudah pun merancang untuk mendirikan rumahtangga pada tahun depan. Tetapi kesemua itu hancur hanya kerana adanya pihak ke 3.. bukan datang menggoda teman lelakinya, bukan daripada pihak keluarga yang tidak suka..tetapi datang daripada rakan gadis ini yang seakan cemburu dengan perhubungan mereka...dia menimbulkan cerita2 yang kurang senang dan akhirnya teman lelaki dia terpengaruh dan meninggalkan gadis ini. Sambil meluahkan luahan rasanya, gadis ini tidak dapat mengawal perasaan dan menangis kerana katanya dia terlalu sayangkan teman lelakinya.
Pernahkan anda di lukai sebegini? Atau adakah sesiapa yang rapat dengan anda pernah mengalaminya?

7 comments:

  1. sy xpernah rasa camni sbb xpenah kapel pon.. ehehe..

    tp tgk drpd persekitaran mmg ada la kwn yg dgki. mybe sb tgk kawan dia tu xbsame lg mhabiskn masa ngn dia sbb byk mse dihabiskn dgn partner dia..

    tp, kalo xde jodoh, nk wat cmne kn? wlaupun pahit, kne terima gk. maybe kalo hbungn tu bterusan, akan jd lebih buruk? who knows? hmm..

    ReplyDelete
  2. ape yang saye lalui tak de la mcm gadis tu. tiada rakan yang memburukkan saye. cume ex-bf saye curang ngan pompuan lain. saye sedih. tapi buat ape dikenang lagi. ye tak?

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  3. Sakitttt woooooo...... Hhuhuhuhu.... Xnk dah lalui rasa mcm 2.....

    ReplyDelete
  4. Errmmm... 10 tahun bercinta dan tertewas dek terhasut dengan mulut jahat pihak ke-3? Mmg tak patut...

    ReplyDelete
  5. pernah dan rasa sakit atinya mmg mendalam. mana taknya masa tu, pas je kami putus, ayah akak meninggal dunia..dy boley plak mai, rasa cam nak maki dy jek sb dy mmg tak membantu dgn kehadiran dy tuh.

    tp apapon, skrg rasa marah tu da ilang..tak guna nak simpan rasa sakit ati, lagipon akak pon da berkawen..:)

    ReplyDelete
  6. saya pernah arsa sekali, dans erik sampai sekarang. atau erti kata lain, menyesal terjerumus ke lembah sebegini. argh!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails