Thursday, April 28, 2011

FATTY LIVER..BUT I'M NOT FAT

Pernah dengar ungkapan diatas? Yuppp selalu iklan tu keluar kat tv. Memang lawak lihat cara yang gemuk itu menjawab semua soalan dengan selamba..tapi pointnya memang masalah obesiti sudah menjadi2 di negara kita, so hari ni sy akan beri anda semua beberapa faktor atau sebab obesiti yang sy rumuskan daripada beberapa website antaranya ialah:
1) Pemakanan yang tidak sihat - Manis, berlemak, masin dan pelbagai lagi rasa memang sudah menjadi resam makanan di Malaysia seperti teh tarik, roti canai, nasi lemak dll yang mempunyai kandungan gula dan kabohidrat yang tinggi dan semua makanan tersebut menjadi rutin sarapan kita. Ada antara kita yang sudah peka meminta mengurangkan kuantiti gula dan sebagainya dalam makanan dan minuman tersebut.
2) Cara hidup yang tidak sihat - Tidak ramai rakyat kita yang mengamalkan senaman pada waktu petang dan masa yang sempat sebaliknya lebih banyak masa kepada dunia internet dan lepak di kedai mamak. Tiada proses metabolisme yang sesuai.
3) Pemakanan yang tidak mengikut waktu dan sukatan - Kadangkala ramai jugak makan tidak mengikut waktu terutama waktu lewat malam kerana ianya akan melambatkan proses penghadaman dan makanan yang tidak hadam itu akan terkumpul di bahagian tertentu menyebabkan obesiti.
Katakan TIDAK kepada obesiti.

8 comments:

  1. huhu ape tak obesiti kalau lepas jer waktu skolah ker ape, budak2 dan org2 kita skg hadap tv/komputer? betul tak? jari jer yang senaman :D..dah la makanan sekarang lebih bnyk lemak :( ..tak senaman lagi satu hal..

    ReplyDelete
  2. kaloi kejap kejap senam
    kejap kejap berhenti
    tu yang lagi wat gemok
    adesss diet diet diet

    ReplyDelete
  3. tapi camne ngn org kurus yg suka makan ngn sesuka ati ek??

    takp gak kekadang...sb kita tak tau apa sakit kita..

    ReplyDelete
  4. alamak. saye ni slalu skip2 makan. abes la..

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  5. ecehcehcehhhhh...perli nampak.

    setuju yang makan tidak ikut waktu antara penyumbang kegemukan.
    contoh : diet punya diet punya tahan takmo makan, last2 tak boleh tahan, lantak sampai 2 pinggan. diet ke hape namanya tu.

    entry kali ini serius gila nampak!

    ReplyDelete
  6. Saya tak gemuk... Saya comel. Hahaha =)

    ReplyDelete
  7. ye,kena jg pemakanan kite (d tujukan kdp diri sendiri jugak)...

    :)

    ReplyDelete
  8. me pun hampir obesss. huhu takut!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails