Thursday, March 31, 2011

TIDAK SEMUA MASALAH ITU MUDAH

Pagi tadi sewaktu sy sedang seronok ketawa sendirian membaca komen2 daripada rakan bloggers..errr sambil bersarapan, tiba2 ada seorang lelaki memimpin anak dia dan menyuruh anak dia duduk di meja berhadapan dengan meja sy sambil mengarahkannya untuk membaca dan membuat homework..rasanya anak dia ni dalam darjah 1 @ 2, sementara lelaki ini pergi ke seberang jalan ke satu van yang menjual kuih2. Dia ni peniaga rasanya. Dalam dok berniaga tu, daripada jauh dia menjerit menyuruh anaknya baca...( ini baru dinamakan Pengajian Jarak Jauh :-) )
Pendek cerita, dalam 10 minit kemudian, dia datang balik ke meja depan sy sambil memberi lecture kepada anak dia lebih kurang beginilah percakapannya...opsss sebelum tu, sy sebenarnya tak naklah dengar tapi terpaksa jugak sebab lelaki ni cakap kuat sangat.
"Riyan ni nak jadi apa? Pergi sekolah gaduh dengan kawan..dengan cikgu Riyan pukul. Nak jadi samseng ke? Nak papa hantar pergi Sabah tak? Duduk dengan Opah. Kat sana Riyan nak jadi samseng, jadilah. Papa tak kisah. Riyan tahu tak papa berniaga susah2 nak bagi Riyan senang. Kecik2 Riyan dah gaduh dengan budak, dah pandai pukul cikgu, dah pandai nak ponteng..Jangan nak tunjuk muka nangis. Papa tahu Riyan berlakun je..selama ni Riyan berlakun je depan papa. Cuba cakap Riyan nak jadi apa?".....cukup setakat tu. Sebenarnya panjang lagi.
Sy tak nak persoalkan apa2 disini, sebab sy tak tahu hujung pangkalnya siapa yang benar dan siapa yang salah, cuma sy mengeluh seketika...this is life. Setiap manusia ada masalah masing2...tidak semua dapat menghadapi masalah2 mereka dengan mudah.

13 comments:

  1. hehehek . . memang . . . kehidupan memang banyak panca ragam dan pelbagai *ape aeak . . * adess. . lupa skrip la . . heehe . . *maaf*

    tpi memang . . sy cume tahu . . life is not easy . . ^^,

    ReplyDelete
  2. budak2 nak membesar. bila da besar sikit, matang la kot. tapi stylr ayah dia marah ada umph. haha.

    ReplyDelete
  3. mmg sangat payah nak atasi masalah dgn kanak2..anak akak yg kecik ni pon sush aka nak paham. kekadang rasa cam nak menjerit2 jek..humm..yg harus ada pada ati hanya sabar2 dan usaha tuk merubah...tapi camne??

    ReplyDelete
  4. urhhhh .. membesarkan anak bukan perkara mudah. tidak pandai dah memang satu hal...yang pandai pun kadang2 buat hal.

    tetap teruskan usaha didik mereka sampai kakct tua.

    tahu tak mampu jadikan mereka seperti yang kita mahu. berserah, pasrah pada Dia yang Satu (bukan 1 Malaysia).

    ReplyDelete
  5. saya agak kurang gemar bila tengok parents marahkan anak2 dekat tempat public. tak boleh ke tunggu sampai rumah?

    ReplyDelete
  6. wah!tp bgoslabpk die.ade stgh parents yg lbeh sblhkn ank die kn?

    ReplyDelete
  7. setiap manusia punya masalah tersendiri. kite ingat masalah kite dah besar/teruk, padahal ade yang lagi truk dari kite.

    kite alpha.

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  8. Riyan nak jd pelakon la papa... Hehehehe....

    2la... xsemua masalah 2 dpt diselesaikan dgn mudah... Kadang2 amik masa nk selesaikan...

    ReplyDelete
  9. tak semua masalah itu mudah.agree hehehe

    ReplyDelete
  10. hmm... terharu dgn ayah yg macam tu...

    ReplyDelete
  11. betul! tak semua org berfikir cmni :)

    ReplyDelete
  12. betul tu santai :)..kita cuma dapat memerhati jer sb kita tak tahu luar dan dalam masalah sebenar dorang :)..nampaknya kita kenalah mendekati keluarga kita sendiri dahulu sebelum memperbetulkan org lain pulak ;)..betul tak?

    ReplyDelete
  13. budak2 pun ada masalah dorang jugak..
    cuma cara nak interpretasikan tu, tak kelihatan sangat atau mungkin dah ditunjukkan segigihnya sebagai tanda mereka ada masalah, tapi kita sebagai orang dewasa, boleh jadi kurang sedar perubahan mereka..
    deal or no deal?

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails