Tuesday, March 15, 2011

PAGI-PAGI LAYAN PERASAAN

Pagi-pagi ni, rata-rata kalau bukak suratkhabar, mesti masih pasal tsunami yang melanda Negara Jepun baru2 ini. Lepas satu – satu perkara terbaru yang terjadi daripada kerosakan teruk, loji nuclear terbakar, gempa susulan yang akan berlaku dan macam2 lagi yang pasti akan menarik perhatian seluruh dunia umumnya. Pasukan SMART Malaysia jugak sudah dalam persiapan menghantar pasukan mereka bagi misi membantu mangsa2 dan juga meringankan beban Jepun dalam menangani bencana tsunami ini. Bila fikir2 balik, secara kasarnya negara jepun masih beruntung kerana setidak2nya mereka masih dapat ‘bersedia’ menghadapi tsunami walaupun hakikatnya tiada siapa boleh yang menghalang bencana alam walau semaju mana pun negara tersebut. Bagaimana dengan tsunami yang melanda Sumatera beberapa tahun yang lepas? Tanpa peralatan yang canggih untuk mengesan tsunami, tanpa persediaan penduduknya untuk mengetahui apa yang sebenarnya akan mereka hadapi…semuanya di terima bulat2, redha dengan apa yang akan mereka terima….Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Adakah kita mengetahui apakah hikmahnya disebalik kejadian2 itu? Wallahualam….  Semuga kita sentiasa hidup dalam aman damai hendaknya.

8 comments:

  1. perkara ini mengajar kita bahawa bahaya ada di mana2.

    moga Allah melindungi kita dari sebarang malapetaka. insyaallah

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  2. betul..moga2 kite sedar dh insaf dgn segala kejadian Allah..hidup ini sementara..

    ReplyDelete
  3. Sama2lah kita ambil iktibar dari bencana ni. Dan marilah kita berdoa semoga Allah jauhkan negara kita dengan bala bencana yang dashyat ni.. Amin.

    ReplyDelete
  4. apa cerita agaknya bantuan rumah untuk mangsa tsunami di Kedah? dah siap ke rumah yang terbengkalai tu?

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua terselamat dibawah lindunganNYA.. amin..

    ReplyDelete
  6. betul tu. Negara kita ntah apa akan jadi pula lepas ni. Memang kita tidak terletak di lingkaran api pasifik. Tapi mana tau Allah bg ujian dari segi lain pulak?

    ReplyDelete
  7. Miss Dill - setuju sangat...pandai cikgu.

    Khumaera - Hidup yang sementara inilah yang akan menentukan dimana letaknya kita pada hidup yang kekal pada masa akan datang...

    Achiq - Amin. Semuga kita sentiasa beringat kepadaNya.

    Aisah/azman - kadangkala semut diseberang jalan boleh kita nampak, gajah depan mata tak kita perasan.. eemmmm lain macam pulak bunyinya.

    My Little Diary - emmm awk punya blog sy tak boleh bukak buat masa ni, macam ada malware..cuba awk try test...

    vielyns - Ujian dari Allah tu tidak kira di mana kita berada, siapa diri kita....

    ReplyDelete
  8. T - Tuhan
    S - sudah
    U - uji
    N - namun
    A - ada
    M - manusia
    I - ingkar


    www.duniakiesya.blogspot.com

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails