JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, March 11, 2011

JALAN PUNYA JALAN PUNYA JALAN

Pejam celik pejam celik dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu. Bila mula hari Isnin, rasa macam lambat betul hari Jumaat, bila tiba hari Jumaat, rasa macam cepat pulak masa berlalu… Jadi cepat atau lambat, masa tetap berjalan pergi, cuma persoalannya adakah kita telah menggunakan masa yang berlalu itu sebaik mungkin…sebanyak mungkin. Kalau belum, selagi kita ada masa, selagi kita diberi peluang…gunakanlah. Nanti bila dah jadi pelupa, dah nyanyuk…masa bukan lagi jadi perkara penting. Cakap pasal lupa ni, semalam sewaktu sy hendak membayar parking kereta sy, adalah seorang wanita cina menyapa sy.
“Encik…kat mana Bank Islam?”
“Oooo you kena pergi hujung jalan ini, kemudian you masuk kiri dan jalan terus sampai hujung. Itu Bank Islam betul2 hujung jalan” Sy menjawab dengan sopan santunnya.
“Ok…terimakasih ye”
“Auntie mahu pergi Bank ke?” Mulalah sy jadi terlebih peramah.
“Bukan…sy sudah lupa kat mana sy parking kereta, cuma sy ingat sy parking dekat Bank Islam” wanita cina itu memberikan jawapan sambil tersengeh2 kat sy.
Daripada situ ke Bank Islam jaraknya adalah dalam 400 metre. Jauh tu dia berjalan sampai tersasar. Ini mesti kes dia jalan dan berjalan dan berjalan dan berjalan dan akhirnya tersesat sampai lupa jalan balik…

9 comments:

  1. Itu biasa...saya pun sama... ahhahahhah..

    biasanya lost dkt parking shopping terutamanya sunway pyramid n midvalley. erk.

    I HAVE BAD MEMORY ok.

    ReplyDelete
  2. susurh la antie tu kembali ke pangkal jalan.. haha

    ReplyDelete
  3. salam
    kekekee... kelako pulak baca cite aunty tu... nasib baik dia tak lupa kat bank mana dia parking. kalau tak lagi haru...

    ReplyDelete
  4. Puan kutu - memang ada...lagi teruk pun ada.

    Wan Hafisah - mula2 dulu masa kat sunway pyramid buat renovation, sy pun confuse...

    topimagine - hahaha...dia tengah carilah tu

    My Little Diary - kalau dia lupa bank mana, sy rasa dia akan balik terus rumah dia..

    ReplyDelete
  5. dia lupa jalan yang mana satu tapi dia tak malu bertanya. mudah2an dia tak sesat jalan.

    budi bahasa budaya kita.
    ramah mesra hidup bahagia.

    ReplyDelete
  6. malu bertanya sesat jalan~

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  7. kak ct - errr nak sy tanya dia tak samada dia dah jumpa kereta dia atau tidak?

    Miss Dill - ada orang tak malu pun masih sesat jugak :-)

    Siti - hahahaha...masa dia tanya tu serius je sabab tulah sy dok tanya dia nak pergi bank islam ke...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails