JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, March 15, 2011

JADUAL WAKTU PADAT

Ehsan Google

Sekarang ni cuti sekolah, jalan tak adalah sesesak biasa, tak adalah kelam kabut potong sana potong sini takut lambat masuk office. Semuanya smooth …lancar dan tenang. Cakap pasal sekolah ni, bila kita tengok murid2 sekarang ni, bila diorang bawak beg sekolah, terutama murid darjah 1 hingga 3, ada yang kadangkala beg sekolah diorang tu lebih berat daripada berat diorang..hahaha, nampak macam tulah. Masa sy sekolah dulu2, rasanya buku2 teks tidak sebanyak sekarang. Ada setengah murid2 tu sy tengok lebih busy daripada kita yang bekerja..manakan tidak, pagi ke sekolah, lepas sekolah pergi ke sekolah agama kemudian petangnya ada latihan ko-ku ataupun aktiviti sekolah yang lain mahupun tuition, pendek kata, sungguh padat jadual waktu diorang…itu yang kadang2 jangan tak tahu, kanak-kanak pun boleh stress disebabkan jadual mereka yang padat. Nak buat macam mana arus perubahan zaman. Teringat sy masa kecik2 dulu, masih sempat main dengan kawan2 panjat pokok jambu lepas waktu sekolah. Pergi sekolah pun jalan kaki dan ada yang naik basikal. Masa tu sy rasa keadaan macam selamat, tapi sekarang, nak suruh anak jalan kaki sorang2 pergi sekolah...emmm alang kita sendiri nak jalan sorang2 pun belum tentu selamat...

3 comments:

  1. dulu balik ngaji, merewang naik basikal. lari sana, lari sini. tak de nak risau ape pun. skarang ni, depan umah pun bahaya. manusia makin pelik. anak orang nak diculik.

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  2. dulu g sekolah rendah nek moto.. vroom vroom..
    advance kan ? haha... *arwah ayah yg anta.. haha..dr drjh 1 smpy 6 :)

    ReplyDelete
  3. As salam..
    Sekali air bah,
    Dunia pun dah berubah.

    Teratak Usang

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails