Tuesday, March 8, 2011

CERITA WANITA LAGI

Cerita wanita lagi? Ahakksss taklah semua. Sy nak kongsi satu cerita yang berlaku kat satu hypermarket beberapa tahun yang lepas, tapi oleh kerana ada kaitan sikit dengan hari wanita ni, maka sy ceritalah....
Masa tu sy tengah nak membeli deodorant sy lah. Biasalah, bila nak beli deodorant ni kenalah pilih2, lepas tu ambik bau sana, ambik bau sini, tengok bau mana yang sedap...dekat belakang sy ni, ada sorang lelaki yang daripada tadi asyik mundar mandir...kesana kesini melihat barangan yang dia nak beli. Dalam hati sy berkata mungkin dia tak pasti barangan apa yang dia nak beli. Jadi memang elok sangatlah, dia tengah nak memilih dan mencari barang dia, sy pun tgh mencari deodorant yang sesuai...adalah dalam beberapa minit, seorang budak kecik datang dan bertanyakan kepada lelaki tu
"Ayah, apasal lama sangat? Mak tengah tunggu kat kaunter tu?" kira anak dialah tu. 
"Panggil mak kejap. Ayah dah lupalah yang mana satu nak beli?" lalu budak tu pun bergegaslah pergi memanggil mak dia....Sorrylah, sy naik seronok nak tahu cerita selanjutnya, so sy buat pura2 belum jumpa deodorant sy padahal sy dah pilih dah mana nak beli...:-)
kemudian si isteri tu pun datanglah dengan trolley dia. Kira tak jadi membayarlah tu sambil muka dia kelat semacam....
"Abang...kan dah cakap tadi k***x yang non wing warna biru tu" si isteri 'bergurau' dengan suaminya sambil mengambil barang tersebut.
"Abang lupa jenama dia sebab semua kat sini banyak yang warna biru...." jawab suami dia sambil sy jugak beredar daripada situ sebab tak tahan nak ketawa...
Sebenarnya bukan sy nak cerita pasal kekeliruan yang berlaku tu, tapi wanita selalu pakar dalam membeli dan memilih tidak kira barangan lelaki mahupun perempuan, tapi ramaikah lelaki yang seumpama si suami tadi sanggup tercari2 kesana sini semata2 untuk mencari barangan wanita?   

7 comments:

  1. hehehe... boleh tahan dia punya bz body ek.. :P

    ReplyDelete
  2. Siti - opsss...busy body ke? tak terperasan. Aku lupa! aku lupa! aku lupa!

    ReplyDelete
  3. yer la bz body nyerr ngalahkan prm.sanggup pura2 tak jumpa cari barang ishh...3.....

    ReplyDelete
  4. oh ho...no no no. hubby punya kak ct tolong belikan tak apa. tapi tak sampai hati nak soh dia tercari-cari bila nak belikan yg kak ct punya.

    soalan : punya apa? cis bedebah!

    ReplyDelete
  5. kak ct - kak ct dah tanya dulu...baru nak tanya.

    ReplyDelete
  6. hehhe kalau part beli membeli sy sendiri yang beli. kalau lelaki, memang lelaki yang pegi..sb ikut kepuasan hati masing2 kan :).

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails