JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, March 8, 2011

CERITA DISEBALIK CERITA

"Keliling kampung orang dok cakap pasal kau Munah. Kau tak dengar ke?" Mak Tom memulakan perbualan petang itu sambil tangannya cepat2 mencapai goreng pisang yang baru dihidangkan oleh Munah.
"Ada jugak sy dengar Mak Tom, tapi sy buat derrggkk je. Orang putih kata apa tu, buat donno je" Munah membalas sambil tersenyum sinis.
"Takkan kau buat apa kau cakap tu...derrggkk. Lantaklah bunyinya. Buat tak tahu je Munah. Ini pasal maruah kau jugak. Si Bedah dengan si Jenab tu, dok asyik menjaja nama kau kat warung Mak Cik Limah tu..takkan kau tak ambik kisah?" Hairan jugak Mak Tom bila Munah hanya membiarkan perkara tu lepas macam tu aje.
"Sy bukan apa Mak Tom, orang kata, biar orang lain mengata, pahala dapat kat kita nanti" 
"Engkau ni...aku bukan cakap dosa pahala...Mentang-mentang laki kau tu Ustaz Amirul." Mak Tom semakin laju mengunyah goreng pisang. Dah 5 keping di 'baham'nya.
"Sy nak cakap apa lagi Mak Tom. Biarkan jelah diorang. Mulut diorang, mana boleh sy tutup macam mulut tempayan...betul kan Mak Tom?" sambil Munah cepat2 mengambil goreng pisang yang tinggal 2 keping, takut sendiri tak merasa.
"Haaaa...lantaklah kau Munah, aku cuma nak beritahu je. Lepas ni mesti jiran sebelah kau pun akan cakap benda sama pasal apa yang aku cakap ni." Mak Tom dah mula putus asa dengan sikap Munah.
"Jiran sy si Zaitun tu...?" Munah bertanya...
"Hahhh siapa lagi?" Mak Tom mula mengangkat kakinya..itupun setelah dilihatnya Munah tidak menambah goreng pisang yang ada.
"Dia tahu daripada siapa cerita2 tu...?" tanya Munah sebab setahunya Zaitun jarang keluar daripaa rumah.
"Siapa lagi? Daripada Jenab dengan Bedah tulah..."
"Jenab dengan Bedah pulak, siapa yang cakap kat diorang?" tanya Munah lagi seperti mula berminat.
"Siapa lagi kalau bukan aku ni hahhh.." dengan nada tenang Mak Tom beredar.

10 comments:

  1. Jahat betul mulut Mak Tom tu kan? Hehehe... Citer apa ni Encik Santai?

    ReplyDelete
  2. salam,
    ish3x... org pompuan, takder keje lain.... hehehehe

    ReplyDelete
  3. Siti - masa menaip tadi nak buat cerita lain, tiba2 cerita lain pulak yang keluar...spontanlah katakan :-)

    ReplyDelete
  4. My Little Diary - ehhh pemandu pelancung kita :-) lama tak dengar cerita?

    ReplyDelete
  5. oh Mak Tom. mmg Tom Tom Bak btol la~


    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  6. Miss Dill - nasib baiik tom bak..kalau tom yam, boleh buat makan malam lah lepas ni...tunggu masak nasi je:-)

    ReplyDelete
  7. kena tombak jugak mak tom tu nnt.

    ReplyDelete
  8. Jannah - yang bagus tu dia selamba je pergi...

    kak ct - wahhh...pakai tombak terus ye kak ct.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails