JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, March 28, 2011

BERCINTAKAH ANDA?

Kadangkala kita keliru samada selama ini kita hanya berkawan atau bercinta. Dalam hati terasa seperti kita sudah berjumpa dengan seseorang yang kita impikan tetapi kenyataannya, tiada apa yang indah berlaku selain daripada berkongsi suka duka kehidupan seharian tanpa sebarang petunjuk apakah kita sedang bercinta atau hanya sekadar berkawan. Lama kelamaan, kita akan mula merasa bosan sebelum waktunya menyebabkan kita akan kehilangan kedua-duanya…sebagai kawan mahupun sebagai kekasih. Hari ini sy bagi clue bagaimana nak tahu samada pasangan kita menganggap kita hanya sebagai kawan rapat atau sebagai kekasih…ahakksss:
1)      Jika setiap perbualan hanya anda yang memulakan atau mencari topic untuk dibincangkan, maka secara nyatanya dia kurang berminat dengan anda tetapi lebih berminat dengan cerita anda. Dia mungkin boleh menjadi pendengar yang setia tetapi bukan pasangan anda.
2)      Setiap kali sms, perkara yang sama akan dia tanyakan..Dah makan? Dah mandi? Dah tidur? Dah start kerja? Dah balik kerja? Ini semua adalah soalan2 bagi mereka yang sudah ketandusan idea dan tidak tahu langkah seterusnya bagi meneruskan perhubungan selain daripada tunggu dan lihat.
3)      Bila anda keluar makan, cuba lihat dia selalu melihat ke mana? Jika dia melihat orang lain makan ke, tengok makanan orang lain ke, sedang mengelamun sorang2 ke…emmm, anda tahu apa nak buatkan.
4)      Jika anda dan dia ada ‘date’ tengok wayang kali pertama..tengok cerita apa yang dia rekomen kan..walau apapun ceritanya, sebaik2nya dia akan tanya dulu cerita apa yang anda suka. Jika minat anda dan dia berbeza, seharusnya dia akan mengalah dulu..tapi kali pertama dah dia nak tengok cerita yang dia suka..anda suruh je dia tengok sorang2.
Next entry, kita tengok tips jika perkara2 diatas berlaku, apakah yang perlu anda lakukan pulak..

12 comments:

  1. Ni based on real-life experience ke? Tapi memang betul pun. Kalau dalam semua perkara, kita rasa macam kita "sorang2" walaupun pada masa keluar berdua, itu maknanya... Dia tidak berminat pada kita. :)

    ReplyDelete
  2. Siti Radz - Oh tidak sama sekali...selalu dengar cerita daripada orang2 yang kecewa atau tersalah sangka..ahaksss.

    ReplyDelete
  3. cinta mmg sgt complicated...serius mehh..

    ReplyDelete
  4. pengalaman memang guru yang baik tapi jika cuma panjangkan pendapat org lain, ada kemungkinan sebahagian kecil silap.

    no. 4 tu comel...mmg dia nak suka2 tumpang tue prgi tengok wayang. ini species yg kepit duet.

    kakct....dermawan ....hehehgheee

    ReplyDelete
  5. cinta zulaikha - sangat-sangat complicated.. terutama bila melibatkan hati..perghh

    kak ct - hahahaha..saja nak kenakan oranglah tu. apa-apa pun, sedikit sebanyak tu sy ambil dr pengalaman kak ct jugak...kan..kan..kan

    ReplyDelete
  6. dokter cinte :)

    jss, jom bercinte nak? hahahahahaha!

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  7. Miss Dill - hahaha Miss Dill..boleh..boleh. Bila nak start?

    ReplyDelete
  8. skarang pun boleh. cak!

    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  9. O.o

    cara kakct pulak...

    betollah tu...tak terpikat kakct tak akan layan lebih dari sepatutnya. nanti si dia ter'perasaan' pulak. pun kakct tak pangkah lebih2 nnt tergadai body.

    undi (pangkah) itu rahsia...heherghhh

    ReplyDelete
  10. Miss Dill - errr tak perlu rehearsal ke?

    Kak ct - yupp..jangan salah pangkah macam cerita ali baba bujang lapuk, tapi knowing kak ct..jarang salah pangkah :-)

    ReplyDelete
  11. bayangkan...kalau nak pangkah pun kakct habaq kat en suami...heheheee.

    boleh beli guna cc kakct tapi kena dua tiga kali suruh dia ganti...hehehe.

    baik punya bini.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails