JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, March 2, 2011

BEGINIKAH AKHIRNYA NANTI?

Ehsan Google

Semalam adalah seorang supplier dan jugak sy anggap kawan menghantar barang stationery ke office sy, sepatutnya dia hantar beberapa hari yang lepas, tetapi lewat. Sesampainya di office dengan barangan tersebut, dia pun beritahulah yang dia tak dapat datang kerana menghantar ayahnya ke hospital sebab strok. Nasib baik barang tu semua tak adalah penting sangat, hanya untuk tambah stock yang sudah berkurangan… Tapi sy bukanlah nak cerita pasal stock, bukan jugak nak cerita pasal strok mahupun ayahnya tetapi cerita pasal adik beradiknya. Sebab apa? Kerana mengikut ceritanya, daripada ramai adik beradik dia, cuma dia sorang saja yang menjaga ayahnya selama ini ( selain daripada maknya ) walaupun adik beradik dia semua tinggal berdekatan. Tak kiralah samada menghantar ke hospital, makan minum, perbelanjaan harian dan sebagainya. Walaupun dia bekerja sendiri tetapi sepatutnya beban tersebut opsss tanggungjawab tersebut haruslah dipikul samarata dengan adik beradiknya atau setidak2 nya meringankan sedikit kerja kawan yang sorang ni..tapi semua buat hal masing2. Dah 5 kali ayah dia kena strok dan kesemuanya dia yang handle serta menjaga ayahnya… Terharu jugak sy mendengarnya tetapi sekurang2nya ada jugak seorang anak yang sebegitu, kalau semuanya bersikap tak ambil peduli, mana lah tempat ibubapa kita nak bergantung…rumah orang tua?

7 comments:

  1. ibarat pepatah lah kan. seorang ibu boleh jaga & besarkan 10 anak sekali tapi seorang anak belum tentu boleh jaga ibu ayah mereka..

    ReplyDelete
  2. alahai kena didik anak betul2 lah kan..dan yang penting seawal dia dalam rahim ibu lagi:)

    ReplyDelete
  3. kenapa la mereka mudah lupa jasa ibubapa....=(

    ReplyDelete
  4. risa - tulah, kadang2 kita dapat mendidik sehingga ke peringkat usia remaja, lepas tu mereka dengan haluan sendiri...dengan rintangan dan dugaan yang pasti akan menguji sejauh mana ketahanan mereka..
    Dak CoMoT - sekarang ni bukan sekatat lupa, malah ada yang memarahi balik ibubapa mereka seolah2 yang mereka marah tu orang lain...

    ReplyDelete
  5. Kesiannya... Tak patut buat cam tu. Biasanya jadi cam ni pada anak2 yg dah kawen. Yang lelaki, sibuk lebihkan isteri. Yang perempuan, sibuk dengan urusan rumahtangga. So, yang jadi "mangsa" adalah anak2 yg masih bujang. Tapi tak semua la macam tu... :)

    ReplyDelete
  6. mmg x patut..diorg x taw,bila diorg wat kat parent diorg mcm tue..nanti bila diorg dh tua,anak diorg lak wat kat diorg..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails