Friday, March 4, 2011

AKHIRNYA SEBUAH GOSSIP

Pendek cerita. Yasmin adalah anak Abg Man yang bongsu. Masa tu dia form 5, kira tahun tu dia nak ambik SPM lah. Oleh kerana Abg Man ni duda dan anak2 nya yang lain ada yang bekerja dan ada yang masuk U, maka selalunya dia akan membawa Yasmin kekantin jika shift dia bertugas. Nak jadi cerita, ada beberapa subjek yang Yasmin agak kurang faham dan Abg Man meminta bantuan sy untuk mengajar Yasmin. Mula tu agak keberatan sebab masalah masa dan tempat, tapi disebabkan tak sampai hati nak menolak, maka sy pun bersetuju. Jadi tempat mula2 sy mengajar Yasmin ialah…..of coz, di kantinlah. Sy mengajar waktu orang tiada ( bukan waktu makan)…Nampak? Nampak? Bukan situ timbulnya gossip!
Oleh kerana kantin tu tak berapa selesa, maka sy pun memberitahu Abg Man nak ajar Yasmin di perpustakaan, lagipun sy boleh belajar sekali ( yelah tu) So daripada situ, sy dan Yasmin pun mulalah mentelaah di perpustakaan. Nampak? Nampak? Bukan situ timbulnya gossip! So bila dan dimana timbulnya gossip?
Sebenarnya yang menimbulkan gossip ialah sewaktu si Yasmin ni memberikan sy hadiah tanda terimakasih dia kerana sy mengajar dia. Masa tu 2 bulan sebelum SPM dan sy dah pun berhenti daripada mengajar dia untuk dia mengulangkaji sendiri. Masalahnya, ialah hadiah tersebut di berikannya kepada Abg Man dan kebetulan sy tak pun terserempak dengan Abg Man, so hadiah tu di pesankan Abg Man kepada orang lain. Kat hadiah tu ada tertera nama sy dan pengirimnya dengan ucapannya sekali. Sayangnya yang jadi pengantar hadiah tu adalah orang kuat CNN. Habis satu blok dia cerita pasal hadiah tu….daripada hanya sebuah hadiah, bila sampai ke telinga kawan bilik sy bukan setakat hadiah, sy pergi berjalan dengan Yasminlah, sy makan berdua dengan Yasmin lah, sy pergi rumah dialah…dan macam-macam lagi…Yasmin kini dah pun bekerja dan menjadi seorang eksekutif di salah sebuah syarikat swasta di KL. Abg Man? Dah berhenti dan bukak catering sendiri. Sy? Keep blogging….

7 comments:

  1. hakhak..hanya kerana sebuah hadiah~~~
    tapi perasan kan..ada satu gossip yg berupa fitnah di situ..haha..memandai lak aku..huhu..gomennasai~~~

    ReplyDelete
  2. oh hoooo..strategi baik ni dok. mesti tulis...

    jeng jeng jeng tunggu..
    to be continue.

    malas kak ct nak tunggu cerita kamu. vacuum rumah lagi pekdah.

    eh nak gak tahu..nko tak contact yasmin ke. peluang baik tu...heheheeee

    ReplyDelete
  3. ish3..mcm sedih pulak crita ni..huhu

    ReplyDelete
  4. ok. pasni jadi cikgu saye lak. hihi. gosip baru. cewah~


    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  5. OOoooOOO...bgitu lah citenye ye...


    ;)

    ReplyDelete
  6. berakhirnya sebuah gosip..
    tp gosip tu tetap akan diingati..
    wpun tak semua yg pernah dgr gosip tu ingat pasal gosip tersebut, tp org yg kena gosip mesti tak boleh lupa..
    (berapa byk gosip daaaaa..)

    ReplyDelete
  7. scha - memang sampai sekarang sy ingat sebab hot topik buat seketika di hostel masa tu.
    ckeknora - macam tulah kisahnya. errr cheknora tak pernah kena gossip ke?
    MIss Dill - cikgu awk atau awk? dua2 tu cikgu
    vielyns - sedih ke? baru cerita gossip tu...nak yang sedih nnt sy ceritakan next entry
    kak ct - dah habis dah cerita gossip ni..kak ct nak tahu cerita pasal yasmin pulak ke? emmm kena call dialah pass ni...:-)
    AiNi - memang pun. Gossip tu ada yang betul dan ada yang ditokok tambah...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails