JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, March 22, 2011

AIR PUNYA PASAL

Rata2 orang akan berkata lebih baik tiada eletrik daripada tiada air.  Hari ini merupakan Hari Air Sedunia. Macam2 kempen telah dijalankan bagi menyedarkan kita akan kepentingan air. Bukanlah sy nak membebel pasal kepentingan dan kesedaran kita mengenai air, cuma nak cerita pasal air sebenarnya….
Masa sy belajar di sekolah berasrama penuh dulu, ada ketika dimana bekalan air terputus kerana pihak jabatan taliair sedang membaik pulih paip besar yang memakan masa sehingga 3 hari, maka kami pelajar2 terpaksa berjalan kaki sejauh setengah kilometer membawa baldi masing2 mengambil air dari sebuah paip di kawasan kem askar berdekatan. Jadi semua baldi yang berisi air tu akan di letakkan di tepi katil masing2 kerana kalau letak kat bilir air,memang confirm akan hilang punya. Dalam perjalanan nak ke kem askar tu, sy dan rakan2 terpaksa melalui beberapa buah rumah dan salah sebuah rumah tu ada membela anjing. Entah macam mana, satu hari sewaktu kami on the way balik ke asrama dengan baldi yang penuh berisi air, kami dapati pintu grill rumah yang ada bela anjing tu terbuka…. Dalam hati kami berkata “ Ahhh sudah, mana anjing tu?” dalam kami dok memerhatikan sekeliling, rupanya anjing tu berada dalam 30-40 meter di belakang kami. Mungkin tuan rumah tu tak sedar pintu grill rumah diorang terbukak…Kata orang, kalau kita action ambik batu, anjing akan lari..so kami pun action lah ambik batu tapi anjing tu tak berganjak…apa lagi, 1,2,3….kitaorang pun lari lintang pukang sambil dikejar anjing tu… Last2 bila sampai kat pagar sekolah..anjing tu hilang, air baldi kitaorang pun hilang..

8 comments:

  1. salam

    'jangan buang air merata-rata...' hehehe

    ReplyDelete
  2. haha.letih kalau air takde masa kat skolah dulu.

    ReplyDelete
  3. ha ha ha...

    penakut ghopenye dia. ingatkan handal bebeno. O.oo

    ReplyDelete
  4. saya pernah kena kejar anjing masa kecik2. Dah la baru balik ngaji. dengan baju kurung. dengan payung lagi. masa tu baru tau, kalau lari dengan payung yg terbuka memang menyusahkan. hehehehe...

    ReplyDelete
  5. air sgt pntg dlm khdupn.... =)

    ReplyDelete
  6. My Little Diary - hahaha..buanglah air ditempat yang telah disediakan

    shairahmohdanuar - memang pun, masa tulah rasa sayang sangat kat air ni..

    cintazulaikha - terimakasihlah atas simpati awk tu,,uhukkss

    kak ct - kak ct, kalau anjing yang jenis macam anak patung tak pe, ini yang jenis lidah jelir2 tu...tak patut kalau tak takut..

    Siti Radz - tu macam lari lawan angin je tu..lagi laju lari, lagi kuatlah lawan angin..

    Daniela - yuppp..badan manusia mengandugi banyak air, manusia perlukan air melebihi daripada makanan untuk hidup

    ReplyDelete
  7. tragisnye, bro~

    kene kejar anjing mmg sangat menakotkan okei

    Miss Dill^^

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails