JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, March 9, 2011

ADAKAH SAYA DIPUKAU?

Sy baru balik lunch tadi kat Old Town White Coffee. Saja je nak cakap makan kat situ, tapi bukan itu yang sy nak cerita. Waktu sy sampai dan baru order makanan, tiba2 ada sorang India berbadan besar menyapa sy. Mula2 tu sy dok tengok belakang dan kemudian dok renung lama2 muka dia kot kawan lama yang sy kenal, tapi memang sah, sy tak kenal dia. So dia cakaplah...
"Hi friend. I think you have a good heart and future!" ...memang pun kalau dia tak cakap pun memang sy macam tu...ahakksss :-).. so dia pun minta kebenaran nak duduk sebelah sy. Ahhh sudah, apa sy nak cakap..so sy buat alasan sy tengah tunggu kawan tapi dia cakap sementara makanan dan kawan belum sampai, dia nak bual2 dengan sy sekejap. So dia pun keluarkan sekeping kertas dan menerangkan itu ini.pasal saya tanpa sy beritahu apa2...peliknya, semuanya betul. Macam bila sy mula kerja, umur sy, tahun bila sy ada masalah kewangan, tahun bila sy mula berjaya....
Pendek cerita, dia beri sy satu kertas kosong dan suruh sy gumpalkan dan genggam dalam tangan sy. Kemudian dia tanya 5 soalan personel termasuk nama sy... Semua soalan dia tu sy jawab dengan tenang walaupun sebenarnya semua jawapan sy tipu je ( salahlah tu) ...lastnya, dia suruh sy bukak gumpalan kertas kat genggaman sy dan sekali lagi semua jawapan yang sy jawab ada tertulis kat kertas tu walaupun jawapan yang sy bagi salah!! Perghhh memang tinggi tahap telepati dia ni.
So, sebelum dia pergi tu, dia berilah sy 2 biji batu dan suruh sy simpan sebagai good luck charm dan meminta sy donate dia untuk membantu anak2 yang miskin...so, untuk yang itu, sy pun donatelah RM10.00 tapi batu-batu tu sy bagi balik kat dia sebab sy kata sy muslim, is prohibited.
On the way balik tu, sy check juga wallet sy, kot-kot tiba2 je hilang but so far semua clear...:-) legaaaaa!

13 comments:

  1. Jangan check wallet je.. check teruna tu skali ada lagi ke tak.. kahKahKah

    ReplyDelete
  2. Pakcoh - hahahaha...nak kena check jugak ke?

    ReplyDelete
  3. fuyooo magik :)

    **paling takot klau kene pukau

    ReplyDelete
  4. Pakcoh...JSS sudah tipu saya. dia kata dia sudah beristeri...4 lagi full quota..senang tak sibok nak cari lagi.

    JSS, mengikut Pakcoh kamu teruna lagi. rasa mmg aku setuju dgn dia supaya yg itu pun kamu kena check sekali.

    ReplyDelete
  5. mucux - tulah pasal, ingatkan kena pukau...

    kak ct - wahhh sejak bila kak ct ada pakatan dengan pakcoh ni?

    ReplyDelete
  6. Siti penah jumpa orang cam ni. Sampai hari ni ingat nama dia - Mr. Harinder Singh. Tapi dia approach mama. Dia tanya bunga kegemaran, buah kegemaran, warna kegemaran, binatang kegemaran & nombor kegemaran. Dia tanya, tapi dia cakap, simpan dalam hati. Pastu, dia tulis, and suruh mama gumpal kertas tu. Bila bukak, memang semua jawapan betul. And before dia pergi, dia cakap la sikit2 prediction dia tentang masa depan mama & siti. Kitorang bagi 5 ringgit je masa tu. Hehehe...

    ReplyDelete
  7. Siti - entah2 orang yang sama tak? lebih kurang sama je modus operandi nya:-)

    ReplyDelete
  8. ha..JSS! kau jgn buat hal kata kak ct ada skandal ok.

    ReplyDelete
  9. kak ct - belum lagi cakap pasal skandal kak ct, baru cakap pakatan je...tapi terlanjur dah kak ct cakap kan...emmm ada apa2 ke?

    ReplyDelete
  10. mintak dijauhkan org gini dari kita semua.. puji pendirian u.. ye, batu2 tu mengarut saja.. syirik jika kita mempercayainya.. bravo bro! Alhamdulillah

    ReplyDelete
  11. wahh!! menakutkan kalo jumpa owg mcm tuu ..

    ngeee~ ^_^

    ReplyDelete
  12. Ruziawati - thanks sis. sy rasa semua orang akan berbuat begitu...semuga kita sentiasa dijauhi daripaa perkara2 begini..

    Jannah - sy tak berani nak tgk muka dia lama2,takut mana tahukan baca apa2 ayat ke..:-)

    Miss Shikio - hopefully awk tak lah terjumpa orang2 macam tu...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails