JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, February 9, 2011

TERTEKANKAH EMOSI

Petang semalam sewaktu otw balik, sampai di area Shah Alam, jalan tu selalunya taklah jam, tak tahu kenapa hari tu boleh jam teruk sangat. Biasanya kalau jam di luar jangkaan ni mesti ada accident, atau yang buat lagi jam bila ada orang tengok accident tu, atau lagi jam bila kereta bergesel sikit tapi yang datang lihat lagi ramai atau banjir...ohhh mungkin tidak!! Daripada jalan 2 lane, jadi 3 lane dan tak bergerak pulak tu. So, nak buat apa selain daripada dengar radio dan pandang kiri pandang kanan...Jadi sambil sy dengar radio ni, sy terpandanglah kiri kereta sy ( Kereta sy dok tengah2lah kiranya) Seorang wanita berkereta Myvi. Pandang kanan, seorang lelaki berkereta Waja dan belakangnya couple (kot) berkereta Gen 2. Bukan nak cerita pasal kereta ye, tapi sy nak cerita pasal reaksi atau expression diorang dalam situasi jam teruk tu. Yang wanita tu, dia tak kira orang keliling, mulut dia dok nyanyi je...siap angguk2 kepala lagi. Macam tak ada apa2. Sekali sekala dia tertengok sy, tapi macam buat2 tak perasan. Yang lelaki berkereta Waja tu pulak, mulut dia pun tak berhenti jugak..tapi tak berhenti bercakap sambil tangannya menghentak perlahan2 stereng keretanya. Mungkin tengah marahlah tu sebab jalan tak pernah jam tiba2 jam. Yang dia ni sy tak nak pandang lama2, nanti dengan saya2 sekali dia marah...So last sekali couple belakang kereta dia. Lagi best...tak bercakap, tak bergerak, tak buat apa2 pun. Pandang depan je macam patung...Tu rasanya samada diorang menahan lapar yang amat sangat atau menahan diri untuk pergi ke toilet...ahaaksss. Apa2 pun, masing2 mempunyai cara masing2 untuk menghadapi situasi jam masa kini. Anda bagaimana pulak?

1 comment:

  1. Menyanyi ikut suka hati dalam kereta! Itu cara saya melepaskan tension masa jem.. Hehe.. Tak pun, godek2 phone :)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails