Monday, February 21, 2011

TANDA ANDA BUKAN PERASAN

Ada orang menyampah bila kita perasan. Ada orang kata perasan satu nikmat tersendiri. Tapi ada jugak ketikanya sebenarnya anda tidak perasan. Macammana nak tahu samada anda tidak perasan atau tidak? Ahakkksss, bagi mereka yang bujang, yang berpacaran tapi duduk renggang-renggang ataupun yang dah berkahwin duduk jauh-jauh..ini tips mudah untuk mengetahui samada anda perasan atau tidak…
1)   Bila anda sedang minum kat mana-mana, tiba-tiba anda terpandang seseorang yang anda suka lihat, dan orang itu terlihat anda. Jika selepas itu anda dan dia terpandang antara satu sama lain serentak beberapa kali, maka memang dia ingin melihat anda. Tapi kalau anda aje yang dok pandang dia tapi dia tak pernah pandang anda, faham2 jelah…
2)     Bila pertama kali anda dikenalkan dengan seseorang oleh kawan anda dan kemudian dia asyik bertanyakan tentang diri anda secara peribadi, maka memang dia ingin mengenali anda dengan lebih dekat. Tapi kalau dia tak tanya, tapi anda yang dok bercerita pasal diri anda daripada pagi sampai malam pun tak henti2…maka anda bukan saja perasan, tapi anda terlebih sudah.
3)     Bila anda membayar barang2 yang anda beli di kaunter, jika juruwang tersebut bertanyakan itu ini pasal barang yang anda beli walaupun dia tahu kegunaan barangan tersebut, maka dia sebenarnya nak tahu tentang anda, tapi jika anda saja yang tanya kegunaan barangan tersebut walaupun anda sendiri tahu, maka selepas anda membayar aje, counter tersebut akan close.
4)     Bila dalam kuliah anda asyik menguap tak sudah2, kemudian ada seseorang yang sentiasa tersenyum setiap kali anda menguap. Itu tandanya cara anda menguap tu membuatkan dia senang hati dan senyuman tu seperti tanda ingin berkenalan dengan anda tapi jika setiap kali anda menguap, ada orang melihat anda seperti hendak makan anda…faham2 jelah jugak ye.
5)     Bila anda sedang berjogging di taman dan tiba2 anda terlihat seseorang yang anda suka juga sedang berjogging..esok dan hari seterusnya dia datang pada waktu yang sama, maka dia jugak sebenarnya berharap anda akan datang jugak…tapi jika anda datang seminggu sekali sedangkan dia sebenarnya memang datang tiap2 hari…Memang anda perasan.
Apa2 pun perasaan perasan tu lebih baik daripada anda mempunyai perasaan tapi sering saja di kecewakan..Ahakkkss. So selamat berperasan.

11 comments:

  1. hahaaa......semua penah merasa kecuali no 3..heheeee

    ReplyDelete
  2. Bella - No 3 tu mesti selalu pergi kaunter yang juruwangnya wanita..emmm cuba pergi kat juruwang dia lelaki pulak:-)

    ReplyDelete
  3. nelly - :-) mesti lepas ni tersenyum sendiri ni

    ReplyDelete
  4. hahahaha.. rasa macam perasan jer... hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam..hehe masih dpt menjaga hati agr x perasan..hak3

    ReplyDelete
  6. sawn - opsss samalah kita :-)
    novelgurl - oooo masih under control lah ni.. mesti makan pun asyik tunduk je ni..

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum

    shalawat atas Nabi Muhammad SAW.

    uik...berpengalaman nampak?
    kak ct suka yg no 4 tu sbb bila tengok org nak tido, bila tulisan dia dah jadi satu garis mendatar (mcm org dah mati) boleh meng"uja" kak ct supaya jgn mengantuk. tu dolulah...masa belajar2 dolu. jahatkan aku...heiiii

    ReplyDelete
  8. haha..jgn perasaan lebih..

    ReplyDelete
  9. ctpayong - emm kak ct yang menguap atau yang tersenyum kat orang menguap?
    Rush D - hahaha bila perasan lebih, tu yang jadi perasaan

    ReplyDelete
  10. haha.. perasaan perasan tu kadang2 bagus.. haha !
    JSS mesti suke perasan kan.. haha.. x bek tipu tipuu :)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails