JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2011

SURATAN ATAU KEBETULAN

Sesuatu yang tak disangka, seringkali mendatangi kita..itukah suratan dalam kehidupan atau sekadar satu kebetulan?..Pernah dengar ayat ni? Yupp..sebaris lirik awal lagu Kenny, Remy dan Martin yang bertajuk suratan atau kebetulan yang memang amat2 sy suka dengar..kadangkala, walaupun kita tidak mengalami situasi tersebut, tapi bila dengar saja lagu ni, terasa macam kita berada disitu...pergghh jiwang pulak hari ni.
Kadangkala kita seringkali bertemu dengan sesuatu peristiwa atau seseorang berulang kali. Kebetulan kah itu? Mungkin jugak. Tapi sejak daripada itu, berlaku pergolakan dalam hati tentang satu keinginan untuk tahu lebih mendalam tentang perkara atau seseorang itu menyebabkan anda memasuki satu lagi era baru dalam kehidupan kita. Bukan saja kehidupan anda berubah, malah tingkah laku, sikap dan sifat anda jugak akan mengikuti alunan dan arah destinasi yang anda pilih..Jika anda rasa kebetulan itu menjanjikan satu kebahagiaan dan sinaran yang anda harapkan, pastinya satu ketika ianya bukan lagi kebetulan untuk anda.
Pertemuan sekali ini, bagi diriku amat beerti, tetapi ku bimbang untuk menyatakan, bimbang kan berulang kesilapan....yuppp itu bait lirik terakhir lagu suratan atau kebetulan.

5 comments:

  1. suratan atau takdir itu urusan Tuhan. asal saja kita tidak terkeluar dari batas yg dibenarkan, maka teruskan.

    ke nak suruh kak ct tolong risek2kan.

    ah siapakah gerangan yg bernasib malang itu?

    kahkahkah....

    ReplyDelete
  2. kak ct - bukan ke ni time kak ct masak, macam mana sempat komen lagi ni...

    ReplyDelete
  3. suratan atau kebetulan....semuanya dah ditentukan oleh-Nya....

    ReplyDelete
  4. sesuatu yg tersurat itu kdg2 juga satu kebetulan. (^^)v

    ReplyDelete
  5. Lately macam banyak entry pasal hati dan perasaan... Adakah Encik Santai sedang dilamun cinta? Jeng jeng jeng.... :)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails