Friday, February 25, 2011

MEREMANG BULU ROMAKU

Bila cakap pasal aktiviti paranormal mahupun misteri alam mistik, pasti akan dikaitkan dengan roh dan alam ghaib. Anda pernah mengalaminya? Masa sy study di UiTM dulu, sy rasa beberapa kali sy kena kekejangan semasa tidur. Ada orang kata kita kena tindih… Sebenarnya sy nak berkongsi satu kisah yang pernah berlaku kepada sy dan rakan2 semasa kami bersekolah asrama dulu…..
Masa tu sy baru form one. Dapat pulak hostel yang paling hujung bersebelahan dengan hutan, jadi tempat pun dah mengerikan. Bila tidur, mesti satu katil 2 orang sebab semua takut dengan bunyi2 anjing yang menyalak dari dalam hutan tersebut. Entah macam mana, pada satu malam, sy dan 2 orang rakan sy susah nak tidur, jadi kami pun mengambil keputusan untuk duduk di katil sy sambil bermain permainan ( yang tulis nama/negeri/buah/benda tu…) untuk mendapatkan mood ngantuk… Katil sy adalah bahagian bawah dan bersebelahan dengan tingkap. So, pendek cerita, kami bermain sampailah kepukul 12.30 malam dan tiba-tiba daripada tingkap sy ternampak bayang2 seperti perempuan memakai kain labuh berjalan perlahan2 melintasi betul2 berhadapan dengan tingkap sy. Sy dan rakan2 sy tak payah cakaplah, menggigil satu badan. Tak berani kami nak bersuara mahupun bergerak takut ‘benda’ tu sedar yang kami berada disitu. Tak mungkin warden kerana cara berpakaian dan berjalan memang seperti perempuan. Tak mungkin jugak pelajar senior mahupun pelajar lain sebab memang lepas pukul 12 tengah malam,semua pelajar tidak dibenarkan keluar daripada dorm masing2. Tiba2 makhluk tu bergerak ke bahagian pintu dorm kami. Nasib baik semua pintu memang kena kunci daripada dalam, jadi tiada siapa yang boleh masuk..tapi sayup2 kami boleh dengar pintu dorm kami seperti di tolak2. Cemas jugak sy kalau2 pintu tu boleh terbukak…Sekali sekala kedengaran seperti satu suara dengusan …lama kelamaan kelibat makhluk tu pun hilang tapi ketakutan sy dan rakan2 sy memang masih ada…meremang bulu roma sampaikan nak ke bilik air pun kami pergi bertiga dan gilir2 buang air kecik sambil 2 orang akan berdiri jaga depan pintu bilik air yang tak bertutup…
Akhirnya kerana ketakutan bercampur kengantukan, kami tidur jugak. Yang kelakarya, kami bukan tidur atas katil tapi bawah katil…bertiga pulak tu!!

9 comments:

  1. seram ok! kalau saye la, tak tau la ape jadi. saye ni dah la penakot tahap gaban.


    Miss Dill^^

    ReplyDelete
  2. was-was nak baca. sbb kau kan suka pedajal kak ct. tapi kalau cerita betol mmg pengalaman menyeramkan.

    apsal sume sibuk citer hntu ni. tadi baca rumah sewa RM50 yg berhantu. nasib baca siang hari..taklah seram sangat.

    ReplyDelete
  3. alanak.dahla kat hostel ni..ishhhhh..

    ReplyDelete
  4. alahai... menyesal baca... x suka citer hantu :(

    ReplyDelete
  5. Miss Dill - samalah kita..luar nampak berani, dalam penakut tahap kronik
    DendutGila - dia boleh ketawa lagi?
    ct payong - hahaha...saja nak bagi suspen kat kak ct, kalau asyik cerita nak pedajal je, mesti kak ct tak baca nnt
    ILI - duduk kat hostel ke sekarang? minta maaflah..:-)
    Siti - Mana ada cerita hantu...cerita seram je.. Tak nampak pun hantu, cuma bayang dia aje..

    ReplyDelete
  6. isyy..da 2 hari bace cite seram ni...
    makin takot la mlm2 t..hehe

    ReplyDelete
  7. Rush D - nasib baik dia belum keluar apa2 bunyi....
    .:iEyLa:. - laaa ye ke? Lepas ni kena buat entry lawak pulaklah supaya awk tak takut ...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails