JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, February 11, 2011

KUSANGKA TENANG HINGGA KEPETANG

Hari ni kat office tak berapa tenang. Bukan sebab orangnya. Bukan sebab kerjanya, tapi sebab bising kerana pekerja2 tengah baiki ceiling2 yang pecah pasal kes office kena masuk pencuri tempohari sebelum Hari Raya Cina seperti yang sy ceritakan. Nak tak nak, kena dengar jelah segala kebisingan, nak bukak lagu kat pc pun tak boleh menandingi kebisingan mereka membuat kerja :-) Takkan nak ambil kapas, sumbat kat dalam telinga macam cerita P Ramlee dalam Masam-masam manis. Bila cakap pasal cerita P Ramlee ni, part yang sy paling suka bila dia dok sumpah seranah dengan bahasa terabur yang dikatakan bahasa jerman tu...very funny. 
Suasana sekeliling office pun sudah mulai sibuk kerana kedai-kedai sudah mula beroperasi. Almaklumlah, kebanyakannya kedai-kedai di kuasai oleh orang cina, so diorang cuti, kedai pun cutilah, biasanya cuti sampai hari Chap Goh Mei...macam tulah lebih kurang. Jadi, sementara sy tengah layan lagu 'rock keras' daripada pekerja-pekerja ni, harap suasana anda samada tengah kerja ke, tengah masak ke, tengah study ke, tengah tidur ke, tengah berjalan-jalan ke, tengah menaip entry ke, tengah blogwalking ke...akan lebih tenang daripada sy di sini.

3 comments:

  1. hehhe. tingkatkan prestasi kurangkan kontroversi. zasss. hahha. kerje mana? :P

    ReplyDelete
  2. salam

    tengah menaip comment untuk latest entry kamu neh.

    b/fast serawa durian dengan pulut...perghhhhh wa cakap lu. mak mertua lalu belakang xnampak.

    hampeh kak ct. lalu belakang mmg xnampak! hoho

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails