JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, February 18, 2011

KASHAF IMANI

Minggu lepas sy tengok cerita Ungunya Cinta lakunan Leez dan Sharnaaz, thumb up untuk cerita tu dan jugak cerita semalam iaitu Kashaf Imani . Sejak dua menjak ni, cerita pada tiap2 hari Khamis jam 9 malam di Astro ni makin mengancam pulak. Ceritanya memang romantik tapi penuh dengan adegan realiti kehidupan. Gejala sosial, percintaan, kematian, dan hubungan kekeluargaan dan sy suka lakunan Beto Kusyairy dan Sharifah Amani yang memang mantap.
Cerita mengisahkan bagaimana Imani ( Sharifah) mencintai Kashaf ( Beto ) dalam diam dan mengambil apa saja yang digunakan oleh Kashaf seperti pemetik api yang dibuangnya, kertas gula2..semua disimpan dalam tin biskut. Imani jugak mempunyai keistimewaan boleh melihat roh-roh yang memerlukan pertolongan, hinggalah satu ketika Kashaf di tikam dan rohnya datang meminta pertolongan Imani untuk menjelaskan betapa dia sayangkan ibunya…Kisah cukup menyayat hati bila cinta mula berputik namun perpisahan jua akhirnya…Lakunan Wan Sharmila jugak sy cukup2 tabik kerana berkesan membawa watak seorang adik yang tidak mengenang jasa dan sentiasa bertelagah dengan abangnya, Kashaf hingga terjebak dengan seorang pengedar dadah yang jugak telah mengupah orang untuk membunuh abangnya….Kashaf Imani, seindah tajuk cerita nya.

6 comments:

  1. xdpt tgk semalam..padahal ceta ni best...huhu

    ReplyDelete
  2. ops !! sy penat sangat semalam sehingga terlepas cerita ni . sayangnya !!

    ReplyDelete
  3. izaLis - tak pe, mesti diorang tayang lagi tu

    zareyLLYA - selalunya Astro mesti tayang banyak kali satu2 cerita tu...

    ReplyDelete
  4. rugi tak tgk semalam =(
    dgr tajuk pn dh best!

    ReplyDelete
  5. surie - tak pe, mesti ada ulangan tu...

    ReplyDelete
  6. mmg best n byk pengajarannya..nk abis citer rase sebak..huhu,sbb ingtkan beto xkkn sedar dr koma..
    thumb up kt sharifah amani n beto...

    (^_^)v

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails