Thursday, February 24, 2011

JIKA CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN

Ingat pada entry Tanda2 Awal Anda Jatuh Cinta yang lalu? Well, jika tanda2 itu ada anda rasai dan lebih menggembirakan bila anda tidak bertepuk sebelah tangan, maka tak perlulah anda berbuat apa2 selain daripada melihat perjalanan seterusnya. TETAPI andaikata, anda hanya bertepuk sebelah tangan di mana perasaan itu hanya anda yang rasa, maka, ianya hendaklah di’rawat’ dengan segera agar anda tidak akan kecewa dikemudian hari….so, bagaimana ye cara nak menghilangkan perasaan macam tu? Sy ada bertanyakan perkara ini kepada seorang doktor yang pakar dalam hal2 sebegini. Nama dia doktor JSS. Antara tip2nya adalah:

1) Jika anda terasa kesunyian sangat-sangat akibat teringat kepada sidia, maka pergilah ke shopping kompleks ke, hypermarket ke dan kemudian anda hanya perlu tanya kepada sesiapa yang anda terserempak sambil bertanya " Ni kat mana ni?"
2) Jika anda terasa rindu untuk mendapat sms dari sidia. Mudah aje. Beli satu lagi prepaid dan handphone. Kemudian just sms saja ke nombor anda dengan kata-kata penuh dengan madah pujangga dan SEND. Lihat, sekarang anda sudah boleh berkomunikasi dan buat semua ni sampai anda rasa boring.
3) Jangan dengar lagu2 yang berirama sentimental..Baik anda dengar lagu Nasyid..."sepohon kayu daunnya rimbun..." kerana lagu slow2 tu akan mengingatkan anda kepada sidia.
4) Kalau anda rimas dan susah sangat untuk tidur kerana asyik teringatkan dia, pergi ke bilik air dan duduk kat situ selama 3 jam sambil membasuh baju anda.
5) Beli seberapa banyak bantal peluk kerana anda memerlukannya. Bila anda terasa macam nak marah atau geram dan tak tahu macam mana nak lepaskan geram, tumbuk aje bantal peluk itu sehingga lunyai dan lumat.
6) Buang segala gambar dan apa-apa pemberian dari sidia (jika ada) dan tanamkan kat belakang rumah atau mana-mana saja. 
7) Hari minggu jika anda rasa bosan, anda ketuk rumah jiran2 anda dan tanya kat diorang samada diorang perlukan pertolongan seperti menyapu rumah atau membasuh kereta ke...bantu membantu dapat menghilangkan rasa stress.

Begitulah serba sedikit yang dapat doktor JSS berikan....Jatuh cinta, jatuh hati. Jumpa lagi dilain kali. 

8 comments:

  1. yeahh suke suke suke
    akan aku praktik kan nanti
    mmg tepat pada masanye aku br di reject :)

    ReplyDelete
  2. hihi...tips yg sgt menarik..

    ReplyDelete
  3. begitulah cinta kalau pedomannya sudah hilang..

    ReplyDelete
  4. Hi..mengalami situasi di atas.. ;)
    ironi, tapi ada betulnya nasehat tu

    ReplyDelete
  5. mucux - laaa, baru kena reject ke, tak pe..tak pe..nanti sy tanya doktor JSS pasal petua yang kena reject...
    Ai Ni - terimakasih daun keladi, kalau sudi komenlah lagi..
    tura hepy - kisahnya...rasanya boleh buat dalam apa jua situasi.
    Adinda Amy Sensei - sedih bunyinya...kalau pedoman hilang, semua perkara jadi tunggang langgang..
    ILI - Emmm, kadangkala, ada perkara yang kita perlu lakukan lain daripada kebiasaan.. ye ke?

    ReplyDelete
  6. yang no 7 tu comot suka...ahaha g ketuk2 umah jiran..dah jadi cam wat keje amal lak annn..bgs2...teeheeee

    ReplyDelete
  7. hehe bolelah dipraktikan pada sesapa yang putus cinta ni :D

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails