JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, March 1, 2011

BILA CINTA TAK LAGI BERMAKNA

Hana. Begitulah nama kawan sy yang sekuliah dengan sy satu ketika dulu di UiTM. Walaupun sy kurang mengenali beliau secara dekat tetapi sy banyak mengetahui tentang dia melalui rakan sebilik sy yang kebetulannya ‘girlfriend’ dia ni adalah sahabat baik Hana. So dipendekkan cerita….

Hana ni dulunya seorang yang periang dan mesra orangnya. Sentiasa menjadi perbualan di mulut2 pelajar senior kerana kecantikannya sampai ramai yang berebut2 untuk mengambil dia menjadi adik angkat..( asalnya lah tu ) tetapi semua usaha dioang gagal kerana Hana sudahpun mempunyai tunang yang pada masa itu sudah bekerja sebagai akitek. Satu hari tu, Hana kelihatan sugul dan macam biasalah, kawan sy dan girlfriend dia ni pun bertanyakan kenapa dia kelihatan sedih dan dia menjawab bahwa sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya..pada mulanya kami ingatkan mungkin dia sudah putus tunang atau sesuatu berlaku kepada keluarganya…tapi rupanya tekaan kami silap. Tunangnya yang kami nampak cukup baik dan setia telah ditangkap berkhalwat dengan office mate dia… Sy dan kawan sy tak lah dapat berbuat apa2 memandangkan kami bukanlah rapat dengan dia, jadi kami biarkan girlfriend kawan sy ni yang memujuk dan membawa dia pergi untuk menenangkan hatinya. Selepas itu, Hana tidak lagi seriang dan seceria dulu serta tiada lagi senyuman mesra.....
Kadangkala, manusia memang mudah benar berubah walaupun pada dasarnya mereka kelihatan jujur. Siapa sangkakan, bila cinta tak lagi bermakna…..

3 comments:

  1. tu bkn jodoh die la tu..ade yg lg baek mnnti..:)

    ReplyDelete
  2. pergggghhhhhh!!!! sentap beb!!!

    ReplyDelete
  3. kesiannya kat Hana tu... Tapi bukan kah setiap kejadian ada hikmahnya?

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails