Tuesday, February 8, 2011

AKU MASIH TERUNA

Sebuah filem yang pasti menggegar dan mencapai box office!! 
Sipnosis ceritanya mengisahkan Amir, seorang jejaka handsome yang berasal daripada kampung telah berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi membantu ibunya yang sedang sakit di kampung. Pekerjaannya sebagai petani tidak mampu untuk menampung perbelanjaan perubatan ibunya. Di bandar, beliau bertemu dengan 2 orang sahabatnya yang berasal dari kampung yang sama tetapi telah lama bekerja dibandar. Seorang bernama Sepit. Siang bekerja sebagai Mat Pit, malam pulak merempit. Seorang lagi bernama Ramlan. Siang bekerja guna nama Ramlan. malam kerja guna nama Ramlah. Mereka bertiga kemudian membentuk idea untuk membuka kedai makan kerana Sepit pakar mengira, Ramlah opss Ramlan pakar memasak dan Amir pandai buat marketing..so mereka pun membuka kedai makan secara kecil-kecilan.
Pendek cerita, ada 3 gadis anak Datok yang suka pada Amir, Sepit dan Ramlan tetapi di cemburui oleh pak we2 mereka yang merupakan bounzer kelab malam. Berlakulah aksi lawak dan kelakar di mana Amir, Sepit dan Ramlan telah belajar kungfu supaya tidak dibuli oleh pak we 3 gadis tersebut. Pada satu hari, pak we2 gadis ni yang berniat jahat telah memasukkan ubat tidur kedalam minuman  anak2 datok, manakala anak2 datok ni pulak juga telah memasukkan ubat tidur ke dalam minuman tetapi untuk Amir, Sepit dan Ramlan yang mereka jangkakan akan sampai bila2 masa....Nak jadi cerita, yang minum minuman itu adalah pak we2 gadis itu, Amir, Sepit dan Ramlan... Apa yang terjadi selepas itu, saksikan filem Aku Masih Teruna yang akan ditayangkan jika ada producer yang akan membuat cerita ni.......!!

3 comments:

  1. ha ha ha..best gak cite tu..kalau akak banyak duit nak jadi penerbitnya...pelakon utama jss..boleh?

    ReplyDelete
  2. ummiarissa - hahaha..pandainya cari pelakun. Tak mahulah. Tak laku nnt filem tu. Cari yang handsome2 sikit...Tak pun sy jadi pembantu penerbit pun bolehlah..join ummi.
    kurekure comel - belum jadi kenyataan lagi tu..:-)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails