Tuesday, February 8, 2011

4 HARI 4 MALAM

Kat taman. opss nampak kaki je

4 hari 4 malam sy tak memegang laptop. 4 hari 4 malam sy tak blogwalking. 4 hari 4 malam sy tak post entry. Kemanakah sy selama 4 hari 4 malam itu? Apa tekaan anda? Ke Phuket? Ohh tidak. Ke Bali? Tidak jugak. Ke Segamat? Tidak jugak walaupun banjir dah surut. Jadi kemanakah perginya sy selama 4 hari 4 malam? Ya betullll, jawapannya adalah sy tidak ke mana-mana, sy berada dirumah kerana mak dan adik beradik sy bercadang untuk datang ‘beraya’ ke rumah sy. Mereka datang kerana pada hari Ahad ada wedding anak saudara sy yang diadakan di rumah parentsnya di sek 19 Shah Alam. So apa sy buat 4 hari 4 malam ini? Jom kita terjah….
Sehari Sebelum Tahun Baru Cina
Hari ni seperti last entry sy mengatakan bahwa sy bekerja setengah hari saja, so sy berpeluang untuk bersantai-santai ke sekitar Subang Jaya kerana traffic pun sudah mula reda kerana ramai yang sudah mula balik kampung untuk ‘makan besar’. Kedai-kedai pun sudah banyak yang tutup, nampak sangat sector perniagaan masih dipegang oleh orang cina. Petang tu, sy sempat bersantai di salah sebuah padang  taman perumahan USJ. Sambil makan goreng pisang yang sy beli di tepi padang taman  perumahan itu sy melihat-lihat jika ada sesiapa yang berjogging ke, bermain futsal ke, ber ‘tai chi’ ke, tapi malangnya, tak ada sorang pun…tak macam hari biasa. So, sy bersantai sorang2 bersama2 dengan burung2 merpati yang banyak berterbangan di kawasan situ. Burung2 merpati ni kalau kita letak apa saja semua akan turun entah daripada mana2 dan berkumpul kat taman tu…Cuma pada hari tu jumlahnya tidak sebanyak biasa. Mungkin diorang pun pergi bercuti jugak kot.
Ruang Legar Sunway Pyramid
Hari Pertama Tahun Baru Cina
Oleh kerana mak dan adik beradik sy plan nak datang hari Sabtu, maka hari ni sy plan nak jalan2 sambil meninjau2 jika ada apa2 acara sempena Kong Xi Fa Cai ni. Destinasi pertama adalah ke Sunway Pyramid. Sy bergerak kesana pada tengaharinya kerana biasalah, kalau hari cuti, automatic waktu bangun pun di adjust sesudah subuh. Masih ramai yang bershopping disitu walaupun sy saya rasa dalam 50% kedai2 disitu ditutup tapi tempat2 seperti restoran makanan, tempat hiburan dan rekreasi masih dibuka menyebabkan masih ramai yang datang bersantai di sana. Ada jugak beberapa acara yang di adakan di ruang legar Sunway Pyramid.  Sambil2 tu jugak, sy membeli belah sedikit barangan basah dan kering bagi menghadapi situasi kecemasan andaikata mak dan adik beradik sy ingin bermalam lebih lama dirumah sy, so at least semua bahan dah ada dah…bijak tak? Memang bijak. Dalam diam tak diam, sy berada di Sunway Pyramid tu sehinggalah waktu malam. Begitu cepat masa berlalu….
Ruang Legar Plaza Shah Alam
Hari Kedua Tahun Baru Cina
Barang semua dah beli. So sekarang adalah agenda no 2 iaitu mengemas rumah termasuk dengan berkebun sekali…So semua sudut atas siling yang penuh dengan sawang kenalah vacuum, rumah sy ni setidak2nya sebulan sekali kena vacuum kerana memang mudah masuk habuk walaupun pintu tingkap selalu tertutup. Bawah katil, bawah kerusi, belakang gambar, air cond, bilik air…pendek kata semua kena cuci..ahaksss. Disamping rumah bersih, dapat menjalankan aktiviti senaman mudah, tak payah pergi jogging pun dah berpeluh…Selepas tu bila semua dah beres, lewat petang tu sy bercadang untuk mencari pokok untuk menggantikan pokok jasmine yang mati beberapa minggu yang lepas disebabkan serangan ulat pokok..so sy pergilah survey ke Plaza Shah Alam dan Tesco Shah Alam. Nampaknya tak ada nursery yang menjual pokok jasmine, so sy belilah satu pokok bunga lain untuk menggantikan pokok jasmine…buat sementara waktulah. Malam tu sy dah terlebih lepak, so tidur pun awal sikit.
Suasana I City pada malam tu
Hari Sabtu
Hari ni, mak dan adik beradik sy akan datang. Mengikut rancangan mereka akan berkonvoi dengan bapa saudara sy daripada Segamat. Bercakap pasal Segamat, kata bapa saudara sy, keadaan dah mula pulih dan banyak jalan sudah dibuka dan boleh beroperasi seperti biasa, tapi semasa banjir melanda mula2 hari tu, memang teruk sehinggakan rel keretapi tu boleh bengkok disebabkan arus deras!! Kuat betul banjir kali ni. So sementara menunggu diorang datang tu, sy pun buat lah last minute touch up seperti mengecat sikit2 kawasan luar rumah yang mula nampak pudar sikit dek cuaca panas hujan panas hujan tu. Kalau ikut kiraan, adalah dalam 8,9 orang yang akan datang…jadi, bilik anak2 sylah kena standy by untuk diorang bermalam. Tunggu punya tunggu sampai pukul 6, diorang belum sampai lagi. Sy rasa tak sedap hati, manalah tahu banjir semula kat Segamat, so sy pun call lah adik sy dan bertanya kat mana  diorang, tetapi rupa2nya ada last minute cancel plan sebab mak saudara sy tak berapa sihat, diorang akan bertolak esok ( Ahad ) ke KL. So…lagi sekali sy pun buat plan outing ikut gerak hati dan kali ni sy pergi ke I City…tengok cuaca ok je petang tu, so sy pun bergerak ke I city dan sampai di sana dalam pukul 8 malam dan pada masa tu orang masih belum ramai. Pelbagai acara diadakan dan memang kalau anda lihat cahaya2 pada pokok2 disitu memang teruja. Cuma parking masuk jelah yang mahal. RM10 sekali masuk. Kalau sehari 1000 kereta masuk dah RM10,000. Sebulan dah nak dekat setengah juta …hanya duit parking je tu…Buat duit betul. Sy rasa kalau anda kreatif, cari ranting pokok yang mati dan anda beli lampu yang dijual berwarna –warni ( bukan lampu lip lap raya tu ye) maka rumah anda jugak boleh dijadikan mini I city. Ada jugak pokok kecik ala I city dijual dengan harga RM330 sebuah.. Memang mahal. Malam tu sy selepas ke I city, sy dinner di Pak Li Kopitiam yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.
Hari Ahad
Macam biasa, bangun pagi cum tengahari terus je bersiap2 untuk ke majlis kenduri anak saudara sy yang bermula pada jam 11 pagi dan bersandingnya pada jam 2 ptg. Biasanyalah, kalau kita ni tak berapa rapat, kita akan datang waktu tengahari, waktu makan…kalau kita ni rapat, kita akan datang pada waktu diorang nak berarak atau bersanding..ahaksss.
So pada jam 12 tgh tu sy pun sampai dan berjumpalah mak dan adik beradik sy serta sanak saudara sy yang jauh dan dekat. Ada yang drp Kelantan, Johor, Melaka, Terengganu dan tak kurang jugak di KL dan Selangor. Pendek kata, masa tu jelah dapat berjumpa saudara2…ada yang kita kenal, ada yang kita pura2 kenal tapi tak kenal dan ada yang kita tak kenal langsung walaupun saudara dekat. Yang kahwin tu sorang engineer dan sorang doctor. Pendek cerita, lepas kenduri, sy pun bawak mak dan adik beradik serta mak long sy datang rumah dan bersantai seketika……al kisahnya.

2 comments:

  1. salam,

    banyaknya xtvt masa bercuti ye... huhu saya sendiri tak sampai2 lagi i-city..

    ReplyDelete
  2. Salam... Penuhnya aktiviti dia 4 hari ni... :)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails