JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, January 2, 2011

ULASAN MOVIE - CUTI CUTI CINTA

Sy tak sempat nak menonton wayang cerita ni so baru sempat tengok DVD dia semalam. Memang seronok untuk ditonton terutama dengan lakunan bersahaja Nora Danish yang sy rasa berjaya membawa wataknya begitu jugak dengan Farid Kamil dan anggota Fabulous Cat. Teringat sy akan cerita I’m not single lakunan Lisa Surihani dan Farid Kamil. Romantik komedi seakan sama tapi jalan cerita yang berbeza. For me, Nora Danish memang sesuai bergandingan dengan Farid Kamil in this movie.
Ceritanya mengisahkan tentang Eva (Nora Danish) anak seorang Tan Sri yang ditunangkan dengan Remi (Zed Zaidi) jugak anak Tan Sri atas pilihan bapanya tetapi Remi ni main kayu tiga dan Eva mengambil keputusan bercuti di Morib untuk melepaskan tensionnya lalu berjumpalah dengan Omar Rudy ( Farid Kamil) yang bekerja sebagai housekeeping di Hotel Impiana dan bermulalah insiden yang mencuit hati serta komedi romantik yang bersahaja daripada mereka berdua. Bagi mereka yang masih belum melihat cerita ini, sy rasa anda patut menonton.
Jomsantaisekejap *** ½ 

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails