Tuesday, February 1, 2011

TIPAH TERTIPU BANG!!

Bang, Tipah merayu bang, jangan buat Tipah macam ni. Tipah tak salah bang. Yang salah bang brahim bang. Dia yang mula2 goda Tipah. Tipah memang daripada awal lagi dah tolak, tapi kata2 dia cukup manis, bukan itu saja, malah dia cuit2 Tipah sampai Tipah rasa Tipah tak boleh tahan…Bang, maafkan Tipah bang. Janganlah macam ni bang…Tipah janji lain kali Tipah takkan beli lagi carpet yang bang brahim jual tu.. Tipah janji bang…”
Aku tertipu! Aku tertipu! Aku tertipu!
Ahaksss. Itu baru intro entry yang sy nak buat. Hari ni sebenarnya sy lah  boss, sy lah kuli, sy lah dispatch, sy lah cleaner, sy lah tukang buat air, sy lah ….opsss tiada orang rupanya, Cuma sy sorang saja di office. Yang lain? Semua bercuti!! So, kata orang gunalah kesempatan ini sebelum orang lain mengambil kesempatan ke atas kamu…? Lain macam pulak bunyi ayat ni :-)
Bagi anda yang tidak tahu, perkataan ‘Tipah tertipu bang’ itu adalah daripada ayat skema daripada filem Ali Setan. Ayat famous ini datang daripada Sheila Majid yang berlakun sebagai adik angkat Ali Setan lakunan Mustapha Kamal…opss Azmil Mustapha. Cerita ni pada waktu tu memang meletup, nak2 bila nama Azmil Mustapha tengah naik selepas lakunannya dalam Mekanik.
No cheating here pls
Bila kita cakap pasal Tipah tertipu ni, berapa ramaikah yang pernah mengalami keadaan begitu. Tidak kiralah tertipu biasa atau tertipu luar biasa. Banyakkan…sampai kadangkala, dah jadi macam kebiasaan pulak jika keadaan itu berlaku. Dalam mencari cinta sejati, dalam mencari pasangan mesti ditengah2 perjalanan ada yang tertipu. Sy jugak dulu pernah ditipu dan jugak pernah menipu..ahakkss. Anda pernah?
P/S : Cuma nak sambung ayat sy pernah menipu tu…sy pernah menipu dalam peperiksaan je, bukan orang :-) emmm macam tak percaya je ayat ni

3 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails