JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, January 12, 2011

TERTENUNG DAN DIRENUNG

Perasan tak? Takkan tak perasan? Alaaaaa tu hah orang tu daripada tadi asyik tenung-tenung aje. Senyuman dia, wajah dia sekali tengok memang imbas macam pelakun popular. Tak tahan bila tengok mata dia tu.. perghh kalau dia pejam sekali, macam adegan romantik Kuch-kuch Hota Hai, tu baru mata..Hidung kalau dari depan memang tak nampak mancung tapi kalau dia pusing tepi sikit, memang mancung. Daripada tadi perhati, muka dia memang licin. tak ada jerawat pun. Pandai betul dia jaga muka. Mesti pakai facial wash yang ada anti blackhead yang boleh sental semua jerawat dan jeragat hitam kat muka, sebab tu licin je. Ehh..ehhh dia pusing pulak siap betul-betulkan baju dia, tahulah baju dia hari ni warna purple. Tarik sana tarik sini, betulkan itu betulkan ini..dia tak perasan ke yang kita tengah tengok dia. Perasan kot tapi saja nak tunjuklah tu...Ehh dia senyum lagi, menawan betul kali ni...laaa kenyit mata pulak. Tak boleh tahan, sy kena keluar daripada sini, mana tahan kalau asyik kena tenung dengan senyuman yang ada lesung pipit tu........Lagipun rasanya macam ada orang yang nak guna bilik air ni. Lain kali kita jumpa lagi ye cermin.

9 comments:

  1. haha..cermin rupanya..suspen ja...hehe..best!!

    ReplyDelete
  2. haha,teringt kes smlm...kena tenung..haishh..memalukan...=p

    ReplyDelete
  3. KELI OH KELI - ye begitulah kira-kiranya. :-)
    dilah buzz90 - kena tenung dengan siapa? Mesti tajam punya renungantu sampai memalukan..

    ReplyDelete
  4. patot la cun. diri sendiri rupanya..haha

    ReplyDelete
  5. memang perasan pun...kok masok bakul angkat sendiri..itu sudah tidak boleh miahahaaaa

    ReplyDelete
  6. n4dh!3r4 - ada sebut cun ehhh...terimakasih sebab tambah..
    ctpayong - laaaa sapa tu ehh yang angkat bakol?

    ReplyDelete
  7. hahaha...cermin ajaib rupe nyer..

    ReplyDelete
  8. hahaha ! terbaek lah ! masuk bakul angkat sendiri.. wink wink.. ^_^

    ReplyDelete
  9. haha..entahla..ikutla..kalau die sama2 dpt pasangan yang berjimat bolehla kot..hehe

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails