JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, January 18, 2011

SURAT UNTUK ISTERI

Isteriku Katijah
Surat Jah selamat Abang terima dari Mak Cik Saodah dan sekali-kali tidak mengganggu situasi Abang malah Abang menghargai atas kehadiran surat itu.
Biarlah Abang berterus terang. Rasanya tidak guna untuk Abang berselindung lagi atau berlakun hanya untuk memuaskan hati semua orang sedangkan hati Abang pedih, dan lebih sakit bila Jah juga turut merasakannya. Memang benar…selama ini Abang amat-amat membenci Jah kerana Jahlah Abang terpaksa berpisah dengan Mona. Hati Abang tak pernah tenteram setiap kali memandang Jah. Perasaan marah, geram dan dendam meluat-luat setiap kali memandang Jah.
Tapi Jah, itu dulu.
Di saat Abang menulis surat ini, Abang tidak dapat menahan airmata ini daripada membasahi surat ini.. Setiap kenangan dengan Jah masih Abang ingat, masakan Abang boleh lupa, tapi mungkin silap Abang kerana tidak mengetahui yang Jah sudah menyintai Abang sejak daripada kita masih kecil. Abang ingatkan Jah hanya menganggap Abang sebagai Abang Jah saja, jadi Abang pun beranggapan begitu juga terhadap Jah.
Jah tahu kenapa Abang menjauhkan diri daripada Jah? Kerana Abang sudah mula menyayangi Jah..ya Jah, perasaan yang Abang rasa tak mungkin ada pada Abang kini semakin lama semakin menyakitkan hati..semakin menikam dan menusuk sanubari Abang. Mana mungkin Abang dapat menyayangi Jah? Orang yang selama ini telah Abang lemparkan dengan kata-kata nista, orang yang selama ini telah Abang benci sehingga jijik untuk melihat walau hanya bayang sekalipun, orang yang selama ini tak pernah Abang sentuh kerana perasaan dendam yang mendalam, orang yang selama ini tidak Abang peduli walau jarak kita hanya sejari dekatnya, orang yang selama ini hanya menangis, merintih, menunduk dan menyepi dek perbuatan Abang….!! Masih layakkah Abang di hati Jah? Masih layakkah Abang dipanggil suami? Masihkah ada ruang untuk Abang?
Mungkin kata-kata kemaafan tidak cukup untuk menghapuskan segala dosa2 Abang. Mungkin perubahan sikap Abang tidak mampu untuk menghilangkan segala parut apalagi luka-luka yang telah Abang lakukan.
Izinkanlah Abang berpegang dengan apa yang Abang rasa sekarang dan andaikata di akhir cerita kita terjadi perpisahan, Abang redha Jah kerana sekurang-kurangnya Abang tahu kita pernah hidup bersama. Abang sentiasa berdoa agar Jah menemui cahaya kebahagiaan satu hari nanti.

Salam sayang,
Abang.

7 comments:

  1. pasni surat tuk suami...bf & gf lak ehhh...

    :)

    ReplyDelete
  2. !!@Nim!! - pandainya dia. Macam tahu2 je..apa kata tang surat untuk bf & gf tu awk buat. Sure lagi terangkat siapa yang baca :-)

    ReplyDelete
  3. ehehehe!!!!
    Bukan takat terangkat tp terbang trus....

    kekkekeke!!!

    ReplyDelete
  4. kalaulah fda yang jadik jah, pasti akan ada kemaafan untuk suami tu... kerana apalah lagi yang paling berharga untuk seorang isteri selain seorang lelaki bernama suami... dengan SYARAT... suami yang mahu berubah baik!!

    ReplyDelete
  5. fda - isskkk..issskk sedih sy dengar jawapan awk ni fda walaupun sy dah expect awk akan jawab macam ni sebab awk memang macam tu :-)
    !!@Nim!! - wakaka...terbang trus tu yang tak larat, nanti siapa pulak yang nak komen entry2.

    ReplyDelete
  6. salam..

    apa agaknya salah suami Jah ni ek? (konpius!)

    ReplyDelete
  7. raudhah - rasanya macam dia dah tulis kat surat tu..tak ada ke? (konpius!)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails