JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, February 1, 2011

SOALAN YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Kadangkala setiap pertanyaan kepada orang yang kita kenali sudah menjadi sepeti satu rutin…Seperti contohnya:
Bila orang tu berjalan sorang-sorang kita akan tanya “ Hai sorang je ke? Mak we mana?”
Bila kita nampak dia berjalan berdua “ Hai happy nampak, bila nak kahwin?”
Bila diorang dah kahwin..” Hai, dah berapa orang anak sekarang? Bila nak timang anak ni?”
Bila dah dapat anak “ Hai, takkan sorang je, bila nak tambah?”
Bila anak dah besar “ Dah besar anak kau ni, bila nak dapat menantu?”
Bila dah dapat menantu “ Hai..dah kahwin anak kau ni ye..Bila nak timang cucu?”
Bila dah dapat cucu “ Wah..umur belum pencen dah dapat cucu, lepas ni bila pulak dapat cicit?”
Jadi, selagi anda hidup, soalan2 itulah yang akan sering anda jawab. Entah2 bukan saja anda yang menjawab, mungkin anda sendiri jugak yang bertanyakan kepada orang lain…Cuma satu soalan saja yang confirm diorang takkan tanya…ahaakksss
“Kahwin dah, dapat anak dah, dapat cucu dah, dapat cicit pun dah, dah tua dah kau ni…emm bila pulak kau nak..” opssss..bukan..bukan begitu. Kasar sangat bunyinya..sebenarnya sambungan ayat tu ialah bila pulak kau nak menunaikan haji..:-)
Jadi, walau apapun persoalannya, muka kena nampak berseri, senyuman kena ikhlas, mata kena bersinar-sinar, hidung kena macho…baru jawapannya pun nampak natural walaupun kita menyampah nak jawab….:-)

13 comments:

  1. biasalah tu. soalan pengisi bicara :D

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Itu dah jadi lumrah alam. Manusia takkan pernah puas menanya. :)

    Soalan Saya pada Tuan Tanah: "bila nak reveal identiti?" hehehe...

    ReplyDelete
  3. zirconia - kira soalan wajiblah tu ye..nak tak nak kena tanya jugak walaupun dah tahu...
    Siti Radz - Hahahaha...ingat lagi rupanya dia. Ini kali kedua dia soal secara umum..wakaka..tak larat nak ketawa.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum

    hurm..pening3..bnyk tnye betul la,Nasib baik mase lain2..setiap masa ada soalnnya y tersendiri.hehhe..jwb je la.

    ReplyDelete
  5. kl0 xder s0aln2 cm ue b0ring jgx kn..
    hee...:)

    ReplyDelete
  6. sangt la setuju.. kite baru terpikir nk tulis entri macam niii..kesimpulannyer, kalo sape tak kawen lagi tu, takyah la tkut ngn soklan org..hihihihi

    ReplyDelete
  7. kadang2 soalan ni sensitip... kna tgk keadaan gak...

    ReplyDelete
  8. nasib baik ada sambungan soalan.. ingatkan nak tanya, bila kau nak MATI.. tak sesuaiiii..:P

    ReplyDelete
  9. hahha. semua benda pun nak tanya. haih. kadang2 sampai tak ada jawapan nak jawab. jawab dengan soalan boleh? :P

    ReplyDelete
  10. kenat tanya mcm tue kot..sbb nanti x taw nk tanya ape..haha

    ReplyDelete
  11. mmg penat pn nak menjawabnya...
    kalo x kawen lagi,mmg itu soalan WAJIB..huhu..
    kdg2 tue jawab je TUNGGUUUUUUUUUUUUUUU...ada jodoh tue ada la..btl x?

    sokong siti radz - bila nak Tuan empunya blog nk revealkan diri...nk jugak kenal...hehe

    (^_^)v

    ReplyDelete
  12. :.noRuL.: ni sejak bila pulak kawan baik dengan Siti Radz ni. Wah..wah..wah..buat geng ye..:-)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails