JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT TINGGAL 2010. SELAMAT DATANG 2011

2010 meninggalkan kita tanpa kita sedari. 2011 pula datang tanpa kita bersedia menghadapinya. Mungkin banyak kenangan2 yang terpahat dihati sanubari kita sepanjang 2010 dan pasti akan memberikan seribu impak kepada kita dalam menghadapi dunia 2011 yang belum pasti arah dan coraknya. Sudah pasti tahun baru disertakan dengan azam baru. Azam sentiasa berganti seiring dengan bergantinya tahun, namun masa tetap berlalu pergi biarpun azam kita masih belum tercapai. Sekali lagi kita menyambut tahun baru dengan kiraan 10,9,8,7,6,5,4,3,2,1 Selamat Tahun Baru dan seiring juga dengan usia kita yang semakin meningkat. Bak kata orang, ikut resmi padi, semakin tunduk semakin berisi. DIharap begitulah jugak kita yang semakin matang dalam apa jugak tindak tanduk setiap kali tahun berganti. Perubahan tidak kira dari segi kehidupan, kewangan, kerjaya, percintaan, pelajaran, perniagaan, persahabatan dan apa saja yang menjadi sebahagian dalam kehidupan kita, maka kita akan sentiasa berazam untuk mencapai yang lebih baik dari tahun sebelumnya…..
To all Jom Santai Sekejap viewers, SELAMAT TAHUN BARU 2011  

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails