JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, January 14, 2011

SEHARI AKU DI UiTM

Hari ini hari jumaat. Jam baru pukul 7 pagi. Biasalah...memang tu time aku bangun pagi. Aku tengok sekeliling, semua rakan sebilik aku masih lagi tertiarap memeluk kekasih masing2. maksud aku bantal masing2. Biasalah, aku kira yang paling awal bangun. Aku terus keluar dan mencapai tuala berjalur2 warna warni yang selalu jual kat pasar malam dan terus ke bilik air yang kebetulan berada di depan bilik aku. Kolej Perindu 4 ni memang bersebelahan dengan jalan, jadi kalau aku ber'kemban' memang selalu student kat Kolej Cempaka/Kenanga boleh nampak ( kalau pakai teropong ), jadi setakat sweet sana sweet sini tu..biasalah. Aku mandi tak lama. Orang putih punya style, lagipun nak kejar masa. Biasalah..top student, memang kita kejar masa. Pakai baju, deodorance, ambik buku, sikat ala kadar aku terus berjalan ke kelas opss tidak, aku ke kantin dulu, mana boleh tak breakfast. Biasalah...pasal makan aku tak boleh lupa. Hari ni menu dia roti dengan scramble egg. Aku minta lebih orang kantin tak bagi, katanya tak baik untuk kesihatan tapi aku lihat badan dia berganda2 daripada aku, mungkin dia yang bedal mana yang lebih2 tu. Lepas tu aku bergegas ke kuliah melalui kolej Cempaka/Kenanga. Biasalah, tak ada kenderaan, kena berjalanlah..lagipun aweks aku duduk kat hostel Cempaka/Kenanga..maksud aku bakal aweks lah sebab aku belum jumpa lagi tapi mesti ada yang sangkut dengan aku sebab aku selalu jalan kat situ..Biasalah, kena promosikan diri. Sampai di kuliah, aku lihat hanya student perempuan aje yang ada. Biasalah, student lelaki akulah yang paling rajin...rajin datang awal bukan rajin belajar..Tup-tup 10 minit lepas tu, lecturer datang dan beritahu hari ni kelas cancel sebab ada hal. Frust aku. Biasalah, top student kalau kelas cancel mesti mengeluh, kalau yang malas dia akan bersorak...Jadi aku kena pretend mengeluh..aaarrrrrrrr... Jadi nak buat apa, aku pergi librarylah sebab kelas aku dekat je dengan library...tapi daripada jauh aku tengok ada notis beritahu library tutup. Apa aku nak buat? Kelas seterusnya pada pukul 2 petang. Nak tak nak, aku terpaksa berjalan balik semula ke bilik aku. Sekali lagi aku berjalan melalui hostel Cempaka/Kenanga...sesampainya di bilik, aku lihat keadaan serupa sebagaimana semasa aku pergi ke kelas tadi, rakan sebilik semuanya masih tidur............
Opssss...kejap lagi nak ke KL, ada meeting. Lupa nak beritahu, ni cerita masa aku belajar kat UiTM Shah Alam dulu..ahaksss

6 comments:

  1. iskhhh..kalau tangan kak ct leh panjang pendek cam hantu nang nak...sah 5 kiri 5 kanan pelempang jepon.

    kata hati kak ct : dah selalu kena pedajal ngan budak ni tapi tetap nak baca blog dia jugak...grrrrr.

    ReplyDelete
  2. a big girl - macam tahu2 je ahli nujum sorang ni.
    ctpayong - aduhhhss dah kena dah kak, terasa sungguh penangan tangan akak tu.
    Tapi hairankan kak, asal entry mengena je, akak baca, asal entry mengena je akak yang kena... entry sedih ke, entry happy ke..tak pulak ehh? Suratan atau kebetulan?

    ReplyDelete
  3. agagggaga
    kekasih yang xleh lupe tu!

    silap2 xleh tido
    hahhaha

    ReplyDelete
  4. uwaaa... sekarang fda rasa rindukan zaman belajar bila baca entry kamu... kampus life memang best!!

    ReplyDelete
  5. chittysarah - emmm sekarang ni pun dah tak boleh tidur
    fda - well of coz mesti banyak nostalgia..how can we forget that.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails