JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, January 4, 2011

SAYANG SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT

“Aku nak kata kau ni dungu, kau pelajar U. Nak kata kau ni pandai, langsung tak boleh pakai.. Jadi apa yang berguna yang ada pada kau ni?” tiba-tiba saja Aman memecah kesunyian petang yang dingin diteratak apartment  tingkat 15 jalan ampang.
“Apasal pulak tiba-tiba kau cakap macam ni? Aku tak fahamlah..” Daniel pulak bingung dengan kerenah Aman sambil melihat pemandangan KLCC yang jelas kelihatan tenang dan indah.
“Kau kata kau tak faham? Hisssh aku cakap dengan tunggul ke apa? Ni pasal Milahlah..” Aman bengang jugak dengan sikap Daniel yang seperti tidak ambil peduli mengenai teman wanitanya Milah.
“Milah? Kenapa pulak dengan Milah? Aku dengan dia ok je. Yang tak ok kat sini Cuma kau je yang tiba-tiba naik angin satu badan” jawab Daniel selamba.
“Ulang sekali lagi..Ok kau cakap. Milah dah nak bertunang minggu depan kau cakap ok. Kau ni macam tak ada perasaan langsunglah. Milah tu kan girlfriend kau. Kau tak rasa apa-apa ke?” Aman semakin bengang dengan jawapan bersahaja Daniel.
“Dah jodoh dia, nak buat macam mana. Apa yang boleh aku buat? Nak putuskan pertunangan diorang? Nak aku pergi cakap kat parents dia yang aku berhak bertunang dengan anak diorang? Man…aku ni manusia biasa jelah Man”
“Jadi kau rela melepaskan Milah macam tu jelah. Sedikit pun kau tak rasa bersalah atau tak rasa frust?” tanya Aman sambil memerhatikan Daniel yang dari tadi dok terpacak melihat KLCC.
“Macam yang aku cakap tadilah Man. Aku reda dah kalau itu bukan jodoh aku dengan dia. Aku tahu kau memang mengambil berat pasal aku dengan dia. Kaulah sahabat karib aku yang paling aku sayang Man.”
“Kalau dah macam tu. Aku tak bolehlah nak cakap apa lagi.. Hidup kau bukan hidup aku. Tapi aku harap kau takkan menyesal” Aman seperti mengalah dengan sikap Daniel.
“ Tak payahlah kita fikir pasal ni. Jom kita pergi makan. Aku lapar ni. Hari ni aku belanja.” Daniel cuba menghindari Aman daripada bercakap topic yang tidak disenanginya.
“Sorrylah Daniel.. Kejap lagi aku ada hal. Ni hahhh kad jemputan majlis pertunangan Milah” Aman meletakkan kad tersebut di meja sambil berjalan terus keluar meninggalkan Daniel perlahan2 menutup pintu sliding.
“Emmmm nak bertunang pun pakai kad ke? Milah..milah.” Daniel berkata perlahan2 sambilmengambil kad yang ditinggalkan oleh Aman dan dibacanya isi kandungan kad itu..
“Pertunangan Normilah Bt Nordin dengan Syed Aman B Syed Ahmad…..Ehhh ni bukan ke nama Aman? Aman? Aman ke yang akan bertunang dengan Milah? Aman!!!!!!”  satu suara memecah kesunyian di apartment tingkat 15 jalan ampang.

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails