JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, January 19, 2011

RUPA ATAU HARTA?

kaya?
Yang manakah anda akan pilih? Rupa atau harta? Kita tolak isu sifat dan sikap atau yang lain, katakanlah mereka berdua mempunyai sifat dan sikat yang sama, cuma yang sorang tu ada rupa tapi tidak berharta, manakala sorang lagi mempunyai harta tetapi rupanya memang kuranglah. So, pilihan anda?
Saya ada terbaca satu forum yang ada kaitnya dengan tajuk di atas dan diorang ada buat analisa iaitu 60% wanita  dunia akan memilih rupa dan harta, manakala lelaki pulak 45%...selebihnya adalah dari segi bentuk  fizikal, kerjaya, attitude dan sifat. So dari situ kita tahu bahwa rupa dan harta adalah 2 aspek penting dalam persepsi awal sesuatu perhubungan tapi bagaimana pulak jika seseorang itu hanya mempunyai salah satu daripada kriteria di atas?
Ada orang cakap harta tidak menjamin kebahagiaan kerana kebahagiaan adalah datangnya daripada hati dan harta boleh dicari kerana rezeki ada di mana-mana.
Ada orang kata, paras rupa hanya akan lebih menyukarkan perhubungan kerana orang akan sentiasa memandang pasangan kita dan sudah pasti ada yang lebih berani akan cuba untuk mencari jalan memikat pasangan kita.
rupa?

Ada pulak orang kata harta dapat memberikan kehidupan yang serba mewah tanpa perlu memikirkan tentang pinjaman atau hutang, tanpa perlu bersusah payah untuk mendapatkan sesuatu.
Ada pulak orang kata rupa dapat memberikan ketenangan dan kebanggaan pada diri sendiri kerana bukan senang untuk mendapatkan pasangan yang mempunyai rupa.
Jadi apa pilihan anda?

(p/s: Dari sudut agama pulak, Allah tidak memandang rupa  atau harta tetapi melihat kepada hati dan amalan anda )

6 comments:

  1. hati!..kadang kalo harap rupe je..tapi haprak pon tak gune..kalo berharte tapi corrupt pon tak gune..yang penting..yang boleh jadi imam & boleh bimbing..;)

    ReplyDelete
  2. sederhana sudah.. ada rupa bkn kenyang pon.. ada harta bnyk pon bkn boleh bwk masuk kubur.. yg penting ada agama..

    ReplyDelete
  3. salam,

    tapi zaman sekrng ramai org memilih harta drpd rupa... kata mereka, kalau dah ada harta senang hidup mereka, takyah susah2 nak berhutang sana sini utk kumpul harta.
    ada sebahagiannya memilih kedua2nya sekali, tapi malangnya hati & budi pekerti tidak semolek rupa paras seseorg.
    tepuk dada tanya lah iman... huhu

    ReplyDelete
  4. Hidayah - macam tu kena tgk rancangan imam muda lepas ni :-)
    IeDa - ye..ye..ye. Kata orang berhenti sebelum kenyang. Makan sebelum lapar.
    My Little Diary - ada betulnya jugak bila kita lihat realiti kehidupan sekarang dengan tahap sosial yang tinggi.

    ReplyDelete
  5. pilih la yang sedang² saje. kalau banyak harta tapi byk hutang camne pulak.

    ReplyDelete
  6. susah nk ckp.. x semesti nyer ada harta & ada rupa bole bahagia..cari yg ada agama ler senang..kalo ada agama taw ler dia batas2:)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails